Wilayah International Motofest (WIM)

OWilayah International Motofest (WIM) ialah sebuah pameran motorsikal tahunan yang menyaksikan penunggang-penunggang motosikal dari seluruh dunia berkumpul di Dataran Merdeka Kuala Lumpur sempena Hari Wilayah Persekutuan 2018.

Wilayah Internatinal Motofest 2018

Ini adalah tahun kedua acara ulung kalinya diatur oleh Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KSDBKL) and Kepala Kuasa Motorcycle Group dengan sokongan dari Kementerian Wilayah Persekutuan.



Wilayah International Motofest yang pertama diadakan pada Februari 2017 yang menyaksikan acara motorsikal terhebat yang mengumpulkan lebih daripada 70,000 orang penunggang motosikal dari seluruh Malaysia serta Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei yang pada mulanya sasaran awal pernyertaan adalah 30,000 penunggang.

Wilayah Internatinal Motofest 4

WIM 2018 juga menyasarkan penyertaan dari pengeluar utama dan bengkel-bengkel motorsikal seperti BMW Motorrad, Harley Davidson, Kawasaki, Yamaha, Ducati, Cleveland dan pembina-pembina dan pengubahsuaian motorsikal tempatan. Acara ini turut menjanjikan perbagai jualan barangan motorsikal dan perbagai aktiviti yang akan diadakan.

Maklumat Acara

Tempat : Dataran Merdeka

Tarikh: 23 Februari 2018 – 25Februari 2018

Kemasukkan : Percuma

 

  • Add Your Comment

shares