fbpx

Top 10 Tempat Makan Menarik Melaka Yang Best

Sebut saja pasal Melaka, mesti ramai yang terbayangkan tempat pelancongan yang menarik yang terdapat di sini kan. Melaka bukan sahaja terkenal dengan Bandaraya Bersejarah malah ia turut dikenali oleh pengunjung setempat mahupun warga asing dengan tempat makan menarik Melaka yang wajib anda kunjungi sekiranya sudah menjejaki bumi yang penuh dengan sejarah ini.

Menarik Afamosa Melaka

Photo Kredit: tourism.com.my

Menu makanan tradisional orang Melaka yang kita tahu sudah pastilah asam pedas dan masakan baba dan nyonya. Sememangnya negeri Melaka terkenal dengan keenakan asam pedasnya tak kiralah betapa pedasnya tetapi sering dijadikan menu wajib apabila datang ke sini.

10 Tempat Makan Terbaik melakaKalau kita pergi ke mana-mana tak sah kan untuk mencari tempat makan yang best dan unik kan?? Tak bestlah kalau pergi ke sini, tempat yang akhirnya akan dituju adalah McDonalds atau KFC. Sedangkan banyak je tempat makan menarik Melaka yang boleh kita pergi tapi disebabkan malas, last-last kt situ jugak…hehehe.

Tempat Makan Menarik Melaka – Senarai Top 10 Pilihan Kami

Sebelum ini kami pernah berkongsi tempat makan best Melaka tetapi ianya terlalu banyak untuk dipilih, jadi kami pilih antara 10 terbaik.

Meh kita terokai tempat makan best Melaka yang terdapat di bandar bersejarah Melaka andai anda berkunjung ke sini. Tak payah la nak pening kepala lagi cari tempat makan lagi. Google dan waze kan ada. Mesti jumpa punya.

10. Roti Canai Kayu Arang

Roti Canai Kayu ArangTerletak di Kampung Batu Mukim, Bachang merupakan salah satu tempat makan menarik Melaka yang popular sekali bagi penduduk setempat dan pengunjung yang datang ke Melaka. Ia adalah salah satu tempat makan best Melaka di waktu pagi kerana roti canainya dibakar menggunakan kayu arang.

Ramai yang telah pun mencubanya namun bila bercakap tentang rasanya, agak sukar untuk digambarkan kesedapannya dengan kata-kata. Selain roti canai, menu-menu lain juga ada antaranya ialah roti tampal, roti nacho, nasi lemak dan aneka kuih-muih.

tempat-makan-terbaik-Melaka-roti-canai-kayu-arang

Kredit: rebecca saw

Oleh kerana tempat makan menarik Melaka ini sentiasa ramai orang, anda dicadangkan untuk datang awal. Kalau tak, jenuh nak berebut tempat duduk.

Alamat : Lot 459 Kg Bakar Batu Mukim, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang Melaka
Waktu Operasi : 7:00 am – 12:00 pm

9. Klebang Original Coconut Shake

coconut shake klebang melaka terbaik

Kredit: Afiq Halid

Kalau anda sudah sampai ke Klebang, jangan lepaskan peluang untuk merasai keenakan coconut shakenya. Di tempat makan best Melaka ini, anda boleh memilih sama ada untuk take-away atau dine-in.

Kalau anda memilih untuk makan di sini, anda boleh terus masuk ke dalam pintu gerbang tersebut. Tapi kalau dah penuh terpaksalah anda parking di luar jugak.

klebang coconut shake originalNak makan? Jangan risau kat sini terdapat menu lain untuk dijamah antaranya ialah mee goreng, nasi lemak, keropok lekor dan macam-macam lagi makanan ringan yang dapat dinikmati pada waktu petang. Tak hairanlah orang beratur panjang-panjang disebabkan oleh coconut shake ni.

Alamat : Lot 130, Solok Kampung Bahagia, Klebang BEsar (Jalan Klebang BEsar), 75250 Klebang Besar, Melaka
Waktu Operasi : 11:30 am – 6:30 pm

8. Mee Besen Ori

Lokasi tempat makan menarik Melaka ini terletak di Pusat Niaga Burian Daun Dalam sememangnya salah satu tempat makan best Melaka. Bolehlah anda mencubanya. Mee besen merupakan hidangan mee bersup yang dihidangkan di dalam besen yang akan membuatkan anda kenyang sekali.

Mee Besen Melaka oriStruktur mee yang lembut, wangi serta diperbuat daripada kacang soya serta rempah supnya terdapat sedikit kelainan. Hidangannya juga amatlah banyak walaupun order untuk seorang.

Mee Besen ori Melaka

Kredit: adibahdebot

Harganya pula murah dan menunya yang unik kalau anda datang ke Melaka. Selain itu, anda boleh merasa masakan western yang dihidangkan didalam talam juga. Harganya pula amat berpatutan sekali.

Alamat:  17, Jalan PNDD 1, Kampung Durian Daun Dalam, 75200 Melaka
Waktu Operasi: 3.30 pm – 10.30 pm

7. The Street Kitchen Melaka

Terletak betul-betul di Bandar Hilir Melaka. Ianya berhadapan dengan Sungai Melaka. Memang betul-betul strategik tempatnya. Apabila anda masuk sahaja ke dalam café ini, pandangan anda bagaikan terpukau dek hiasan dalamannya yang memang rare habis. Ianya dihiasi dengan barangan lama dan mempunyai dua tingkat.

Bagi anda yang inginkan kelainan dan ingin merasai makan secara santai bolehlah naik ke tingkat atasnya dan anda dapat melihat pemandangan sungai Melaka yang cantik dan romantik sekali suasananya. Kalau korang perasan, Vitdaily pernah review kedai ni.

the street kitchen melaka terbaikAntara menu yang disediakan di sini kebanyakannya adalah western foods dan asian foods. So bagi penggemar western bolehlah mencubanya. Antara menu yang ada di sini ialah The Street Grilled Salmon, Rockin’ Wings, Asam Pedas Salmon, Ikan bawal sambal Melaka dan banyak menu lagi yang terhidang.

Alamat: Lot 21553, Bandar Bukit Baru, Seksyen 5, 75400 Melaka
Waktu Operasi: 5.00 pm – 2.00 am

6. Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil

Kuih Keria Antarabangsa MelakaIanya terletak di Limbongan, Melaka. Apabila anda sudah berada di Melaka sudah pastinya anda akan mencari kuih keria ini. Kedai ini boleh membuatkan anda bergaduh dan memerlukan kesabaran yang tinggi kerana permintaannya selalu mendapat sambutan dari orang ramai.

So, anda perlulah datang awal supaya tidak perlu beratur panjang dan mengeluh apabila kuih telah habis dijual.

Alamat: Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, 75250 Melaka
Waktu Operasi: 1.30 pm – 7.00 pm

5. Perhentian Kuih Kampung Ujong Pasir

Perhentian Kuih Kampung SUngai Ujong Melaka

Photo Kredit: diarymama.com

Kalau anda mencari kuih muih tradisional Melayu, anda bolehlah berkunjung ke Kedai Makan Kuih Kampung Ujong Pasir ini bagi mendapatkannnya. Mereka menyajikan puluhan jenis kuih muih tradisional yang pastinya memmbuatkan anda rambang mata untuk memilihnya.

Selain menjual kuih muih, kedai ini juga turut terkenal dengan makanan yang lain. Antaranya ialah asam pedas, ayam golek dan sebagainya.

Alamat: 213, Jalan Ujong Pasir, 75050 Melaka
Waktu Operasi: 9.00 am – 7.00 pm

4. Asam Pedas Power Abang Piee

Tempat Makan Menarik di Melaka Asam Pedas Power PieeLokasinya adalah di Bukit China dan berdekatan dengan Jalan Puteri Hang Li Poh. Melaka begitu sinonim dengan asam pedasnya. Kalau anda berkunjung ke negeri Melaka tak sah lah untuk mencuba asam pedasnya kan. Jangan terkejut sekiranya telah tiba ke destinasi dan mendapati ramai orang disitu kerana kesedapan asam pedasnya yang menjadi tarikan.

Apabila sampai di sini, anda boleh memilih ikan-ikan yang segar untuk dibuat asam pedas. Antara yang menjadi kegilaan orang apabila datang ke sini ialah ikan pari. Terdapat juga ikan dan makanan laut  segar yang lain.

Asam Pedas Power Abang Piee MelakaKuah asam pedasnya pekat dan pelanggan boleh memilih sama ada nak asam pedas yang regular (tahap kepedasan biasa ja), asam pedas semi power (tahap pedas tahap pertengahan) dan asam pedas fully power (untuk orang yang tahan pedas). Memang padu abis la bila makan. Hehehe…

Alamat: 60, Jalan Puteri Hang Li Poh, Kampung Bukit China, 75100 Melaka
Waktu Operasi: 7.00 pm – 3.00 am

3. Mee Bodoh @ Mee Goreng Pak Hassan Tengkera

Mee Bodoh @ Mee Goreng Pak Hassan TengkeraKedainya yang terletak di Kampung Tengkera Melaka. Kenapa ia dipanggail mee bodoh ya?? Sebabnya ia digoreng tanpa sebarang rencah macam ayam, udang dan sotong.

Ianya digoreng dengan menggunakan sedikit taugeh. Yang membuatnya sedap ialah ia mempunyai tambahan lain seperti telur mata dihidangkan bersama sambal dan timun. Yang specialnya telur tersebut digoreng dengan menggunakan lebihan minyak sambal.

Alamat: 390, Jalan Tengkera, 75200 Melaka
Waktu Operasi: 7.30 am -10.45 am / 8.00 pm – 10.00 pm

2. Big Nyonya Restaurant Melaka

Tempat Makan Menarik Melaka Big Nyonya

Photo Kredit: hertravelogue.com

Bagi anda yang menginginkan kelainan dan ingin mencuba sendiri masakan baba dan nyonya bolehlah datang ke sini. Jangan risau. Kat sini semuanya makana halal. Terdapat pelbagai jenis makanan baba dan nyonya yang disediakan di sini. Tanpa ragu-ragu lagi anda boleh menikmatinya.

Keadaan restoran yang bersih dan teratur memberi keselesaan kepada seiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Makanan yang disediakan juga sedap dan harganya amat berpatutan sekali.

Alamat: Melaka Raya, Melaka
Waktu Operasi: 10.00 am – 9.30 pm

1. Cendol Jam Besar

Cendol Jam Besar Melaka MenarikRasanya tak perlu diperkenalkan lagi kot, Cendol Jam Besar @ Cendol Clock Tower memang cukup terkenal sebagai salah satu port tempat makan best Melaka. Selain daripda dapat  menikmati panorama bangunan lama Jonker Street, anda juga boleh beralih angin dan menikmati cendol di tengah-tengah mercu tanda Bandar Bersejarah Melaka ini.

Cendol Jam Besar Melaka Terbaik

Photo Kredit: duniapatik.com

Tempat makan best Melaka ini berhadapan dengan Bangunan Merah di tepi Sungai Melaka, anda juga boleh menikmati cendol pulut istimewa apabila sudah penat melawat  tempat-tempat bersejarah.

Menurut mereka, kedai ini dibuka sejak 1952 dan merupakan antara kedai cendol paling lama yang terdapat di Malaysia.

Alamat: Bandar Hilir, 75200 Melaka
Waktu Operasi: 9.00 am – 6.00pm

Pintar, Hijau dan Bersih – Melaka 2019

Kini anda mempunyai banyak sebab lagi untuk anda berkunjung ke Melaka. Jangan lupa untuk mencuba pelbagai pilihan menu makanan dan menikmati makanan di tempat makan menarik Melaka ini. Pasti akan membuatkan anda merindui Melaka lagi dan akan datang kembali ke negeri yang penuh dengan sejarah ini.

Leave a Reply