Tips Mendapatkan Hotel Yang Murah Ketika Melancong

Setiap orang pastinya ingin melancong walaupun hanya sekali seumur hidup. Kita kadang – kadang sampai tak ada masa bersama keluarga kerana terlalu busy dengan dunia pekerjaan. Jadi sudah semestinya bila kita melancong kita dapat meluangkan masa bersama dengan keluarga di samping dapat release fikiran kita dengan semua kerja – kerja di pejabat.

Tips Mendapatkan Hotel Yang Murah Ketika Melancong

Tapi berbeza pulak dengan orang yang ada masa terluang tapi tak cukup bajet untuk melancong sampai terpaksa batalkan niat untuk bercuti. Semasa bercuti banyak benda yang kita kena tengok contohnya bajet untuk makanan, bajet untuk beli-belah, bajet untuk bayar yuran masuk dan yang paling penting sudah semestinya tempat penginapan.



Anda semua jangan risau di sini kami akan senaraikan beberapa tips yang boleh anda guna untuk mendapatkan hotel yang murah ketika melancong. So kat sini kita boleh save sedikit bajet kewangan kitakan.

Tips Mendapatkan Hotel Yang Murah Ketika Melancong

Survey Harga di Pelbagai Website

Tempat tinggal ketika melancong merupakan salah satu perkara penting yang perlu kita cari sebelum pergi bercuti bersama yang tercinta. Antara tips yang mesti anda lakukan ialah dengan survey harga di pelbagai website. Apabila kita survey harga kita boleh bandingkan hotel mana yang lebih menguntungkan kita dengan harga yang berbaloi.

Survey Harga Hotel

Cara ini mampu meminimumkan budget penginapan kita sewaktu bercuti kerana kadang kala mereka akan menawarkan diskaun untuk para pelanggan mereka. Antara website travelling yang boleh dilawati ialah seperti agoda.com, bokpanorama.com, booking.com dan sebagainya. Diskaun yang ditawarkan bukan biasa – biasa tau tapi kadang sampai 75 % less.



Semakin kerap dan tinggi kita survey tempat penginapan untuk bercuti secara online, semakin banyak hotel yang kita jumpa yang akan menawarkan diskaun. Sebab itulah pentingnya membuat survey terlebih dahulu sebelum memulakan destinasi percutian kita.

Cara tempah Hotel Online

Jangan lupa pulak untuk pastikan website yang kita tengok itu adalah boleh dipercayai. Cara untuk pastikan sama ada pakej yang ditawarkan adalah benar atau tidak ialah dengan menghubungi pihak hotel itu sendiri dan dapatkan maklumat yang betul tentang penawaran yang diberikan dan bilik yang masih kosong untuk kita bermalam.

Semak Ulasan dan Komen

Selain itu juga, membaca review pengunjung yang pernah bermalam di hotel juga antara tips yang boleh kita gunakan untuk memastikan hotel yang kita pilih adalah yang terbaik dan murah mengikut bajet kita. Tempat penginapan yang baik pastinya akan di nilai dengan baik oleh para pelanggan. Manakala tempat penginapan yang kurang selesa atau perkhidmatan yang disediakan tidak memuaskan sudah semestinya pengunjung akan memberi komen yang negatif.

Semak Ulasan dan Komen

Jika hotel yang anda pilih itu ramai yang memberi komen yang negatif, anda perlu fikir dua kali sebabnya kita kalau boleh nak bercuti ni biarlah dengan tenang tanpa ada rasa tidak puas hati atau rasa tidak selesa dengan tempat penginapan kita tu. Jadi semua pilihan di tangan anda dan keluarga anda.

Ambil Pakej dengan Travel Agen

Seterusnya ialah membuat pesanan melalui agen perjalanan. Ini merupakan salah satu lagi tips yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan hotel yang murah ketika melancong. Mungkin ramai yang beranggapan jika kita memesan melalui agen perjalanan akan lebih mahal cas yang diambil.

Ejen Pelancongan

Hakikatnya tidak semua agen perjalanan yang mengambil cas dari pelanggan. Sekali skala cuba anda mengunjungi website agen perjalanan kerana mereka juga ada menawarkan pakej yang berbaloi buat para pelanggan.

melancong dalam kumpulan

Agen perjalanan ini biasanya akan menyediakan semuanya dan anda hanya perlu buat pembayaran pada mereka. Saya selalu juga perasan agen – agen ini akan menawarkan tempat penginapan, makanan, pengangkutan dan banyak lagi.



Jadi anda tidak perlu risau kerana semuanya telah diuruskan oleh pihak agen. Tetapi jangan sekali kali anda mudah percaya dengan pelbagai agensi pelancongan tanpa usul periksa. Pastikan anda periksa betul – betul sama ada agensi itu memang wujud atau sebaliknya contohnya GO Rocket Travel and Tours. Memang wujud dan boleh hubungi direct 0189580144 untuk urusan tempahan pelancongan.

Langgan Email dan Follow Sosial Media Hotel

Anda juga boleh melanggan melalui email dan media sosial dengan hotel – hotel pelancongan ini. Dengan berlangganan melalui email ataupun follow akaun rasmi media sosial hotel, kita boleh tahu lebih awal tentang diskaun yang ditawarkan oleh pihak hotel.

Langgan Email dan Follow Sosial Media Hotel

Apabila kita dapat tahu lebih awal promosi yang ditawarkan kita boleh terus membuat booking bilik hotel tersebut sebelum kehabisan tiket. Ini akan memberi keuntungan pada diri kita kerana dapat mengurangkan bajet percutian kita di samping dapat bermalam di hotel yang selesa.

Langgan Email dan Follow Sosial Media Hotel dan ejen

Anda juga boleh memanfaatkan sistem reward card dan kerjasama bank. Reward card merupakan satu kemudahan unik yang boleh kita gunakan untuk melancong. Sebagai contoh, kita ambil kad kredit dan setiap transaksi yang kita lakukan kita akan dapat point, semakin banyak transaksi yang dibuat, semakin banyak mata point yang kita dapat dan akhirnya kita boleh tukarkannya dengan tiket hotel atau voucher perbelanjaan.

Semoga Tips Ini Bermanfaat

Kelima – lima tips ini sangat berguna untuk anda yang memang tengah nak bercuti tetapi ingin kurangkan budget untuk tempat penginapan. Waktu yang terbaik untuk anda melancong adalah apabila hotel menawarkan promosi secara besar – besaran.



Selalunya pihak hotel akan memberi penawaran pada waktu perayaan mahupun pada waktu cuti sekolah. Jadi pastikan anda merancang percutian anda dengan sebaiknya untuk mendapatkan harga hotel yang murah di samping dapat menenangkan fikiran anda bersama keluarga tercinta. Masa itu emas dan gunakan sebaiknya untuk percutian anda.

  • Add Your Comment

shares