fbpx

Tip Mencari Kedai Makanan Halal Ketika Melancong  

Kedai Makan Halal Luar NegaraBagi mereka yang ingin melancong ke luar negara pasti risau untuk mendapatkkan makanan halal terutama negara yang majoritinya bukan muslim.

Makanan halal adalah satu perkara yang sangat dititik beratkan dalam islam, kerana sumber makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kita sebagai muslim.

Di sini kami ingin kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk mencari dan mengetahui kedai yang menjual makanan halal.

Masjid

Ya cari masjid. Kerana kebiasaan berdekatan dengan masjid terdapat restoran atau gerai menjual makanan atau bahan mentah yang diuruskan oleh orang muslim yang dijamin halal.

Masjid Tempat Kedai Makan HalalGunakan peta atau google map untuk mengetahui lokasi masjid, nak lebih mudah bolehlah bertanya dengan masyarakat setempat.



Tak perlu risau, semua negara di dunia ini terdapat penganut agama islam, jadi bila ada muslim pasti ada masjid.

Logo Halal

Anda boleh lihat di depan restoran akan terdapat logo halal sekiranya mereka menyediakan makanan halal. Biasanya logo yang mereka pamerkan itu agak besar dan mudah untuk anda perasan.

Kedai Makanan Laut

Makanan laut atau seafood merupakan makanan yang semestinya halal, tetapi bahan yang digunakan untuk memasak mengandungi unsur-unsur dari lemak haiwan atau alkohol.

Makanan Halal SeafoodsJadi sebelum membuat pesanan anda boleh bertanya dahulu kepada pelayan restoran di situ bagi menjamin bahan yang digunakan bebas dari bahan yang haram.

Vegetarian

Kedai ini pastinya tidak mengandungi makanan berunsurkan haiwan laut atau darat. Tetapi anda boleh bertanya kepada pelayan restoran bagi memastikan tiada bahan yang tidak halal digunakan.

makanan Vegetarian halalIstilah Khinzir

Ini penting juga untuk anda mengetahui istilah yang digunakan oleh negara yang bakal anda lawati atau yang digunakan oleh masyarakat setempat, sebab kadang kala dialek yang digunakan mereka mungkin berbeza dengan bahasa rasmi negara mereka.



Jadi anda boleh bertanyakan kepada pelayan restoran adakah bahan masakan mereka bebas dari khinzir atau tidak. Antara istilah yang biasa digunakan ialah Lard, Bacon, Ham, Sow, Porcine dan banyak lagi.

Lakukan Carian di Website

Anda juga boleh mencari kedai makanan halal yang telah disenaraikan di laman web www.zabihah.com.

zabihah.comMungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari restoran makanan halal di sekitar penginapan anda.

Muslim

Anda boleh lihat jika pekerja atau pengurus restoran tersebut adalah muslim, pasti makanan yang dijual adalah dari sumber yang halal. Jadi rajin-rajinkan diri untuk bertanya dan mencari orang muslim disekitar kawasan penginapan anda.

Restoran Timur Tengah

Restoran Timur tengahCari restoran yang menawarkan makanan jenis masakan Timur Tengah, berkemungkinan besar mereka beragama islam. Walaubagaimanapun, anda boleh bertanya dahulu bagi memastikan mereka muslim.

Pasar Raya

Anda juga boleh mencari makanan di pasar raya yang berdekatan, tetapi perlulah memeriksa isi kandungan bahan yang digunakan terlebih dahulu termasuk juga roti, kerana ramai yang menganggap semua roti halal dimakan, tetapi ada juga roti yang tidak halal disebabkan kandungan yang digunakan bagi membuatnya dari sumber yang tidak halal seperti minyak dari khinzir. Antara makanan yang dijamin halal yang boleh anda beli tanpa ada keraguan seperti telur ayam.

Risau Tak Jumpa Kedai Makan Halal, ikuti Tips Kami

Mungkin makanan halal yang anda dapati itu agak mahal atau tidak menepati selera anda, jadi saya sertakan beberapa tip yang boleh anda lakukan.

Bawa Makanan

  • Antara makanan yang wajib anda bawa ialah mee segera, tak kisah lah jenama apa sekali pon. Bawa satu yang dalam bentuk cup dan yang lain dalam bentuk bungkusan bagi menjimatkan ruang. Kerana bekas cup yang telah digunakan boleh digunakan untuk memasak mee segera dalam bungkusan.Maggie
  • Bubur segera atau makanan segera yang lain (sekarang ni dah banyak makanan segera boleh didapati di Malaysia yang pastinya halal). Sebab kalau makanan segera di Negara luar belum tentu halal.
  • Serunding pon digalakkan kerana ia tahan lama dan tidak mudah rosak.
  • Sambal goreng yang berminyak kerana lebih tahan.
  • Makanan bijirin seperti oat, kekacang atau sup cendawan segera dan lain-lain lagi.

Bawa travel cookerTravel Cooker

  • Bahan masakkan anda boleh cari di pasar raya tetapi pastikan ianya adalah halal.
  • Kalau yang nak masak di hotel diminta berhati-hati dengan smoke detector (takut tersembur pulak air pancut dalam bilik).
  • Bahan mentah yang boleh anda bawa antaranya ialah beras, sambal kering dan lain-lain lagi yang anda rasa susah untuk dijumpai di sana.

Water heaterwater heater dapur

  • Ini sebagai memudahkan anda untuk memasak mee segera, oat atau membuat air (kalau tempat penginapan anda sudah sediakan lagi bagus)
  • Sebab kalau Negara yang di sekitar Middle East dan Europe tidak disediakan kettle atau water heater.
  • Anda juga boleh membuat telur rebus (telur boleh beli di pasar raya)

Berikut adalah tip yang boleh kami kongsikan dengan anda, jika anda merasakan ia bermanfaat bagi anda dan rakan-rakan. Maka kongsikan lah tip ini kepada mereka, agar mendapat manfaat bersama.

  • Add Your Comment

shares