8 Tempat-Tempat Menarik di Perlis Yang Wajib Singgah

Terletak jauh di utara Semenanjung Malaysia, ada sebuah negeri yang mendapat jolokan nama Perlis Indera Kayangan. Ini amatlah bertepatan dengan kedudukannya yang terletak paling hujung dalam peta Semenanjung Malaysia. Negeri yang paling kecil di Malaysia ini juga bersempadan dengan negara jiran iaitu Thailand. Walaupun hanya sebuah negeri yang kecil, negeri Perlis juga tidak kurang hebatnya dengan tempat-tempat menarik di Perlis sebagai tempat pelancongan yang boleh dilawati.

Tempat Tempat Menarik di Perlis Yang Wajib Singgah

8. Tasik Melati

https://www.pakarpercutian.com/category/destinasi/page/2/

Sumber Gambar : Malaysiasite.nl

Bagi yang menggemari aktiviti bersiar-siar mengelilingi tasik, anda boleh mengelilingi Tasik Melati dengan mengayuh kenderaan berbentuk angsa yang boleh memuatkan seramai 2 orang. Selain itu, ketenangan tasik berserta kehijauan flora membuatkan anda terlupa sebentar masalah-masalah seharian anda.



Tasik Melati selalu dikunjungi orang ramai di waktu petang iaitu waktu beriadah bersama keluarga. Taman rekreasi ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan kepada pengunjung seperti ruang tempat letak kereta, platform jalan kaki ke tengah tasik, pondok rehat, surau, dan gerai-gerai makanan.

7. Hutan Lipur Bukit Ayer

Menarik di Perlis Hutan Lipur Bukit Ayer

Tarikan utama di Hutan Lipur Bukit Ayer adalah sebuah kolam mandi yang menjadi tempat mandi-manda yang paling terkenal dan pengunjung sering beriadah bersama keluarga di sini setiap hujung minggu. Pelbagai kemudahan disediakan di sini bagi memudahkan aktiviti rekreasi dijalankan dengan jayanya.

Tempat Menarik di Perlis Hutan Lipur Bukit Ayer

Kemudahan-kemudahan tersebut termasuklah chalet, tandas, bangku duduk, ruang tempat letak kereta, taman permainan kanak-kanak dan surau. Hutan Lipur Bukit Ayer ini juga sesuai untuk perkhemahan kerana mempunyai denai redah hutan khususnya kepada penuntut-penuntut institusi pengajian tinggi.

6. Gua Kelam

Gua Kelam adalah gua batu kapur di sebuah pekan kecil di Kaki Bukit dan terletak 33 km dari ibu negeri Perlis, Kangar. Kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua menyebabkannya gua ini digelar Gua Kelam. Salah satu lokasi menarik di Perlis untuk di singgah.

Tempat Menarik di Perlis Gua Kelam

Sumber Gambar: silveroutdoors.my

Apa yang paling menariknya di sini, anda boleh menikmati sendiri bagaimana rasanya berada di dalam gua kerana terdapat laluan yang  diperbuat daripada kayu di mana anda boleh masuk gua dari satu hujung dan keluar di hujung yang berlainan iaitu ke satu lokasi yang lain.



Sepanjang perjalanan menelusuri gua, anda dapat melihat stalagtit dan stalagmit dengan jelas kerana gua tersebut disinari cahaya lampu yang meneranginya. Anda juga dapat mendengar titisan-titisan air dari stalagtit, bunyi air sungai yang mengalir di bawahnya dan bunyi sang kelawar yang sedang berkomunikasi bersama teman-temannya.

5. Padang Besar

Menarik di Perlis padang Besar

Sumber Gambar: homestay-perlis.com

Sebut sahaja negeri Perlis, mesti orang akan ingat Padang Besar. Sesiapa yang mengunjungi negeri Perlis tidak akan lepaskan peluang untuk membeli-belah di Padang Besar.

Padang Besar Perlis Tempat Menarik di Perlis

Sumber Gambar: cikguhailmi.com

Pusat membeli-belah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu ruangan dalam Kompleks Arked Niaga & di bahagian luar Kompleks Arked Niaga. Di ruangan dalam Kompleks Arked Niaga menyediakan barangan seperti pakaian, jersi, kraftangan, periuk belanga, bunga-bunga yang diimport dari Thailand dan buah-buahan import.



Harga barangan di dalam Kompleks Arked Niaga ini boleh dirunding kerana proses tawar-menawar sentiasa berlaku. Di bahagian luar Kompleks Arked Niaga pula terdapat kedai dan gerai yang menjual makanan-makanan santai, kerepek-kerepek, asam-asam, gula-gula, kekacang, keropok-keropok dan banyak lagi.

Barangan Padang Besar Menarik di Perlis

Makanan-makanan santai yang paling terkenal di sini seperti pulut ayam, pulut mangga, pulut durian, somtam dan tomyam kelapa. Barang makanan seperti kekacang, kerepek, keropok dan gula-gula dijual dalam kuantiti yang banyak tetapi pada harga yang murah.

4. Muzium Kota Kayang

Barangan Padang Besar Menarik di Perlis

Setiap orang mempunyai minat yang pelbagai termasuklah yang sangat meminati sejarah dan ketamadunan. Jika anda seperti yang disebutkan, maka anda disarankan untuk mengunjungi Muzium Kota Kayang yang terletak di Kuala Perlis dan ianya berhampiran dengan terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung Malaysia.

 

Muzium ini mempunyai enam buah galeri iaitu Galeri Sejarah, Galeri Arkeologi, Galeri Senjata, Galeri Kebudayaan, Galeri Menteri Besar dan Galeri Diraja. Semua galeri-galeri ini berkisahkan sejarah negeri Perlis, penemuan arkeologi pada zaman prasejarah, koleksi senjata-senjata terdahulu, ciri-ciri kebudayaan di negeri Perlis, pelbagai koleksi yang diterima oleh Menteri Besar dan salasilah diraja negeri Perlis.



Selain itu, terdapat tempat-tempat menarik di Perlis yang ada berhampiran muzium seperti Gua Kayang, Makam al-Marhum Kayang Pertama, perigi Diraja dan kedai cenderahati.

3. Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis

Taman Ular dan Reptilia yang terletak di Sungai Batu Pahat ini selalu dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Walaupun kanak-kanak berasa geli dan takut dengan ular, mereka masih ingin untuk melihatnya dan tidak kurang juga yang hendak menyentuhnya.

taman ular dan reptilis perlisDi sini terdapat 34 spesies ular yang jumlah keseluruhannya mampu mencecah 150 ekor ular. Spesies ular tempatan adalah sebanyak 25 spesies manakala spesies ular dari luar negara sebanyak 9 spesies.

Taman Ular Muar perlis

Sumber Gambar: kisahtatie.blogspot.my

Di antara spesies-spesies ular tersebut adalah ular tedung senduk yang paling berbisa, ular ekor merah, ular rusuk kerbau, ular sawa, ular tedung selar, ular kapak bakau, ular katam tebu dan ular katam payung. Selain itu, terdapat juga haiwan-haiwan lain seperti buaya, landak, memerang, biawak hutan  berekor dua, babun, katak bertanduk, ijok, kura-kura, iguana dan tuntung.

2. Rimba Herba Perlis

Rimba Herba Tempat Menarik di Perlis

Sumber Gambar: ahdiyah.blogspot.my

Anda mahu hirup udara yang segar dan bersih? Di sinilah tempatnya iaitu Rimba Herba Perlis yang terletak di Sungai Batu Pahat. Rimba Herba Perlis ini di bawah kendalian Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Ianya adalah sebuah taman yang menempatkan kira-kira 1,200 koleksi tumbuhan herba berkhasiat tinggi yang diamalkan sejak zaman datuk nenek moyang kita dahulu.

menarik di Perlis rimba Herba

Sumber Gambar: tourism.gov.my

Taman yang dibuka kepada pengunjung ini bertujuan memberi pendidikan kepada orang awam yang ingin meluaskan ilmu pengetahuan mengenai cara penggunaan khazanah hutan rimba tempatan kita. Anda juga boleh berjalan melalui denai utama yang dinamakan Denai Dato’ Razani.



Sepanjang denai ini terdapat laluan interpretasi, laman orkid, bangku rehat, wakaf dan pusat rendaman kaki dalam minyak herba, pusat pengeringan misai kucing, tempat taklimat, pusat informasi dan kedai cenderamata.

Anda juga jangan melepaskan untuk membeli pokok-pokok herba dan produk-produk berasaskan herba dengan harga yang berpatutan kerana bahan-bahan ini semestinya sihat dan baik untuk kesihatan anda.

1. Ladang Harum Manis

Harum Manis di Perlis

Buah mangga harum manis hanya boleh didapati di Perlis, maka tidak hairan jika harum manis menjadi sangat terkenal di sini. Harum manis ini memang sangat lazat dan lebih manis daripada buah mangga yang biasa.

Harum Manis di Perlis

Di Sungai Batu Pahat, terdapat sebuah ladang harum manis yang sangat besar. Di sini, anda boleh membeli harum manis untuk dibawa pulang dan anda juga boleh menjamu selera di sini kerana terdapat pilihan makanan yang berasaskan harum manis seperti harum manis yang dimakan bersama pulut dan santan berserta minuman jus harum manis yang lazat.

Ladang harum Manis Perlis Menarik

Sumber Gambar: hassan1663.blogspot.my

Oleh kerana harum manis adalah buah yang bermusim, anda disarankan berkunjung di waktu musim harum manis.

Jom ramai-ramai melawat tempat menarik di Perlis

Kesimpulannya, jangan disangka negeri yang kecil sebegini tiada tempat pelancongan yang menarik. Ini semua tidak mustahil terjadi jika terdapat ekosistem yang baik, flora dan fauna yang banyak dan ada usaha untuk membangunkannya.

Leave a Reply