Tempat Menarik di Singapore – Panduan Untuk Melancong Di Singapura

Bagi yang minat melancong ke Singapore, kali ini kami akan berkongsi tentang tempat menarik di Singapore. Diharap agar dapat dijadikan panduan bagi yang berminat untuk makan angin ke Singapura.

Singapura merupakan salah satu lokasi percutian yang sangat sesuai dan ideal kepada anda yang suka melancong dan memeroka seluruh kawasan yang ada di Singapura. Singapura merupakan negara pulau yang kecil hanya memiliki luas wilayah 697 KM2, berhampiran dengan Malaysia dan bersempadan dengan negeri Johor, Malaysia. Singapura merupakan sebuah negara maju yang terletak di Asia Tenggara dan mempunyai peranan penting dalam perdagangan.

Tempat Menarik di Singapore Pemandangan Negara Singapura

Pemandangan Negara Singapura

Kami dari warga pakar percutian mewakili Go Rocket Travel and Tours menyediakan perkhidmatan pakej pelancongan ke Singapura. Bagi pelanggan yang inginkan pakej pelancongan ke Singapura untuk pergi bercuti, disini kami senaraikan tentang tempat-tempat menarik di Singapore yang boleh dikunjungi bila anda datang ke Singapura.

Panduan Tempat Menarik di Singapore

Banyak tempat menarik di Singapura yang boleh dikunjungi, mungkin ada beberapa destinasi yang mungkin anda boleh cari di Malaysia, namun ada juga destinasi pelancongan di sini yang tidak ada di Malaysia, jadi bila datang ke Singapura wajib kunjungi tempat tersebut. Walaupun Negara Singapura ini kecil namun mempunyai banyak destinasi yang sangat unik dan moden untuk dikunjungi. Antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi bila datang ke Singapura.

1. CLOUD FOREST

Tempat Menarik di Singapore Cloud Forest

Pemandangan Dalam Cloud Forest

Satu tempat yang sangat unik dan menarik untuk dilawati iaitu Cloud Forest merupakan sebuah taman yang dibina dalam sebuah kubah dipenuhi dengan tumbuhan, bunga-bunga dan air terjun. Dengan adanya laluan perjalan kaki yang bertingkat, anda boleh melihat keindahan keseluruhan taman hutan ini dari sudut yang berbeza.

2. GARDENS BY THE BAY

Tempat Menarik di Singapore Garden by the Bay

Pemandanga Gardens By The Bay

 

Satu lagi tempat yang mengambarkan alam semulajadi yang cantik iaitu Gardens By The Bay yang merupakan sebuah taman tumbuh-tumbuhan. Taman ini diliputi satu kubah dan mempunyai 3 taman iaitu Bay South Garden, Bay East Garden dan Bay Central Garden.



Terdapat banyak koleksi pokok dan bunga bagi setiap taman dan mempunyai waterfall buatan manusia yang menambahkan lagi kecantikan di tempat ini.

3. NATIONAL ORCHID GARDEN

Tempat Menarik di Singapore Bunga Orkid

Bunga Orkid

Sebuah taman bunga yang sangat cantik dan teratur yang diuruskan dengan baik. Jika anda sukakan bunga dan tumbuhan, disini merupakan tempat yang tepat untuk dikungjungi yang boleh dianggap syurga bunga. Banyak laluan menarik yang dikelilingi bunga-bunga yang sangat cantik dan harum.

4. SINGAPURA ZOO

Tempat Menarik di Singapore Singapore Zoo

Burung Kakak Tua Di Singapura Zoo

Di Singapura Zoo terdapat pelbagai jenis binatang dalam dan luar negara yang sesetengahnya tiada di Malaysia. Antara binatang yang menarik di sini ialah beruang koala yang dibawakan khas dari Australia. Di samping itu, terdapat banyak lagi binatang lain seperti harimau, singa, pegiun, dan sebagainya.

5. MARINA BAY

Tempat Menarik di Singapore Marina Bay

Pemandangan Dari Jauh Marine Bay

Satu tempat di Singapura yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik dan menarik di tepi air. Waktu terbaik untuk datang ke sini ialah pada lewat petang dan awal malam. Pertunjukkan lampu leser beberapa kali menjadi salah satu tarikan di sini kepada pelancong. Kemewahan dan keanggunan Marina Bay Sands melambangkan contoh cita rasa Singapura.

6. SINGAPORE FLYER

Tempat Menarik di Singapore Singapore Flyer

Singapore Flyer

 

Jika anda ingin melihat bandaraya Singapura dari lokasi yang tinggi, salah satunya ialah dengan menaiki Singapore Flayer. Roda gergasi ini akan memusing anda selama 30 minit untuk melihat pemandangan di Singapore yang pasti membuatkan anda rasa terpenggung melihat keindahan bandaraya ini.

7. WATERFRONT PROMENADE

Tempat Menarik di Singapore Waterfront Promenade

Pemandangan Di Waterfront Promenade

Di sini merupakan salah satu tempat bersiar-siar di tepi air yang sangat cantik pemandangannya. Kebanyakkan pelancong yang datang ke Singapura akan datang ke sini untuk mengambil gambar bangunan dan mercu tanda Singapura yang ada di sini.

8. UNIVERSAL STUDIO SINGAPURA

Tempat Menarik di Singapore Universal Studio

Lambang Universal Yang Menjadi Tumpuan Pelancong Untuk Bergambar

Terdapat pelbagai jenis permainan yang ada di sini, merupakan taman tema yang sangat menarik bukan sahaja untuk kanak-kanak malah untuk orang dewasa juga. Jika datang ke sini jangan lupa untuk mencuba Roller Coaster dan Transformers Ride. Bagi kanak-kanak pula, salah satu tarikan yang paling best ialah menonton cerita Shrek 4D.

9. S.E.A. AQUARIUM

Tempat Menarik di Singapore Sea Aquarium

Pemandangan Di Dalam Akuarium

Pelbagai jenis hidupan laut yang terdapat di sini seperti jerung, ikan lumba-lumba, obor-obor, ikan pari dan sebagainya. Jika datang ke sini anda akan merasa teruja melihat hidupan yang ada di sini.

Tempat Menarik di Singapore Dim Sum Halal

Dimsul Halal di Singapura

ANTARA MAKANAN YANG BEST DI SINGAPURA

  • Chicken Rice
  • Nasi Lemak
  • Roti Prata
  • Nasi Briyani
  • Uncle Ice Cream
  • Cheng Tng
  • Siew Mai
  • Mie Rebus Daging Sapi
  • Bihun/Mie Goreng Ala Singapura
  • Mutton Murtabak

 

Tempat Menarik di Singapore The Labs

Kafe The Lab yang ada di Singapura

ANTARA TEMPAT MAKAN YANG MENARIK DAN HALAL DI SINGAPURA

  • Tang Tea House Hong Kong Cafe (Masakan China)
    • Menu: Bihun/Mie Goreng Ala Singapura, Nasi Ayam Yang Dimasak Dalam Wajah Tanah Liat, HK Mie Rebus Daging Sapi, Siew Mai, Cheng Tng dan sebagainya.
  • Zam Zam Restaurant (Masakan India)
    • Menu: Roti Prata, Mutton Murtabak, Chicken Murtabak, Biryani Ikan dan sebagainya.
  • The Lab SG (Makanan Barat dengan sentuhan lokal)
    • Menu: Terefrank Buffalo Wings, Heisenburger dan sebagainya.
  • Hajah Maimunah Restaurant (Masakan Indonesia dan Melayu)
    • Menu: Tahu Telor Jakarta, Kueh Lapis, Daging Redang, Sambal Belachan, Ondeh-Ondeh dan sebaginya.
  • Fluff bakery
    • Menu:  Cupcake (Nutella Red Velvet, Satted Caramed, Triple Milo, German Chocolate dan sebagainya)

Tempat Menarik di Singapore Penginapan



PENGINAPAN DI SINGAPURA

  • Travellers Loft Hostel
  • Footprints Hostel
  • Backpacker Crazy Corner Hotel
  • River City Inn
  • Inn Crowd
  • Hangout @ Mt Emily Hostel
  • ABC Hostel

Bagi yang telah merancang untuk kesingapura, diharap posting ini dapat dijadikan panduan untuk melawat tempat menarik di Singapore. Sekiranya ada cadangan atau penambahbaikan, sila komen dibawah untuk memudahkan kami memperbaiki mutu dan juga mendapatkan idea baru untuk dikongsi.

 

  • Add Your Comment

shares