15 Tempat Menarik Di Pulau Pinang | Lokasi Wajib Singgah Di Penang

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang menjadi petempatan British di semenanjung Malaysia dan juga negeri yang berpisah dua belah di Malaysia. Terdapat banyak tempat menarik di Pulau Pinang yang boleh dijadikan lokasi percutian singkat di dalam Malaysia yang sesuai untuk keluarga ataupun berkumpulan dengan rakan-rakan.

Tempat Menarik Di Pulau Pinang

Tempat Menarik di Pulau Pinang | Panduan Lengkap Percutian ke Penang

Nama Pulau Pinang ini di ambil dari nama pokok pinang yang dulunya ia dikenali sebagai Tanjung Bidara sebelum berubah nama kepada Pulau Pinang. Terdapat banyak pulau yang sering menjadi tumpuan dan perhatian penduduk tempatan.



Kedudukan geografi negeri ini yang terletak berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia menjadi faktor penyumbang kepada banyaknya pulau di negeri ini.

Tempat Menarik Di Penang

Penang Bridge: Salah satu tarikan tempat menarik di Pulau Pinang

Jadi mari kita senaraikan 15 tempat menarik di Pulau Pinang yang boleh dilawati apabila melancong ke negeri Pulau Pinang ini.

15. Muzium Peranakan Penang

Muzium Peranakan Penang

Merupakan muzium yang terletak di George Town dan memberi peluang kepada para pelancong untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang budaya dan adat serta cara hidup kaum peranakan di negeri ini. Terdapat juga beberapa pameran yang disediakan di muzium ini seperti baju tradisional dan jenis perabot yang digunakan oleh kaum peranakan untuk menghiasi rumah mereka. Bayaran masuk ialah hanya RM20 sahaja dan ia mula beroperasi setiap hari dan bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 5 petang sahaja.

Lokasi : 29 Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang.

14. Tropical Fruit Farm

Tropical Fruit Farm

Apabila anda berkunjung ke sini anda boleh melihat lebih 370 jenis buah – buahan yang ada di kebun ini. Bagi sesiapa yang berkeinginan melihat sendiri pokok – pokok di sini dengan lebih dekat anda bolehlah ke sini pada setiap hari. Kebun ini terletak di Teluk Bahang yang mempunyai keluasan 25 ekar dan mempunyai tujuan iaitu memelihara baka buah – buahan exotic yang ada di negara Malaysia ini.

Lokasi : Batu 18, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang

13. Rumah P. Ramlee

Rumah P. Ramlee

Siapa yang tidak kenal dengan seniman tanah air yang telah menghasilkan banyak cerita yang sampai hari ini menjadi tontonan lagi antara cerita yang masih menjadi bualan orang ramai ialah seniman bujang lapok, labu labi, nujum pak belalang dan sebagainya. Seniman yang dimaksudkan ialah P. Ramlee. Beliau dilahirkan di negeri Pulau Pinang ini dan mempunyai rumah di sini. Rumahnya juga merupakan salah satu lokasi yang boleh anda lawati setibanya anda di negeri ini.

Apabila anda masuk ke dalam rumah beliau anda akan didendangkan lagu – lagu kegemilangan beliau tanpa henti dan di dalamnya juga anda dapat melihat kisah hidup, pencapaian dan jasa beliau untuk industri perfileman dan muzik di tanah air kita. Tiada bayaran yang diperlukan dan rumah beliau dibuka pada setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 5.30 petang.

Lokasi : Lot 2180, Jalan P Ramlee, Taman Kampar, George Town, 10460 Pulau Pinang.

12. Toy Museum Heritage Park

Toy Museum Heritage Park

Photo Kredit: penang.ws

Jika anda merupakan salah seorang yang menggemari barangan antik anda boleh meluangkan waktu anda di Muzium ini kerana di sini anda dapat melihat sebanyak 120,000 permainan yang juga merupakan koleksi peribadi seorang penggemar permainan yang mana dia telah mengumpulnya selama 40 tahun. Muzium ini beroperasi dari 9 pagi sehingga 6 petang sahaja dan dibuka pada setiap hari. Manakala bayaran masuk ialah RM26 bagi orang dewasa dan RM19 bagi kanak – kanak.

Lokasi : Toy Museum Heritage Garden,137-,MK2, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.

11. Countryside Stables Penang

Countryside Stables Penang ini merupakan tempat di mana para pelancong boleh menunggang kuda dan belajar cara untuk menunggangnya. Ia terletak di Sungai Burong dan mula dibuka pada tahun 2012 yang mana di sini anda boleh menunggang kuda sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Terdapat lebih 30 ekor kuda yang berbeza bakanya iaitu seperti Pony, kuda Thai, Pure Bred Arabian Horse dan banyak lagi.

Bagi pelancong yang tidak mahir menunggang kuda tetapi ingin merasai pengalaman menunggang kuda anda tidak perlu risau kerana ada pelatih yang berpengalaman yang akan membantu anda. Anda juga boleh memberi makan kepada kuda dan tempat ini akan dibuka pada setiap hari bermula dari jam 2 petang sehingga 7.30 malam. Harga tiket juga sangat murah iaitu hanya RM5 bagi dewasa dan untuk kanak- kanak RM3 sahaja.

Lokasi : Lot 603 Jalan Hilir Sungai Burung, Kampong Jalan Baru, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.

10. Tropical Spice Garden

Tropical Spice Garden

Adalah sebuah tempat menarik yang boleh anda kunjung bersama keluarga tercinta. Di sini pada asalnya merupakan sebuah ladang getah yang terbiar dan akhirnya ditukar kepada destinasi eco-pelancongan yang bertaraf antarabangsa. Di taman ini anda berpeluang melihat lebih 500 jenis flora dan fauna dengan keluasan taman ini ialah 8 ekar. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah Nigh Walks, Garden Tour, Children Tour dan sebagainya. Bayaran masuk pula sebanyak RM26 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak – kanak. Taman ini akan dibuka untuk pelancong pada setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Lokasi : Lot 595 Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang.

9. Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling

Nama masjid ini sangat pelik dan unik tetapi itulah realitinya. Masjid ini dibina oleh tentera East India Company yang beragama Islam pada tahun 1801 dan sebab itulah masjid ini diberi nama Kapitan Keling. Ia merupakan antar masjid terawal yang dibina di negeri ini. Masjid ini terletak di jalan Buckingham yang juga merupakan masjid utama bagi negeri Pulau Pinang ini sebelum terbinanya masjid negeri.

Lokasi : 14, Jalan Buckingham, George Town, 10200 Pulau Pinang.

8. Penang 3D Trick Art Museum

Penang 3D Trick Art Museum

Di sini anda dapat melihat pelbagai lukisan yang pastinya mengelirukan anda semua kerana di sini anda dapat melihat sendiri bagaimana sesebuah gambar itu menjadi cantik dan unik. Bagi sesiapa yang inginkan kelainan dalam setiap gambar bolehlah singgah ke muzium ini dengan membayar RM15 bagi dewasa dan RM 25 bagi kanak – kanak. Muzium ini dibuka pada setiap hari dan mula beroperasi dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Lokasi : 10 Lebuh Penang, Georgetown, 10200 Pulau Pinang.

7. Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang

Tidak sah jika anda datang melancong ke Pulau Pinang tanpa singgah ke Taman Negara ini kerana tempat ini juga merupakan antara kawasan yang popular di negeri ini. Taman Negara ini merupakan taman yang paling kecil di negara ini dan ia diberi nama hutan simpan Aceh oleh penduduk tempatan di sini. Taman Negara ini juga terletak berdekatan dengan pantai Kerachut yang ia menjadi tumpuan para pemancing.

Lokasi : Pejabat Taman Negara P. Pinang, Jalan Hassan Abbas, Balik Pulau, 11050 Pulau Pinang.

6. Taman Burung Penang

Adalah taman burung yang terbesar di Malaysia dan kawasan ini berkeluasan sebesar 5 ekar dan menjadi tempat tinggal bagi lebih 300 spesis burung yang berbeza. Burng – burung di sini bebas berterbangan kerana di sini mereka tidak mengurungnya di dalam sangkar. Anda juga dapat melihat burung Pelican dan Flamingo di kawasan air terjun buatan manusia dan kolam yang luas.



Bukan sahaja dapat melihat burung, anda juga dapat melihat haiwan lain seperti ular sawa, buaya, kancil dan kura – kura. Bayaran masuk untuk orang dewasa ialah RM 23 dan untuk kanak – kanak pula hanya RM13. Taman burung ini beroperasi pada setiap hari dan dibuka dari 9.30 pagi sehingga 6.30 petang.

Lokasi: Jalan Todak, Perai, 13700 Pulau Pinang

5. Pasar Malam Batu Ferringhi

Pasar Malam Batu Ferringhi

Pada waktu malam anda boleh luangkan masa ke pasar malam yang terletak di jalan Batu Ferringhi. Di sini anda boleh mencuci mata kerana banyak makanan yang di jual di sini dan anda juga boleh membeli cenderamata untuk dijadikan sebagai kenangan. Pasar ini dibuka pada setiap hari dan dibuka dari jam 7 pagi sehingga 12 malam.

Lokasi : Jalan Batu Ferringhi, Ayer Itam, 11100 Pulau Pinang.

4. Bukit Bendera

Bukit Bendera

Photo Kredit: penang.ws

Merupakan destinasi yang terpenting di negeri ini kerana ia adalah stesen bukit British yang tertua di Asia Tenggara dan di atasnya terdapat 52 lot bungalow yang dibina 100 tahun dahulu. Bagi pelancong yang ingin ke puncak ini, anda hanya perlu menaiki funicular train service. Anda dapat melihat pemandangan indah dari atas puncak ini.

Lokasi : 422, Jalan Bukit Bendera, Ayer Itam, 11500 Pulau Pinang

3. Gurney Drive

Gurney Drive

Photo Kredit: penang.ws

Gurney Drive ini juga menjadi salah satu tarikan yang ada di negeri Pulau Pinang ini kerana di sini anda boleh menikmati pelbagai makanan yang sedap dan lazat.  Kebiasaannya tempat ini akan menjadi meriah apabila waktu malam dengan setiap warung di sini menyediakan pilihan makanan yang pastinya membuat anda terliur. Kawasan ini juga berdekatan dengan laut jadi anda boleh menikmati juadah anda sambil menghirup udara yang nyaman.

Lokasi : Gurney Dr, George Town, 10250 Pulau Pinang.

2. Pantai Batu Ferringhi

Pantai Batu Ferringhi

Photo Kredit: azhafizah.com

Ia merupakan pantai yang sering dikunjungi oleh ramai pelancong kerana pantai ini merupakan pantai yang paling popular di negeri ini. Di sini anda dapat berjalan di atas pantai pasir yang luas sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman. Anda juga boleh beriadah bersama keluarga mahupun rakan- rakan di sini dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti jetski dan parasailing.

Lokasi : Pantai Batu Ferringhi, Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

1. Taman Botani Penang

Taman Botani Penang

Mempunyai keluasan sebesar 29 hektar dan sangat sesuai dijadikan tempat untuk bersantai dan berkhelah bersama keluarga. Taman ini terletak di jalan kebun bunga daerah Pantai Barat. Tempat ini juga dijadikan sebagai kawasan untuk bersenam oleh penduduk – penduduk yang tinggal  berdekatan di taman ini. Taman Botani ini dibuka pada setiap hari dari jam 5 pagi sehingga 10 malam.

Lokasi : 673A, Jalan Kebun Bunga, Pulau Tikus, George Town, 10350, Pulau Pinang.

Jom melawat lokasi Tempat Menarik di Pulau Pinang / Penang

Jadi ini antara senarai tempat menarik di Pulau Pinang yang boleh dijadikan sebagai destinasi anda untuk melancong apabila sampai di Penang nanti. Anda juga boleh mencari lebih banyak tempat menarik di Pulau Pinang ini. Semoga percutian anda menjanjikan satu pengalaman yang penuh bermakna di samping keluarga tercinta.



___________________________________________

Penginapan di Pulau Pinang

Sudah tentu apabila bercuti, perkara yang paling dicari selain dari tempat menarik di Pulau Pinang adalah tempat makan yang sedap dan juga penginapan. Bagi yang ingin mencari penginapan dengan harga yang murah kami cadangkan untuk membuat tempahan melalui booking.com atau agoda.

Tempah penginapan melalui Booking.com

Tempah penginapan melalui Agoda

Diharap agar informasi yang tdikongsikan ini dapat membantu untuk membuat pilihan terbaik semasa bercuti nanti.

Leave a Reply