10 Terbaik Tempat Menarik Di Perak yang Patut Anda Lawati

Bebanan kerja yang tidak pernah habis memang membuat kita rasa tertekan, penat dan tiada masa untuk bersama keluarga. Jadi, apa salahnya pada musim cuti sekolah sekali sekala, luangkanlah masa membawa isteri dan anak-anak bercuti dan bergembira bersama. Tak payah jauh-jauh, di Malaysia sudah banyak tempat menarik yang belum tentu anda semua pernah menjejakkan kaki di sana seperti tempat menarik di Perak.

Tempat Menarik di Perak Kellie Castle

Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia. Pada zaman penjajahan British dahulu, Perak sangat terkenal dengan perlombongan biji timahnya dan penanaman getah serta tinggalan sejarah pada zaman itu kebanyakkan masih kekal hingga sekarang seperti bangunan dan stesen kereta api ipoh yang masih beroperasi sehingga ke hari ini.

Senarai Terbaik  10 Tempat Menarik Di Perak

Jom kita lihat senarai tempat-tempat menarik di Perak yang akan membuat anda tidak sabar untuk berkunjung.

10. Muzium Darul Ridzuan

Tidak lengkap rasanya jika melancong ke negeri Perak tetapi tidak berkunjung ke tempat tinggalan sejarahnya. Muzium Perak yang terletak di Taiping merupakan muzium pertama yang dibina di Malaysia iaitu pada tahun 1883.



Pembinaan muzium ini dibina berperingkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1903. Reka bentuk dan seni binanya  yang unik berasal daripada gabungan pengaruh bangunan masyarakat “moor” di india dan senibina klasik masyarakat Eropah.

Muzium Perak

Anda berpeluang melihat pelbagai koleksi bahan sejarah, etnologi, alam semulajadi, bahan arkeologi dan etamobologi. Terdapat sesetengah koleksinya sudah berusia ratusan tahun seperti spesimen binatang, tengkorak dan rangka binatang.

Di muzium ini juga ada menyediakan beberapa aktiviti seperti Lawatan Berpandu untuk pelawat yang datang secara berkumpulan, Program Outreach salah satu cara untuk mendekati masyarat tempatan secara tidak langsung mempromosikan muzium dan Night at The Museum program bermalam di muzium yang mededahkan Muzium Perak sebagai pusat rujukan pendidikan.

Bayaran masuk :

Pelancong Luar : Dewasa RM 5

Penduduk Tempatan : Dewasa RM 2 / Kanak-kanak Percuma

Waktu operasi : Di buka Setiap hari (9.00am – 6.00pm)

Lokasi : Muzium Perak, Jalan Taming Sari, Taiping, 34000 Perak

9. Zoo Taiping

Zoo Taiping

Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping adalah tempat yang sangat sesuai untuk membawa kanak-kanak. Tentu mereka sangat teruja melihat berbagai-bagai jenis haiwan yang sebelum ini mereka lihat di dalam televisyen sahaja seperti harimau, gajah, zirafah, pelbagai jenis burung dan macam-macam lagi.

tempat menarik di Perak zoo taiping

Lokasi Zoo Taiping terletak di kawasan semulajadi Taman Tasik Taiping berhampiran dengan kaki Bukit Larut. Terdapat sebanyak 180 spesies haiwan yang berada di zoo ini dengan jumlah keseluruhan haiwan sebanyak 1300 ekor.

zoo taiping perak

Anda digalakkan untuk melawat pada waktu pagi seawal 9.00 pagi kerana pada waktu ini, haiwan sedang diberi makan dan lebih aktif berbanding waktu petang. Peluang melihat gelagat-gelagat haiwan yang lucu dan menghiburkan ini sangat rugi jika dilepaskan.

Bayaran masuk : Dewasa RM 16 / Kanak-kanak RM 8

Waktu operasi : Di buka Setiap hari (8.30am – 6.00pm)

Lokasi : Jalan Taman Tasik Taiping, 34000, Taiping, Perak

8. Movie Animation Park Studios (MAPS)

Movie animation Park Studio Perak

Movie Animation Park Studios (MAPS) yang baru sahaja dibuka pada pertengahan tahun 2017 memang sudah menjadi bualan ramai, Taman tema ini boleh dikatakan setanding dengan taman tema di negara luar seperti Universal Studio Singapore and Disneyland.



Terdapat banyak sangat tarikan yang berada di taman tema ini, antaranya ialah Animation Square, Dream Zone, Thrill Rides, Blast Off Zone, Family Entertainment dan macam-macam lagi. Semua jenis permainan daripada permainan untuk kanak-kanak sehingga ke dewasa ada di sini, Walaupun harga tiketnya agak mahal tetapi ia sangat berbaloi dan pasti menyeronokkan.

Bayaran masuk : Dewasa RM 144 / Kanak-kanak RM 114

Waktu operasi : Isnin – Jumaat (10.00am – 6.00pm)

Sabtu – Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah (10.00am – 10.00pm)

Lokasi : Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya 3, 30020 Ipoh, Perak

7. Pulau Pangkor

Pulau Pangkor

Negeri Perak mempunyai pulau dan pantai-pantai yang sangat cantik dan masih terpelihara alam semulajadi di sekitarnya. Salah satu pulau yang menjadi menjadi tumpuan ramai pelancong dari dalam dan luar negara ialah Pulau Pangkor.

Pulau Menarik Pulau Pangkor

Untuk ke Pulau Pangkor, anda perlu menaiki feri dari daerah Lumut. Pasir pantai yang putih serta air laut yang jernih menjadi tarikan utama pengunjung untuk ke sini. Selain mandi-manda di pantai, banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini, antaranya snorkelling untuk melihat hidupan dan keindahan di dasar laut, menaiki banana boat, jet-ski dan kayak.

Anda juga boleh merasai dan menghayati keindahan alam semulajadi di sana dengan melakukan aktiviti jungle trekking dan hiking.

6. Lost World of Tambun

Lost Word of Tambun

Jika anda inginkan satu lokasi yang membolehkan anda melawat dan melakukan pelbagai aktiviti dalam satu tempat, inilah lokasi menarik yang sesuai iaitu Lost World of Tambun. Terdapat lebih kurang 7 tarikan di sini yang perlu anda cuba jika ke sini, antaranya ialah Amusement Park, Water Park, Tiger Valley, Petting Zoo, Tin Valley, Hot Spring and Spa dan Lupe’s Adventure.



Baik kanak-kanak mahupun orang dewasa, pasti akan teruja dan seronok mencuba permainan di taman tema ini. Petting Zoo mempunyai lebih kurang 55 spesies haiwan yang boleh dilihat dan lebih menarik lagi anda boleh memberi makan dan bermain dengan haiwan yang berada di sini.

Lost World of Tambun

Setelah penat dengan berbagai aktiviti di siang hari, anda boleh menginap di Hotel Lost World of Tambun yang terletak berhadapan dengan taman tema ini.

Bayaran masuk :

Pelancong Luar : Dewasa RM 81 / Kanak-kanak RM 74.70

Penduduk Tempatan : Dewasa RM 58.50 / Kanak-kanak RM 52.20                 

Waktu operasi : Isnin – Jumaat (11.00am – 6.00pm)

Sabtu – Ahad (10.00am – 6.00pm)

Taman Tema tutup setiap hari Selasa kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah

Lokasi : No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak

5. Sungai Klah Hot Spring

Sungai Klah Hot Spring

Photo Kredit: myadventurehost.com

Sungai Klah Hot Spring terkenal dengan kolam air panas semulajadinya di mana airnya berasal dari air yang mengalir daripada punca mata air panas di kaki banjaran titiwangsa yang berketinggian 200 kaki dari paras laut.  Taman Rekreasi air panas ini telah dibuka pada tahun 2003.

Ia sangat sesuai untuk dijadikan destinasi percutian keluarga kerana selain kolam air panas, taman ini juga mempunyai kolam air sejuk dan taman tema air yang simple tetapi cukup memuaskan hati. Antara aktiviti yang wajib anda cuba ialah merebus telur di dalam air panas semulajadi yang bersuhu 100 degree celcius. Keenakan telur yang direbus di sini memang tidak dapat disangkal.

Selain itu, Water Reflexology dan Private Jacuzzi dapat memberikan anda ketenangan dan mengurangkan tekanan pekerjaan.

Bayaran masuk : Dewasa RM 15.00 / Kanak-kanak RM 12.00                 

Waktu operasi : Setiap hari (8.00am – 6.00pm)

Lokasi : Sungai Klah Hot Springs Park, 36000 Sungkai, Perak

4. Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan Perak

Menara condong yang terletak di Teluk Intan adalah salah satu mercu tanda negeri Perak yang menjadi tarikan kepada para pelancong. Rugilah jika bercuti ke Perak tetapi tidak singgah di sini untuk melihat sendiri keunikkan seni bina ini.



Menara Condong Teluk Intan pada asalnya dibina oleh arkitek cina bernama En. Leong Choon Cheong untuk dijadikan tangki simpanan air untuk penduduk tempatan di samping menjadi penentu waktu pada masa itu.

Menara Condong Teluk Intan

Kecondongan senibina ini adalah berpunca daripada struktur tanah yang lembut dan bebanan tangki yang menakung air menyebabkan ia condong sedikit ke arah barat laut. Anda wajib datang ke sini untuk merasai dan memahami lebih mendalam lagi tentang menara condong yang terkenal ini.

Bayaran masuk : Percuma

Waktu operasi : Selasa – Jumaat (8.00am – 5.00pm)

Sabtu, Ahad, Kelepasan Am (9.00am – 6.00pm)

Lokasi : Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan

3. Gua Tempurung

Pintu Masuk Gua Tempurung

Bagi yang gemar melakukan aktiviti lasak, berkunjunglah ke Gua Tempurung iaitu salah satu gua yang terpanjang di semenanjung Malaysia. Gua yang sudah berusia lebih 400 juta tahun ini merupakan gua yang terbesar di Perak.

Nama gua ini adalah ilham dari 5 kubah yang terdapat di sini, yang mempunyai bentuk seperti tempurung kelapa. Gua ini terletak di bawah bukit-bukit batu kapur dan dengan bantuan tangga dan lampu-lampu yang telah dipasang, anda akan terpegun melihat keindahan suasana di dalamnya.

Gua Tempurung

Anda berpeluang untuk merasai sendiri dan menghayati kejadian stalagmit, stalaktit dan batu-batu yang terbentuk di dalam gua ini. Tetapi, bukan keseluruhan gua ni boleh diteroka tanpa pengawasan, ada lawatan-lawatan tertentu seperti River Adventures Tours dan Grand Tours memerlukan jurupandu dan barang-barang keselamatan.

Bayaran masuk :

Mengikut jenis lawatan yang dipilih

Tour 1 (Golden Flowstone) : Dewasa RM 6 / Kanak-kanak RM 2.50

Tour 2 (Top of The World) : Dewasa RM 9 / Kanak-kanak RM 4.50

Tour 3 (Top of The World & Short River Adventure) : Dewasa RM 11 / Kanak-kanak RM 6

Tour 4 (Grand Tour) : Dewasa RM 22 / Kanak-kanak RM 11                 

Waktu operasi :

Setiap hari (9.00am – 4.30pm)

Lokasi :

Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak

2. Hutan Simpan Belum

Inginkan percutian yang menenangkan dan jauh dari kesibukan kota?? Hutan Simpan Belum adalah penyelesaiannya. Hutan yang sudah berusia lebih 130 tahun dengan keindahan alam semulajadinya yang masih terpelihara sangat sesuai dijadikan destinasi pelancongan untuk dikunjungi.



Pasti ramai yang tidak tahu, di tengah-tengah hutan Belum ini, terdapat sebuah tasik buatan manusia yang terbesar di Perak iaitu Tasik Temenggor. Tasik ini merupakan empangan bagi janakuasa elektrik yang dibina pada tahun 1970.

Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini, antaranya meneroka hutan Belum, melawat kampung orang asli, bermandi manda di air terjun, mengelilingi pulau, menjejaki bunga rafflesia dan macam-macam lagi. Aktiviti-aktiviti ini kebanyakkan ditawarkan di dalam perkhidmatan resort, hotel atau chalet yang dibina di sini seperti Belum Rainforest Resort Malaysia.

Lokasi : Belum Rainforest, Pulau Banding, 33200 Gerik, Perak

1. Kellie’s Castle

Tempat Menarik di Perak Kellie Castle

Istana Kellie yang terletak di Batu Gajah mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan senibina yang sangat unik. Dikatakan, terbinanya istana ini adalah atas rasa kasih dan sayang Kellie Smith untuk isteri kesayangan beliau.

Kellie Castle Perak

Pembinaan Istana Kellie telah bermula sejak tahun 1915 tetapi ia terpaksa dihentikan setelah kematian mengejut Kellie Smith kerana diserang radang paru-paru yang kronik. Sudah menjadi kebiasaan, bangunan yang sudah lama ditinggalkan pasti akan dikaitkan dengan kisah-kisah misteri dan menyeramkan, Istana Kellie juga tidak terkecuali.

Walaubagaimanapun, perkara itu tidak menghalang para pelancong untuk berkunjung ke sini, malah mereka lebih tertarik untuk melihat  lebih dekat lagi suasana dan struktur-struktur bangunan ini.

Bayaran masuk :

Pelancong Luar : Dewasa RM 5

Penduduk Tempatan : Dewasa RM 4 / Kanak-kanak bawah 6 tahun Percuma                 

Waktu operasi : Setiap hari (9.00am – 6.00pm)

Lokasi : Jalan Gopeng Batu Gajah, 31000 Batu Gajah, Perak

Jom Ramai-Ramai Kita Melawat Tempat Menarik Di Perak

Itulah antara lokasi tempat menarik di Perak yang sempat kami kongsikan. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di Negeri Perak yang tidak disenaraikan. Sekiranya anda ada cadangan lokasi yang lebih menarik boleh kongsikan di ruangan komen di bawah. Diharap dengan perkongisan ini dapat membantu anda seisi keluarga atau pun bersama rakan-rakan untuk bercuti ke Negeri Perak.

—————————————————————————————-

Cari Penginapan Menarik di Ipoh

Bagi anda yang mencari penginapan murah di Ipoh, Perak, kami cadangkan agar menginap di hotel murah di Ipoh yang pernah kami kongsikan sebelum ini. Boleh rujuk artikel perkongsian kami yang sebelum ini —> Hotel Di Ipoh

Leave a Reply