Destinasi Tumpuan dan Tempat Menarik Di Melaka | Destinasi Pilihan Pelancong

Melaka, sebuah negeri kecil yang kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden dan ini menjadikan negeri ini destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Terdapat banyak tempat menarik di Melaka yang dijadikan destinasi pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika.

Tempat menarik di melaka

Apa yang lebih membanggakan, negeri Melaka diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO kerana nilai universalnya sama dengan Pulau Pinang.

Tempat Menarik Di Melaka | Destinasi Tumpuan dan Pilihan Pelancong

Jika anda ingin tahu dimana sebenarnya destinasi tumpuan di negeri bersejarah ini, artikel ini akan menyediakan beberapa tempat menarik di Melaka agar anda dapat merancang perjalanan anda ke Melaka kelak.

Kota A Famosa

a-famosa-melaka

Photo Kredit : gomelaka.my

Bila dengar berkenaan Kota A Famosa siapa yang tidak akan tahu mengenai peninggalan yang penuh bersejarah ini terutama rakyat Malaysia.

Menarik Afamosa Melaka

Photo Kredit: tourism.com.my

Kota A Famosa adalah sebuah kubu Portugis yang dibina pada tahun 1511 sewaktu Afonso de Alburqueque tiba di negeri Melaka. Kota A Famosa ini adalah merupakan senibina Eropah yang tertua yang masih wujud di Asia Tenggara.

Terdapat beberapa bahagian yang telah diruntuhkan dan tinggallah Porta de Santiago, iaitu sebuah gate house yang masih teguh berdiri sehingga kini.



Siapa yang singgah disini mesti tidak melepaskan peluang bergambar di pintu gerbang tersebut kerana ianya adalah simbolik bagi negeri Melaka.

The Stadthyus

Menarik di Melaka The Stadthyus

The Stadthuys mercu tanda yang sinonimus dengan Melaka ini merupakan destinasi tempat menarik di Melaka, ianya siap didirikan pada tahun 1660 dan dipercayai bahawa bangunan ini adalah bangunan kerajaan belanda yang tertua di Asia Tenggara. Mengikut sejarah The Stadthuys ini merupakan tempat pentadbiran kerajaan Belanda di negeri Melaka pada zaman penjajahan Belanda.

The Stadthyus Clock Fountain Melaka

Pada tahun 1982 tempat ini diubah suai menjadi Muzium yang mempamerkan sejarah Melaka, dan sejarah penjajahan Portugis dan British. Seberang jalan dari Stadthuys ini adalah Jonker street.

The Stadthyus tempat menarik di Melaka

Ia juga merupakan salah satu daripada monumen simbolik bagi negeri Melaka – ramai yang mengenalinya sebagai “bangunan merah kat Melaka tu”. Ini adalah salah satu lokasi yang tak pernah putus dengan kehadiran pelancong yang ingin bergambar sebagai tanda kenangan.

Muzium Kapal Selam

muzium kapal selam melaka

Photo Kredit: azumie.blogspot.my

Kapal selam yang terdapat di muzium ini adalah FS Ouessant Agosta 70. Ia digunakan untuk tujuan latihan oleh kru Kelas Perdana Menteri TLDM. Dahulunya, kapal selam ini adalah kepunyaan Tentera Laut Perancis dan telah dibeli oleh kerajaan Malaysia.

menarik muzium kapal selam melaka

Photo Kredit: myadha.blogspot.my

Ia diserahkan kepada Kementrian Pertahanan dan kemudian diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka untuk dipamerkan ke orang awam. Dengan bayaran yang murah anda dapat masuk dan melihat dengan mata sendiri bagaimana rupa bahagian dalam kapal selam.

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 5.30pm) | Jumaat – Ahad (9.00am-9.00pm)

Lokasi: Dataran 1 Malaysia, Klebang, 75200 Melaka

Menara Taming Sari

Menara Taming Sari

Photo Kredit: mywisewife.com

Menara Taming Sari adalah merupakan menara gyro pertama di Malaysia dan dibuka secara rasmi pada tahun 2008. Dengan ketinggian 110 meter, struktur yang berpusing ini boleh memuatkan seramai 80 orang dan memberi pengunjung pandangan panaromik 360 darjah Bandar Melaka sehingga ke Selat Melaka.

Menara Taming Sari Melaka

Nama menara ini disempenakan dari keris Hang Tuah yang masih belum dijumpai shingga kini. Kalau anda lihat dengan lebih teliti, menara ini menyerupai sebentuk keris.

Bayaran Masuk: Dewasa RM17 | Kanak-kanak RM11

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00am – 11.00pm)

Lokasi: Jalan Merdeka Banda Hilir, 75000 Melaka

Melaka River Cruise

Tempat menarik di melaka

Bagi pelancong-pelancong dalam dan luar Negara, jangan lepaskan peluang untuk menaiki Melaka River Cruise yang membawa anda bersiar-siar dengan bot sambil bersantai. Pasti anda akan menyukai pengalaman ini sambil dapat melihat bangunan-bangunan lama dan bersejarah. Sambil itu dapat juga anda mempelajari serba sedikit tentang sejarah negeri Melaka.

Melaka-River

Perjalanan bermula dari Jeti Muara, kemdudian akan berhenti sebentar di Jeti Tanah Rempah dan selepas itu berpatah balik ke Jeti Tanah Rempah dimana ia berakhir. Kelebihan cruise ini adalah kerana anda boleh naik waitu siang ataupun malam.

Bayaran Masuk: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 11.00pm)

Lokasi: Melaka River Cruise Boarding Port, Jalan Tun Mutahir, 75300 Melaka

Pantai  Klebang

Pantai Klebang

Photo Kredit: tallpiscesgirl.com

Pantai Klebang merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang telah menjadi sasaran yang popular pelancong yang melawat Bandar Melaka kerana kedudukan strategiknya yang berdekatan dengan Bandar Melaka. Yang uniknya di pantai ini adalah terdapat kawasan “padang pasir” yang sedikit tersorok dan dikenali dengan hashtag #melakadesert.

Pantai Klebang Melaka

Photo Kredit: orangmelaka.com

Apabila anda berada di pantai ini bagaikan anda berada di padang pasir dengan bukit-bukit pasir kecil yang menambah kepada keunikan pantai ini. Walaupun tersembunyi tetapi ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk bergambar disini.



Selain itu yang uniknya di Pantai Klebang ini adalah terdapatnya bas lama yang telah diubahsuai menjadi sebuah hotel dan dikenali sebagai Bustel Klebang.

Bustel Melaka Pantai Klebang

Terdapat lebih kurang 40 buah bas hotel dan setiap satu mempunyai reka bentuk yang unik. Jika anda tidak mahu menginap disini, anda juga boleh menjamu selara di restoran bustle di sana nanti.

Muzium Samudera Melaka

Muzium Samudera Menarik di melaka

Muzium ini merupakan salah satu yang paling unik yang sudah lama menjadi tarikan pelancong di Melaka. Ianya  terletak betul-betul di Bandar Hilir Melaka dan hanya bersebelahan Sungai Melaka. Muzium ini merupakan replika kapal layar portugis yang dibina dan di dalam kapal ini menempatkan pelbagai pameran menarik tentang sejarah di Melaka.

Muzium Samudera Melaka

Muzium ini terbahagi kepada 3 bahagian. Dengan satu tiket anda boleh melawat 3 muziukm iaitu Muzium Samudera (Replika Flor de La Mar), Muzium Samudera FAsa 2 dan Muzium TLDM.

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

Waktu Operasi: Isnin (9.00am-6.00pm) | Rabu-Ahad (9.00am-6.00pm)

Lokasi: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Jonker Walk

Jonker Walk ini merupakan destinasi wajib semasa melancong ke negeri ini. Ianya merupakan tempat membeli belah yang popular di Bandar Melaka.

Jonker Street Walk Melaka

Photo Kredit: tv14.my

Jika anda penat berjalan, anda boleh menaiki beca yang dihia penuh dengan lagu sambil diiringi muzik. Nak cari tempat menjual cenderamata, pasti ada disini.

The Shore Sky Tower

The Shore Sky Tower Melaka

Jika anda memburu pemandangan terbaik seluruh Bandar Melaka jangan lupa naik ke tingkat 42 The Shore Sky Tower, bangunan tertinggi di Bandar Melaka. Pastikan anda beranikan diri kerana lantai kaca lutsinar yang membuat anda merasakan seperti berjalan di atas angin.

The Shore Sky Tower Pemandangan Atas

Selain itu, terdapat akuarium yang penuh dengan ikan koi dan yang paling menarik, satu platform kaca lutsinar telah dibina untuk membolehkan pengunjung menguji keberanian.

Lokasi: The Shore, Malacca River

Waktu Operasi: 10:00 pagi ke 10:00 malam

Dewasa: RM25 sekali masuk

Kanak-kanak: RM18 sekali masuk

Baba Nyonya Heritage Muzium

Baba Nyonya Heritage Muzium

Baba Nyonya Heritage Muzium ini dibuka pada tahun 1985 dan mempamerkan sejarah dan budaya kaum peranakan di Negeri Melaka. Gabungan 3 lot teres ini adalah hak milik keluarga Baba dan Nyanya bernama keluarga Chan yand datang menetak di Melaka dengan tujuan untuk berniaga.

Baba Nyonya Heritage Muzium Melaka

Keturunanya telah berjaya memelihara banyak dari ciri-ciri dan perabot asal rumah ini jesteru menjadikan tempat ini sebuah destinasi ideal untuk sesiapa yang berminat untuk belajar sedikit tentang budaya kaum peranakan ini.

Bayaran Masuk: Dewasa RM16 | Kanak-kanak RM11

Waktu Operasi: Isnin – Ahad | Tour Pagi (10.00am – 1.00pm) | Tour Petang (2.00pm – 5.00pm)

Lokasi:  48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka

Zoo Melaka

Zoo Melaka

Photo Kredit: promotemalaysia.com

Kalau anda merancang aktiviti untuk seisi keluarga anda, Zoo Melaka merupakan tempat yang paling strategic. Zoo Melaka merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia dan menjadi habitat kepada pelbagai spesis haiwan.

Badak Zoo MelakaZoo Melaka merupakan zoo pertama yang menempatkan badak Sumatra yang hamper diancam kepupusan. Zoo Melaka adalah salah satu daripada tempat menarik di Melaka untuk kanak kanak terutamanya, kerana mereka dapat melihat spesies-spesies hidupan liar dengan lebih dekat.



Oleh kerana kawasan zoo yang luas, kemudahan seperti tram (yang macam kereta api tu) juga disediakan untuk kemudahan pengunjung di sini dengan harga serendah RM2.00 sahaja

Waktu operasi:

Zoo waktu biasa: 9:00 pagi – 6:00 petang (tiket terakhir jam 5:30 petang)

Night Safari: 8:00 malam – 11:00 malam (tiket terakhir jam 10:30 malam)

Kos:

Warganegara

Warga emas: RM7.10

Dewasa (umur 13-59): RM17.80

Kanak-kanak (umur 4-12): RM7.10

OKU: RM7.10

Bukan Warganegara

Dewasa (umur 13-59): RM23.70

Kanak-kanak (umur 4-12): RM17.80

Jom jalan-jalan ke Melaka dan melawat tempat – tempat menarik di Melaka ini

Demikianlah di antara tempat-tempat menarik di Melaka. Ia boleh juga dikatakan destinasi bajet untuk seisi keluarga untuk meluangkan masa berkualiti bersama-sama tanpa perlu pergi jauh mahupun berbelanja besar. Diharap dengan ini dapat membantu anda seisi keluarga atau pun bersama rakan-rakan untuk bercuti. Jangan lupa untuk singgah dan mencuba keenakan Asam Pedas Melaka bila dah sampai sana.

Bagi yang mencari hotel dengan swimming pool di Melaka boleh check hotel-hotel yang kami cadangkan. Rujuk artike kami di sini.

Selamat bercuti!

One Response

  1. MELAKA FUNLAND 27/03/2018

Leave a Reply