10 Tempat Menarik Di Kuching Sarawak yang Patut Anda Lawati

Bekerja tidak lari dari lumrah kehidupan kita bagi menampung segala perbelanjaan harian. Anda letih bekerja?Anda menginginkan sesuatu yang menarik dan boleh menghilangkan tekanan anda ditempat kerja disamping dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang? Kuching, Sarawak adalah tempat yang paling menarik untuk anda lawati kerana terdapat pelbagai tempat menarik di Kuching yang unik dan mengujakan sesuai untuk anda yang masih bujang mahupun yang sudah bekeluarga.

Tugu Kuching Menarik di Serawak

Photo Kredit : hasnyjalil.com

Senarai 10 Tempat Menarik di Kuching Serawak

Serawak memang sangat kaya dengan keindahan alam semula jadi. Jom kita terjah satu persatu tempat peranginan di Kuching Sarawak yang wajib anda lawati.

10. Taman Buaya Jong

Taman Buaya Jong Serawak

Photo Kredit : jongscrocodile.com

Sarawak dikenali dengan nama negeri Bujang Senang.Sudah tentu ada buaya. Jadi Taman Buaya Jong atau dikenali dengan (Jong’s Crocodile Farm) merupakan taman ternakan dan pemuliharaan buaya yang unik dan terbesar di Malaysia dengan menempatkan lebih seribu ekor buaya pelbagai spesis.



Taman Buaya Jong memberi peluang kepada anda menerokai pelbagai jenis buaya yang terdapat di Sarawak. Terdapat pelbagai pameran yang menarik ditunjukkan di sini antaranya adalah rangka kepala Bujang Senang yang dahulunya pernah mengganas di Sungai Batang Lupar.

Anda juga dapat melihat sendiri secara langsung si bujang senang dengan rakusnya bersaing untuk mendapatkan makanan dalam pertunjukkan memberi makan buaya pada pukul 11 pagi dan 3 petang.

Selain itu,terdapat juga haiwan lain dipamerkan di sini seperti ikan Arapaima Gigas, sesumpah, burung, ular dan pelbagai lagi.

Bayaran masuk :

Pelancong Luar : Dewasa RM 22 / Kanak-kanak RM 11

Penduduk Tempatan : Dewasa RM 12 / Kanak-kanak RM 6                  

Waktu operasi :

Di buka Setiap hari (9.00am – 5.00pm)

Lokasi :

Siburan, 29Km Kuching-Serian Road, 93250 Kuching

9. Muzium Sarawak

Muzium Serawak

Muzium Sarawak merupakan muzium tertua di Borneo dan unik kerana sudah diiktiraf muzium terbaik di dunia. Ia terletak berhampiran dengan Hotel Merdeka di Dataran Kuching.

Tempat Menarik di Kuching Muzium Serawak

Terdapat pelbagai koleksi Borneo Etnografi artifak Sarawak di Muzium Sarawak antaranya specimen Sarawak fauna, barangan antik Sarawak, dokumen sejarah dan pelbagai lagi.

Tidak ketinggalan,anda juga dapat merasai sendiri pengalaman berada di China kerana terdapat barangan putih jenis yueh,Celadons yang berasal dari Dinasti Song dan pelbagai lagi barangan lain yang berasal dari Dinasti T’zu Chou dan Fukien China.

Bayaran masuk :

Percuma

Waktu operasi :

Di buka Setiap hari (9.00am – 6.00pm)

Lokasi :

Jalan Tun Abang Haji Openg, Taman Budaya, 93400 Kuching, Sarawak

8. Kampung Budaya Sarawak

Kampung Budaya Serawak

Kampung Budaya Sarawak sangat terkenal di Sarawak. Tidak lengkap  jika anda datang ke Sarawak tetapi tidak pergi ke sini. Terdapat tujuh rumah tradisional yang unik, yang tersebar di atas kawasan seluas 17 ekar yang mempamerkan aktiviti harian mereka.

Menarik DI Kuching Kampung Budaya Serawak

Ia juga memberi anda pengenalan yang sempurna kepada Sarawak, penduduknya dan budaya, sama ada anda mencari wawasan tentang gaya hidup rumah panjang Bidayuh dan melihat sendiri pelbagai peralatan tradisi mereka.

Selain itu,anda juga boleh menaiki jambatan buluh dan  berjalan masuk ke pelbagai replika rumah etnik di Sarawak yang unik.

Bayaran masuk :

Dewasa RM50 / Kanak-kanak RM 25

Waktu operasi :

Di buka Setiap hari (9.00am – 5.15pm)

Lokasi :

Damai Beach Resort, 93762, Kampung Budaya Sarawak, 93010 Kuching, Sarawak

 

7. Kuching Waterfront

Kuching Waterfront Serawak

Kuching Waterfront ataupun dikenali sebagai People’s Palace ialah destinasi yang wajib jika anda melancong ke Sarawak. Anda bukan sahaja boleh bersantai bersama keluarga di Kuching Waterfront dengan menyusuri tebingan Sungai Sarawak yang sangat cantik dan menenangkan tetapi juga dapat melihat pelbagai bangunan bersejarah seperti Square Tower, rumah tahanan Raja Brooke dan pelbagai lagi.

Kuching Waterfront

Selain itu, pada waktu siang, terdapat pelbagai gerai cenderahati yang menarik untuk anda membeli belah sebagai kenangan dan pada waktu malam pula anda boleh menikmati pelbagai aktiviti yang mengujakan seperti pertunjukkan air pancut yang bewarna warni beserta alunan muzik moden dan traditional.



Tambahan lagi, anda jiga boleh menikmati makanan-makanan yang terdapat di gerai-gerai yang berada di situ dan jika anda ingin ke seberang dan mencari terubuk masin atau kek lapis, anda akan disediakan sampan-sampan kecil yang boleh membawa anda ke seberang dengan tambang hanya RM1.

Lokasi :

Kuching Waterfront, Jalan Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak

6. Taman Orkid Kuching

Taman Orkid Kuching Menarik di Serawak

photo kredit : ayards.blogspot.my

Taman Orkid Kuching sesuai untuk anda yang sangat menggemari orkid. Ia menyediakan lebih 80,000 orkid yang sangat cantik. Terdapat pelbagai jenis Orkid ditanam di taman seluas sekitar 15 ekar yang terdiri daripada orkid tempatan dan luar negara.

Taman Orkid Kuching Menarik di Sarawak

Photo Kredit : mysarawak2.blogspot.my

Antara tarikan yang menjadi tumpuan pelancong ialah Orkid Normah iaitu bunga rasmi negeri Sarawak dan beberapa orkid Borneo lain yang terkenal di dunia. Kepada penggemar orkid, anda juga boleh menangkap gambar sebagai kenangan anda yang terindah. Selain itu, di sini juga disediakan gerai makanan ,minuman dan juga barangan cenderahati untuk anda.

Bayaran masuk :

Percuma

Waktu operasi :

Di buka Selasa – Ahad (9.30am – 06.00pm)

Lokasi :

Taman Orkid, Kampung Istana, Kuching, Sarawak

5. Pasar Minggu Satok

Pasar Mingu Satok

Photo Kredit: kosmo.com.my

Pasar Minggu Satok menyediakan pelbagai barangan yang terdiri daripada kraftangan, cenderamata,herba,buah-buahan,tumbuh-tumbuhan yang digunakan di dalam perubatan tradisional orang Sarawak dan makanan mereka yang tidak ada di tempat lain.

Pasar ini  terletak di persimpangan Jalan Satok dan Jalan Palm berhadapan dengan Pawagam Miramar. Pasar Minggu Satok hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja dan jika anda ingin membeli barang-barang seperti yang telah dinyatakan tadi.

Jangan ketinggalan untuk melawati Pasar Minggu Satok yang sangat menarik dan pelbagai. Anda pasti akan berpuas hati dengan barang-barang yang terdapat di sini.

Waktu operasi :

Di buka pada hujung minggu

Lokasi :

Taman Foong Joon, 93050 Kuching, Sarawak

4. Muzium Sejarah Cina Sarawak

Muzium Sejarah Cina Serawak

Muzium Sejarah Cina dikhaskan untuk kaum Cina yang digunakan sebagai mahkamah pada tahun 1912 sehingga tahun 1921. Muzium ini terletak berhadapan dengan Kuil Tua Pek Kong.

Muzium Sejarah Cina Kuching Serawak

Muzium ini mempamerkan jejak sejarah masyarakat Cina di Sarawak. Dengan itu,anda dapat mempelajari dan mengetahui asal usul etnik-etnik Cina, kemahiran dan seni budaya mereka. Selain daripada itu,anda juga dapat menambah pengetahuan mengenai sejarah politik penglibatan Cina di Negeri Sarawak.

Bayaran Masuk:

Percuma

Waktu Operasi:

Isnin – Jumaat (9.00am – 4.45pm)

Sabtu, Ahad (10.00am – 4.00pm)

Lokasi:

Jalan Tunku Abdul Rahman, 93756 Kuching

3. Pusat Hidupan Liar Matang

Pusat Hidupan Liar Matang

Photo Kredit: malaysia.travel

Pusat Hidupan Liar Matang ini terkenal dengan The Great Orang Utan Project. Ia merupakan program yang menerima sukarelawan dari seluruh dunia untuk membantu dalam pemuliharaan orang utan liar di Sarawak.

Pusat ini dapat memberi pendedahan kepada anda mengenai perawatan haiwan Borneo dalam proses rehabilitasi untuk segala jenis haiwan termasuk haiwan terancam seperti beruang matahari dan burung kenyalang.

Bayaran Masuk:

Warganegara : RM20

Pelancong Asing : RM 7

Telefon :

+6082-246 575 / 775

Lokasi:

Matang Wildlife Centre Petra Jaya Kuching Sarawak Malaysia

2. Kilang Pasu Batu 4

Kilang Pasu Batu 4 Kuching

Photo Kredit: sarawaktourism.com

Terdapat banyak kilang membuat pasu dan tembikar di Batu 4. Batu 4 terletak 25 minit perjalanan dari pusat bandaraya Kuching. Jika anda penggemar kepada pasu dan tembikar,sangat sesuai untuk anda melawati kilang-kilang ini. Hal ini kerana harga yang ditawarkan untuk pasu-pasu ini sangat berpatutan dan mampu milik.

Kilang Pasu BAtu 4 Kuching Serawak

Anda pasti amat berpuas hati dengan keunikkan dan kualiti pasu-pasu yang dijual di sini. Selain itu,anda juga dapat melihat sendiri pemprosesan dan pembuatan pasu yang dihasilkan daripada tanah liat pada suhu mencecah lebih 800 degree celcius.

Bayaran Masuk:

Percuma

Waktu Operasi:

(2.00pm – 5.00pm)

Lokasi:

Jalan Penrissen, 93250 Kuching, Sarawak

1. Matang Family Park

Matang Family Park

Matang Family Park ialah tempat yang sangat menarik jika anda ingin meluangkan masa bersama family. Ia merupakan lokasi tempat menarik di Kuching yang wajib anda lawati jika anda ingin menyejukkan badan kerana suasana di sini ini sangat menenangkan.

Matang Family Park Kuching Serawak

Terdapat juga pelbagai gerai menjual makanan dan minuman untuk anda menikmati. Selain itu,pelbagai kemudahan juga disediakan disini dan ia sangat sesuai untuk anda yang ingin BBQ bersama keluarga tersayang.

Bayaran Masuk:

Dewasa RM 3 / Remaja RM 2 / Kanak-kanak RM 1

Waktu Operasi:

(8.00am – 5.00pm)

Lokasi:

Jalan Matang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Lawati Tempat Menarik di Kuching dan Serawak Destinasi Pelancongan Seterusnya

Sekiranya anda datang melancong ke Serawak jangan lupa untuk melawat kesemua tempat – tempat menarik di Kuching ini. Tidak dinafikan terdapat banyak lagi lokasi tempat menarik di Kuching yang tidak senaraikan.

Tempat Menarik di Kuching Serawak

Photo Kredit: nakbebel.com

Semoga anda dan keluarga mendapat satu pengalaman yang menarik apabila bercuti bumi Borneo ini.

    1. Hafiz 06/08/2018

    Add Your Comment

shares