fbpx

12 Tempat Menarik Di Ipoh Wajib Diterokai!

Apa yang anda rasa paling best bila datang Ipoh? Kalau anda sedang mencari idea tempat menarik di Ipoh, jawapannya ada disini. Sebelum ini kami pernah berkongsi tentang tempat makan best di Ipoh. Okay bagi yang dah pergi Ipoh dan mencuba makanannya yang best, mesti korang mencari tempat menarik di Ipoh kan.

tempat menarik yang best di Ipoh

Photo Credit: CNN Travel

Tahukah anda, Ipoh pernah disenaraikan di dalam laman web pelancongan antarabangsa, Lonely Planet, sebagai satu-satunya destinasi pelancongan di Malaysia yang terbaik pada tahun 2016.

Ada ke Tempat Menarik di Ipoh Yang Best?

Walaupun anda bertanggapan bahawa Ipoh adalah sebuah tempat yang kecil tetapi jangan disangka bahawa tempat ini membosankan. Di Ipoh, terdapat banyak aktiviti, perayaan dan acara yang berlangsung, hampir setiap minggu!

Tempat Menarik di IpohBagi orang-orang KL atau JB, pasti akan rasa satu kelainan apabila pertama kali jalan-jalan di sekitar Bandaraya Ipoh. keindahan suasana, senibina & tempat menarik di Ipoh ada sesetengahnya sangat unik & destinasi seumpamanya memang tiada di bandaraya utama lain di Malaysia.

12. Masjid Panglima Kinta

Masjid Panglima Kinta Ipoh

Photo Kredit: Ipohpedia

Masjid dengan reka bentuk Mughal dan Neo-klasik ini pada suatu ketika dulu pernah dijadikan sebagai pusat penyebaran agama Islam untuk penduduk di kawasan setempat. Ia rerupakan masjid yang tertua di Ipoh, hasil binaan Datuk Panglima Kinda Mohamed Yusof pada tahun 1898, sebagai peringatan pemergian isterinya tahun itu – romantik kan!

Di sebelah masjid ini terdapat sebuah sekolah pondok yang dibina sebelum Perang Dunia Ke-2 lagi. Manakala di hadapan masjid ini pula terdapat sebuah sekolah Arab yang pertama di Ipoh, Madrasah Kamaliah.

Alamat: Jalan Masjid, Kampung Kuchai, 30300 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: Lima Waktu

11. Lost World of Tambun

Ipoh Lost World Of TambunSama ada anda hanya ingin mengatasi ketakutan anda, menikmati masa bersama keluarga atau hanya ingin merilekskan diri, Lost World of Tambun mempunyai semuanya.

Lost World Of Tambun IpohTaman tema Lost World of Tambun ini secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu dry park dan wet park. Di dry park anda boleh meningkatkan adrenalin dengan menaiki roller coaster yang juga sesuai untuk kanak-kanak, juga terdapat  rumah hantu jika anda inginkan sedikit thrill.

Alamat: No 2, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak

Waktu Operasi:
Isnin-Jumaat: 11.00 am – 6.00 pm
Hujung Minggu, Cuti Sekolah & Cuti Am: 10.00 am – 6.00 pm

 

10. Memory Lane Flea Market (Pasar Karat Ipoh)

Jika anda berkunjung ke Ipoh pada hujung minggu (terutama sekali hari Ahad) jangan lupa untuk cepat-cepat bersinggah di Memory Lane Flea Market ni tau!

memory lane flea market pasar karat ipohPasar ini memang sangat besar & pilihan barangan vintage atau antik di sini memang sangat banyak. Kalau pusing-pusing kesemua kawasan Pasar Karat ini boleh makan berjam lamanya. Konsep barangan yang dijual di sini memang sangat rare & kalau anda ingin mencari sesuatu barang yang menggamit nostalgia lama samaada pakaian, kasut, hiasan rumah, barangan elektrik, duit lama, setem lama & sebagainya, bolehlah jengah-jengahkan diri ke Pasar Karat Ipoh setiap pagi.

pasar karat ipoh memory lane flea marketWaktu hujung minggu suasananya lebih meriah dengan kehadiran pelbagai golongan orang dalam & luar dari Ipoh. Di sini, terdapat banyak barangan unik yang boleh dikatakan sebagai tempat yang paling best dan murah untuk ‘collectors’ item’. Kena cepat tau!

Alamat: Jalan Horley, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Ahad (7.00am – 1.00pm)

9. Kinta Riverfront

kinta Riverfront Ipoh

Photo Kredit: visitperak

Jika anda ingin menyelami malam yang romantik bersama pasangan anda…inilah jawapannya! Kinta Riverfront ialah satu destinasi yang agak menarik untuk dilawati pada waktu malam kerana terdapat cahaya lampu LED yang dipasang pada pokok-pokok di sepanjang laluan sungai Kinta ini. Konsepnya sama seperti I-City di Shah Alam.

kinta River front IpohDi sini juga terdapat pelbagai pilihan basikal unik & cantik yang boleh pengunjung sewa untuk bersiar-siar di sekitar Kinta River Front. Harganya bergantung pada jenis basikal & kadarnya sangat berpatutan sekitar RM 5-RM 10 untuk anda & anak-anak mencuba pengalaman mengambil angin malam di Ipoh dengan cara yang lebih sihat.

Alamat: Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Tidak ditetapkan, seeloknya waktu malam.

8. Art of Old town

Art Of Old Town IpohArt of Old Town merupakan sebuah destinasi yang dihiasi dengan ilustari-ilustrasi kreatif pada dinding-dinding bangunan di sini. Daripada bangunan lama yang kelihatan usang kini destinasi ini menjadi salah satu tempat tarikan pelancong di Ipoh untuk melihat keunikan mural-mural 3D yang dihasilkan oleh Ernest Zacharevic.

Ipoh Art Of Old TownErnest Zacharevic adalah seorang pelukis mural yang turut menghasil karya popularnya di Penang, Johor Bahru, Kuala Lumpur & sehinggalah ke Singapura. Beliau juga turut terlibat dalam penghasilan seni jalanan di New York.

tempat menarik di Ipoh perak Art Of Old Town

Photo Kredit: uppre

Mural dinding yang terdapat di sini diinspirasikan daripada budaya masyarakat Ipoh. Masa yang diambil untuk melihat keseluruhan Art of Old Town ini adalah lebih kurang 30 minit.

Untuk mereka yang suka meneroka sesuatu tempat sambil menghargai karya seni.

Alamat: Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: 24 jam ( kawasan terbuka)

 

7. Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang IpohNikmati kecantikkan permata tersembunyi di bandar Ipoh. Hanya terletak kira-kira 6 km dari Bandaraya Ipoh, taman rekreasi ini merupakan satu tempat menarik di Ipoh yang sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti santai-santai di kawasan alam semulajadi.

Tidak perlu jauh-jauh nak masuk hutan & akses ke sini dengan kereta juga sangat mudah. Di destinasi tempat menarik di Ipoh ini terdapat tasik dan landskap taman yang sangat cantik serta dikelilingi dengan pemandangan bukit batu kapur.

ipoh Taman Rekreasi Gunung LangSetibanya di taman rekreasi ini, anda akan dapat melihat air terjun buatan manusia di atas bukit batu kapur. Untuk anda yang membawa anak pula, taman rekreasi ini turut dilengkapi dengan taman permainan dan juga mini zoo.

Selepas berjalan-jalan anda boleh mencuba menara tinjau untuk menikmati keindahan taman sepuas-puasnya sebelum pulang.

Alamat: Off Jalan Kuala Kangsar, Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak.

Waktu Operasi
8am – 12pm & 1.30pm – 7pm (Isnin-Khamis)
8am – 12pm & 2.45pm – 4pm (Jumaat)
8am – 6.30pm (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

 

6. Fantasy House Trick Art

Inginkan koleksi gambar yang tidak dapat dilupakan? Fantasy House Trick Art ini pasti akan dapat memenuhi keinginan anda!

Fantasy House Trick Art Ipoh

Photo Kredit: goipoh

Rumah yang dipenuh dengan ilusi optikal dan magikal ini dibuka pada tahun 2015. Masa yang diambil dalam proses menyiapkan semua lukisan-lukisan ini adalah dalam sekitar empat bulan. Terdapat lapan orang pelukis yang terlibat dalam projek ini.

Kalau bercuti di Ipoh dengan keluarga & bersama kumpulan, destinasi ini merupakan salah satu tempat menarik yang ideal untuk menghabiskan waktu berkualiti bersama.

ipoh Fantasy House Trick Art

Photo Kredit: 90gocuti

Terdapat lebih 30 lukisan mural interaktif yang dipaparkan untuk pengunjung mengambil gambar. Seperti juga di beberapa lokasi 3D Art Museum yang lain, staff di sini akan membawa anda melawat setiap mural & menolong anda ambil gambar pada posisi yang betul untuk menghasilkan gambar yang timbul & menarik.

Alamat: 16, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi:
9.00 am – 6.00 pm (weekdays)
9.00 am – 8.00 pm (hujung minggu/ cuti am)

 

5. Kek Long Tong Cave Temple & Zen Garden

 

Kek Long Tong Cave Temple IpohSetelah lebih dari 50 tahun kerja keras membina di dalam dan sekitar kuil gua, Perak Tong menjadi salah satu kuil gua terbaik di Malaysia. Terdapat banyak patung dan ukiran yang tersebar di sekitar kuil. Aroma dupa yang kuat dicampur dengan bau gua yang lama menjadikan suasananya istimewa sekali.

Di sebalik mezbah utama, terdapat pemandangan yang lebih indah. Jadi kami menyarankan anda supaya berjalan di sekeliling tempat ini untuk menikmati keindahannya.

tempat menarik di ipoh Kek Long Tong Cave Temple & Zen GardenWalaupun destinasi ini lebih kepada tempat suci kaum Buddha namun tiada halangan untuk pelancong datang melawat ke sini. Ramai pelancong luar yang datang ke sini untuk melihat keunikan landskap gua yang mungkin anda hanya boleh jumpa sepertinya di Sarawak. Di luarnya pula terdapat Taman Zen yang sangat mendamaikan & ianya lebih kepada lokasi untuk mereka bersenam atau jogging.

Alamat: Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Tiada Waktu Operasi Yang Ditetapkan

4. Chokodok Reggae House Cafe

 

Kami pernah menyenaraikan Kafe Hipster dan hotel dalam artikel kami sebelum ini Hotel Murah di Ipoh.

Chokodok Reggae House Cafe Ipoh

Photo Kredit: kintachronicles

Kafe hipster halal ini menonjol kerana hiasan dan reka bentuk dalamannya yang unik. Ia mempunyai gabungan perabot kayu, perabot buluh, jubin lama dan tentunya imej ikon Bob Marley. Tempat yang sempurna untuk menangkap gambar Instagram dan bersantai bersama rakan-rakan.

Apa yang menarik dengan hotel ini ialah hiasan dalaman dan juga luarannya. Berkonsepkan Reggae yang penuh dengan warna warni sebab itulah nama hotel ni Chokodok Reggae House. Sangat sesuai bagi backpacker dan juga berkeluarga.

Alamat:  175, Jalan Sultan Iskandar, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Negeri Perak
Waktu Operasi: 24 Jam (Hotel)

3. Muzium Teh (Ho Yan Hor)

tempat menarik yang best di Ipoh

Photo Credit: CNN Travel

Merupakan sebuah muzium kecil yang terletak di sebuah rumah kedai lama yang sesuai untuk mereka yang ingin lebih mengenali tentang sejarah teh herba di Ipoh. Perusahaan empayar teh herba ini diusahakan oleh seorang warga tempatan yang dikenali sebagai Dr Ho.

Jika anda peminat minuman teh, inilah destinasi wajib anda apabila berada di Ipoh! Walaupun nampak seperti muzium yang kecil, yang pastinya anda akan menikmati teh yang akan dihidangkan di akhir perjalanan anda di sini.

muzium teh Ho Yan Hor Ipoh

Photo Kredit: wanderingdejavu

Di dalam muzium ini terdapat pelbagai informasi & perkakasan lama yang pernah menjadi komponen utama dalam menghasilkan teh herba secara tradisional.

 

Di sini, anda akan dapat mengetahui banyak info tentang sejarah Ipoh dan Ho Yan Hor daripada tahun 1940-an sehingga masa kini yang mana syarikatnya telah berkembang sebagai syarikat farmaseutikal bergelar Hovid Bhd, berperingkat global dengan lebih daripada 400 produk dan telah menjalankan aktiviti eksport ke lebih daripada 50 negara.

Alamat: No. 1, Jalan Bijeh Timah (Treacher Street), Ipoh, Perak.
Waktu Operasi: 10.00 am – 4.00 pm ( Isnin cuti)

2. Taman Jepun (Taman Rekreasi Dr. Seenivasagam)

 

Taman Rekreasi Dr. Seenivasagam Taman Jepun IpohIni adalah replika taman Jepun yang dihiasi dengan flora tropika, koi dan bonsai. Ia adalah tempat yang ideal untuk penghuni bandar yang ingin melarikan diri dari keriuhan kehidupan bandar. Berada di dalam Taman Rekreasi Dr. Seenivasagam ialah sebuah Taman Mini Jepun yang berkeluasan 1.2 hektar.

Taman dalam taman, menarik bukan? Taman mini ini telah direka bentuk oleh pegawai lanskap Majlis Bandaraya Ipoh.

Ipoh Taman Rekreasi Dr. Seenivasagam Taman Jepun

Photo Kredit: ipohmalithebest

Taman ini dilengkapi dengan playground yang besar yang pasti membuatkan anak-anak teruja. Fasiliti lain yang ada di sini ialah tasik, trek jalan kaki, pondok rehat, tandas dan sebagainya. Sesuai untuk lepak-lepak pada waktu petang ataupun malam.

Kalau hujung minggu, destinasi tempat menarik di Ipoh ini sering menjadi kunjungan warga setempat untuk santai malam & memandangkan landskapnya yang cantik Taman DR ini juga sering menjadi lokasi untuk pasangan pengantin mengadakan wedding photoshoot.

Alamat: Jalan Keliling Dalam, 30300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: Dibuka Setiap Masa

1. Kellie’s Castle

 

Kellie Castle Perak Menarik dan best di IpohKellie’s Castle ini merupakan salah satu destinasi bersejarah yang popular di Perak. Kellie’s Castle adalah sebuah istana tinggal yang walaupun hanya separa siap tetap terpancar keindahan reka bentuknya, apatah lagi kalau berjaya disiapkan.

Bangunan istana ini mula dibina pada tahun 1910 dengan reka bentuk istana daripada India dan yang uniknya, tukang-tukang juga diimport khas dari Madras India.

Tempat Menarik di ipoh Perak Kellie CastleSekiranya anda melawat tempat menarik di Ipoh ini, anda boleh meneroka bahagian dalam bangunan yang luas ini – biliknya, ruang bawah tanah wain, lif dan menara enam tingkat.

Beberapa bilik telah dilengkapi dengan perabot supaya anda dapat melihat apa yang mereka akan kelihatan jika pembinaannya telah selesai. Memang lokasi terbaik untuk ambil gambar kenangan!

Alamat: Batu 5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak
Waktu Operasi: 9.00 am – 6.00 pm (setiap hari)

Tunggu Apa Lagi! Kemas Bagasi dan Terjah Tempat Menarik di Ipoh Sekarang

Banyak lagi tempat-tempat menarik di Ipoh yang kami belum senaraikan. Mungkin anda boleh memberikan cadangan dan  idea tempat menarik yang best di Ipoh untuk kami menambah baik artikel ini.

Sekiranya anda telah penat dan ingin berehat sambil makan boleh mencuba makan-makanan best di Ipoh. Rujuk artikel kami sebelum ini Tempat makan Best di ipoh. Sekiranya anda sesat bolehlah bertanya kepada penduduk di sini. Jangan risau, anda pasti sampai ke tempat makan best di Ipoh yang hendak di tuju ini dengan bantuan aplikasi waze atau google maps. Sila rancang perjalanan anda sebaiknya.


 

Cari Penginapan Murah Yang Menarik di Ipoh

Bagi anda yang mencari penginapan murah di Ipoh, Perak, kami cadangkan agar menginap di hotel murah di Ipoh dengan fasiliti yang menarik yang pernah kami kongsikan sebelum ini. Boleh rujuk artikel perkongsian kami yang sebelum ini —> Hotel Murah Di Ipoh

Leave a Reply