12 Tempat Menarik Di Bukit Fraser Pengalaman Bermakna Bersama Keluarga

Bukit fraser merupakan antara destinasi pelancongan yang terdapat di Raub Pahang. Nama tempat ini diambil bersempena nama seorang pngembara Scotland iaitu Louis James Fraser, kehilangannya pada tahun 1916 menjadi satu misteri sehingga kini. Tapi kini Bukit Fraser menjadi salah satu destinasi pilihan bagi pelancong yang ingin menghabiskan cuti bersama keluarga di kawasan tempat menarik di Bukit Fraser.

Tempat Menarik di Bukit Fraser

Tempat Menarik Di Bukit Fraser

Apa yang menarik di Bukit Fraser ini ialah binaan bangunan-bangunan lama yang bercirikan Tudor iaitu seperti suasana kampung pedalaman di Scotland. Selain dari itu, keindahan dan kesegaran suasana di Bukit Fraser juga menjadikan ia sebagai destinasi menarik, dengan ketinggian 1,420 meter dari aras laut membuatkan suhu di atas sini menjadi sejuk dan nyaman.

Antara tempat menarik yang perlu anda singgah bila sampai ke sini ialah :

12. Menara Jam

Menara Jam Bukit Fraser

Photo Kredit: anasuhana.com

Tempat wajib yang perlu anda singgah untuk bergambar adalah di mercu tanda Bukit Fraser iaitu menara jam Bukit Fraser.

Sangat senang untuk menjumpainya kerana ianya berada di tengah-tengah pekan dan merupakan penyambut kahadiran anda, kerana anda akan melihat ianya terpacak di tengah jalan setibanya anda di Bukit Fraser ini.

11. Bird Interpretive Center

Bird Interpretive Center Bukit Fraser

Bukit Fraser juga terkenal dengan kepelbagaiaan spesis burung yang kira-kira lebih dari 260 spesis. Anda boleh pergi ke galeri yang terdapat di sini untuk mengetahui maklumat mengenai spesis burung yang terdapat di sini. Lebih menarik lagi jika anda datang tepat pada waktunya, kerana setiap tahun akan diadakan pertandingan burung peringkat antara bangsa di sini.



Sangat sesuai untuk anda datang membawa anak kecil untuk melihat spesis burung yang ada dan wajib bagi mereka yang meminati burung untuk datang ke sini.

10. Taman Flora Bukit Fraser

Taman Flora Bukit Fraser

Photo Kredit: fraserhill.info

Di sini anda boleh lihat pelbagai jenis bunga, selain itu terdapat juga pokok buah strawberi dan sayur-sayuran (pokok strawberi ditanam mengikut musim). Pokok di sini ada yang boleh dijual, jadi jika anda berminat boleh la datang untuk membeli sambil begambar.

9. Kelab Golf Diraja

Kelab Golf Diraja Bukit Fraser

Photo Kredit: fraserhill.info

Padang golf di sini merupakan padang golf yang tertua di Malaysia. Bagi yang meminati sukan ini anda boleh mencabar diri untuk beraksi kerana walaupun ukuran padang yang agak kecil, tetapi permukaannya yang agak sukar serta suhu yang sejuk menjadikan ia sedikit mencabar.

8. The Paddock fraser’s Hill

The Paddock fraser’s Hill

Di sini adalah ditempatkan kuda lumba yang telah besara untuk berehat. Tetapi masih di gunakan lagi perkhidmatannya bagi memberi peluang kepada pelancong untuk merasai pengalaman menunggang kuda (hanya dibenarkan menunngang pada waktu yang ditetapkan). Selain itu juga, anda boleh belajar untuk memanah dengan harga yang sangat murah bagi setiap set memanah.

7. Allen’s Water

Allen’s Water Bukit Fraser

Photo Kredit: fraserhill.info

Banyak aktiviti di sini yang boleh dilakukan bersama-sama seperti menyewa paddle bot, memancing, memberi makan ikan dan water ball. Menurut sejarah, Allen’s Water ini dahulunya sebagai tempat tadahan air bagi membekalkan air kepada orang Inggeris yang tinggal di sekitar kawasan sini.

6. Air Terjun Jeriau

Bagi mereka yang gemarkan air terjun pasti teruja bila datang ke sini kerana air terjun ini lebih sejuk berbanding di sesetengah kawasan lain disebabkan ia berada di kawasan yang tinggi dari permukaan laut. Air terjun ini tidaklah tinggi mahu pon dalam, tetapi cukup sekadar untuk bermandi manda bersama keluarga mahu pon rakan.



Untuk ke sini agak mencabar kerana perlu melalui jalan yang agak sempit dan berliku, setibanya di luar kawasan air terjun, anda perlu berjalan sedikit untuk ke kawasan air terjun dengan menggunakan trek yang telah disediakan kira-kira 1km jaraknya.

5. Twin Peak Pine Tree Hill

Twin Peak Pine Tree Hill

Bagi yang gemarkan aktiviti lasak seperti hiking, anda berpeluang untuk menawan puncak Twin Peak Pine Tree Hill ini salah satu lokasi tempat menarik di Bukit Fraser. Ketinggiannya juga agak mencabar kira-kira 1500 meter dari aras laut, jarak perjalanan juga tidak jauh dan anda boleh pergi dalam masa kurang sehari. Jadi untuk melakukan aktiviti ini tidak memerlukan masa yang lama.

4. Kompleks Sukan Bukit Fraser

Kompleks Sukan Bukit Fraser

Photo Kredit: fraserhill.info

Anda juga boleh menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kompleks sukan ini untuk beriadah dalam suasana yang sejuk dan segar. Memang seronok jika dapat keluarkan peluh dalam keadaan sejuk bagi memanaskan sedikit badan. Antara kemudahan yang disediakan di kompleks ini ialah gym dan sauna.

3. Restoran Strawberi Mimi

Restoran Strawberi Mimi

Pasti dalam keadaan sejuk membuatkan anda cepat lapa, oleh itu anda boleh singgah ke restoran Strawberi Mimi bagi mengisi perut anda yang lapar. Apa yang istimewanya di sini ialah, Ice Blended dam Milk Shake berperisa strawberi yang dsegar dari lading. Pelbagai menu lain yang boleh anda dapati di sini seperti tom yam, sup tulang, makanan goring-goreng dan macam-macam lagi.

2. Hemmant Trail Fraser Hill

Hemmant Trail Fraser Hill

Selain dari Twin Peak Pine Tree Hill, anda juga boleh melakukan aktiviti jungle tracking di Hemmant Trail Fraser Hill ini, jalan yang akan anda lalui adalah hutan yang mengelilingi kelab golf di sini. Jadi ia tidaklah begitu jauh, cukup sekadar merasai pengalaman yang boleh anda lakukan di sini.

1. Pejabat Pos

Pejabat Pos Fraser Hill

Apa yang menarik dengan pejabat pos ini ?? yang menariknya adalah bentuk bangunannya yang bercirikan England membuatkan anda tetarik bila melihatnya Kecik dan comel, dengan tembok yang dipenuhi tumbuhan menghijau membuatkan anda rasa seperti berada di luar Negara. Sebab itu Bukit Fraser juga mendapat gelaran Little England kerana bangunan di sini bercirikan Negara tersebut.

Jom Lawati Tempat Menarik di Bukit Fraser

Secara keseluruhannya, Bukit Fraser ini mempunyai tarikannya yang tersendiri berbanding tempat menarik yang lain, jadi bagi ada yang duduk di tengah kota boleh lah datang ke tempat menarik di Bukit Fraser ini bagi merehatkan minda dengan udara segar dan sejuk yang jauh bezanya dari kota.

  • Add Your Comment

shares