Terbaik 10 Tempat Makan Best di Putrajaya – Syurga Makanan di Wilayah Persekutuan Putrajaya

Putrajaya adalah Wilayah Persekutuan ketiga dan terkini Malaysia dan merupakan pusat pentadbiran penuh dengan pejabat-pejabat kerajaan. Dibina di tanah lapang dan bekas ladang kelapa sawit di Selangor, bandar ini meliputi kawasan seluas hampir 5,000 hektar dan terletak 25 km dari Kuala Lumpur. Disebabkan banyak pejabat kerajaan, terdapat banyak tempat makan best di Putrajaya yang menjadi tumpuan penjawat awam.

Tempat Makan Best di Putrajaya

Seperti yang kita ketahui, di sinilah terletaknya bangunan-bangunan kompleks kerajaan yang menempatkan ribuan penjawat awam. Kepelbagaian tempat- tempat menarik di Putrajaya memudahkan penjawat awam ini mencari makanan yang sedap-sedap. Di sini saya mahu berkongsi tempat-tempat makan best di Putrajaya untuk anda menjamu selera yang terbaik di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Syurga Makanan Terbaik 10 Tempat Makan Best di Putrajaya

10. Nasi Minyak House

Selalunya anda hanya boleh menikmati nasi minyak hanya di majlis-majlis perkahwinan, tetapi tidakkah anda tahu, anda kini boleh merasai kelazatan nasi minyak ini di Nasi Minyak House di Persint 15. Nasi Minyak House ini pernah menjadi pilihan satu program di TV3 sebagai destinasi makanan yang wajib anda kunjungi iaitu Program Jalan-Jalan Cari Makan.



Nasi Minyak House ini menjadi pilihan kerana terdapat pelbagai aneka lauk yang dihidangkan bersama dengan nasi minyak ini. Di antara lauk-lauk tersebut adalah ayam masak merah, daging masak hitam, kari kambing, ayam goreng berempah, gulai dan kuzi.

Selain itu, terdapat juga menu lain yang turut memeriahkan lagi Nasi Minyak House ini seperti nasi hujan panas, nasi beriyani, mee kari dan pelbagai aneka makanan barat. Anda juga boleh menambahkan selera anda dengan “Hot Cheesy Egg and Cheese” yang begitu nikmat jika dimakan bersama nasi minyak.

9. Restoran Madfoon Palace

madfoon palace putrajaya

Sumber Gambar: itourism.com.my

Anda sudah bosan dengan makanan seharian anda? Anda hendak rasa suasana yang romantik? Jika soalan-soalan ini yang sedang bermain di fikiran anda, Madfoon Palace menjadi jawapannya.

Restoran Madfoon Palace Tempat Makan Best di Putrajaya

Madfoon Palace merupakan sebuah restoran nasi arab yang terletak di Menara Putrajaya Holding di Presint 2. Madfoon Palace ini juga telah menarik minat Program Jalan-jalan Cari Makan di TV3 untuk berkunjung di sini dan mempromosikannya.



Dekorasi dalaman restoran ini sangat cantik dan pemandangan luaran yang sangat indah kerana berhadapan dengan Tasik Putrajaya dan Jambatan Seri Wawasan. Ciri-ciri restoran yang sebegini memang sangat sesuai untuk membawa insan tersayang menikmati juadah di sini. Nasi arab yang dihidangkan di sini dimasak oleh chef-chef dari negara Yaman yang mempunyai 15 tahun pengalaman memasak.

8. Serabei Cafe

Orang-orang Pantai Timur kebanyakannya berhijrah untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik, termasuklah sebilangan dari mereka yang berhijrah ke Putrajaya. Mereka mesti merindukan masakan nenek moyang mereka. Walau bagaimanapun, mereka tidak perlu risau kerana Serabai Cafe ada penyelesaiannya.

Tempat Makan Best di Putrajaya Serabei Cafe

Sumber Gambar: myfave.com

Serabei Cafe merupakan sebuah restoran yang menghidangkan pelbagai jenis makanan pantai timur seperti nasi dagang, nasi kerabu, lompat tikam atau juga dikenali sebagai laksam. Lokasi restoran ini adalah terletak di Waterfront Ayer @ 8, Presint 8.

Serabei Cafe Tempat Makan Best di Putrajaya

Sumber Gambar: myfave.com

Nama Serabei Cafe ini diilhamkan daripada sejenis makanan pencuci mulut yang dibuat daripada tepung beras dan bentuknya seakan-akan kuih donut dan kuih ini bertambah enak jika dicicah bersama sos lemak manis. Selain itu, sesuatu yang menjadi kelainan di sini adalah nasi kerabunya dihidangkan bersama dengan ketam bercili.

7. Medan Selera Taman Warisan Pertanian

Medan selera selalunya menjadi tumpuan orang ramai kerana terdapat pelbagai jenis pilihan makanan di sini. Begitu juga di Putrajaya, Medan selera yang terletak Taman Warisan Pertanian, 62150, Wilayah Persekutuan Putrajaya ini merupakan sebuah medan selera yang sangat bersih dan selesa.

Suasana persekitaran yang  tidak terlampau bising ini amat sesuai untuk anda yang suka makan sambil bersantai dan untuk anda yang mahukan ketenangan. Juadah yang menjadi kegemaran di sini adalah Unan Roti John, “Coconut Shake”, Nasi Ayam Hainan dan Sate Haji Samuri.



Berdasarkan pendapat-pendapat daripada orang ramai, anda wajib mencuba “Coconut Shake” kerana anda pasti mendapat kepuasan yang menakjubkan.

6. Medan Selera Presint 9

medan selera presint 9 putrajaya

Sumber Gambar: hafizhafizol.my

Seperti juga dengan medan selera yang lain, terdapat pelbagai juadah boleh didapati di sini, tetapi yang menjadikan medan selera ini istimewa ialah Kacang Pool yang biasanya hanya ada di Larkin, Johor dan lontong sambal sotong. Lokasi medan selera adalah di Jalan P9e, Presint 9. Putrajaya.

5. Restoran Thai Kung

Restoran Thai Kung

Berita baik untuk peminat-peminat tomyam, kini anda boleh merasai tomyam asli dari Thai yang semestinya sedap. Restoran yang bertempat di Presint Diplomatik, 62000 Putrajaya ini menghidangkan tomyam yang terbaik dari Thai sebagai menu utama di restoran ini.

Restoran Thai Kung sedap di Putrajaya

Selain itu, terdapat juga hidangan lain seperti ikan siakap, ketam, sotong goreng tepung, kalian ikan masin dan yang paling menggiurkan ialah kangkung “Crispy”. Anda juga diberi pilihan sama ada mahu set atau berasingan dan kebanyakan pelanggan yang datang di sini memilih set kerana sedikit murah.

4. K Fry Urban Korean IOI City Mall

K Fry Urban Korean IOI City Mall

Bagi remaja-remaja yang meminati muzik K-Pop, anda pasti mempunyai artis kegemaran anda masing-masing, tidakkah anda ingin tahu apa yang mereka makan seharian? Jadi, marilah rasa dan kenali makanan Korea yang terkenal di Putrajaya.

K Fry Urban Korean IOI City Mall Putrajaya Sedap

K Fry Urban Korean merupakan sebuah restoran Korea yang terletak di IOI Mall. Kebanyakan pelanggan yang datang semuanya berpuas hati dengan servis yang cepat, pekerja restoran yang ramah dan apa yang paling penting ialah makanan korea yang sangat sedap.

3. Shell Out – Ayer8

Shell Out – Ayer8

Seperti yang anda semua sedia maklum, Shell Out yang menawarkan makanan laut sudah dikenali sejak beberapa tahun yang lepas. Tidak ketinggalan juga Shell Out di Putrajaya ini, juga menawarkan makanan laut yang segar-segar dan kepelbagaian makanan lautnya.

Shell Out – Ayer8 tempat makan best putrajaya

Shell Out ini terletak di Unit C1-G-3a, Ayer@8, Jalan P8G, Presint 8 Putrajaya. Rata-rata pelanggan memuji restoran ini dan pelanggan ini juga berjanji akan kerap datang ke sini kerana mereka sangat berpuas hati dengan makanan-makanan laut yang terbaik dan layanan yang mesra berserta senyuman.


2. Restoran Selera Kita

Restoran Selera Kita

Sumber Gambar: mannadia.blogspot.my

Restoran yang bertempat di Presint 15, Putrajaya ini menawarkan makanan Melayu asli dari pelbagai negeri seperti asam pedas, mee kari dan laksa. Apa yang menarik di sini adalah restoran ini juga menyediakan masakan buffet untuk hidangan makanan tengah hari. Para pelanggan juga boleh berjimat cermat kerana harga yang ditawarkan juga murah.

1. Nasi Lemak Berlauk Presint 8

Nasi Lemak Berlauk Presint 8

Sumber Gambar: mykeledek.com

Di waktu pagi kalau dapat menjamu nasi lemak memang sangat menyelerakan. Kunci utama kepada kesedapan nasi lemak adalah terletak pada sambalnya. Lain orang yang membuatnya lain juga rasa sambalnya. Di Presint 8, terdapat gerai nasi lemak yang pelangganya berpusu-pusu datang kerana sambal nasi lemaknya sangat sedap. Selain itu, terdapat juga pelbagai pilihan lauk yang menyelerakan.

Apa Lagi, Jom Serbu Kedai Tempat Makan Best Di Putrajaya

Kesimpulannya, terdapat banyak tempat makan yang boleh kita kunjungi di Putrajaya ini. Semua itu atas usaha kita sendiri untuk rajin mencari tempat-tempat makan best di Putrajaya yang terbaik. Pengusaha-pengusaha restoran sangat banyak sekarang ini dan mereka saling bersaing untuk menyediakan makanan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

 

  • Syafiq
  • Fikri
  • Azim
  • Mustakim
  • Farah
4.6
Sending
User Review
2.2 (5 votes)
  • Add Your Comment

shares