9 Tempat Makan Best Di Port Dickson

Ada ke Tempat makan best di Port Dickson?

Port Dickson merupakan salah satu pusat peranginan yang sering menjadi tumpuan penduduk dalam Malaysia mahupun pelancong luar Negara kerana keindahan alam semula jadi dengan pemandangan laut yang mengamati 1001 kenangan. Jadi sesiapa yang masih belum menjejakkan kaki ke Port Dickson, anda sangat – sangat rugi kerana banyak benda menarik yang ada di Port Dickson.

Port Dickson n9

Apabila adanya pelancong yang melancong di Port Dickson pastinya tempat makanan menjadi tarikan dan tumpuan orang ramai. Jadi mari kita senaraikan tempat makan best di Port Dickson yang mesti kita cuba apabila menjejakkan kaki di negeri adat perpatih ini.

9 Terbaik Tempat Makan Best di Port Dickson

9. King’s Char Kuey Teow

Tempat Makan Best di Port Dickson

Selain itu juga, King’s Char Kuey Teow – Penang Food & Western juga merupakan antara destinasi restoran menarik yang mesti dicuba di Port Dickson. Restoran ini pernah di serbu oleh pihak rancangan makan TV3 iaitu Jalan – jalan cari makan.



Restoran ini berpusat di Teluk Kemang Square Batu 7 Jalan Pantai Teluk Kemang Port Dickson dan sudah semestinya Char Kuew Teow di sini menjadi bualan ramai kerana udang yang diletakkan di dalam Char Kueh Teow sangat besar dan rasanya yang asli seperti di Penang serta kualiti kesegaran seafoodnya pasti menjanjikan kepuasan buat para pelanggan yang melaburkan wang mereka di sini.

Kings Char Kuey Teow

Harga bagi sepinggan Char Kueh Teow adalah RM7 sahaja. Lokasi restoran ini berdekatan dengan pantai dan merupakan kawasan strategik kerana pelanggan boleh menikmati juadah sambil ditiup angin laut. Waktu operasi restoran ini bermula dari jam 5 petang sehingga larut malam. Jadi bagi penggemar Char Kuey Teow jangan lupa singgah di restoran ini semasa di Port Dickson.

8. Ghodang Kopitiam

Ghadong Kopitiam Tempat Makan Best di Port Dickson

Seterusnya kita juga boleh menikmati juadah yang disediakan di Ghodang Kopitiam.  Sesiapa yang minat dengan suasana kedai makan style kopitiam bolehlah mencuba di kedai ini.  Kedai ini menyediakan makanan untuk sarapan sehinggalah makanan berat seperti nasi.



Antara menu popular ialah pisang cheese, coconut shake, burger bakar dan asam pedas. Ghadong Kopitiam ini terletak di Batu 71/2, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson. Harga makanan di sini juga sangat berpatutan dan mesti dicuba untuk merasai kelainannya sendiri.

7. Restoran Kulit Kayu Manis

Restoran Kulit Kayu Manis

Restoran Kulit Kayu Manis juga merupakan restoran yang terkenal sebagai salah satu tempat makan best di Port Dickson. Restoran ini menyediakan banyak jenis lauk – pauk masakan Melayu & lauk tradisional orang Nogori. Kedai ini dibuka awal pagi lagi dan bagi pengunjung yang ingin bersarapan di sini juga bolehlah menikmati nasi lemak, bubur nasi, pulut kuning dan banyak lagi.

Restoran Kulit Kayu Manis Kedai Makan Best di PD

Photo Kredit : apecerit.blogspot.my

Restoran ini terletak di  Taman Jasmin Port Dickson.  Antara menu yang disediakan ialah roti Arab dengan sambal sardin, roti telur goyang dan roti capati bersama kari ayam. Restoran ini mula beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 10 malam. Jadi mari kita semua serbu restoran ini untuk menikmati hidangan yang disediakan.

6. Double Queue

Double Queue Kedai best di PD

Double Queue merupakan restoran yang sering menjadi tumpuan pelancong yang mengemari makanan laut ala Siam. Dekorasi dalaman yang menarik membangkit keinginan orang untuk menjamu selera. Antara menu yang popular di sini ialah siakap masam manis, siakap kukus limau nipis, pulut manga, nasi padkapow dan tom yam seafood.

Double Queue Kedai Sedap di Port Dickson

Bagi sesiapa yang tidak makan makanan pedas, restoran ini juga ada menyediakan makanan vegetarian. Bagi sesiapa yang teringin untuk mengunjungi di alamat 4-g-18 Persiaran Waterfront, Port Dickson.

5. Hassan Murtabak

Hassan Murtabak best di Port Dickson

Hassan Murtabak juga antara tempat makan best di Port Dickson yang wajib dikunjungi. Masakan ala mamak sudah sinonim dengan rakyat Malaysia dan nama seperti murtabak tidak asing lagi buat penduduk Malaysia. Antara menu yang disediakan ialah murtabak, roti canai, mee goreng dan macam – macam lagi.

Hassan Murtabak Port Dickson

Hassan Murtabak ini terletak di 20-24 Persiaran Kurau 1, Taman Tuah Batu dan waktu operasinya bermula dari jam 4 petang sehingga 12 tengah malam. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasa murtabak yang unik di kedai ini.

5. Restoran Aden

Restoran Aden

Restoran Aden merupakan restoran yang terkenal dengan masakan Arab. Restoran ini merupakan satu-satunya restoran di PD yang menawarkan menu Timur Tengah. Lokasi restoran ini terletak di Centre Point 61 Jalan Mahajaya dan beroperasi sehingga 11 malam. Antara menu yang ada dijual disini ialah nasi mandi, masakan panggang dan pelbagai lagi.

Restoran Aden Tempat Makan Best Port Dickson

Bagi sesiapa yang teringin untuk menikmati masakan dari negara Timur Tengah ini bolehlah datang bersama keluarga tersayang untuk menikmati pelbagai jenis menu yang disediakan dan yang pasti akan membuat anda semua datang semula ke sini.

Baca juga: 11 Kedai Western Best di Seremban Yang Kecur Air Liur

4. Mimi Ikan Bakar & Kerang Rebus

Mimi Ikan Bakar & Kerang Rebus

Bagi penggemar ikan bakar dan juga kerang anda jangan risau kerana Mimi Ikan Bakar & Kerang Rebus menyediakan ikan dan hasil laut segar ala Melayu di sini. Anda boleh buat pilihan samada menikmati ikan,lala,sotong, ketam mahupun udang di kedai makan ini.

Mimi Ikan Bakar & Kerang Rebus PD

Antara menu yang sering menjadi tumpuan ramai ialah ketam masak 3 rasa, ikan masam manis, sotong bakar, sup ekor, daging lembu black pepper dan pari bakar yang dihidang dengan sos kicap cili api pastinya membuat anda terliur.  Restoran ini terletak di tepi jalan Teluk Kemang.

3. Warung Mak Mah Nasi Ayam

Warung Mak Mah Nasi Ayam

Warung Mak Mah Nasi Ayam yang terletak berhampiran dengan Masjid Jamek Port Dickson dan popular dengan juadah ‘ Nasi Ayam Istimewa’. Warung ini sangat popular di kalangan pelanggan tempatan kerana menyediakan pelbagai jenis juadah lain seperti masakan barat, masakan kampong, satay dan macam – macam lagi.

Warung Mak Mah Nasi Ayam Sedap di PD

Waktu operasi perniagaan bermula dari jam 7 pagi hingga 2 pagi dan berlokasi di No 1001 & 1002, Km 1 Kedai Jamek , 71000 Port Dickson.

2. Cowboy Place Nasi Kukus

Cowboy Place Nasi Kukus

Salah satu tempat makan best di Port Dickson ialah Cowboy Place. Restoran ini sangat menarik kerana konsep kedainya yang unik. Sekali kita dengar nama kita jangkakan restoran ini akan menyediakan makanan ala barat/western. Tapi sebenarnya restoran ini popular dengan hidangan Nasi Kukus Ayam Panggang.

Cowboy Place Nasi Kukus Ayam Panggang

Restoran yang berkonsepkan makanan melayu tetapi bertemakan kedai “ KOBOI”. Restoran ini telah berpindah dan lokasi baru terletak di tepi jalan yang beralamat diKampung Sungai Menyala, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan. Dekorasi ruangan kedai memang unik dan apabila anda sampai di restoran ini , anda pasti akan Nampak beberapa lukisan orang koboi dengan tali dan berpistol.



Nasi ayam kukus panggangnya memang menjadi kegilaan ramai keran ayam-ayam ini sentiasa dipanggang di atas bara api mengikut permintaan harian pengunjung. Harganya bermula dari RM6 hingga RM7 bagi setiap satu set nasi kukus ayam panggang. So, jangan lepaskan peluang untuk menikmati sendiri masakkan di restoran ini.

1. Restoran Chardin Seaview Seafood

Restoran Chardin Seaview Seafood

Bagi mereka yang ingin mencari masakan barat anda boleh cuba di Restoran Chardin Seaview Seafood Village kerana restoran ini menyediakan makanan barat seperti Chicken Chop, Steak,BBQ dan pelbagai lagi. Di restoran ini pengunjung boleh menunjukkan bakat terpendam kerana di sini dia menyediakan hiburan karaoke percuma.

Restoran Chardin Seaview Seafood Halal Port Dickson

Waktu perniagaan bermula dari 11 pagi sehingga 11 malam.  Restoran ini terletak di Batu 1 Jalan Seremban. So jangan lupa bawa ahli keluarga untuk bersama- sama menikmati masakan di restoran ini.

Apa Tunggu Lagi Jom Jalan Jalan ke Port Dickson

Akhir sekali jangan lepaskan peluang singgah ke tempat makan best di Port Dickson ini untuk menikmati pelbagai masakan dari pelbagai  tempat makan menarik di Port Dickson. Meluangkan masa bersama – sama keluarga tercinta di tempat peranginan ini sambil mencuba pelbagai jenis juadah pasti menjanjikan satu percutian yang penuh bermakna untuk diri anda dan keluarga.

shares