fbpx

22 Tempat Makan Best di Penang [No 15 dan No 20 Wajib Cuba]

Artikel kami untuk kali in akan berkongsi tempat makan best di Penang. Kami jarang berkongsi mengenai Pulau Pinang, mungkin terlepas pandang dan kali terakhir kami berkongsi tentang Pulau Pinang adalah tempat menarik di Pulau Pinang.

Tempat Makan Best DI Penang

Foto Kredit: livingnomads.com

Pulau Pinang merupakan sebuah daerah di Utara Malaysia yang mendapat status UNESCO dan memiliki sejarahnya yang tersendiri. Selain itu, Penang merupakan salah satu destinasi Percutian yang popular dikalangan pelancong tempatan dan juga luar negara. Mungkin banyak tinggalan kesan penajajahan dan juga terdapat terlalu banyak banyak tempat makan best di Penang ini.

Tempat Makan Best di Penang Wajib Cuba

Penang ni boleh diibaratkan seperti syurga makanan, terlalu banyak port-port tempat makan yang sedap dan menarik dan kami telah kumpulkan antara yang terbaik. Jom kita terjah satu persatu kedai makan best di Penang ni.

1. Nasi Kandar Beratur

Salah satu tempat makan best di Penang yang paling popular di kalangan bukan sahaja Pulau Pinang, tapi boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia. Tengok kepada nama pun dah boleh agak kan, yer memang kalau nak makan nasi kandar kat sini anda mesti beratur panjang sebaba terlalu ramai yang berebut-rebut nak menjamu selera dengan nasi kandar beratur.

Waktu operasi bermula jam 10 malam dan lokasi kedai terletak di Jalan Kapitan Keling Georgetown, Pulau Pinang.

2. Restoran Kapitan

Selain daripada Nasi Kandar, kat penang ni terkenal juga dengan Tandoori. Kepada peminat-peminat tandoori, mai sini jom datang Penang kita try tandoori dari Restoran kapitan. Kalau nak survey dulu, boleh check menu istimewa dalam website dorang dulu. Antara menu yang kami cadangkan untuk dicuba adalah Beriani Claypot dan Tandoori.

Lokasi restoran terletak di Jalan Chulia Georgetown.

3. Astaka Taman Tun Sardon

Astaka Taman Tun SardonJika anda tercari-cari lokasi sarapan semasa berkunjung di Penang, kami syarkan anda untuk singgah mencuba sarapan di Astaka Taman Tun Sardon. Sering dikunjugi oleh penduduk tempatan untuk bersarapan dan yang paling menarik, Astaka ini bukan sahaja dikunjungi oleh orang melayu tetapi juga masyarakat Tionghua dan juga India. Antara menu yang popular di sini adalah serabai.

Harga makanan agak murah dan terdapat pelbagai menu lain yang dihidangkan di sini. Selain serabai kami juga mencadangkan anda mencuba pelbagai jenis sandwich seperti sandwich ketam, sandwich daging lada hitam dan sandwich ayam serta Nasi Lemuni.

Lokasi Astaka Taman Tun Sardon terletak di Gelugor.

5. Nasi Ayam, Lorong Kulit

Nasi Ayam Lorong KulitBagi penggemar nasi Ayam, kami syorkan anda untuk ke Lorong Kulit di Stadium. Terdapat banyak tempat makan best di Penang yang menyajikan Nasi Ayam di kwasan ini. Ini adalah salah satu lokasi tumpuan orang melayu di Penang. Berbeza dengan nasi ayam hainan yang popular di luar Penang, di sini nasi Ayam versi melayu yang disajikan.

Lokasi adalah di Lorong Kulit Berdekatan Stadium.

6. Mee Sotong, Hameed Pata

Kedai Mee Sotong Hameed Pata ini menjadi buah mulut orang ramai kerana ianya terbukti rasanya yang sedap, ditambah pula sambal sotong yang pedas kemanisan memang dapat mencairkan hati sesiapa sahaja yang mencuba! Kalau nak sedap lagi, boleh juga pesan Coconut Shake. Perghh! Gabungan yang amat padu ini dapat menambahkan lagi selera anda.

Lokasi Kedai agak strategik di Padang Kota Lama

7. Jeruk Madu Pak Ali

Jeruk Best di PenangBanyak cawangan Jeruk Madu Pak Ali ni, boleh dikatakan hampir di setiap negeri ada cawangan. Pilihan utama pengunjung kalau datang ke kedai jeruk ni sudah tentulah mencari jeruk yang sedap dan popular di Malaysia. Kebanyakan pengunjung yang datang ke kedai ni adalah untuk membeli buah tangan dan untuk pengetahuan di Penang merupakan kilang yang memproses jeruk di Simpang Ampat, tetapi kedai yang di syorkan adalah di seberang Jaya.

Lokasi sebelahg highway utara selatan Seberang Jaya Penang

8. Nasi Kandar Kampung Melayu

Nasi kandar Kampung Melayu yang merupakan salah satu tempat makan best di Penang yang perlu anda senaraikan dalam kedai wajib singgah. Kian meningkat naik, sebelum ni hanya beroperasi bawah rumah pangsa Kampung Melayu dan sekarang dah ada cawangan dengan restoran. Agak-agak rasa nak lepas gian nasi kandar boleh mencuba Nasi Kandar Original Penang ini.

Lokasi: bertentang SJKC foodcourt Desa Mawar Farlim

9. Teochew Chendol, Penang Road

Jangan risau sebab kedai cendol ni memang Halal dan disahkan Jakim jangan rasa was was walaupun tokey kedai ini adalah sorang cina. Boleh try order chendol special. seriously sedap gilerrr!! cendol dia lembut je, santan dan manisan gula melaka mmg terasa tapi tak muak. sedap! actually ada banyak jenis cendol special, ada yg letak durian dan macam macam la.

Lokasi Komtar Walk

10. Cucur Udang Chowrasta

Ramai orang cakap cucur udang ni adalah terbaik dan paling sedap di Pulau Pinang. Keistimewaan adalah pada kuahnya yang sangat-sangat sedap ditambah pula dengan kerangupan cucurnya. Nanti kalau korang dah sampai disini kena bersabar sedikit, mungkin kedai orang lama servisnya sedikit lambat tetapi harganya sangat-sangat berbaloi baru RM 2 – Rm 3 sepinggan.

Lokasi di Lebuh Tamil Georgetown

11. Restoran Sup Hameed

Salah satu tempat makan best di Penang yang wajib anda cuba adalah Restoran Sup Hameed. Walaupun sup yang di hidangkan agak cair dan tidak pekat, tetapi rasanya memang agak istimewa. Menu istimewa boleh cuba Sup Torpedo, jarang kedai makan sediakan menu sup Torpedo. Tapi kalau rasa tak boleh nak telan atau tak biasa dengan torpedo, boleh mencuba supnya yang lain yang dah memang popular seperti sup Ayam, Kambing, Daging, Urat atau Sup Ekor.

Kat sini juga ada sediakan nasi kandar, boleh cuba tetapi disyorkan mencuba supnya. Automatik anda akan dihidangkan dengan roti bila order sup disini jangan terkejut.

Lokasi Penang Street Georgetown

12. Nurul Ikan Bakar, Bayan Baru

Dekat sini sah sah menu utamanya adalah ikan bakar dan seafood. Kedai yang agak popular di Pulau Pinang ini merupakan kedai makan yang bukan nasi kandar tetapi menjadi pilihan rata-rata pengunjung. Apa yang best lauk-lauk boleh dipilih mentah dan order untuk masak mengikut kesukaan seperti Ikan Bakar, Sotong Celup Tepung ataupun boleh masak stim. Seriuos, memang sedap dan wajib singgah kalau dah sampai di Penang tambahan pula stafnya yang mesra dan professional.

Lokasi di Jalan Tun Dr Ismail | Bayan Lepas Industrial Park

13. Laksa Pokok Janggus, Kampung Perlis Balik Pulau

Untuk pengemar-pengemar Laksa pula, anda perlu mencuba menjamu selera dengan laksa Penang nie. Memang boleh dikatakan Laksa Penang Terummmph dan salah satu pilihan tempat makan best di Penang. Namanya agak mengelirukan tetapi jangan salah anggap lokasi bukan di Perlis tetapi di Balik Pulau. Laksa disini memang agak istimewa dan terkenal dengan keenakannya, anda boleh mencuba merasainya sendiri bila bercuti di Pulau Pinang nanti.

Lokasi di Balik Pulau

14. Hameediyah Beriani

hameediyah beriani tempat makan best di PenangMenu utama yang sentiasa menjadi tarikan di restoran best di Penang ini ialah nasi beriani. Memang superb dan sangat sedap! Terdapat beberapa pilihan nasi beriani dan pelbagai jeni lauk pauk yang boleh anda rasa. Nasi berianinya adalah versi mamak bukan versi nasi beriani Johor. Lauk boleh dipilih dari jeni Kambing atau Ayam. Selain itu, anda juga boleh mencuba murtabaknya. Hameediyah Beriani boleh dikatan antara nasi beriani tersedap di Penang.

Lokasi di 164 Lebuh Campbell Georgetown

15. Roti Bakar Transfer Road

Roti Bakar Transfer RoadSalah satu landmark di Transfer Road adalah gerai-gerai tepi jalan iaitu gerai roti canai dan roti bakar. Lokasi ini adalah lokasi popular tempat sarapan best di Penang. Menu untuk sarapan ini sememangnya popular di Penang, kalau nak breakfast roti bakar atau roti canai disini perlu get ready awal, kalau tak susah nak cari tempat duduk.

Roti Bakar Transfer Road penang

Foto Kredit: www.hungryonion.org

Menu yang patut anda cuba roti bakar telur Goyang, memang sangat best dan harganya pula dalam lingkungan RM 3.50 sahaja. Gerai-gerai di Jalan transfer ini dibuka dari jam 7.30pagi hinggal 1.3 tengahari.

Lokasi di Jalan Transfer Georgetown Pulau Pinang.

16. Mee Pitchay

Mee Pitchay kedai sedap di Penang

Foto Kredit: crispoflife.com

Tempat Lunch best di Penang ini merupakan sebuah kedai Mamak yang agak popular dikalangan penduduk setempat dan juga pengunjung luar. Mee Pitchay yang disebutkan tu adalah mee goreng mamak. Kedai ini memang sudah agak lama bertapak di Penang dan ramai foodhunter yang sanggup datang dari jauh dan singgah di tempat makan best di Penang ini semata-mata nak makan Mee Goreng Mamak ini. Anda boleh cuba sendiri keenakan mee Goreng Pitchay ini.

Lokasi di Medan Suri Sungai Nibong

17. Nasi Kandar Deen Maju

Nasi Kandar Penang Deen majuSelain Nasi Kandar Beratur dan Nasi Kandar Kampung Melayu, boleh juga mencuba makan nasi Kandar Deen Maju ini. Menu yang sedap disini dan patut dicuba ialah sotong sambal, ayam goreng dan juga kuah campur yang banjir. Kat sini automatik dia akan letak kuah banjir, kalau anda tak nak kuah banjir perlu bagitau awal-awal.

Nasi Kandar Deen maju

Foto Kredit: crispoflife.com

Disini berbagai lauk seperti ayam, udang, ikan, udang, sotong, kambing dengan masakan seperti kari, kurma, ros dan sebagainya di sediakan standard kedai Mamak, boleh cuba gulainya yang agak pekat dan menyelerakan.

Lokasi di Jalan Gudwara, George Town

18. Kedai Nasi 7 Benua

Nasi 7 benua yang dimaksudkan adalah hasil dari kepelbagaian nasi ini yang seolah-olah seperti 7 benua. Nasinya adalah terdiri dari Nasi Lemak, Nasi Tomato, Nasi Minyak, Nasi Kacang, Nasi Putih, Nasi Lemuni dan Nasi Hujan. Terdapat pelbagai jenis lauk-pauk yang boleh dipilih mengikut kesukaan anda. Kedai Nasi 7 Benua ini agak popular di Penang dan bagi yang ingin mencuba semua jenis nasi dalam satu hidangan bolehlah singgah di Kedai Makan Popular di Penang ini.

Lokasi Bersebelahan Stadium Sungai Ara berdekatan dengan Penang International Sport arena (PISA)

19. Kari Kepala Ikan Pen Mutiara

Kari Kepala Ikan Pen Mutiara

Foto Kredit: mariafirdaus.com.my

Restaurant Pen Mutiara Penang ni menyediakan masakan jeni gulai Kari Kepala Ikan Merah. Kari kepala ikan dia memang terbaik dan sememangnya hot di Penang.  Kepala ikan merah yang segar bugar tu di buat kari huh mmg menyengat habis. Tambah lagi terbaik bile harga dia murah tak terkata. Restoran berhawa dingin ini dikatakan mendapatkan ikan segarnya dari jeti Batu Maung. Jadi ikan yang dihidangkan adalah yang terbaik!

Lokasi terletak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas serta Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan pusat bandar Georgetown

20. Pasembur Gurney Drive

Pasembur Gurney Drive Terbaik di PenangKalau dah menjejakkan kaki kat Penang ni, tak sah kalau tak mencuba Rojak Pasemburnya. Salah satu lokasi rojak pasembur yang popular di Penang adalah Pasembur Gurney Drive. Kedai pasmbur best di penang ini seringkali seringkali menjadi tempat tumpuan peminat pasembur warga tempatan dan luar negara. Apa yang istimewa pasal Pasembur ini adalah kuahnya yang sangat-sangat menyelerakan.

Lokasi kedai di Gerai No. 9, Anjung Gurney

21. Nasi Ayam Misai

Nasi Ayam Misai PenangKedai Nasi ayam best di Penang ini merupakan salah satu port lepak student USM. Keistimewaannya terletak pada kuah kicap dan sos cilinya. Memang ala-ala rasa sos cili Ayam Mas. Kami sukakan sos kicapnya. Terasa sos tiramnya. Terdapat beberapa cawangan di Penang tetapi kami cadangkan anda mencuba di Komplek Bukit JAmbul.

Lokasi Ground Floor, Kompleks Bukit Jambul (Jalan Rumbia), Bayan Lepas, Pulau Pinang

22. Cargas Cafe, Bayan Lepas

Cargas Cafe Lunch Best di Penang

Foto Kredit: crispoflife.com

Salah satu port Lunch terbaik di Penang ini sentiasa penuh dikala waktu tenghari. Terdapat banyak jenis lauk pauk disini tetapi lauk yang paling best adalah Ayam Goreng Panas. Kedai yang ala-ala mamak ini menyediakan lauk ala nasi kandar dan melayu.

Lokasi di Main Road Bayan Lepas

Jom Terjah Tempat Makan Best Di Penang

Apa tunggu lagi, jom kita packing barang dan jalan-jalan ke panang sambil food hunting. Terdapat banyak lagi kedai makan best di Penang yang tidak disenaraikan. Mungkin anda boleh berkongsi di ruangan komen untuk rujukan pembaca lain. Jangan lupa share artikel ini kepada rakan-rakan anda. Bagi yang mencari tempat menari di Pulau Pinang boleh baca artikel kami sebelum ini – 15 Tempat Menarik Di Pulau Pinang

 

4.7
  • Add Your Comment

shares