10 Tempat Makan Best Di Kuala Terengganu Yang Wajib Singgah

Sebut saja Negeri Terengganu mesti orang akan ingat nasi dagang, keropok lekor dan juga ketupat sotong kan. Semestinya ramai yang tertanya-tanya dimana tempat makan best di Kuala Terengganu. Sememangnya Negeri Terengganu kaya dengan pelbagai jenis makanan lain yang juga tidak kurang sedapnya. Selain itu juga, negeri yang terletak di pantai timur Malaysia ini juga kaya degan budaya dan hasil kraftangan yang menakjubkan.

Tempat makan best di kuala terengganu

Siapa yang dapat menyangkal keindahan songket tenunan Terengganu mahupun batik sutera lukisan tangan yang menelan harga ratusan ribu ringgit malah ada yang mencecah ribuan. Malahan rakyatnya juga bersopan dan menghormati tetamu serta ramah tamah orangnya.

10 Tempat Makan Best Di Kuala Terengganu Yang Sedap dan Wajib Singgah

Tidak dinafikan makanan-makanan yang terdapat di Negeri Terengganu ini sedap-sedap belaka. Jadi kali ini kami ingin membawakan anda senarai tempat makan best di Kuala Terengganu.

10. Restoran Mat Binjai

restoran mat binjai

Restoran ini terletak di tenagh-tengah bandar Kuala Terengganu  iaitu di Jalan Sultan Sulaiman. Restoran ini menyajikan masakan tradisi Negeri Terengganu untuk makan tegah hari.

menu restoran mat binjai

Apa yang istimewanya ya mengenai restoran ini?? Yang istimewanya ialah ia menyediakan masakan berhidang yang menyajikan makanan ala minang atau nasi padang. Masuk sahaja ke restoran tersebut, para pelayan akan menghidangkan hidangan lauk-pauk yang ada di situ. Kita boleh memilih apa sahaja lauk yang ada di situ untuk dimakan.



Bayaran yang pula dikenakan untuk makanan yang hanya dimakan sahaja. Di sini juga terdapat beberapa hidangan yang jarang kita temui seperti telur penyu. Itu juga antara salah satu keistimewaan di restoran ini. Boleh lah anda mencuba keenakan makanan kat sini jika anda berkunjung ke Kuala Terengganu.

9. Santai NR Café

santai NR Cafe Kuala Terengganu

Café ini terletak di Kampung Tok Jembal dan berdekatan dengan Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Kedai makan ni biasanya popular pada waktu malam dan menyediakan pelbagai jenis masakan panas yang enak. Menu-menu yang baisanya disajikan di sini ialah masakan ala Thai, ikan bakar, western dan masakan berasaskan herba.

Sup Belut Santai NR Cafe

Antara menu yang menjadi pilihna utama pengunjung ke sini ialah sup belut berherba dan tom yam kelapa muda. Macam menarik pulak kan? Apa bezanya ya?

Tomyam Kelapa Santai NR Cafe

Tom yam kelapa muda biasanya tom yam yang dimasak seperti tom yam yang lain Cuma yang lainnya ialah cara penyajiannya sendiri. Ianya diletakkan ke dalam KELAPA dan bukannya mangkuk. Kelebihannya ialah aroma yang keluar daripada KELAPA ini akan lebih membuka selera dan tom yam pon akan rasa sedikit lain.

Malah air kelapa juga turut dimasak sekali bersama-sam tom yam tersebut.  Antara menu-menu lain ialah ketam bakar, ikan bakar berempah dan sotong bakar berempah.  Lokasi yang agak santai kerana ia berdekatan dengan persisiran pantai dan makanan lautnya juga segar-segar di sini.

8. Restoran Adeq Su Ikan Bakar

Adeq Sue Ikan Bakar

Satu lagi tempat makan yang terkenal yang terletak di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu ini juga menyediakan masakan panas dan yang menjadi kegemaran orang yang berkunjung di sini ialah Tom Yam Pok Teknya.

Tom Yam Pok Tek ni sememangnya lain sari yang lain kerana akan berasa lebih berempah sikit berbanding tom yam merah atau putih. Ia menggunakan santan sebagai bahan masakannya dan membuatkan ia lebih lemak lagi.

Adeq Sue Ikan Bakar Kuala Terengganu

Terdapat juga menu seafood lain iaitu ikan bakar, ketam bakar, ketam amsak lemak cili api dan menu masakan panas yang biasa kita dengar. Bagi yang nak merasanya boleh lah datang ke sini.

7. Gerai Kak Pah Nasi Dagang

Kak Pah Nasi Dagang Kuala Terengganu

Bagi yang ingin merasai nasi dagang yang popular di Kuala Terengganu bolehlah singgah di Gerai Kak Pah Nasi Dagang yang terletak di Medan Selera Batu Buruk ini. Biasanya orang akan datang awal pagi lagi untuk ke tempat makan best di Kuala Terengganu ini.

Kak Pah Nasi Dagang Terengganu

Dari luar, nampak macam baisa je kedai ni, tapi siapa sangka lot kedai makan macam ni pernah menjadi pilihan Jalan-Jalan Cari Makan. Selain dari nasi dagang, di sini juga ada menyediakan nasi minyak, nasi kunyit (pulut kuning) dan nasi kuning ikan tongkol (nasi berlauk).

6. AZ Selera Timur

AZ Selera Timur

Kedai ini menyediakan pelbagai jenis lauk pauk yang sedap dan menarik. Kedai makan ini terletak di Kuala Terengganu berdekatan dengan Perodua dan sering menjadi pilihan pengunjung dan penduduk setempat serta pekerja di sekeliling. Rugi kalau tak singgah tempat makan best di Kuala Terengganu ini kalau dah jejak kaki di sini.

5. Warung Pok Nong (Ikan Celup Tepung-ICT)

Warong Pak Nong

Antara menu yang sering menjadi buruan pengunjung dari luar mahupun penduduk setempat adalah ICT. ICT ialah Ikan Celup Tepung yang biasanya dicari oleh bukan sahaja orang-orang biasa tetapi juga para pemimpin politik, selebriti dan juga yang lain-lain.

Tempura Warong Pak Nong

Ianya terletak betul-betul di tepi pantai Mengabang Telipot (sebelah pantai Teluk Ketapang). Menu utamanya tentulah ikan celop tepung dan juga seafood celup tepung dan juga terdapat keropok lekor celup tepung.

Konsep warung ini adalah layan diri dan boelh memilih apa sahaja seafood yang ingin dimakan. Harganya pula dikenakan berdasarkan kuantiti makanan yang diambil. Kerangupan tepung dan perisanya yang membuatkannnya menjadi p[opular bersama sos yang disediakan.



Minuman juga tidak mengecewakan dengana ais kacang, ais jagung, air kelapa muda dan lain-lain lagi. Semunay boleh dipesan dengan harga yang berpatutan.

4. D’Ganu Café Steamboat

Dganu Steamboat

Bagi yang menggemari steamboat, anda boleh cuba steamboat di sini yang terletak di Pulau Duyung. Restoran ini terletak betu-betul di tepi laut dan mnejadikan pemandangannya indah dengan angin laut yang mendamaikan.

Dganu Cafe Steamboat

Makanannya juga sedap dan harga yang amat berpatutan dikenakan. Menghidangkan pelbagai jenis makanan iaiatu makanan laut, makanan barat dan juga makanan tempatan yang mampu membuka selera sesiapa shaja yang berkunjung.

3. Syed Stulang Seafood

Syed Stulang Seafood

Bagi penggemar seafood, anda bolehlah mencubanya di sini. Sememangnya Terengganu negeri yang kaya dengan hasil laut yang segar, maka tidak hairanlah banyak kedai ataupun restoran yang menyajikan masakan berasaskan seafood ini.

Satay Syed Stulang Seafood

Keistimewaan di restoran ini ialah satay di sini yang begitu sedap, besar dan popular. Kebanyakan yang datang ke sini hanyalah ingin menikmati satyanya. Konsep makan di sini amat mendamaikan dengan kanopi dan payung besar.



Satay di sini memamng amat sedap dan bersaiz besar. Ianya dibakar bersama-sama kuah satay itu sendiri selain daripada bahan perapan satay itu sendiri.

2. Kedai keropok Lekor BTB 2209 / Dynar Lekor

Kedai Keropok Lekor BTBBertempat di Bukit Tok Beng, Seberang Takir Kuala Terenganu. Keropok lekor adalah menu yang paling wajib untuk dibawa pulang sekiranya berkunjung ke sini. Memang kecur air liur kalau melihat keropok lekor yang dicicah dengan sos cili ini. Hari operasinya ialah setiap hari kecuali hari Jumaat sahaja.

Keropok lekor btb2209

Terdapat pelbagai keropok yang unik yang dijual di sini dengan pelbagai jenis perisa. Jika nada peminat keropok lekor cheese boleh lah memilihnya sebagai pilihan.

1. Air Buah Gelas Besar Terengganu

Air Buah Gelas Besar Terengganu

Restoran ini terletak di Kuala Terengganu dan berbeza dengan tempat makan yang lain. Sudah tentulah menu utamanya ialah air buah. Harga yang pula berbeza mengikut saiz pesanan samada gelas itu bersaiz kecil, sedrhana dan besar.

Terdapat menu lain juga di sini ialah mihun sup, sate, nsi dangang, keropok lekor, roti canai dan banyak lagi.

Lepas ni tak payah la pening-pening lagi ye nak pilih tempat makan best di Kuala Terengganu ni. Jangan lupa kepada anda yang ingin berkunjung ke Negeri Terengganu ini untuk mencuba makanan tempatan di sini. Rugi kalau anda tak merasainya sendiri sekiranya berkunjung ke sini. Tak pelah jalan jauh sikit. Baru ada feel bercuti kan. Hehehe…

… Semoga bermanfaat…

One Response

  1. Bakal jenazah 30/01/2018

Leave a Reply