fbpx

10 Tempat makan best di KL yang Wajib anda Cuba

Tempat Makan Best di Kuala LumpurKuala Lumpur merupakan salah satu tempat  yang sentiasa menjadi tumpuan para pelancong dari dalam mahupun luar negara kerana mempunyai banyak tarikan antaranya mempunyai tempat – tempat yang menarik yang boleh dilawati seperti Planetarium Negara, Aquaria KLCC dan sebagainya. Selain dari tempat – tempat menarik yang boleh dikunjungi, Kuala Lumpur juga kaya dengan tempat makan yang menarik dan wajib dicuba. Terdapat 10 tempat makan best di KL yang wajib dicuba apabila berada di Kuala Lumpur.

Tempat makan best di KL yang Wajib anda Cuba

10. Restoran Sambal Hijau

Restoran Sambal Hijau merupakan restoran yang terletak di Lot 2990, Kampung Sungai Penchala, Jalan Damansara,  60000 Kuala Lumpur. Restoran ini mula beroperasi  dari jam 7 pagi hingga 2 pagi .

Tempat Makan best di Kl

Sumber: Sambal Hijau

Restoran ini menjadi pilihan ramai kerana kepelbagaian pilihan di mana hampir 80 jenis lauk – pauk, sayur – sayuran, ulam –ulaman, dessert dan kuih – muih. Kemudahan ruang parking yang disediakan juga dapat memudahkan pelanggan  untuk menjamu selera di restoran ini.

Tempat Makan Best di Kl Sambal Hijau

Sumber Gambar: Sambal Hijau

Antara juadah yang menjadi tarikan utama di restoran ini ialah masak lemak daging salai, kerang bakar, gulai tunjang dan sambal hijau. Restoran  Sambal Hijau ini juga pernah dikunjungi oleh selebriti tanah air seperti  Mira Filzah dan pernah disiarkan di dalam rancangan “Jalan – Jalan Cari Makan” pada tahun 2008.

9. Restoran Satay Zaini

Bagi penggemar satay anda boleh cuba Restoran Sate Zaini yang terletak di alamat Jalan Kolam Ayer Lama, Ampang Jaya, 68000 Kuala Lumpur. Satay Zaini bukan sahaja pernah muncul di dalam rancangan Jalan – Jalan Cari Makan malah turut mendapat pujian dari selebriti terkemuka seperti Dato’ AC Mizal dan Adlin Aman Ramlie.

Sate Zaini menyediakan pelbagai jenis satay antaranya sate ayam, sate daging, sate hati ayam, sate kambing dan sate perut yang dihidangkan bersama dengan nasi impit dan kuah kacang.

Restoran Sate Zaini dibuka selama 7 hari seminggu  bermula dari jam 6.30 petang sehingga 11.30 malam. Satay Zaini juga menerima tempahan untuk majlis – majlis di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

8. Restoran Dapur Sarawak

Bagi penggemar masakan Sarawak bolehlah mengunjungi  Restoran Dapur Sarawak yang terletak di No.19 Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang, Shah Alam Seksyen 7, 53000 Kuala Lumpur. Bagi penduduk Sarawak yang berhijrah ke Kuala Lumpur tidak perlu risau jika merindui hidangan asli mereka kerana restoran ini menyediakan masakan orang Sarawak.

Restoran Dapur Serawak

Sumber Gambar: machohigh.blogspot.my



Dimiliki oleh pelakon Mahmud Ali Basha, restoran ini ,mula beroperasi pada penghujung 2008. Antara menu yang menjadi tarikan pengunjung sebagai tempat makan best di KL adalah laksa Sarawak di mana laksa nipis atau bihun di dalam kuah laksa yang berlemak dilapisi dengan udang, ayam dan telur pasti menggamit rasa yang enak.

7. Restoran Raso Omak Den

Selain itu, Restoran Raso Omak Den yang terletak di Taman Melawati , 53100 Kuala Lumpur turut menjadi tumpuan ramai kerana keenakan masakan Melayu Asli. Restoran ini menjadi tumpuan pengunjung terutamanya pelanggan yang menggemari masakan pedas yang terdiri daripada masakan orang Negeri  Sembilan.

Antara keistimewaan restoran ini ialah harga yang berpatutan yang diberikan berjaya menarik ramai pelanggan untuk menjamu selera di sini. Antara masakan yang disajikan ialah Daging Salai Masak Lemak, Sambal Tempoyak Daun Kayu dan Ikan Bakar.

6. Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Restoran Mee Tarik Warisan Asli yang terletak di Jalan Tasik Utama 3,Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur menyediakan masakan cina Muslim dan mula beroperasi dari jam 11 pagi sehingga 10 malam.

Pengasas Restoran ini, Encik Hassan yang berasal dari negara China telah memulakan perniagaan sejak 3 tahun lalu dan telah mempunyai 7 cawangan di Malaysia. Mee Soup With Braised Beef merupakan menu utama restoran ini dan China Ba Bao Tea merupakan minuman istimewa di restoran ini.

5. Asam Pedas Sejati Melaka

Seterusnya tempat makan menarik yang boleh dikunjungi  ialah Asam Pedas Sejati Melaka yang terletak di Kampung Pandan Kuala Lumpur. Restoran ini menjadi tarikan utama kerana menyediakan masakan asam pedas yang  sangat sedap.

Pelanggan juga perlu memilih ikan yang hendak dimakan dan seterusnya pekerja restoran akan masakkan pada masa itu juga. Set asam pedas itu juga disertakan dengan ulam, nasi dan telur asin.

4. Restoran Kaw’d

Bagi penggemar masakan barat, Restoran Kaw’d merupakan tempat makan yang paling sesuai untuk dikunjungi kerana menyediakan burger bakar yang enak.

Burger yang disediakan mempunyai keistimewaannya tersendiri iaitu dari segi saiz nya yang besar di samping mempunyai pelbagai pilihan menu barat yang lain seperti meat ball, aneka pasta dan sebagainya.

3.The Khan Mongolian Restaurant

Restoran ini terletak di Waterfront Ampang dan dibuka dari jam 5 petang sehingga 2 pagi. Seterusnya , The Khan Mongolian Restaurant juga merupakan salah satu tempat makan yang menjadi tarikan pengunjung yang meminati makanan seafood/BBQ.

Selain itu, ada macam – macam hidangan ala – ala Mongolia seperti sup Tomyam dan sup pedas yang turut menjadi tumpuan ramai. Restoran ini terletak di Jalan Genting, Setapak Kuala Lumpur.

2. Restoran  Ewa Chinese Cuisine

Restoran  Ewa Chinese Cuisine yang terletak di Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 6000 Kuala Lumpur juga merupakan salah satu tempat makan best di KL yang wajib dicuba apabila sampai di Kuala Lumpur kerana restoran ini terkenal dengan masakan Cina halal.

Restoran  Ewa Chinese Cuisine

Sumber Gambar: www.friedchillies.com

Antara menu popular yang disajikan ialah ikan siakap hitam masak steam, kari kepala ikan, butter prawn,  cantonese mee, kum heong dan ketam bunga cili padi.


1. Muhibbah Seafood

Akhir sekali, Muhibah Seafood Restaurant merupakan restoran yang menyediakan pelbagai menu Thailand yang popular yang diambil segar dari laut. Antara masakan yang popular sudah semestinya Tomyam Thailand yang menjadi igauan peminat masakan Thailand.

Muhibbah Seafood Tempat Makan best di KLSelain itu , tauhu masak San Kong juga menjadi salah satu tarikan utama di restoran ini. Restoran ini mula beroperasi dari jam 12 tengah hari sehingga 10 malam.

Kesemua tempat makan yang menarik di Kuala Lumpur ini wajib dicuba bagi setiap pengunjung yang singgah di sini. Pasti ada kelainan yang dijanjikan dari setiap tempat makan best di KL ini. Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan dari pelbagai negeri yang turut menjadi penyumbang kepada kehadiran  pengunjung dari dalam dan dari luar negara.

  • Add Your Comment

shares