10 Tempat Makan Best Di Johor Bahru Yang Wajib Anda Cuba

Johor Bahru merupakan salah sebuah negeri yang sering menjadi perhatian rakyat Malaysia dan pelancong asing ini kerana negeri ini kaya dengan tempat –tempat menarik yang mana terdiri daripada tempat bersejarah, taman tema, tempat makan best di Johor Bahru dan juga pusat membeli – belah.

Pakej Percutian Johor Shopping

Maka tidak hairanlah jika tempat makan juga menjadi tumpuan orang ramai kerana negeri ini juga mempunyai banyak tempat makan yang sedap dan popular dari warung sehinggalah ke restoran mewah.

10 Tempat Makan Best Di Johor Bahru Yang Wajib Anda Cuba

Negeri Johor ini kaya dengan pelbagai resepi yang diilhamkan dari masakan orang Jawa. Ada juga makanan barat dan tempatan yang juga menjadi pilihan orang ramai. Jadi mari kita senaraikan beberapa tempat makan best di Johor Bahru yang boleh anda kunjung apabila datang melancong ke negeri ini.

1. Seafood Nasi Goreng Daun Pisang

Mempunyai nama kedai yang menarik juga merupakan salah satu faktor ramai orang yang datang untuk mencuba sendiri keistimewaan menu di kedai ini. Sudah semestinya nasi goreng seafood merupakan menu popular di kedai ini.

Tempat Makan Best di Johor Bahru

Sumber Gambar: ayudenira.blogspot.my

Nasi goreng seafood ini akan dibungkus dengan daun pisang dan yang paling seronoknya ialah sebungkus nasi goreng boleh dikongsi oleh dua orang kerana portion yang diletakkan sangat banyak.



Selain itu , terdapat juga beberapa menu lain yang boleh anda cuba di sini antaranya ialah sotong/ udang butter, ikan bawal hitam bakar dan banyak lagi. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai keenakan masakan di kedai ini.

Waktu operasinya bermula dari jam 6 petang sehingga 12 malam.

Lokasi : No.101, Blok 1, Taman Stulang Laut, 83000 Johor Bahru, Johor.

2. Restoran ZZ Sup Tulang Merah

Sup Tulang Merah JB

Seterusnya anda juga boleh menikmati sup tulang di restoran ZZ Sup Tulang yang terletak di Kampung Bahru ini. Antara tarikan utama di restoran ini sudah semestinya sup tulang yang dimasak pekat dan rasa rempahnya sangat superb dan anda boleh menikmatinya dengan nasi atau makan begitu sahaja.

Sup Tulang Merah Johor Bahru

Selain itu anda juga boleh mencuba mee rebus tulang yang juga merupakan antara menu yang popular di restoran ini. Restoran ini juga ada menjual makanan panas seperti tom yam, nasi goreng, kerang bakar dan sebagainya.

Restoran ini dibuka dari jam 7 pagi sehingga 2 pagi.

Lokasi : Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

3. Asma Rojak Larkin

Asma rojak Larkin

Sumber Gambar: adibazehan.blogspot.my

Bagi penggemar rojak anda bolehlah ke kedai ini yang terletak di Plaza Larkin. Saya jamin pasti anda akan menjilat jari apabila merasai sendiri rojak yang disediakan di sini.

Tempat makan best di Johor Bahru Asma rojak larkin

Kuah kacang yang disediakan menjadi faktor penyumbang kepada kelazatan rojak di sini. Bahan – bahan di dalamnya ala – ala pasembur penang yang mana ada cucur tepung, cucur udang, sayur – sayuran dan juga sedikit hirisan cili untuk bagi rasa pedasnya.



Bahan – bahan lain yang disediakan ialah telur rebus, kentang, tempe, ketam celup tepung dan banyak lagi. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri rojak di sini.

Waktu perniagaannya bermula dari 11 pagi sehingga 11 malam.

Lokasi : Lot 4280, Jalan Garuda, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor

4. Banafee Village

Anda boleh menikmati lebih 200 makanan yang terdiri daripada pelbagai masakan. Antara masakan yang ada jual di sini ialah masakan ala Arab, Cina, Jepun, Barat, Indonesia, Thailand dan tempatan.

Jadi memang banyak pilihan yang ada sini dan anda boleh memilih menu yang sesuai dengan citarasa anda.“ Makanan bintang 5, harga kaki 5 “ merupakan tagline yang digunakan oleh restoran ini dan yang paling seronoknya restoran ini beroperasi 24 jam.

Jadi anda boleh datang kedai ini ikut masa yang anda ingin makan. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.

Lokasi : Lot 9022 Jalan Dato’ Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru, Johor .

5. Eanna Delights

eanna delights

Bagi sesiapa yang berkeinginan menikmati pelbagai kek dan brownies anda bolehlah ke Eanna Delights yang terletak di Jalan Susur Dewata. Terdapat banyak jenis pencuci mulut yang disediakan di sini.

eanna delights JB

Mereka menggunakan bahan – bahan khas dan bake – to – order sahaja dan mereka ini adalah pakar dalam kek perkahwinan, fondant dan kek kustom.



Di sini juga anda boleh menikmati menu barat, nasi lemak pandan dan macam – macam desserts yang enak lagi sedap. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dengan hidangan menu yang disediakan.

Waktu perniagaan kedai ini bermula dari jam 11 pagi sehingga 11 malam dan dibuka setiap hari kecuali hari isnin.

Lokasi : 49, Jalan Ssur Dewata 1, Taman Larkin Perdana, Johor Bahru.

6. Selera Senibong Seafood

Selera Senibong SeafoodKedudukan restoran ini sangat strategik kerana terletak di tepi pantai dan anda boleh menikmati juadah dengan suasana persekitaran yang tenang dengan udara yang nyaman.

Anda boleh membuat pilihan untuk merasa menu makanan laut yang ditawarkan di restoran ini. Antara makanan laut yang disediakan ialah udang, sotong, ikan, ketam , kerang dan macam – macam lagi.

Waktu operasinya bermula dari 4 petang sehingga 2 pagi.

Lokasi : Bandar Baru Permas Jaya, Masai Johor.

7. Murtabak Majidee Special Cheese

Murtabak Majidee Johor

Merupakan salah satu tempat makan yang best di negeri Johor dan paling trending di JB ini. Murtabak yang disediakan di sini kaya dengan cheese, inti daging cincang serta bahan – bahan lain.

Di sini anda boleh pilih anda ingin makan dengan kuah kari ataupun sos dan timun ala – ala Murtabak Singapore. Murtabak biasa juga ada dijual di sini untuk memberi peluang kepada pelanggan yang tidak menggemari cheese untuk menikmati sendiri kelazatan murtabak di restoran ini.



Restoran ini dibuka dari 12 tengahari sehingga 7 petang  sahaja. Jadi apabila anda singgah ke Johor pastikan anda menjamu selera disini kalau tidak rugilah.

Waktu operasinya bermula dari jam 12 tengahhari sehingga 7 petang.

Lokasi : No.38 Lot 5581, Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru, Johor

8. Kacang Pool Haji

Kacang Pool Haji

Sumber Gambar: www.ciklilyputih.com

Terletak di Plaza Larkin dan merupakan tempat makan yang sememangnya famous di negeri Johor. Sesiapa yang bersarapan di sini bolehlah pekena kacang pool yang disediakan di sini.

Ia merupakan hidangan berasaskan daging cincang, dihiasi dengan potongan bawang, cili, dan limau kasturi beserta telur benjo di atasnya. Kacang pool ini boleh dimakan dengan roti bakar.

Kacang Pool Haji Johor

Terdapat menu lain yang dijual di sini seperti tauhu bakar, rojak buah, nasi lemak dan macam – macam lagi.

Waktu operasi kedai ini ialah bermula dari 7 pagi sehingga 12 malam.

Lokasi : No 3, Medan Selera Larkin Bomba, ( Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak), 80350 Johor Bahru, Johor

9. Roslin Beriani House

Roslin Beriani House

sumber Gambar: johorkaki.blogspot.com

Bagi sesiapa yang teringin makan nasi beriani anda bolehlah ke restoran ini yang terletak Jalan Rebana. Ia merupakan makanan yang terkenal di Johor dan restoran ini merupakan tempat terbaik untuk anda merasai sendiri nasi beriani yang sedap di sini.

roslin beriani house

sumber gambar: johorkaki.blogspot.com

Antara keistimewaan nasi beriani di sini ialah aroma bau nasi berempah yang pastinya buat anda terasa ingin mencuba. Anda juga boleh memilih lauk – -pauk beriani seperti ayam, daging dan juga kambing.

Restoran ini dibuka setiap hari kecuali hari sabtu dan dibuka dari jam 8 pagi sehingga 6.30 petang sahaja.

Lokasi : No.14, Jalan Rebana, Taman Perbadanan Islam, Johor, 80250 Johor Bahru.

10. Salahuddin Bakery

salahuddin bakery

Merupakan salah satu tempat makan best di Johor Bahru yang terkenal dan merupakan tempat singgahan bagi peminat – peminat roti. Kedai ini menyediakan banyak pilihan roti yang boleh dinikmati oleh orang ramai.

salahuddin bakery JB

Produk utama yang ada di sini ialah roti kacang, roti kelapa dan roti Perancis dan macam – macam lagi. Mereka menggunakan dapur arang dan membakar roti dengan menggunakan kaedah tradisional dan itu merupakan salah satu tarikan utama di kedai ini. Anda juga boleh merasai pelbagai kuih yang ditawarkan disini.

Waktu operasi kedai ini adalah dari jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang.

Lokasi : 26, Jalan Dhoby, 80000 Johor Bahru, Johor.

Jom Ke Johor dan Singgah Ke Tempat Makan Best di Johor Bahru

Akhir sekali kesemua tempat – tempat makan best di Johor Bahru ini merupakan tempat makan best di negeri Johor Bahru. Anda boleh jadikan tempat – tempat makan ini sebagai salah satu destinasi yang wajib anda cuba apabila melawat atau singgah ke negeri Johor ini. Anda juga boleh menikmati juadah mengikut citarasa anda tersendiri sebabnya negeri Johor juga antara negeri yang kaya dengan tempat- tempat makan. 

shares