fbpx

6 Senarai Tempat Makan Best di Alor Setar

Alor Setar, ibu negeri Kedah darul aman. Selain terkenal dengan pulau Langkawi, destinasi lain untuk melawat Kedah adalah bandar Alor Setar. Negeri Kedah merupakan negeri kedua terbesar di Utara Semenanjung Malaysia selepas Perak. Tapi hari ini bukan nak cerita pasal negeri Kedah tetapi nak senaraikan tempat makan best di Alor Setar.Masjiz Zahir Alor Setar

Sumber pendapat utama penduduk di Kedah adalah hasil dari bertani, jadi kebanyakan makanan yang sedap di Alor Setar adalah makanan ala-ala makanan melayu dan kampung.

Tempat Makan Best Di Alor Setar

Senarai ini adalah senarai kedai-kedai yang saya pernah singgah makan dan memang sedap. terpulang kepada anda untuk mencuba atau tak kerana terdapat banyak lagi tempat makan best di Alor Setar yang lain.

Tempat makan best di Alor Setar

Sumber google : http://saji.my/tempat-makan-di-alor-setar/

1.Nasi Kandar Yasmeen

Salah satu makanan yang agak popular di Utara semenanjung malaysia adalah nasi kandar. Di penang terkenal dengan nasi kandar line clear, tapi di Alor Setar ada satu lagi kedai makan nasi kandar yang lagi sedap.

Nasi Kandar Yasmeen yang terletak betul-betul di bandar Alor Setar berdekatan dengan Stadium. Jangan tersalah kedai kerana kat Alor Setar banyak kedai nasi kandar Yasmeen, tapi kedai yang ni adalah yang paling sedap dan terbaik.

Pastikan anda kena sabar sebab nanti nak kena beratur panjang, maklumlah ini adalah salah satu lokasi tempat makan best di Alor Setar. Apa yang best pasal Nasi Kandar Yasmeen ini adalah nasinya yang memang sedap ditambah dengan keranggupan ayam gorengnya. Saya sangat sarankan anda untuk mencuba, pasti nak lagi.

Alamat :  Taman Astana Jalan Langgar 05150 Alor Setar Kedah, Malaysia

Tel : +60 4-787 0509

Tempat Makan Best di Alor Setar Ikan Sekoq

Sumbe google: http://www.sini.com.my/business/lgmdiningPostDetail/9312

2.Laksa Ikan Sekoq

Bagi penggemar laksa pula, anda wajib cuba makan kat kedai Laksa Ikan Sekoq kat Alor Setar ni. Perghh, memang sedap dan yang bestnya kuah dan laksa boleh tambah-tambah.\



Memang terbaiklah! Apa yang best pasal laksa ikan sekoq ini adalah konfirm-konfirm setiap hidangan siap pakej dengan sekor ikan kembong. Kuah laksanya memang sangat-sangat sedap dan tak rugi kalau mencubanya. Selain laksa, kedai laksa ikan sekoq ini juga ada hidangan lain seperti jagung bakar, cendol pulut, cendol, rojak buah dan ABC.

Alamat : 9, Jalan Gangsa, Taman Wira Mergong, 05350 Alor Setar, Kedah, Malaysia

Tel : +60 12-439 1313

Awi Pulut kedai Makan best di Alor Setar

Sumber google : http://iammasitahsamsudin.blogspot.my/2016/03/cuti-cuti-alor-setar-gerai-awi-pulut.html

3. Awi Pulut

Nama kedai pun dah letak pulut, sudah semestinya hidangan utama adalah pulut. Orang-orang utara ni memang suka makan pulut, sama macam orang Thailand. Mungkin sebab Negeri Kedah nie dekat dengan sempadan, jadi selera tekak pun lebih kurang sama.

Saya bukanlah seorang pengemar pulut kecuali Pulut Mangga, tapi bila saya singgah makan kat kedai ni dan mencuba sendiri pulutnya menjadikan saya berselra untuk makan pulut.

Terdapat macam-macam jenis pulut kat kedai Awi Pulut ni seperti pulut durian, pulut ayam, pulut kuning, pulut kahwin dan juga pulut Mangga.

Alamat : belakang Bank Rakyat Cawangan Alor Setar

Kuey Teow Iman Tempat makan best di Alor Setar

Sumber google : http://crispoflife.blogspot.my/2015/06/iman-koay-teow-kerang-alor-setar-kedah.html

4. Kuey Teow Iman

Sama juga seperti pulut, saya juga bukanlah seorang penggemar Kuey Teow. Last dua tahun lepas sy pernah mencuba Kuey Teow Iman kat Alor Setar sebab kawan saya yang bawak makan sy dah suka makan Kuey teow.



Kalau dah sampai Alor Setar dan mencari kedai makan atau tempat makan best di Alor Setar, boleh cuba singgah kat kedai Kuey teow Iman ni. Kuey Teow dia memang sedap dan pasti rasa nak makan lagi lepas ni.

Alamat : Sultanah Bahiyah Highway, Taman Pandan, 05250 Alor Setar, Kedah, Malaysia

Nasi Lemak Royale Tempat Makan best di Alor Setar

Sumber google: http://www.friedchillies.com/site/detail/nasi-lemak-royale-kedah

5. Nasi Lemak Royale

Nama pun dah sangat gah, royale. Banyak cawangan nasi lemak royale ni tak semestinya di Alor Setar, tapi Nasi Lemak Royale Alor Setar adalah yang terbaik dan salah satu kedai makan best di Alor Setar.

Menu utama Restoran Nasi Lemak Royale adalah Nasi Lemak, tapi pelbagai menu pilihan lauk pauk ala-ala yang sedap menjadikan Nasi Lemak Royale salah satu kedai makan pilihan jika saya singgah di Alor Setar.

Alamat : 424/A Lebuhraya Sultan Abdul halim, Alor Setar, 05300 Alor Setar, Kedah, Malaysia

GULAI IKAN Temenung kedai makan best di Alor Setar

Sumber: http://hjjamilikantemenung.blogspot.my/

6. Gulai Ikan Termenung

Pernah dengar ikan temenung? Kalau kat Kedah ikan kembong ni dorang panggil ikan temenung.  Tak tahu punca utama pasai apa orang utara panggil ikan kembong ikan temenung, ada yang cakap sebab nnti makan kembung perut lepas tu duk termenung, ada juga orang cakap sbb ikan ni untuk orang-orang yak tak berkemampuan, jadi masa nak beli duk termenung pikir dua tiga kali. Tapi yang best, Gulai ikan temenung kat Kuala Kedah memang femes, sebab sedap sangat. Gulai kari dia memang sedap, nnti dah sampai Kedah boleh la cuba ye.

Alamat : Batas Paip Teluk Kechai Kuala Kedah, berdekatan dengan Kilang Bernas.

Jom pergi Kedah cuba tempat makan best di Alor Setar -Dekat Jer!

Sebenarnya banyak lagi kedai-kedai makan best dekat Alor Setar yang masih belum diterokai. Nanti kalau ada masa sampai Alor Setar atau kedah nanti akan dikongsi lagi. Nie senarai yang saya sendiri pergi sebelum ni. Ada yang tak masuk dalam list ni sebab dah lupa nama kedai macam roti Jala yang dekat Stadium dan kedai nasi arab.



Kalau ada cadangan atau tempat makan best di Alor Setar yang lain boleh la kongsi-kongsi dekat ruangan komen dibawah atau pun boleh email kami di writer@pakarpercutian.com

4.7
Sending
User Review
4.67 (3 votes)
    1. NAZIL 10/01/2018

    Add Your Comment

shares