Tahniah Putrajaya – Anugerah Asean Clean Tourist City Standard (ACTCS)

Tahniah diucapkan buat Perbadanan Putrajaya kerana baru-baru ini telah memenangi anugerah dari Asean Tourism untuk kategori Asean Clean Tourist City Standard (ACTCS). Salah satu kebanggaan untuk rakyat malaysia dan juga kementerian pelancongan dengan kemenangan anugerah ini.

Putrajaya Clean Tourist City

Asean Tourism merupakan satu badan yang ditubuhkan dari usahasama antara negara-negara rantau Asia Tenggaran yang mana ianya membantu dalam pembangunan sektor pelancongan negara-negara Asia. Ianya ditubuhkan dengan matlamat menambahbaik dari segi perhidmatan dan kepelbagaian budaya Asia.

Putrajaya merupakan salah satu daripada tiga Bandar di Malaysia yang menerima anugerah ASEAN Tourism Awards bagi kategori Asean Clean Tourist City Standard (ACTCS). YBhg. Datuk Seri Haji Hasim Bin Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya telah hadir mewakili Putrajaya bagi menerima Anugerah ini yang disampaikan di Majlis Penyampaian Anugerah ASEAN Tourism Awards di Chiang Mai, Thailand pada 26 JanuarI 2018.

Sekali lagi diucapkan Tahniah untuk putrajaya dan semoga industri pelancongan Malaysia akan terus berkembang di masa hadapan.

‘Putrajaya Welcomes the World’

Leave a Reply