Kuala Lumpur tidak pernah lekang dari kesibukan dan kesesakan jalan raya, bagi yang berhajat untuk datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja mahupun peribadi untuk beberapa hari, yang tidak mahu menghadap jem yang teruk. Saya cadangkan supaya anda menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang berpusat di KL Sentral. Anda boleh menginap hotel murah sekitar KL Sentral dan menggunakan kenderaan awam sebagai medan pengangkutan anda.
Senarai Termurah Hotel Murah Sekitar KL Sentral
Di sekitar KL Sentral terdapat banyak pilihan hotel yang boleh anda pilih, bagi anda yang ingin mencari hotel murah sekitar KL Sentral atau Kuala Lumpur yang paling hampir dengan Stesen Sentral. Berikut adalah pilihan yang anda ada :
1. PODS Backpacker Hotel![Pods backpacker Hotel]()
Apa yang menarik dengan hotel ini adalah terdapat ruang kosong (kawasan lapang) di tingkat atas sekali bagi memberi ruang kepada anda untukberehat dan bersantai sambil melihat pemandangan ibu kota sambil BBQ.
Hotel ini lebih mesra kepada Backpacker kerana mereka menyediakan dorm bagi mereka yang tidak kesah untuk berkongsi dengan orang luar dan harga yang ditawarkan pun tersangat lah murah kerana untuk mendapatkan tempat tidur yang murah di sekitar ibu kota Kuala Lumpur ini sangat susah dan agak mustahil.
Harga satu malam : bermula dari RM65 (bilik)
Bermula dari RM30 (dorm)
Jarak dari KL Sentral : 0.3km
2. M & M Hotel![M&M Hotel Murah Sekitar Kl Sentral]()
Suasan bilik hotel seakan-akan hotel mewah di tambah pula dengan kemudahan yang diberikan membuatkan setiap yang datang pasti berpuas hati dengan kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan.
Antara kemudahan yang diberi ialah penyaman udara, TV bersaluran satelit, pemanas air, alatan mandi, shower, pengering rambut dan tab mandi.
Harga satu malam : bermula dari RM74
Jarak dari KL Sentral : 0.2km
3. Hotel New Winner
Hotel ini menawarkan bilik yang mempunyai tingkap dan tidak bertingkap, bagi anda yang mahukan rehat yang secukupnya dan tidak mahu di ganggu dengan bunyi bising kesibukkan jalan raya boleh memlih bilik yang tidak bertingkap sebagai pilihan anda.
Bagi mereka yang ingin melihat suasana malam ibu kota dan tidak kisah dengan kesibukkan ibu kota boleh memilih bilik yang bertingkap.
Harga satu malam : bermula dari RM75
Jarak dari KL Sentral : 0.2km
4. My Hotel
Apa kelebihan yang ditawarkan hotel ?? bagi anda yang ada urusan lain di luar dan susah untuk membawa semua bag , anda boleh mendapatkan perkhidmatan penyimpanan bagasi dari hotel ini. Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan penukaran mata wang dan penghantaran ke lapangan terbang.
Bagi bilik yang mereka sediakan, semuanya dilengkapi dengan penyaman udara dan ada yang menawarkan TV yang dilengkapi dengn saluran satelit.
Harga satu malam : bermula dari RM89
Jarak dari KL Sentral : 0.4km
5. Hotel Westree
Apa kelainan hotel ini ?? Hotel ini turut menyediakan bilik karaoke bagi memberi ruang kepada anda yang ingin bersuka ria bersama. Sekitar hotel ini juga mempunyai banyak kedai makan yang boleh anda pilih.
Juga disediakan penghawa dingin bagi setiap bilik, TV dan seterika (kena minta), tandas yang selesa dan kemudahan lain seperti shower dan tab mandi.
Harga satu malam : bermula dari RM94
Jarak dari KL Sentral : 0.2km
6. Prescott Hotel
Lokasinya yang strategik kerana terletak di kawasan hab pengangkutan Kuala Lumpur. Malahan harga hotel ini juga amat berpatutan dan macam tak percaya je dengan harganya.
Setiap bilik juga lengkap dengan alat penyaman udara, TV bersaluran satelit, cerek elektrik dan peti keselematan bagi anda untuk menyimpan barangan berharga jika hendak mengunjungi bandar Kuala Lumpur tanpa membawanya.
Tandasnya pula lengkap dengan pancuran mandian, pengering rambut dan lain-lain lagi. Bilik ini sesuai bagi anda yang datang membawa keluarga.
Sekiranya anda ingin ke Chinatown yang merupakan salah satu tarikan yang menarik, ianya hanya mengambil masa 20 minit berjalan kaki dari hotel.
Harga satu malam : bermula dari RM96
Jarak dari KL Sentral : 0.5km
7. Summer View Hotel
Lokasinya yang strategik yang mengambil masa hanya lima minit sahaja untuk ke KL Sentral. Ianya turut dilengkapi dengan penyaman udara, TV dan kemudahan untuk membuat air. Tandasnya turut disediakan mandian air panas jika anda tidak tahan sejuk. Jika kebosanan melanda anda, wifi turut disediakan secara percuma.
Yang menariknya pasal hotel ini lagi adalah sarapan pagi turut disediakan dengan pelbagai jenis makanan dihidangkan dan mempunyai banyak pilihan makanan yang berkhasiat.
Harga satu malam : bermula dari RM117
Jarak dari KL Sentral : 0.4km
8. Hotel Central Kuala Lumpur
Pintu masuknya berdekatan dengan Kl Sentral. Ini akan memudahkan lagi anda untuk pergi ke sekitar KL tanpa perlu bersusah payah mencari pengangkutan lain. Sekitar hotel ini juga terdapat banyak kedai-kedai makan untuk anda mengisi perut sekiranya lapar.
Setiap biliknya dilengkapi dengan alat penyaman udara, minibar, TV, cerek elektrik, serta peralatan untuk membancuh kopi atau teh.
Tandasnya juga lengkap dengan peralatan mandian dan pastinya anda akan merasa selesa. Selain itu juga, perkhidmatan akses internet percuma juga ada disediakan.
Harga satu malam : bermula dari RM120
Jarak dari KL Sentral : 0.2km
9. Metro Hotel KL Sentral
Sekali pandang macam bangunan yang biasa je kan? Itulah konsep yang dibawa oleh hotel ini. Simple, tetapi hiasan dalamannya cukup lengkap dan selesa. Setiap bilik di hotel ini terdapat penyaman udara, Tv dan juga peti sejuk untuk kemudahan ketika anda menginap disini.
Turut menyediakan akses wifi untuk anda. Sesetenagh bilik yang terdapat di hotel ini menyajikan pemandangan indah Menara Petronas dan Menara KL. Kalau tak dapat pun, anda masih boleh lagi menikmatinya daripada restoran yang terdapat di atas bumbung ini.
Harga dari satu malam : bermula dari RM121
Jarak dari KL Sentral :0.2km
10. Hotel Royce Kuala Lumpur
Konsep hotel ini yang bertemakan moden dan elegan serta lokasinya yang strategik untuk anda yang ingin meneroakai bandaraya Kuala Lumpur tanpa perlu memeningkan kepala untuk memikirkan pengankutan. Ianya juga terdapat spa didalam hotel tersebut bagi anda yang telah penat berjalan dan ingin merehatkan minda, bolehlah mencuba perkhidmatan spa di hotel ini.
Kemudahan yang disediakan ialah penyaman udara serta katil dan bantal yang empuk untuk keselesaan tidur malam anda. Terdapat banyak kedai-kedai makanan tempatan di sekitar hotel ini, jadi tak perlulah anda risau bab makan. J… kalau anda ke Rooftop Barhotel ini, anda akan dapat melihat pemandangan Menara KL yang amat menakjubkan dan indah terutama pada waktu malam.
Harga satu malam : bermula dari RM129
Jarak dari KL Sentral : 0.5km
11. Nu Hotel KL Sentral
Hotel ini terletak di dalam bangunan yang sama dengan KL Sentral hanya bersebelahan sahaja. Jadi jika anda tidak mahu terlambat untuk ke KL sentral, memang sangat sesuai untuk anda menginap di sini.
Harga yang di tawarkan pon murah dan berbaloi, lagi pon hotel ini dalam kategori hotel yang masih baru.
Harga satu malam : bermula dari RM130
Jarak dari KL Sentral : 0.1km
12. City Central Hotel
Berdekatan dengan pusat membeli-belah yang terkenal di ibu kota seperti Berjaya Times Square, Fahrenheit 88 dan Suria KLCC yang jaraknya adalah 4km sahaja dari hotel. Jaraknya yang berdekatan dengan KL Sentral akan memudahkan lagi anda untuk melawati bandar-bandar sekitar KL tanpa perlu bersusah payah untuk menaiki pengangkutan awam kerana disini juga terdapat banyak kemudahan pengangkutan dengan jaraknya hanya 0.2km sahaja dari hotel.
Bilik-biliknya yang khalis dengan bunyi lengkap dengan penyaman udara dan katil yang selesa. Kemudahan lain yang disediakan ialah pancuran mandian air panas, peralatan mandian yang lengkap, TV berskrin rata yang bersaluran satelit dan akses internet percuma.
Harga satu malam : bermula dari RM135
Jarak dari KL Sentral : 0.2km
13. Euro Life Hotel@KL Sentral
Hotel ini turut menawarkan SPA bagi anda yang ingin merehatkan badan setelah penat berjalan seharian, hiasan dalam bilik yang menarik sangat sesuai dengan harga yang ditawarkan.
Semua bilik dilengkapi dengan penyaman udara, TV bersaluran satelit, pengering rambut, set membancuh air dan macam-macam lagi.
Harga satu malam : bermula dari RM155
Jarak dari KL Sentral : 0.3km
14. The Sentral Residences
Memberikan anda penginapan yang cukup selesa, lengkap dan tempatnya yang strategik yang berada di tengah-tengah kota dan berdekatan dengan KL Sentral. Selain dapat hotel murah sekitar KL Sentral dengan harga berpatutan, anda juga dapat menikmati pemandangan yang indah di sekitar Kuala Lumpur.
Bukan itu sahaja, ia juga lengkap dengan gym, kolam renang, bilik sauna, mandiam stim dan kemudahan bbq.
Harga stau malam : bermula dari RM250
Jarak dari KL Sentral : 0.3km
Jom Tempah Penginapan di Hotel Murah Sekitar KL Sentral
Anda sudah lihat senarai hotel murah sekitar KL Sentral di atas yang merupakan hotel yang berdekatan dengan stesen KL Sentral. Senarai yang dinyatakan ini mengikut harga yang paling rendah dan ke atas. Jadi mudah bagi anda untuk membuat pilihan mengikut bajet dan kelebihan setiap hotel. Dah sampai Kuala Lumpur nanti jangan lupa untuk singgah makan-makan di tempat makan best di KL.