fbpx

9 Port Memancing Terbaik Pilihan Kaki Pancing

Memancing sememangnya merupakan hobi rata-rata rakyat Malaysia. Dimana ada lubuk dan sungai, di situlah adanya hantu-hantu pancing yang tak leh move on dengan joran mereka. Nah! Di sini kami cari gali dan senaraikan untuk anda tempat-tempat dan port memancing terbaik yang menarik untuk anda lepaskan gian memancing anda dari kolam hinggalah lubuk rahsia.

9 Port Memancing Terbaik Malaysia Pilihan Kaki Pancing

1. Kolam Pancing Ruskijang Park, Ulu Klang

Port Memancing Terbaik Kolam Pancing Ruskijang ParkKolam Pancing Ruskijang Park adalah sebuah kolam pancing ikan air tawar yang sangat terkenal di ibu kota Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Lembah Klang. Kolam pancing ini terletak di dalam hutan.

Kolam pancing yang telah dibina pada tahun 1998 ini tujuan asalnya adalah untuk perusahaan penternakan ikan air tawar iaitu ikan jelawat. Tetapi ia telah bertukar menjadi kolam pancing apabila ramai kaki pancing yang berhasrat untuk memancing di situ. Melihat potensi besar ini, pengusaha kolam ini mengambil keputusan untuk menjadikan ia sebagai kolam pancing.

Lokasi : Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 24 jam
Bayaran masuk: 1 jam – RM20.00 / 3 jam – RM23.00 / 5 jam – RM25.00
Jenis ikan: Rohu, tongsan, lekoh, lampam, talapia, pacu, baung, haruan dan keli.
Facebook : Kolam Pancing Ruskijang

2. Kolam Pancing Wu Ping, Cheras

Kolam Pancing Wu Ping yang letaknya tidak jauh dari pusat Bandar ini, lazimnya akan memberi kepuasan yang tidak terhingga kepada kaki pancing yang pernah memancing di situ. Dengan saiz kolam pancing yang agak besar dan luas pastinya akan memberi keselesaan yang optimum kepada kaki pancing. Kolam pancing ini sering kali menjadi tumpuan dan port memancing terbaik apabila setiap hari ia menerima kunjungan begitu ramai pengunjung tidak kira siang atau malam.

Lokasi : Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, Wilayah persekutuan, 56100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu Operasi : 8am- 12am
Bayaran Masuk : 6 jam = RM32
Jenis Ikan : Patin, rohu, talapia merah, baung dan keli.
Facebook : Kolam Memancing Wu Ping

3. Kolam Pancing Jugra, Banting

Kolam Pancing JugraKolam pancing ini sedikit berlainan dengan kolam-kolam pancing yang lain yang pernah ada. Apa yang berbezanya? Ha! Kalau anda nak tahu, kolam ini adalah kolam pancing yang termurah yang pernah ada iaitu bermula dengan hanya RM3 anda sudah boleh membaling joran anda. Tetapi kena ada syaratnya. Syaratnya adalah sekiranya anda Berjaya menangkap ikan tersebut, anda perlu menimbang ikan tesebut dan membayar mengikut kilogram yang telah ditetapkan dan membawanya pulang.

Kolam pancing ini menawarkan sebanyak tiga pakej kepada kaki pancing. Di bawah ini kami senaraikan pakej-pakej tersebut :

Pakej Pertama –

RM3.00. Anda boleh memancing sampai puas sampai lebam dan boleh memancing di mana-mana kolam yang anda mahu sama ada kolam Siakap, Jenahak, ataupun Kerapu. Kalau berjaya mendaratkan ikan, perlu timbang dan boleh bawa pulang dan masak atau pun jual.

Senarai harga ikan per kilogram –

-Siakap / Jenahak RM17.00/kg

-Kerapu RM35.00/kg

Pakej Kedua –

RM30.00 untuk 2 jam(CNR). Tetapi pakej ini hanya terhad kepada Kolam Siakap sahaja.

Pakej Ketiga –

RM50.00 untuk 2 jam (CNR). Pakej ini anda boleh memancing dekat mana-mana kolam yang anda mahu.

Lokasi: Kampung Ayer Tawar, 42700 Banting, Selangor, Malaysia.
Waktu operasi: 24 jam
Bayaran masuk: RM3 – sehari
Jenis ikan: Siakap, jenahak dan kerapu
Facebook : Kolam Pancing RM3 Jugra

Baca Juga: Tempat Hiking Pilihan Popular Malaysia

4. Kolam Pancing Seri Bayu Tekala, Semenyih

Istimewanya kolam pancing ini berbanding dengan kolam pancing lain adalah kerana ia bukan hanya terhad kepada aktiviti memancing sahaja, namun anda boleh bermandi-manda berenang, berkhelah, berkhemah dan membuat BBQ di tepi sungai bersama keluarga, kawan-kawan ataupun yang tersayang.

Inilah perbezaannya dengan kolam lain apabila ia terletak di kawasan reakreasi Seri Bayu Tekala, sekali gus menjadi pilihan sebagai port memancing terbaik dan tumpuan ramai. Di sini terdapat 14 buah kolam namun tidak semuanya dibenarkan untuk aktiviti memancing.

Lokasi: Batu 30 jalan sungai lalang, sungai tekala, 43500 Semenyih, Selangor.
Waktu operasi: 24 jam
Bayaran masuk: 4 jam – RM22
Jenis ikan: Talapia, Rohu, Tongsan, Lampam dan Baung.
Facebook : Kolam Seri Bayu Tekala

5. Kolam Pancing Joran Terjun, Kemensah

Kolam Pancing Joran TerjunKolam pancing yang telah beroperasi sejak tahun 2004 dan masih beroperasi sehingga sekarang ini adalah kolam pancing milik seorang usahawan bumiputra. Kolam ini boleh dikatakan setiap hari akan dipenuhi pengunjung  yang terdiri daripada kaki pancing.

Di sini terdapat dua buah kolam yang disediakan untuk para pemancing. Namun, seperti kebiasan kolam-kolam pancing yang lain, ia juga mempunyai syarat tersendiri yang perlu dipatuhi oleh pemancing. Syaratnya adalah pemancing boleh menggunakan apa-apa umpan kecuali dua jenis umpan sahaja iaitu usus dan hati ayam. Dua umpan ini adalah dilarang sama sekali penggunaannya.

Lokasi: Berdekatan Hutan Simpan Hulu Langat 68000, Selangor, Malaysia.
Waktu operasi: 24 jam
Bayaran masuk: 3 jam – RM22 / 5 jam – RM27 / 6 jam – RM22 (selepas jam 11 malam)
Jenis ikan: Pacu besar, patin, baung dan keli.
Facebook : Kolam Pancing Joran Terjun

6. Natural Exotic Fish Fishing Pond, Behrang

Natural Exotic Fish Fishing PondAktiviti memancing adalah satu minat yang boleh memberi kepuasan dan keseronokan kepada kaki-kaki pancing. Namun mood memancing akan merudum jika layanan yang diberikan oleh pengusaha-pengusaha kolam pancing tidak mesra dan menjengkelkan.

Oleh itu, Natural Exotic Fish Fishing Pond ini bukan sahaja menjanjikan pengalaman memancing yang menyeronokkan, bahkan memberi layanan mesra dan friendly semaksimum mungkin kepada pengunjung-pengunjung di sini. Kolam port memancing terbaik ini juga mempunyai kawasan yang luas dan bersih yang pastinya memberi keselesaan kepada pemancing. Perkara-perkara sebeginilah yang menjadi antara penarik minat kaki pancing untuk berkunjung ke sini.
Bayaran masuk: 4 jam – RM100
Jenis ikan: Keli, toman dan haruan.

7. Kolam Memancing D’Heritage, Ulu Yam, Selangor

Kolam Port Memancing Terbaik DHeritageJika keluarga anda adalah jenis kaki pancing, anda di syorkan untuk kunjungi Kolam Memancing D’Heritage yang terletak di Ulu Yam, Selangor. Anda boleh bawak isteri dan anak-anak anda turut sama memancing ikan air tawar di sini. Di sini terdapat banyak ikan air tawar yang di sediakan terutamanya Rohu, Karak, Patin dan Tongsang.

Kolam pancing ini bukan biasa-biasa tau, ia turut menyediakan kemudahan chalet tidak jauh dari kolam pancing bagi mereka yang membawa keluarga dan ingin merasai kedinginan dan ketenangan waktu malam.

Ada pemancing yang berjaya mendaratkan ikan 30 hingga 50 ekor ikan Rohu dalam tempoh empat jam. Pemancing lainnya ada yang berhasil menangkap hampir 100 ekor Rohu dalam tempoh lapan jam. Fuhhh! Banyak tu gais.

Istimewanya lagi, bagi ibu atau anak yang kurang minat memancing, berhampiran kolam pancing terdapat sungai untuk bermandi-manda sementara menunggu si ayah berjuang menangkap penghuni kolam.

Lokasi:  Kolam Memancing D’Heritage, Ulu Yam, Selangor
Waktu operasi: 24 jam
Bayaran masuk: RM30 untuk 4 jam, setiap jam tambahan hanya RM6.
Jenis ikan: Rohu, Karak, Patin dan Tongsang
Website : kolampancingheritage.blogspot.com/

8. Gertak Sanggul (Pulau Pinang) Parking 5Kupang

Bagi yang gila mancing atau baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti memancing ni, kat sini ada satu port memancing terbaik yang anda boleh serbu. Tempat ini bukanlah kolam pancing seperti kolam-kolam di atas, tetapi lokasi pancing yang satu ini adalah tempat pancing tepi laut berdekatan dengan gertak Sanggul, Pulau Pinang.

Namun jalan untuk sampai ke tempat memancing sangatlah sempit dan berdenai. Hanya muat sebuah motosikal sahaja. Awas ya! Jangan cuba-cuba untuk membawa masuk kereta, nanti tidak keluar-keluar. Hahaha… Namun pun begitu, ikan yang mendiami tempat tersebut sangatlah banyak dan bermacam-macam. Antaranya ialah Siakap, Kerapu, Pari, Geropoh, Cermin, Daun Baru, Gerut-gerut, Putting damar, dan banyak lagi.

Adapun untuk umpan, umpan yang paling sesuai digunakan di sini adalah udang hidup (sebaiknya udang liar), isi udang, belanak hidup, umpun-umpun laut dan cacing laut.

Lokasi : Gertak Sanggul (Pulau Pinang) Parking 5Kupang

Waktu operasi: 24 jam
Bayaran masuk: Percuma
Jenis ikan: Siakap, Kerapu, Pari, Geropoh, Cermin, Daun Baru, Gerut-gerut, Putting damar, dan banyak lagi.

9. Kuala Gula, Kuala Kurau, Perak

Kuala Gula sememangnya telah menjadi tempat melepaskan gian memancing bagi kaki-kaki panjang terutamanya orang Perak. Kuala Gula terletak sedikit jauh dari jalan besar antara sebab ramai yang yang tidak perasan akan kewujudannya. Jika anda menggunakan Lebuhraya Utara Selatan, ambil susur keluar atau Exit Bukit Merah dan ikut saja papan tanda Kuala Kurau.

Sebenarnya Kuala Gula merupakan tempat untuk pemeliharaan ungags bernama Bird Sanctuary. Kawasan ini dipantau dan dijaga dengan rapi oleh Jabatan Kerajaan. Ramai juga pelancong yang datang ke sini bukan untuk memancing, tetapi untuk bercuti semata-mata untuk melihat ungags seperti buruang helang yang payah dilihat pada jarak dekat di tempat lain.

Hasil tangkapan yang berjaya dibawa naik selalunya adalah ikan gelama dan ikan duri. Namun, terkadang jika kena dengan umpan yang betul, anda mungkin bakal menawan Siakap.

Anda di syorkan untuk membawa umpan hidup untuk memancing di sini. Selain itu, kerang segar dan udang juga boleh dijadikan umpan kerana baunya yang hanyir akan lebih menarik minat ikan. Tetapi satu benda penting yang anda perlu bawa bersama adalah racun serangga untuk menghalau nyamuk dan serangga berbisa.

Di sini juga disediakan kemudahan chalet terapung dan dan Restoran terapung. Restoran ini menyediakan berbagai-bagai jenis makanan laut seperti udang, sotong, ikan dan sebagainya.

Lokasi : Kuala Gula, Kuala Kurau, Perak

Waktu operasi: 24 jam
Bayaran masuk: Percuma
Jenis ikan: ikan gelamo, ikan duri dan siakap.

Inilah Sembilan port memancing terbaik atau tempat memancing yang terkenal sempat kami senaraikan untuk anda yang sememangnya hantu pancing. Semoga bermanfaat untuk anda yang membaca artikel kami ini. Semoga perkongsian senarai port memancing terbaik ini dapat membantu kaki pancing tegar yang Kumpau dan membangau.

Leave a Reply