Percutian Menarik di Kuala Kangsar Perak

Anda ingin bercuti ke Perak? Tidak tahu tempat-tempat percutian menarik di Kuala Kangsar yang ada dinegeri tersebut? Kuala Kangsar ada banyak tempat yang menarik boleh dikunjungi? Kuala Kangsar merupakan sebuah Bandar Diraja dan juga salah satu bandar bersejarah bagi negeri Perak. Disini terdapat banyak tempat yang menjadi tarikan pelancong untuk bercuti ke sini. Kuala Kangsar terkenal dengan labu sayong.  Bandar ini juga tidak jauh dari ibu kota negeri Perak iaitu Ipoh ia kira-kira 48 KM.

Banyak tempat-tempat percutian menarik di Kuala Kangsar yang boleh anda kunjungi bila datang ke sini, tidak perlu risau untuk pergi ke Kuala Kangsar kerana bandar ini berada di tengah negeri Perak. Kuala Kangsar ialah sebuah lokasi percutian yang menjadi pilihan pelancong untuk bercuti. Terdapat banyak pusat pelancongan disini yang boleh dikunjugi seperti tempat-tempat bersejarah dan tarikan alam semulajadi.PERCUTIAN MENARIK DI KUALA KANGSAR

10 TEMPAT PERCUTIAN MENARIK DI KUALA KANGSAR

1. Masjid Ubudiah Bukit Chandan

PERCUTIAN MENARIK DI KUALA KANGSAR Masjid Ubudiyah

Sumber: Google

Dibina pada tahun 1910 semasa pemerintahan Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, ia dibina oleh arkitek orang putih/inggeris. Masjid ini berbentuk segi lapan dan mempunyai 4 buah menara yang tinggi. Masjid ini juga mempunyai seni bina yang dipengaruhi dari “Saracenic” iaitu Islam-India, masjid ini merupakan salah satu masjid yang tercantik di Malaysia.

Selain itu, terdapatnya makam diraja ditempatkan bersebelahan dengan masjid ini. Jika anda suka kepada reka bentuk atau corak-corak yang unik, anda boleh datang melawat ke sini.

2. Istana Kenangan Bukit Chandan

Istana Kenangan Kuala Kangsar

Sumber: Google

Istana Kenangan yang sekarang lebih dikenali dengan Muzium Diraja Kuala Kangsar, istana ini merupakan kediaman sementara oleh Sultan Iskandar Shah yang dibina tanpa menggunakan sebarang paku tetapi menggunakan kayu dan pisang sesikat megikut sejarah dulu-dulu.



Istana ini telah menjadi Tapak Warisan Sejarah di negeri Perak yang dimana istana ini juga dikenali dengan Istana Kuning kerana warna cat pada dinding istana tersebut.

3. Galeri Sultan Azlan Shah

PERCUTIAN MENARIK DI KUALA KANGSAR Galeri Sultan Azlan Shah

Sumber Google

Galeri ini merupakan tempat kediaman Sultan Idrus Murshidul Adzam Shah pada zaman dahulu iaitu sekitar tahun 1887-1916. Di dalam galeri ini tersimpannya barang-barang yang pernah dimiliki oleh Sultan Azlan Shah. Oleh itu, galeri ini dibina dengan tujuan untuk memberikan orang awam pengetahuan yang lebih mendalam tentang kehidupan seorang sultan pada masa dahulu.

Galeri ini tidak jauh daripada Masjid Ubudiah kerana ianya hanya seberang jalan sahaja daripada masjid tersebut jadi sekiranya anda pergi ke Masjid Ubudiah kenapa tidak singgah ke Galeri Sultan Azlan Shah ini yang merupakan salah satu tempat percutian menarik di Kuala Kangsar.

4. Kilang Kicap Tamin

PERCUTIAN MENARIK DI KUALA KANGSAR Kicap Tamin

Sumber Google

Kicap Tamin merupakan keluaran kicap bumiputera yang terawal di Perak yang bermodalkan RM10 sahaja. Kilang ini menunjukkan bagaimana proses pembuatan kicap dilakukan jadi jika anda datang kesini anda akan dapat melihat bagaimana proses pengeluaran kicap tersebut.

Bila pengunjung datang kesini juga boleh melihat bilik pameran yang mengumpulkan barangan keluaran Tamin selain dari kicap terdapat juga produk lain seperti sirap, sos dan lain-lain.

5. Istana Iskandariah Bukit Chandan

PERCUTIAN MENARIK DI KUALA KANGSAR Istana Iskandariah

Sumber: Google

Istana Iskandariah yang mempunyai corak seni bina yang cantik, menarik dan istimewa kerana mempunyai tarikan seni bina daripada Islam-India dan Asia Barat. Istana ini yang telah dibina menghadap arah matahari menaik dan pemandangan yang sangat cantik disamping Sungai Perak yang jernih.

Istana ini ialah tempat bersemayam Sultan Perak yang rasmi dan terdapatnya beberapa bilik khas didalam ini, setiap bilik berlainan fungsinya seperti Bilik Jamuan Negeri, Bilik Menghadap dan Bilik Makan. Di samping itu terdapatnya, Dewan Muzik dan Dewan Negara.



Setiap tingkat ada bilik dan ruang yang digunakan seperti di tingkat pertama terdapatnya bilik-bilik seperti ruang rehat dan bilik permainan dan di tingkat dua terdapatnya tempat-tempat seperti Balairung, Balai Nobat dan Singgahsana.

6. Pusat Kraftangan Mariwasa

PERCUTIAN MENARIK DI KUALA KANGSAR Pusat Kraftangan

Sumber : Google

Pusat kraftangan ini ialah tempat penghasilan pingat/medalion. Pusat kraftangan ini diasas pada tahun 1975 yang mana pusat kraftangan ini bukan sahaja mengeluarkan dan mempamerkan produk malah anda juga boleh melihat proses penghasilan barangan tersebut.

Selain itu, anda juga dapat melihat mesin-mesin yang digunakan untuk membuat medalion dan silver. Disini anda akan dapat melihat penghasilan pingat yang dibuat secara terperinci. Barangan yang terdapat disini ialah barangan hiasan rumah, barangan perak dan pingat.

7. Galeri Arkeologi

PERCUTIAN MENARIK DI KUALA KANGSAR Galeri Arkeologi

Sumber: Google

Sekiranya anda datang ke Kuala Kangsar dan ingin tahu tentang sejarah zaman Paleotik dan lain-lain lagi boleh datang ke Galeri ini. Galeri Arkeologi Lembah Lenggong yang ditubuhkan pada 1999 memaparkan pelbagai artifak-artifak yang dijumpai di Lembah Lenggong.

Terdapatnya penemuan arkeologi pada masa dahulu disimpan di galeri ini seperti alat-alat batu, rangka “Perak Man” dan lukisan yang didalam gua. Pembukaan galeri ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada orang ramai tengtang seni arkeologi dan anda juga boleh mempelajari dan memahami tentang sejarah Paleolitik dan lain-lain dengan lebih mendalam.

8. Pusat Pembangunan Kraftangan Perak

PERCUTIAN MENARIK DI KUALA KANGSAR Pusat Pembangunan Kraftangan

Sumber: Google

Bila datang bercuti ke Kuala Kangsar jangan lupa untuk singgah melihat hasil kraftanggan di Pusat Pembangunan Kraftangan yang terletak di Enggor Perak. Disini terdapatnya barangan utama dan terkenal di Kuala Kangsar iaitu labu sayong. Selain daripada labu sayong anda juga boleh membeli cenderahati dan  barangan kraftangan lain seperti mengkuang, rotan , seramik dan lain-lain.

9. Malay College Kuala Kangsar (MCKK)

PERCUTIAN MENARIK DI KUALA KANGSAR MCKK

Sumber: Google

Merupakan kolej yang diduduki oleh orang-orang yang mempunyai status elit seperti Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Dato’ Onn Jaafar dan Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Malay College ini hanya dikhaskan kepada pelajar lelaki Melayu sahaja yang dan merupakan asrama penuh lelaki.

Disini merupakan asrama kepada pelajar lelaki yang cemerlang dalam peperiksaan sekolah rendah. Selain dari kecemerlangan dalam bidang akademik, sekolah ini juga cemerlang dalam bidang sukan terutamanya ragbi dan bola keranjang.

10. Sungai Perak

PERCUTIAN MENARIK DI KUALA KANGSAR Sungai Perak

Sumber: Google

Bila datang ke sini anda juga boleh melakukan salah satu aktiviti menarik yang ada di Kuala Kangsar iaitu menaiki bot menyusuri Sungai Perak. Menaiki bot dalam masa 30 minit pengunjung akan dapat melihat pemandangan menarik di tebing sungai ini. Untuk menaiki bot ini anda akan bermula dari Jeti Bot Penambang dan ke Jambatan Sultan Abdul Jalil dan kemudiannya patah balik ke Jeti Padang Kawad.

Terdapat juga banyak Tour Guide yang berpengalaman sekiranya anda berminat dan mencari tempat percutian menarik di Kuala Kangsar untuk bercuti ke Negeri Perak.

Leave a Reply