Percutian ke Kelantan

Kalau anda pertama kali ingin bercuti ke tempat-tempat menarik di negeri Kelantan, pasti anda rasa seperti mahu datang lagi ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Yang pertama, kalau makan di warung atau restoren di Kelantan, peniaga-peniaganya memang tidak kedekut gula. Dan yang kedua, senyuman dari bibir-bibir orang Kelantan pun tidak kedekut dengan gula. Sentiasa manis dan loghat orang Negeri Kelantan memang seronok didengar.Kalau anda bercuti disini anda tidak perlu pening-pening memikirkan tempat penginapan yang selesa, tempat makan yang sedap, jalan ke destinasi menarik kerana terdapat banyak travel agent yang menyediakan package city tour termasuklah kami yang menyediakan pakej Percutian ke Kelantan. Hari ini jom kita lihat majoriti tempat-tempat menarik yang sering menjadi pilihan hati para pelancong.

percutian ke kelantan

TEMPAT MEMBELI BELAH MENARIK SEPANJANG PERCUTIAN KE KELANTAN

Pasar Siti Khadijah

Siapa tak kenal pasar yang masyhur di Kelantan ini? Disinilah syurga membeli belah untuk kau hawa. Antara ketegori menarik untuk diterjah disini ialah pakaian, alatan solat, barang kraf tangan, alat solek, barang sulaman, perkakas barangan hantaran perkahwinan dan yang paling unik ialah melihat gelagat-gelagat peniaga disini tawar menawar. Anda juga boleh membeli secara borong dan pastinya dengan harga yang lebih murah.

Percutian di Kelantan

WAKAF CHE YEH

Ada dua konsep perniagaan di Wakaf Che Yah ni, pada waktu siang Wakaf Che Yah adalah pasar borong yang menawarkan pelbagai barangan asas dan basah, bila menjelang malam pula, ia menjadi pasarmalam yang penuh dengan pelbagai jenis barangan terutama sekali pakaian seperti kain pasang dan tudung. Pendek cerita, wakaf che yeh ini ibarat pasar malam yang besar.

KAWASAN BEBAS CUKAI PENGKALAN KUBOR

Pengkalan Kubor di Tumpat Kelantan adalah satu lagi tempat shopping barangan tempatan dan buatan Thailand yang agak tersohor dikalangan pengunjung. Dikenali sebagai Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Kawasan ini akan mula dibuka pada pukul 10.oo pagi hingga petang. Pelancong boleh cuci mata atau membeli barang-barang seperti periuk belanga, pinggan mangkuk, jersey, handbang, pakaian dan macam-macam lagi.


KAWASAN BEBAS CUKAI RANTAU PANJANG

Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Seperti juga di kawasan bebas cukai pengkalan kubor, disini juga menjual barang- barang yang sama cuma yang membezakan adalah harga dan pilihan yang ada.

Rantau Panjang Percutian Ke Kelantan

TARIKAN PANTAI DI KELANTAN YANG CANTIK 

Pantai Cahaya Bulan

Pantai yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi (PCB) ini adalah pantai yang paling digemari kerana ia merupakan antara tempat perkelahan yang paling dekat dengan bandar Kota Bharu, lebih kurang 10km sahaja. Di sepanjang persisiran pantai PCB terdapat deretan warung-warung yang menyediakan makanan santai atau panas. Juga tedapat medan ikan bakar berdekatan pantai ini. Memang wajib datang ke Pantai Cahaya Bulan sekiranya sampai ke Percutian ke Kelantan.

Pcb percutian ke kelantan

PANTAI SRI TUJOH

Pantai ini terletak di Tumpat dan tidak jauh dari pengkalan kubor. Keindahan semulajadinya memberikan ketenangan kepada sesiapa yang berkunjung. Duduk bersantai melihat pemandangan pantai ini juga mampu melenyapkan bebanan kerja yang bersarang di fikiran.Kedudukan pantai itu di kawasan teluk turut menjadikan perairannya begitu tenang dan sesuai untuk pelbagai aktiviti sukan air termasuk bermain bola tampar, berenang atau berkhemah.

PANTAI BISIKAN BAYU

Kedudukan pantai itu di kawasan teluk turut menjadikan perairannya begitu tenang dan sesuai untuk pelbagai aktiviti sukan air termasuk bermain bola tampar, berenang atau berkhemah. Sesuai sebagai destinasi rehat sekiranya memandu melalui jalan pantai Terengganu-Kelantan.

Pantai Tok Bali

Pantai Tok Bali percutian ke Kelantan

Tok Bali terkenal dengan terminal pendaratan ikan segar hasil tangkapan nelayan tempatan. Sebut sahaja ikan Tok Bali, ramai  warga Kelantan yang mengakui kesegaran ikan yang ditangkap nelayan tempatan. Pasar basar Tok Bali atau dikenali pasar TIBA (Terminal Ikan Bali) sering menjadi tumpuan bagi mendapatkan hasil laut yang segar seperti ikan, udang dan sotong. Destinas in i juga sesuai untuk bersantai dan melihat suasana perkampungan.

Pantai Irama

Pantai irama terletak di daerah Bachok dan menghadap laut china selatan. Pantai Irama terkenal sebagai pusat pelancongan di kawasan pantai yang utama di negeri Kelantan. Di sini juga terdapat pelbagai gerai makanan sepertiikan, sotong dan udang celup tepung, ABC, air kelapada dan macam-macam lagi.

TARIKAN ALAM SEMULAJADI

JERAM PASU

Pantai Irama terkenal sebagai pusat pelancongan di kawasan pantai yang utama di negeri Kelantan. Kemudahan seperti kolam, gelonsor dan hiasan sekelililng yang cantik membuatkan ianya sesuai sebagai satu destinasi percutian bersama keluarga.

JERAM LINANG

Jeram Linang Percutian Ke Kelantan

Destinasi mandi air terjun yang sangat popular terletak di hutan simpan Ulu Sat, Machang. Pantai Irama terkenal sebagai pusat pelancongan di kawasan pantai yang utama di negeri Kelantan. Di sini juga terdapat kemudahan kedai makan, taman permainan kanak-kanak, tandas, wakaf dan tapak perkhemahan.


Lata Rek

Lata rek terletak kira-kira 27km dari Bandar Kuala Krai. Jika anda ingin membawa anak-anak mandi air terjun, lata ini adalah lokasi terbaik percutian ke Kelantan kerana airnya yang cetek dan sangat sesuai untuk kanak-kanak. Airnya bersih dan menyegarkan.

LATA KERTAS

Lata kertas terletak di antara jalan Dabong ke Gua Musang. Ia adalah kawasan air terjun yang cantik dan popular. Bagi anda yang suka mandi air terjun pasti tidak rugi berkunjung di sini kerana airnya yang jernih, sejuk dan menyegarkan.

GUNUNG STONG

gunung stong Percutian ke Kelantan

Keindahan air Terjun menjadikan Gunung Stong Destinasi percutian Alam Semulajadi terbaik

Gunung Stong terletak di Dabong, Kelantan iaitu di Daerah Kuala Krai Selatan. Gunung ini mempunyai ketinggian 4,664 kaki (1,421 meter) dari aras laut. Gunung ini merupakan gunung yang amat popular di kalangan pendaki dari seluruh Malaysia. Tarikan utama yang terdapat di gunung ini ialah air terjun Jelawang setinggi 303 meter dari aras laut dan merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara.

TEMPAT MAKAN PALING BEST

Maggie Ketam Alemy

Sekiranya berkunjung ke Kelantan atau mana-mana temat, perkara yang wajib dibuat dengan percutian ke Kelantan adalah makan-makan dan semestinya kalau bab makan wajib mencari tempat makan yang best, maklumlah selera makan orang Malaysia ni lain macam sikit. Negeri Kelantan yang sememangnya terkenal dengan masakan yang sedap semestinya mempunyai banyak kedai makan dan restoran yang sedap2. Disini kami senaraikan tempat-tempat makan best di Kelantan.

  • Restoran Cikgu Nasi Ulam Kampung
  • Din Raja Air Nyor
  • Nasi Lemak & Roti Bakar Kg Sireh
  • Warung Pak Mat Pulau Pisang
  • Nasi Sup Cemerlang
  • Awal Nasi Kukus
  • Mat Saleh Burger
  • Nasi Kerabu Asma
  • Satay Razak Wakaf Baru
  • Alemy Meggi Ketam
  • Kopitiam Kita
  • Nasi Kak Wook
  • Kst Ikan Bakar Wakaf Che Yeh
  • Relax Café Maggi Ketam
  • Kb Burger Bakar
  • Kedai Makan Nasi Kuning (Nasi Khoumok)
  • Retoran By T Laksam
  • Restoran Nasi Kerabu 2mis JB

Nasi Kerabu Percutian ke Kelantan

RESORT DI KELANTAN

Tok Aman Bali Resort

Resort ini terletak di Pasir Puteh dan lokasinya hanya lebih kurang 5 minit dari Pantai Tok Bali. Bilik-bilik yang disediakan adalah berhawa dingin dan terdapat juga balkoni di beberapa bilik. Resort ini juga ada menyediakan swimming pool yang luas dan cantik. Aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti paintball, menaiki paddle bot, berkayak, karaoke dan memancing.

VILLA DANIALLA BEACH RESORT

Tempat Menarik di Malaysia Villa Danialla

Foto Kredit Trip Advisor

Villa ini terletak di Bachok. Kedudukan resort yang hanya beberapa langkah sahaja dari pantai menjanjikan pemandangan yang cukup cantik dan tenang. Resort ini juga ada menyediakan swimming pool untuk para pengunjung. Aktiviti-aktiviti yang terdapat disini seperti bermain ping pong, menunggang kuda, BBQ dan karaoke.

SUDARA BEACH RESORT

Jika anda merancang untuk berehat bersama keluarga di kawasan pantai, resort ini adalah pilihan yang bijak. Lokasinya terletak bedekatan Pantai Tok Bali. Juga menyediakan swimming pool yang luas. Lokasi yang strategic dan harganya yang murah sangat sesuai untuk percutian bajet.

CHALET SRI TUJOH RESORT

Chalet ini adalah satu-satunya resort yang terletak di atas air di Kelantan. Apabila air pasang, ia kelihatan seolah-olah chalet terapung. Lokasinya di sekitar Pantai Sri Tujoh Tumpat. Pengunjung boleh menikmati ketenangan percutian ke Kelantan dan pemandangan yang sangat menarik terutama perkampungan nelayan yang berada di seberang resort.

PERDANA RESORT PCB KOTA BHARU

Resort ini antara resort yang sudah lama beroperasi di Kelantan. Kemudahan dan layanan yang diberikan sangat memuaskan. Seperti biasa resort ini juga berdekatan dengan pantai. Resort tidak mengecewakan samada anda dating bersama kawan-kawan, keluarga atau untuk berbulan madu. Harga juga sangat berpatutan.


Dee Wana Resort

Lokasi resort ini juga terletak di PasirPuteh. Ianya resort sederhana tetapi sangat menyeronokkan kerana adanya swimming pool yang luas. Penginapan yang disediakan juga luas, cantik dan selesa.

HOTEL MEWAH DI KOTA BHARU

Selain resort-resort yang cantik, terdapat juga hotel-hotel mewah sesuai untuk penginapan bersama keluarga atau rakan-rakan sesuai dengan percutian ke Kelantan.

  • Hotel Perdana
  • Hotel Grand Riverview
  • Tune Hotel
  • Hotel Renaissance
  • Hotel Ridel Tepi Sungai
  • Hotel Habib
  • Crystal Lodge
  • Sutera Inn Prima
  • Holiday Villa
KB Mall

Gambar sumber dari Mall Of Malaysia

Antara tempat-tempat lain yang boleh dikunjungi jika berkesempatan ialah:

  1. Kompleks KBMall – Kompleks membeli-belah moden yang menjadi salah satu landmark Kota Bharu
  2. Kampung Laut – Menyeberangi Sungai Kelantan untuk ke Kampung Laut. Kampung Laut tempat perusahaan sambal daging dan juga mempunyai beberapa tarikan pelancongan seperti wayang kulit dan kraftangan.
  3. Tok Bali – Berkunjung ke terminal pendaratan ikan Tok Bali dan juga pantai Tok Bali.
  4. Taman Air Splash – Beriadah sambil bawa anak anda mandi kolam di Splash Taman Indera Petra.
  5. Taman Tengku Anis – Beriadah di waktu petang di Taman Rekreasi Tengku Anis.

Jika anda bercuti pada musim cuti sekolah di Kelantan, boleh semak dahulu calendar pelancongan kerana jika berpeluang, anda boleh hadiri pelbagai program dan aktivti yang dianjurkan di Kelantan seperti Pesta Wau Antarabangsa dan lain-lain lagi.

4.9
  • Add Your Comment

shares