fbpx

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Bersama Ibu Melancong ke New Zealand Selama 8 Hari

Membuat perancangan awal memang bagus untuk sesiapa sahaja yang berniat untuk melancong ke New Zealand atau negara lain, lebih-lebih lagi jika ingin membawa ibubapa yang sudah tua dan mungkin berjalan lebih perlahan.

New Zealand, keindahannya yang saujana mata memandang mejanjikan kenangan terindah setiap pengunjungnya di bumi kiwi ini. Ramai yang sanggup ‘menabung’ semata-mata untuk menjejakkan kaki di sini bersama yang tersayang.

Melancong ke New Zealand Selama 8 Hari Bersama Ibu

Melancong Ke New Zealand MurahMempunyai struktur muka bumi yang menarik dan pemandangan yang memukau, pasti mengggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung ke negara ini.

Apa yang menariknya, wanita ini berkongsikan pengalaman beliau bercuti selama 8 hari ke New Zealand bersama ibunya. Bukan itu sahaja, beliau juga berhadapan dengan situasi ibunya yang tidak boleh berjalan laju dan perlu menggunakan kerusi roda pada waktu tertentu.

Ini adalah perkongsian daripada wanita bernama Sharifah Norsukhairin yang berpeluang melancong ke New Zealand bersama ibunya awal tahun ini. Ada beberapa tip dan panduan yang berguna buat anda yang bercadang untuk melancong ke New Zealand nanti!


2,370 KM NEW ZEALAND ROADTRIP IN 8 DAYS

Itinery Ke New ZealandPost ni saya pernah share kat group sebelah, saja nak share lagi sekali di BBM dgn penambahan info. Semoga bermanfaat.

1. Trip hanya berdua dengan mak. Agak mencabar sebab mak tak boleh jalan laju, sakit tulang belakang. Certain places kena tolak mak dengan wheelchair.

2.Setiap hari drive sorang-sorang tanpa tukar driver, sehari 300 – 450 km.

ITINERARY SEPANJANG DI NEW ZEALAND

Itinery Sepanjang di New ZealandDAY 1

-KL –> Gold Coast –> Christchurch

DAY 2 (363 KM)

Saint Albans, Christchurch –> Canterbury Museum –> Pak’nSave Moorhouse (Shopping for groceries) –> Rakaia –> Ashburton –> Geraldine Cinema –> Church of the Good Sheperd, Lake Tekapo –> Lake Pukaki –> Hooker Valley –> Glentanner Holiday Park Mount Cook

DAY 3 (457 KM)

Hari Ketiga di New ZealandGlentanner Holiday Park Mount Cook –> Omarama –> Elephant Rocks –> Oamaru Victorian Heritage Precint –> Dunedin Railway Station –> Tunnel Beach Otago –> Kaka Point –> Nugget Point Lighthouse –> Catlins-Newhaven Holiday Park, Surat Bay, Owaka

DAY 4 (363 KM)

Catlins Newhaven Holiday Park, Surat Bay –> Invercargill –> Te Hikoi Southern Journey, Riverton –> Cosy Nook (cove) –> McCracken’s Rest, Te Waewae Bay –> Manapouri Lake –> Te Anau Town Center –> Fiordland National Park Lodge

DAY 5 (450 KM)

Hari Ke Lima di NZFiordland National Park Lodge –> Milford Sound –> Knobs Flat –> Eglinton Valley –> Te Anau Town Center –> Lake Wakatipu Viewpoint, Queenstown –> Arrowtown –> Cardrona and Bradrona via Crown Range Road –> Wanaka Hotel

DAY 6 (141 KM)

Wanaka Hotel –> Lake Hawea Lookout –> Lake Wanaka Lookout –> Gates of Haast –> Haast Junction
*Stranded in Haast*

DAY 7 (14 KM)

Stranded in Haas*Stranded in Haast. Went to Haast Beach*

DAY 8 (477 KM)

Haast –> Bruce Bay –> Fox Glacier –> Franz Josef Glacier –> Harihari –> Sunset Point, Gibson Quay, Hokitika –> Otira Viaduct Lookout via Arthur’s Pass –> Kura Tawhiti (Castle Hill) –> Springfield

DAY 9 (105 KM)

Melancong ke New Zealand bersama ibuSpringfield –> Waddington –> Oxford via Inland Scenic Route –> Rangiora –> Christchurch Botanic Garden –> Christchurch Airport

DAY 10

Christchurch –> Auckland –> KL

TOTAL BAJET TRIP

Sharifah Melancong ke New Zealand1.Tiket flight AirAsia KL-Gold Coast (meal + 10 kg checked in baggage) = RM 850 (approx.) per person

2.Tiket flight Jetstar Gold Coast-Christchurch (15 kg checked in baggage) = RM 720 (approx.) per person

-Tiket flight AirAsia Melbourne-KL (meal + 10 kg checked in baggage) = RM 1,000 (approx.) per person – tiket burnt
-Tiket flight Jetstar Christchurch-Melbourne (15 kg checked in baggage) = RM 515 (approx.) per person – tiket burnt

Melancong ke New Zeland 8 Hari Bersama IbuKenapa tiket burnt? Sebab stranded 2 malam di Haast town. Berlaku tornado, kesannya angin dan ribut yang sangat kuat, banyak pokok tumbang yang melintang jalan, NZ govt declared state of emergency. Jalan menuju ke Hokitika via West Coast ditutup selama 2 hari, nak berpatah balik ke Wanaka pun ditutup jugak. Even ada tourists yang terperangkap terpaksa tidur dalam kereta sebab accommodation semua dah penuh. Saya dan mak bernasib baik Allah tolong so dapat bilik dekat motel di Haast town, itupun yang dah last. Line internet pun terputus waktu tu. Accommodation AirBnB yang saya dah booking di Hokitika dan Christchurch terpaksa cancel, dan tak sempat sampai Christchurch Airport pada hari yang sepatutnya.

Pantai New ZealandTIKET BARU

Menarik di New Zealand1.Air New Zealand Christchurch-Auckland = RM 420 (approx.) per person

2.Malaysia Airlines Auckland-KL = RM 2,042 (approx.) per person

-Trip ni tak berapa nak budget sangat sebab accommodation semua book kena ikut keselesaan mak, cabin/bilik lengkap dgn kitchenette dan bathroom.

– Travel insurance: AXA Affin. Dapat cover kerugian tiket yang burnt dan accommodation yang terpaksa cancelled last minute.

-Car rental: NZD 586 utk 9 hari termasuk full coverage insurance (Nissan Tiida)

CANTIKNYA VIEW!

Cantiknya View

Sharifah Ke NZ-Sikit pun tak menyesal diuji sepanjang berada di NZ, sebab jumpa semua org baik-baik, hari last bermalam kat motel yang sangat cantik di Springfield, owned by small family. Motel ni tengah-tengah ladang, nampak view snow-capped mountain, ada alpacas, kuda, ayam, lembu, biri-biri, pagi2 boleh nampak TranzAlpine train lalu sebelah motel ja. Cantik sgt!!

Menarik di New Zealand

Pemandangan Cantik New ZealandJumpa motel ni pun secara kebetulan. Banyak tawakkal dan berdoa pada Allah sepanjang trip ni sebab kebanyakan masa seolah-olah drive in the middle of nowhere, tak nampak langsung kelibat kereta lain. Ada sekali tu Waze bawak lalu jalan tak berturap batu-batu warna biru tu, lalu celah lereng-lereng gunung, naik turun bukit, 40 km jauhnya. Ada la 2,3 buah 4×4 yang guna jalan tu, kami ja kereta kecik. Tak jumpa manusia pun jalan tu kecuali biri-biri dan lembu. Panic jugak mula-mula. Risau kereta breakdown ja la… dah la berdua dengan mak ja. Alhamdulillah takda apa-apa berlaku. Rindu nak pi NZ lg.

Motel di New Zealand

Cardona Hotel New Zealand

Perkongsian Tip Melancong Ke New Zealand ini adalah dari Facebook Group Backpacker Buddy Malaysia

Sumber : Sharifah Norsukhairin

Leave a Reply