fbpx

Pantang Larang Ketika Melancong Ke Turki

Bagi sesiapa yang pernah melancong ke Turki mesti banyak tempat yang anda sudah lawat kan.  Turki memang kaya dengan tempat – tempat yang menarik  kerana ianya merupakan sebuah negara yang mana berada dalam dua benua iaitu Asia dan Eropah. Antara tempat – tempat yang sering menjadi perhatian ramai ialah Gunung Sinai, Karnak, Sham el – Sheikh dan banyak lagi. Jadi jangan lupa datang melancong ke sini.

Tempat Menarik di Istanbul Galata Bridge

Pantang Larang Ketika Melancong Ke Turki

Namun bukan tempat – tempat menarik yang saya ingin kongsikan tetapi lebih kepada pantang larang yang mesti diketahui apabila datang melancong ke negara Turki ini. Maksud pantang larang ialah perkara yang perlu kita elakkan daripada melakukannya. Ia bagi menghormati budaya dan juga cara mereka di sini.

Ataturk Bapa Pemodenan Turki

Ataturk Melancong ke Turki

Antara pantang larang ketika melancong ke Turki ialah jangan kutuk Ataturk di tempat awam. Ataturk ialah seorang pemimpin Islam yang dilaknat oleh Allah s.w.t diatas pembaharuan dan permodenan yang akhirnya melenyapkan Islam. Nama sebenarnya ialah Mustafa Kamal Ataturk dan beliau juga digelar sebagai Bapa Pemodenan Turki.

Bapa Pemodenan Turki Ataturk

Beliau bertindak menjatuhkan Khalifah Islam – Turki. Tetapi rakyat Turki sangat membanggakan pemimpinnya ini kerana banyak membawa perubahan buat negara Mesir ini. Negara ini juga ada undang – undang bagi sesiapa sahaja yang kutuk Kamal Ataturk akan dipenjarakan. Jadi elakkan daripada mengutuk pemimpin mereka untuk mengelakkan masalah lain berlaku.

Semak Baki Jika Membeli Belah

Membeli belah ketika melancong ke turki

Seterusnya ialah jangan lupa semak bayaran baki jika anda membeli belah di kedai tepi jalan. Selalunya kalau kita membeli belah di Malaysia kita akan ambil sahaja bakinya tanpa kira jumlahnya sebab kita yakin peniaga akan pulangkan jumlah yang sebenar tetapi jangan anda ambil mudah apabila anda membeli belah di Turki kerana kadang kala peniaga akan cakap dia tak perasan baki wang tidak mencukupi.

Duit Ketika Melancong ke Turki

Bagi sesiapa yang ingin bersedekah tak ada masalah cumanya kadang- kadang peniaga mengambil kesempatan apabila kita tidak melihat baki yang dipulangkan. Jadi pastikan anda sentiasa mengira baki yang diberikan pada anda supaya anda tidak tertipu ya.

The Power of Hand

The Power Of Hand

Apabila anda melancong ke Turki pastikan anda tidak menggunakan ‘ the power of hand’ apabila ingin melintas jalan di sini. Tidak kiralah jika anda membawa stroller baby atau bawa orang tua pakai tongkat, jangan tahan kenderaan menggunakan tangan anda untuk tujuan melintas jalan, takut nanti anda yang kena hon dan kena marah.



Situasi di Malaysia berbeza dengan di Turki. Kalau di Turki anda perlu tunggu  sampai waktu yang ditetapkan untuk anda melintas jalan. Jadi apabila di negara ini anda perlu patuh pada peraturan jalan raya yang telah ditetapkannya.

Berkaki Ayam Ketika Wudhuk

Berkaki Ayam Ketika Melancong ke Turki

Pantang larang yang perlu anda elakkan ialah jangan berkaki ayam dari tempat wuduk ke tempat solat. Memang sudah jadi kebiasaan orang Malaysia apabila sudah berwuduk kita akan terus ke ruang solat dengan berkaki ayam sahaja tetapi berbeza di negara ini kerana orang Turki amat pentingkan kebersihan . Kebersihan itukan sebahagian daripada iman.

Wudhu Melancong ke Turki

Jika anda sudah ambil wudhu kemudian jalan berkaki ayam ke dalam masjid jadi kaki anda sudah kotor dan mesti anda akan dimarahi dengan pak cik – pakcik di situ. Jadi pastikan anda tidak melakukan perkara ini untuk mengelakkan anda dimarahi oleh penduduk setempat di situ.

Scammer Jalanan

Scammer Melancong ke Turki

Jangan ikut sesiapa sahaja yang anda tidak kenali di negara ini kerana ianya berkaitan dengan modus operandi scammer di Istanbul. Memang di sini banyak scammer – scammer yang cuba memerangkap pelancong dengan pelbagai cara.



Antaranya ialah dengan mengajak pelancong minum sama – sama dan kemudiannya pelancong diminta untuk membayarnya dan yang lebih dasyatnya anda akan dicaj harga untuk minum kopi sebanyak USD500. Melebur duit anda disitu sahaja. Jadi pastikan anda tidak mengikut orang yang tidak di kenali di sini dan jangan bercakap dengan yang tidak dikenali di sini ya.

Buka Dompet Depan Orang

Buka Dompet Melancong ke Turki

Selain itu, anda jangan pernah buka dompet depan orang – orang yang jual di tepi jalan kerana apabila anda berjalan di Bazaar di Turki ini, aka nada orang yang cuba mendekati anda untuk menjual buku, jaket dan macam – macam lagi dan dia akan membawa lari dompet anda apabila anda keluarkan dompet anda dari poket anda. Jadi pastikan anda sentiasa berhati – hati sewaktu membeli sesuatu barangan di tepi jalan.

Makanan Malaysia

makanan malaysia di turki

Anda juga dilarang sama sekali membuka makanan Malaysia khususnya di dalam pengangkutan awam. Hal ini kerana orang Turki  sangat sensitif dengan bau – bau makanan asia ini terutamanya Nusantara. Ada segelintir yang mengelarkan makanan Malaysia ini seperti stokin busuk.

Jadi elakkanlah dari membawa makanan tempatan kita ke negara ini terutamanya di dalam kenderaan awam seperti teksi,bas mahupun keretapi.

Ragut Melancong ke Turki

Akhir sekali, ini adalah sedikit pantang larang yang perlu anda ingat sewaktu melancong ke Turki supaya anda sentiasa berhati – hati ketika berada di negara orang. Anda juga perlulah sentiasa berwaspada dengan persekitaran sekeliling sewaktu di sini kerana memang banyak kes ragut dan kes scammer yang berjaya dilakukan.

Selalunya para pelancong akan menjadi mangsa kerana mereka tidak tahu situasi sebenar di sana dan mereka juga kurang mahir tentang selok- belok di Turki.



Bagi mengelakkan anda terlibat dengan perkara – perkara ini pastikan anda membawa pemandu pelancong yang akan sentiasa mengawasi pergerakan anda sekeluarga dan membantu anda apabila berlakunya sesuatu masalah. Jadi anda gunakanlah sedikit tips ini sewaktu melancong bersama keluarga anda di Turki.

  • Add Your Comment

shares