Legoland Johor Bahru – Pakej Percutian Legoland Malaysia

Bagi yang mencari pakej percutian Legoland di Johor Bahru, ianya pakej yang amat sesuai untuk golongan yang sukakan hiburan, melakukan aktiviti dan juga sesuai untuk keluarga. Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia. Legoland Malaysia Resort juga adalah taman tema antarabangsa yang pertama dibuka di Malaysia. Legoland Malaysia Resort ini terletak di Tama Industri Nusa Cemerlang di Nusajaya, Johor.  Waktu operasi Legoland ialah dari pukul 10 pagi sehingg 6 petang setiap hari.

Pakej Percutian Legoland

Di sini merupakan lokasi percutian riang-ria yang paling sesuai untuk seisi keluarga, jadi kepada pengungjung yang ingin membawa keluarga bercuti ke taman yang penuh hiburan dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini lh tempatnya Legoland Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik boleh dilakukan yang telah disediakan untuk pengungjung. Tarikan di sini terbahagi kepada dua iaitu:

  • Legoland Theme Park
  • Legoland Water Park

Pakej Percutian Legoland Johor

LEGOLAND THEME PARK – Pakej Percutian Legoland

Terdapat pelbagai aktiviti menarik di Legoland Theme Park seperti:

  • Lego Technic – Terdapat aktiviti seperti menaiki Project X roller coaster, Aquazone Wave Racers dan membina robot di Lego Mindstorms.
  • Miniland – Bangunan mercu tanda yang dibina dengan Lego Bricks.
  • The Beginning – The Big Shop yang mengandungi bebabgai baranagan dan produk permainan Lego.
  • Imagination – Tempat permainan Lego, boleh membina apa sahaja dan menguji binaan disini.
  • Lego Kingdoms – Menyediakan permainan yang menarik seperti roller coaster dan pertunjungkan lain.
  • Land Of Adventure – Tempat pengembaraan dan permainan menarik yang disediakan seperti Lost Kingdom, Beetie abounce dan dino
  • Lego City – Berbagai permainan menarik yang disediakan untuk kanak-kanak.
  • Big Adventure For Little Kids – berbagai permainan menarik yang disediakan untuk kanak-kanak.
  • Indoor Activities – Pelbagai aktiviti dan permainan kanak-kanak yang ada malah ibu bapa turut boleh melibatkan diri.

Pakej Percutian legoland Johor Bahru

LEGOLAND WATER PARK – Pakej Percutian Legoland

Legoland Water Park turut menyediakan permainan air yang unik dan menarik daripada taman-taman tema air yang lain. Terdapat bahagian untuk orang dewasa, kanak-kanak dan seisi keluarga. Antara permainan dan aktiviti yang ada di sini ialah:

  • Build-A-Raft River – Membina rakit meggunakan Lego Bricks dan melepaskannya di Lazy River merupakan aktiviti yang boleh dilakukan di sini, pengunjung juga boleh menyusuri Lazy River dengan pelampung.
  • DUPLO Splash Safari – Permainan air untuk kanak-kanak dibawah usia 5 tahun.
  • LEGO Wave Pool
  • Red Rush – Permainan gelongsor air yang menarik, pengungjung akan menaiki tiub yang boleh memuatkan dalam 6 orang dan menyusuri gelongsor air yang berliku sepanjang 312 kaki.
  • Twin Chasers – Gelongsor air berkembar yang sangat mengujakan.
  • Brick Blaster – Gelongsor air yang menarik melalui terowong yang menyeronokkan.
  • Wave Rider – Gelongsor air yang menarik setinggi 240 kaki.
  • LEGO Slide Racers – gelongsor berkembar enam.

 

HARGA TIKET LEGOLAND JOHOR

  • Harga Tiket Pakej Percutian Legoland untuk Thema Park dan Water Park

Dewasa – RM207

Kanak-kanak dan warga emas – RM165

 

  • Harga Tiket Pakej Percutian Legoland untuk Theme Park sahaja

Dewasa – RM165

Kanak-kanak dan warga emas – RM133

 

  • Harga Tiket Pakej Percutian Legoland untuk Water Park sahaja

Dewasa – RM122

Kanak-kanak dan warga emas – RM101

Harga tiket diatas adalah untuk pelancong dan bukan pemegang MyKad, potongan harga akan diberikan dimana cuma membayar dengan harga berikut sahaja kepada pemegang MyKad.

  • Harga Tiket Legoland untuk Thema Park dan Water Park

Dewasa – RM170

Kanak-kanak dan warga emas – RM135

 

  • Harga Tiket Legoland untuk Theme Park sahaja

Dewasa – RM135

Kanak-kanak dan warga emas – RM109

 

  • Harga Tiket Legoland untuk Water Park sahaja

Dewasa – RM100

Kanak-kanak dan warga emas – RM83

*Harga yang dinyatakan diatas tertakluk kepada perubahan. Jika ingin harga lagi murah lebih baik menempah tiket lebih awal .

Untuk Sebarang tempahan boleh hubungi direct Legoland Malaysia.

LL Malaysia Taman Tema Sdn Bhd
7 Jalan LEGOLAND
Bandar Medini Iskandar Malaysia
79250 Iskandar Puteri (Nusajaya),
Johor Darul Takzim,
Malaysia.

+607 597 8888.

info@LEGOLAND.my.

shares