Syurga Membeli-Belah Kaum Hawa | Pakej Percutian Ke Bandung Murah

TERKENAL DENGAN JOLOKAN PUSAT BELI BELAH RAMAI MEMILIH PAKEJ PERCUTIAN KE BANDUNG

Adakah anda perasan, Indonesia terkenal dengan tempat pelancongan yang menarik. Pemandangan yang cantik dan damai telah membuatkan hati pelancong ditarik-tarik bak magnet melekat erat. Bukan sahaja terkenal dengan suasana yang tenang, malah kaya dengan pelbagai etnik yang terdapat di sana.

Pakej Percutian Ke Bandung

Photo by Ali Yahya on Unsplash

Antara lokasi yang menjadi tumpuan pelancong jika bercuti ke Indonesia, ialah Bandung. Bandung dikenali dengan “syurga membeli-belah” terutama bagi kaum wanita. Ini kerana, di sana pakaian dijual dengan harga yang sangat berpatutan, jadi tidak hairanlah jika Bandung telah mencuri perhatian kaum wanita.

Selain itu, keindahan alam semulajadi turut menjadi penyumbang kepada banjiran para pelancong yang ingin menerokai kecantikan tersebut. Tidak hairanlah sekarang ini terdapat banyak pakej murah ke Bandung yang ditawarkan oleh agengsi pelancongan.

Peluang Bercuti Dengan Pakej Percutian Ke Bandung

Oleh kerana Bandung sangat terkenal dan sering disebut tentang keindahannya, kepelbagaian budaya, dan sebagainya, kami ingin membuat tawaran kepada anda untuk turut menjamu mata dengan keunikan yang sering diperkatakan.

Murah Pakej Percutian Ke Bandung

Photo by Ali Yahya on Unsplash

Percutian selama 4 hari 3 malam di bumi Bandung mampu membuatkan hati anda berbunga-bunga di samping menambah pengalaman bertandang ke negara jiran. Demi memastikan anda berpuas hati dengan percutian yang bakal dinikmati, kami akan menempah pnginapan terbaik yang sejajar dengan harga untuk pakej kami.



Hotel yang bertaraf 3 bintang boleh memberi keselesaan kepada para pelancong sepanjang percutian berlangsung.

Tempat Menarik dengan  Pakej Murah Percutian Ke Bandung

Orang kata kalau sudah jejakkan kaki ke Kota Bandung, maka wajib untuk melawat Kawah Putih ataupun dipanggil White Crater. Mesti tertanya-tanya apa yang menarik di sana? Keindahan pemandangan di Kawah Putih menjadi sebab utama para pelancong jejakkan kaki ke sini. Suasana yang mampu memukaukan mata pelancong telah menarik minat orang ramai untuk mengadakan sesi bergambar.

Letusan gunung berapi dari Gunung Patuha pada suatu tika dahulu telah menyebabkan terbentuknya kawah pada permukaan tanah tersebut. Lebih unik kerana tanah di kawasan tersebut berwarna putih telah menampakkan air yang memenuhi ruang juga kelihatan putih, maka terhasillah nama Kawah Putih di kawasan tersebut.

Sepanjang percutian, kami akan menempatkan pemandu pelancong yang sangat berpengalaman untuk membantu anda. Ditambah pula dengan pengangkutan yang sangat selesa bagi membolehkan anda menghiburkan hati ketika bercuti.

Anggapan bahawa Bandung hanya terkenal dengan pusat beli belah ternyata salah. Ini kerana Bandung juga kaya dengan keindahan alam dan pemandangan yang tidak terdapat di tempat lain.

Selain Kawah Putih yang jadi tumpuan pelancong, mereka yang datang juga gemar untuk menghiasi percutian dengan melawat Gunung Tangkuban Perahu. Gunung Tangkuban Perahu merupakan sebuah gunung berapi yang aktif dan kali terakhir ia meletus adalah pada tahun 2013. Meskipun begitu, gunung ini masih mampu mencuri tumpuan pelancong kerana masih selamat untuk dilawati.

Pakej Percutian Ke Bandung Tangkuban Perahu

Photo by wisatania.com

Peroleh nama Tangkuban Perahu kerana bentuknya yang unik, memanjang dan seperti sebuah perahu yang terbalik. Yang menariknya, di sini juga terdapat hotel-hotel yang membolehkan para pelancong bermalam sebelum memulakan langkah keeseokan harinya.

Tentang pakej yang kami tawarkan ke Bandung ini turur menyenangkan anda kerana harga pakej telah termasuk dengan makanan untuk anda. Sepanjang percutian, anda akan diberikan 3 kali sarapan pagi, 3 kali makan tengahari dan juga 3 kali makan malam.

LAGI TEMPAT MENARIK DI BANDUNG

  1. Floating Market
  2. Farmhouse Susu Lembang
  3. Glamping Rancabali
  4. De Ranch Lembang
  5. Ciwidey Valley Hotspring
  6. Ranca Upas
  7. Saung Angklung Udjo

Banyak sebenarnya tempat menarik di Bandung. Bukan sahaja sebagai syurga beli belah, malah juga kaya dengan keindahan alam semulajadi. Bagi yang gemar membeli belah, antara “tempat panas” yang jadi tumpuan ialah Rumah Mode & Pasar Baru dan Paris Van Java. Tumpuan diletakkan di sini kerana harga barang yang sangat berbaloi ditawarkan oleh peniaga di sana.

 

Pakej Melancong Murah Ke Bandung

Floating Market di Bandung berbeza dengan yang ada di Thailand. Di Thailand, terkenal dengan floating market yang menjual pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Di Bandung pula, floating market terkenal dengan pelbagai aneka makanan yang mampu menggugat jiwa.

Pelbagai jenis makanan yang pelik dijual dengan harga yang berpatutan. Suasana yang tenang ini sangat sesuai buat seisi keluarga untuk manjamu selera, malah turut dijadikan destinasi pilihan oleb pasangan yang berbulan madu di Bandung ini.

Pakej Melancong Ke Bandung Yang Berbaloi

Semasa berada di Bandung, pemandu pelancong akan sentiasa menemani anda selama 4 hari tersebut. Pengangkutan juga dilengkapi dengan penghawa dingin yang boleh menambah lagi keselesaan kepada pelancong terutamanya kepada kanak-kanak dan warga tua.

Shopping bandung Percutian Murah

Oleh kerana Pakej Percutian Ke Bandung yang kami tawarkan merupakan pakej bajet untuk anda, harga tiket untuk masuk ke destinasi pilihan tidak termasuk dalam pakej. Harga tiket berdasarkan tempat lawatan adalah ditanggung sendiri oleh pelancong.

Jom tempah Pakej Percutian Ke Bandung

Kalau anda sedang mencari destinasi pelancongan yang luar biasa, anda boleh menghubungi kami untuk menempah percutian anda dengan harga yang berbaloi di Bandung. Sesekali bertukar agin ke negara jiran juga menyeronokkan.

Untuk tempahan dan pertanyaan mengenai harga dan maklumat lengkap pakej ke Pulau Langkawi yang kami tawarkan boleh hubungi kami:

Hafiz : +6018 958 0144

Alamat:

Go Rocket Travel and Tours sdn bhd | 1207997-M(KPK/LN8610)

PT695 Jalan Bakti,

Bazar Dua Tingkat, Tapak Kereta Sewa Machang

18500 Machang. Kelantan

Tel: 018 958 0144

website : roketleisure.com / roketholidays.com

  • Add Your Comment

shares