fbpx

Pakej Ke Mesir – Menjejaki Sejarah Para Rasul dan Ketamadunan Islam

Advertorial: Pakej Ke Mesir – Menjejaki Sejarah Para Rasul dan Ketamadunan Islam

Mesir sebuah negara timur tengah yang penuh dengan rahsia dan sejarah ketamadunan Islam. Bagi yang berminat untuk menjejaki sejarah para Rasul, ahli-ahli bait, para sahabat, para ulama, peninggalan terhebat kerajaan Islam dan juga kerajaan Firaun kuno pasti tidak akan melepaskan peluang sekiranya diberi peluang menjejakkan kaki melancong ke Mesir.

Pakej Ke MesirMelihat kepada lokasi-lokasi yang bakal dilawati oleh para pelancong, sudah tentu ia akan meninggalkan kenangan terbaik.

Adakah anda memerlukan satu pakej yang memenuhi kepuasan percutian anda? Anda tidak sempat untuk membuat carian tempat-tempat yang menarik di Mesir? Inginkan kos melancong yang rendah? Semua itu kami telah ambil kira dan ingin berkongsi dengan anda satu pakej Melancong ke Mesir / Egypt yang mampu milik!

Kembara Khalifah – Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd

Kembara Khalifah (Go Rocket Travel and Tours Sdn. Bhd) adalah sebuah agensi pelancongan yang terletak di Kelantan. Matlamat utama syarikat ini adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Turki dan Mesir melalui beberapa pakej pelancongan yang ditawarkan dan antaranya adalah pakej ke Mesir.

Bercuti di MesirPengalaman adalah kekuatan utama syarikat ini. Kembara Khalifah menyediakan empat jenis pakej ke Mesir iaitu, 3 hari 2 malam, 4 hari 3 malam, 6 hari 5 malam dan 8 hari 7 malam. Mereka telah menyusun pakej Mesir / Egypt dengan teliti bagi memberikan pengalaman yang unik dan bermanfaat sambil menikmati keselesaan percutian dan dapat diisi dengan kesemua tempat di Mesir yang telah dipilih untuk anda.

Menjejaki Sejarah Para Rasul dan Ketamadunan Islam

Merancang percutian ke negara Mesir ini bukan satu hal yang mudah dan mungkin membuat anda pening kepala kerana memiliki banyak tempat menarik yang perlu anda kunjungi. Oleh itu kami telah menyediakan beberapa pakej Melancong ke Mesir yang boleh anda pertimbangkan sebagai salah satu destinasi pilihan untuk bercuti.

Melancong ke Mesir dengan KeluargaPakej ke Mesir ini direka khas bagi memudahkan perjalanan dan merealisasikan impian anda untuk melawat Mesir yang penuh dengan keindahan untuk anda terokai dan nikmati.

Apabila sebut tentang Mesir atau Egypt, apa yang bermain di fikiran anda? Kami pasti perkara pertama yang terlintas adalah Piramid dan Firaun. Tetapi sebenarnya terdapat banyak lagi yang masih boleh diterokai dengan pakej bercuti di Mesir yang ditawarkan oleh kami.

Naik Unta di MesirMesir atau dalam bahasa ingeris Egypt terkenal dengan sejarah tertua di antara negara-negara. Mesir adalah sebuah negara yang menarik dan menjadi salah satu destinasi impian pelancong dari seluruh dunia. Keunikan mesir bukan sahaja terlihat daripada struktur dan monumen lama, tetapi ia juga mempunyai keunikan dari sejarah islam dan Firaun, kebudayaan dan juga kedudukan geografinya.

Merancang Lawatan Sendiri VS Mengambil Pakej Sedia Ada

Mungkin anda berfikir melancong dengan perjalanan sendiri lebih menarik namun tidak dapat dinafikan melancong dengan mengikuti pakej yang disediakan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Setiap pelancong memiliki gaya dan keselesaan sendiri untuk berkunjung ke luar negara.

Travel ejen atau backpackersRamai orang berpendapat bahawa perkhidmatan agensi pelancongan agak mahal dan menelan kos yang lebih berbanding melancong secara sendiri atau “backpackers“. Namun begitu, ramai yang tidak tahu kelebihan sebenar menggunakan perkhidmatan Travel ejen. Dan tambahan lagi kami menawarkan harga yang agak kompetitif dan lebih murah berbanding DIY atau Backpacker.

Kepakaran dan pengetahuan yang luas

Ejen Pelancongan boleh memberikan anda tips dalaman dan khidmat nasihat, menggunakan kepakaran dan pengetahuan yang mendalam untuk membantu merealisasi percutian impian anda. Selain itu, sesetengah ejen pelancongan telah merasai sendiri dan mempunyai pengalaman ke lokasi pelancongan yang diidamkan. Ini membolehkan ejen berkongsi sedikit sebanyak informasi tentang sesuatu tempat.

pakej ke mesirHarga yang berbaloi

Ejen pelancongan boleh memberikan harga yang berbaloi mengikut kepada jumlah anggaran belanjawan pengguna. Malahan, harga yang ditawarkan juga murah dan berbaloi kepada pengguna.

Keselamatan

Mengambil pakej pelancongan yang sedia ada menjamin keselamatan anda kerana disertai dengan pemandu pelancong bertauliah. Anda juga dilindungi oleh insuran berkelompok bergantung kepada pakej yang anda pilih. Selain itu, anda akan ditemani oleh ramai lagi rakan senegara yang melancong berserta dengan anda yang mengambil pakej yang sama, membolehkan anda untuk “keep on eye” antara satu sama yang lain.

pakej ke mesir egyptMenjimatkan Masa

Melalui pakej pelancongan, masa persediaan anda akan dapat dijimatkan kerana kesemuanya sudah diatur dengan rapi. Merancang sendiri percutian tentu mengambil masa yang panjang kerana anda perlu mengambil berat tentang banyak hal seperi kos dan destinasi yang perlu anda pilih.

Keperluan Lengkap

Melalui Travel agen yang berdaftar, anda tidak lagi perlu risau tentang susunan jadual, pengangkutan, makan dan juga penginapan kerana semua diuruskan oleh agent dan ditambah pula Tour Guide berpengalaman membantu proses komunikasi diantara peserta dan juga orang setempat atau lokal.

Melancong ke MesirPakej ke Mesir /Egypt dari Kembara Khalifah

Empat jenis pakej melancong ke Mesir / Egypt yang ditawarkan adalah seperti berikut;

8 Hari 7 Malam Egypt / Mesir

Bagi anda yang ingin merasakan pengembaraan menggunakan Kereta Api untuk menjelajah tempat menarik di Mesir, pakej ke Mesir ini adalah khas untuk anda. Selain daripada itu anda juga berpeluang untuk belayar ke beberapa tempat untuk melawat beberapa tempat purba di Edfu dan Luxor. –> Lihat Itinery Penuh

6 hari 5 Malam Egypt / Mesir

Pakej ke Mesir ini menawarkan tiga jenis keistimewaan antaranya melawat Kota Cairo, Kota Alexandria, Kota Faiyoom dan tempat menarik islamik. Kota Faiyoom merupakan tempat Nabi Yusuf tinggal ribuan tahun yang lalu.  Selain daripada itu, anda juga berpeluang untuk melawat Kampung pyronic untuk mengalami suasa pada zaman usia pyronic. –> Lihat Itinery Penuh

4 Hari 3 Malam Egypt / Mesir

Pakej ini menawarkan tiga jenis keistimewaan salah satunya menikmati keindahan di kota kedua terbesar di Mesir iaitu Alexandria. Antara tempat menarik adalah di Biblioteka Alexandrina yang merupakan sebuah perpustakaan dan pusat kebudayaan yang terletak di persisiran pantai Laut Mediterranean. Dua lagi keistimewaan adalah melawat tempat menarik di Cairo dan tempat menarik islamik. –> Lihat Itinery Penuh

3 Hari 2 Malam Egypt / Mesir

Pakej 3 Hari 2 Malam ini kami tawarkan dengan tiga jenis keistimewaan seperti melawat beberapa tempat menarik di ibu kota Mesir iaitu Cairo di mana ada terdapat salah satu daripada tujuh keajaiban dunia purba. Selain dari itu, kita juga akan mempunyai pakej lengkap untuk melawat di tempat menarik islamik. –> Lihat Itinery Penuh

Apa Yang Anda Dapat Dengan Pakej ke Mesir / Egypt Ini

Kos yang anda bayar melalui empat pakej melancong ke Mesir / Egypt yang kami tawarkan merangkumi perkara berikut;

PENGINAPAN

Sepanjang tempoh lawatan ke Mesir, Penginapan kepada setiap peserta disediakan dengan hotel kelas 5, Kelas 4, Kelas 3 dan Ekonomi. Peserta akan dibawah menginap di hotel berkelas di Cairo, Aswan, Edfu, dan Luxor.

MAKANAN

Kesemua restoran yang dipilih adalah halal dan anda akan ditanggung makan di bawah pakej ini 3 kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Salah satu tempat yang menarik adalah anda akan dibawa makan malam di salah satu restoran terapung di Sungai Nil.

PENGANGKUTAN

Perjalanan anda selama dalam pakej pelancongan kami ini menggunakan beberapa pakej pengangkutan peribadi MPV sehinggalah Bus Mercede 600 @500. Kos pengangkutan adalah ditanggung oleh pihak kami.

KHIDMAT PEMANDU PELANCONG

Sepanjang perjalanan kita akan disertai dengan pemandu pelancong professional yang boleh berbahasa English, Bahasa Malaysia dan Bahasa Arab. Mereka sentiasa bersiap sedia untuk membantu dan memberikan info yang menarik untuk anda ketahui mengenai tempat-tempat menarik di Mesir.

menarik pakej ke mesirKenapa Anda Perlu Memilih Pakej Ini

  • Syarikat ini berpengalaman dalam selok belok pelancongan di Negara Mesir
  • Rancangan perjalanan yang sangat rapi dan teratur
  • Harga pakej mampu milik
  • Deposit yang rendah (RM600/seorang Untuk Tempahan)

Pakej Melancong Ke MesirJOM MELANCONG KE MESIR!

Sama ada anda bergerak secara solo (Private) ataupun bersama dengan pasangan ketika melancong ke Mesir, kami akan memastikan pengalaman anda menjadi sesuatu yang berharga. Kata-kata terbaik yang kami mampu berikan kepada anda ialah jangan dengar apa yang orang lain katakan tentang Mesir, tetapi datanglah dan lihatlah sendiri.

Untuk Tempahan dan Maklumat Lanjut Pakej ke Mesir Hubungi:

Kembara Khalifah | Go Rocket Travel And Tours Sdn Bhd

Lot 1303 Kg Bharu Kutan,

16250 Wakaf Bharu,

Kota Bharu, Kelantan

+6 011 5504 8855

Whatsapp Link : 01155048855

Website: kembarakhalifah.my

 

Hubungi Kembara Khalifah sekarang untuk pertanyaan dan tempahan.

Tel : 09-9752314 Go Rocket Travel & Tours Sdn Bhd. [1207997-M | KPK LN8610]

Leave a Reply