Nak Tempah Hotel Online Mana lagi Senang?

Zaman sekarang ni semua hanya di hujung jari, jadi makin mudah lah kerja kita betul tak..? Tapi jangan salah guna pulak kemudahan dan teknologi yang ada, gunakan lah ia dengan sebaiknya seperti guakan smartphone untuk tempah hotel online.

tempah hotel online smartphone

Kali ni kami nak kongsi dengan anda cara menggunakan Web site untuk menempah hotel secara online dengan lebih mudah dan berbaloi. Terlalu banyak Web site yang telah dicipta bagi mencari dan menempah hotel, tetapi mana yang lebih bagus dan boleh dipercayai ??

website tempah hotel online murah

Kalau nak terangkan semua web site pasti anda sendiri pon akan susah untuk baca, jadi kami akan terangkan beberapa web site yang popular di Malaysia. Lagi pon selain dari web site yang akan kami nyatakan nanti mempunyai fungsi yang sama, jadi cukup lah sekadar yang akan di nyatakan ini.

Apa Website Tempah Hotel Online Yang Ada Dan Apa Bezanya ??

trivago vs hotel combined

Secara ringkasnya, Trivago dan Hotel Combined merupakan web site yang membandingkan harga antara web site seperti Booking.com, Expedia, Hotel.com, Agoda dan Priceline.com . Jadi lebih mudah kerja anda untuk memilih web site mana yang menawarkan harga yang lebih rendah.

Cara tempah Hotel OnlineSebagai contoh Hotel A menawarkan bilik yang sama di web site (Booking.com RM50), (Expedia RM51), (Hotel.com RM51), (Agoda RM53) dan (Priceline.com RM51) , jadi dengan menggunakan web site Trivago atau Hotel Combined anda akan dapat lihat semua web site tersebut pada harga yang mereka tawarkan pada bilik yang sama.



Web site ini sangat mudah untuk digunakan, anda boleh melihat senarai dalam bentuk harga dari yang paling murah hingga yang paling mahal atau sebaliknya. Selain itu anda boleh lihat dari segi bintang yang mereka ada,  populariti,  jarak hotel ke sesuatu destinasi dan penilaian dari mereka yang pernah menginap.

Apa Yang Lain Bagi Setiap Web Site Tempah Hotel Online Ini?

Setiap web site ada kelebihan masing-masing, mari kita lihat satu per satu :

Tempahan

Tempahan Hotel Melalui on9Ada website yang boleh menempah bilik hotel tanpa dikenakan sebarang bayaran pendahuluan atau bayaran penuh. Anda boleh membuat bayaran sebaik anda tiba di hotel untuk mendaftar masuk pada tarikh yang telah anda tetapkan.

Web site yang terlibat : Booking.com, Priceline.com

Dan ada pula web site yang perlu bayar terus semasa tempahan atau bayar kemudian tetapi ada tempoh masa yang telah ditetapkan dan perlu membuat bayaran sebelum tarikh daftar masuk.

Web site yang terlibat : Agoda, Expedia, Hotel.com

Pembatalan

Pembatalan tempah hotel onlineIni yang paling best, anda dibenarkan untuk membatalkan tempahan anda, tetapi mengikut tarikh yang telah mereka tetapkan tanpa dikenakan sebarang denda atau bayaran. Jika anda membatalkan selepas dari tarikh yang dibenarkan untuk membuat pembatalan, berkemungkinan besar anda akan dikenakan bayaran penuh atau denda.

Web site yang terlibat : Booking.com, Hotel.com, Agoda, Priceline.com

Mata Ganjaran

Mata Ganjaran Tempah Hotel OnlineAda yang memberikan point dan credit setiap kali anda menggunkan web site mereka untuk menempah dan bermalam, kalau batalkan tempahan tak dapat la point tu. Dengan mengumpul point atau credit tersebut anda akan diberi tawaran istimewa seperti pinginapan percuma  atau mendapat potongan harga (bagi bilik dan hotel yang telah mereka tetapkan).

Web site yang terlibat : Agoda, Booking.com, Hotel.com, Expedia

Harga

Harga Tempah Hotel OnlinePerkara yang paling penting dalam menempah hotel mesti lah harganya betul tak. Jadi bagi web site tersebut yang mana menawarkan harga yang paling murah ?? harga yang ditawarkan adalah tidak tentu kerana ia bergantung kepada hotel yang memaparkan harga pada web site tersebut. Jadi untuk membandingkannya gunakan lah web site Trivago atau pon Hotel Combined.

Tax & Fees

Tax tempah hotel onlineHarga yang dipaparkan pula ada yang nampak murah tetapi belum termasuk dengan Tax & Fees, jadi anda kena baca dengan betul harga yang tertera adakah ia telah termasuk Tax & Fees atau pon tidak. Jika tidak termasuk cuba anda tambahkan ia dan bandingkan, kadang kala harganya akan menjadi lebih mahal berbanding dengan web site yang telah memaparkan harga yang telah termasuk Tax & Fees.



Ada  pula yang mengenakan Tax & Fees yang rendah walaupun hanya satu malam dan begitu sebaliknya da nada yang mengenakan Tax & Fees yang rendah jika menginap lebih lama.

Jadi Mana Yang Lagi Bagus ??

Semua web site ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, Cuma apa yang dapat saya kongsikan kepada anda, web site yang menawarkan pembatalan adalah lebih bagus, sebab kita tak pasti apa yang akan berlaku akan datang. Jadi lebih mudah kita menempah menggunakan web site yang membolehkan kita membuat pembatalan.

Terma dan Syarat Tempah hotel onlineSedikit nasihat

  • Pastikan anda baca terlebih dahulu segala terma dan syarat tempahan agar anda tidak tersilap dalam memilih hotel yang anda idamkan.
  • Lihat apa maklum balas orang yang pernah menginap atau menggunakan perkhidmatan hotel tersebut.
  • Catat segala nombor atau kod tempahan (nak lebih mudah screenshots je) sebagai simpanan anda.
  • Isi segala maklumat yang diminta dengan betul.
  • Ingat tarikh akhir yang dibenarkan untuk membuat pembatalan.

Jom Tempah Hotel Online Sekarang

Sangat mudah kan..? jadi anda tak perlu pening lagi untuk fikir mana nak cari hotel yang murah lepas ni. Hanya menggunakan smart fone, anda layak untuk mendapatkan harga yang lebih murah berbading menempah secara terus.

Tempah Hotel Online Melalui Agoda

Tempah Hotel Online Melalui Booking.com

Leave a Reply