Sekali Seumur Hidup Kenapa Anda Perlu Melancong Ke Mesir

Mesir merupakan antara lokasi yang sering menjadi tumpuan ramai orang untuk pergi bercuti kerana banyak pengalaman yang boleh kita dapat apabila melancong ke sini. Bagi sesiapa yang pernah melancong ke Mesir pasti rasa nak pergi lagi kan sebabnya negara Mesir ini sangat besar kalau nak melawat semua kawasan di sini dalam sebulan pun belum pasti habis.

Piramid di Mesir

Banyak tempat – tempat menarik yang boleh dilawati di sini yang pasti akan buat anda semua rasa kagum dengan negara ini.

Sebab Kenapa Anda Perlu Melancong Ke Mesir Walaupun Sekali Seumur Hidup

Mesir ini sangat popular dengan cerita tentang pemimpin kerajaan terdahulu yang digelar firaun. Sudah tentu banyak kisah – kisah sejarah yang boleh kita lihat dan pelajari sewaktu melancong ke Mesir. Jadi mari kita tengok sebab apa kita perlu melancong ke negara Mesir ini.

Egypt Kaya Dengan Sejarahnya

Salah satu sebab yang mendorong ramai orang untuk melancong di sini ialah kerana Mesir kaya dengan tempat – tempat yang bersejarah. Antaranya ialah Piramid Khufu (Giza) yang merupakan piramid terbesar di Mesir dengan tinggi 139 meter.

Melancong Ke Mesir Firaun

Di dalam piramid ini terdapat mumia atau jasad para raja yang disemayamkan. Selain itu, Sungai Nil juga merupakan salah satu tarikan utama di negara ini. Sungai ini merupakan sungai terpanjang di dunia dan menjadi salah satu cara yang sangat popular untuk menikmati pemandangan yang ada di negara Mesir.



Gunung Sinai merupakan antara lokasi yang menjadi destinasi pilihan para pelancong kerana pemandangannya dari puncak sangat mengagumkan. Gunung ini merupakan puncak tertinggi di kota Saint Kahterine ‘s yang juga menjadikan tempat ini sebagai tempat yang paling banyak dikunjungi oleh orang ramai.

Alexandria atau nama lainnya Al Iskandariyya merupakan kota terbesar kedua di negara Mesir dan juga merupakan salah satu kota yang terkenal di dunia. The Great Lighthouse juga merupakan salah satu dari tujuh keajaiban dunia.

Baca Juga : Tempat Menarik Di Mesir/Egypt Yang Pasti Membuatkan Pengalaman Anda Lebih Bermakna

Maka sangat rugilah sesiapa yang tidak datang ke negara ini kerana banyak tempat – tempat bersejarah yang boleh dilawati di sini. Sambil melancong kita boleh menambah ilmu pengetahuan di sini.

Budaya Unik Yang Sering Menjadi Perhatian Dunia

Seterusnya ialah negara ini juga kaya dengan budayanya yang sangat unik dan budayanya sering menjadi perhatian dunia kerana bangsa Mesir ini sangat menghargai penampilan dan kebersihan tubuh. Sebahagian besar masyarakat Mesir Kuno bekerja sebagai petani dan kediaman mereka pula diperbuat daripada tanah liat.Setiap rumah memiliki dapur dengan atap yang terbuka.

Budaya Orang Mesir

Selain itu, muzik dan tarian merupakan antara hiburan yang paling popular di kalangan mereka. Instrumen yang digunakan ialah seruling dan harpa. Kebiasaannya mereka menggunakan sistrum, instrumen muzik dalam upacara keagamaan.

Antara permainan yang dimain oleh anak – anak kecil di Mesir ialah senet, permainan papa yang bidaknya digerakkan dalam urutan acak dan banyak lagi permainan lain seperti juggling, mehen dan mereka juga gemar berburu.Jadi di sini anda boleh kenal pelbagai jenis permainan yang dimainkan ketika zaman dahulu dan anda juga boleh belajar tentang kebudayaan dan cara hidup orang Mesir pada zaman dahulu.



Selain itu, Mesir juga kaya dengan masakannya yang unik dan enak. Masakan Mesir tidak berubah dari dulu sehinggalah sekarang. Masakan Mesir moden memiliki banyak persamaan dengan masakan Mesir Kuno. Makanan asas mereka sudah semestinya mengandungi roti, dengan lauk berupa sayuran seperti bawang merah dan bawang putih.

Makanan Orang Mesir Egypt

Daging kebiasaannya akan dihidangkan sewaktu perayaan. Antara makanan tradisional Mesir ialah Ruz Bil Laban, Roti Isyh, Mahsy, Lahma Grill dan bermacam-macam lagi. Jadi bagi penggemar masakan ala – ala Arab anda boleh cuba makanan – makanan ini di Mesir.

Karya Arkitek Bangsa Mesir Kuno

Selain itu, Mesir juga kaya dengan pembangunannya yang sangat menarik dan hasil karyanya menjadikan negara ini antara negara yang dikagumi dengan pembinaannya. Antara karya arkitek bangsa Mesir Kuno ialah Piramid Giza dan kuil di Thebes.

Melancong ke Mesir iramid Giza

Mereka membangunkan bangunan dengan menggunakan struktur batu dan peralatan yang sederhana tetapi bangunannya sangat cantik dan teliti. Beberapa istana kerajaan baru yang tersisa, seperti yang terletak di Malkata dan Amarna, menunjukkan tembok dan lantai yang dipenuhi hiasan dengan gambar pemandangan yang indah.

Memang banyak seni bina yang terdapat di sini yang pasti membuatkan anda rasa kagum dengan hasil rekaan masyarakat Mesir terdahulu. Seterusnya apabila melancong ke Mesir anda boleh melihat kehebatan Islam di sini di mana terdapat Masjid Imam Syafii’ yang mana merupakan kita yang menjadi pegangan utama rakyat Malaysia khususnya.

Tempat Menarik di Mesir sphinx

Di masjid ini anda boleh melihat hebatnya Imam Syafii kerana Allah memberinya anugerah yang luar biasa iaitu kecerdikan dan keistimewaan yang tidak dimiliki oleh anak – anak. Beliau menghafal Al- Quran seawal usia tujuh tahun dan seterusnya berguru dengan Imam Malik. Terdapat sebuah pintu yang menghubungkan masjid dengan makam Imam Syafii’ di bahagian belakang.



Selain dari melancong anda juga boleh belajar perkembangan Islam di negara Mesir ini. Memang banyak sejarah Islam yang boleh kita tahu apabila melawat negara ini contohnya tentang kehebatan Saladin atau Salahudin Ayyubi yang sangat terkenal kerana kepimpinannya dan beliau pernah menakluki 2/3 dunia termasuk Eropah.

Apabila kita mendalami sejarah – sejarah pemerintah Islam di sini, kita akan rasa lebih bermotivasi untuk menjadi seperti mereka semua.

Sistem Pendidikan Yang Hebat

Mesir juga sangat popular dengan medium pendidikan yang hebat dan berjaya melahirkan graduan – graduan yang mempunyai ilmu duniawi dan ukhrawi.

Antara universiti yang sering menjadi bualan ramai orang terutamanya rakyat Malaysia ialah Universiti Al- Azahar. Universiti ini dibina pada tahun 359 hingga 361 H dan sangat terkenal kerana menjadi masjid kampus terbesar.Masjid ini memiliki lima menara dan tiga mimbar dan di dalamnya terdapat perpustakaan yang sangat besar.

Melancong ke Mesir Al Azhar

Universiti ini juga antara salah satu tarikan yang boleh kita lawat sewaktu melancong ke Mesir. ramai pelajar Malaysia yang menuntut di sini terutamanya mereka yang mengambil jurusan kedoktoran dan ada juga yang mengambil jurusan yang berkaitan dengan pengajian Islam. Jadi jangan lepaskan peluang melihat keindahan Universiti Al – Azahar ini sewaktu berkunjung ke Mesir.



Agama dan kepercayaan masyarakat Mesir purba juga merupakan antara sebab anda perlu melancong ke Egypt. Hal ini kerana banyak perkara baru yang boleh anda temui semasa bercuti di sini. Orang Mesir Purba percaya pada konsep politeisme iaitu percaya kepada banyak tuhan. Setiap tuhan orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsur alam seperti tuhan matahari, tuhan langit dan tuhan angin.

Orang Mesir Purba juga percaya kehidupan selepas mati. Sebab itu lah mereka akan kebumikan mayat berserta dengan peralatan serta keperluan harian. Jadi negara Mesir ini memang kaya dengan kepercayaan dan pegangan agama mereka.

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Bercuti ke Mesir

Akhir sekali bagi sesiapa yang ingin melancong ke Mesir pastikan anda melawat semua tempat di sini dan jangan lupa merasai keenakan makanan di negara ini. Jadi ini antara sebab – sebab yang mendorong anda untuk melancong ke Mesir iaitu melihat tempat – tempat bersejarah di samping kesenian dan seni bina bangunan di sini sangat mengagumkan dan yang paling penting anda boleh menimba ilmu sambil melancong.

Orang Melayu kata sambil menyelam minum air. Jadi jangan lupa melancong ke Mesir untuk merasai sendiri pengalaman yang berharga ini.

Bercuti ke Egypt_________________________________________________________________________

Untuk tempahan dan pertanyaan mengenai harga dan maklumat lengkap pakej melancong ke Mesir yang kami tawarkan boleh hubungi kami:

Adni : +6018 958 0144  WhatsApp

Alamat:

GO ROCKET TRAVEL AND TOURS SDN BHD

Telefon / WhatsApp : : 018 9580144 | Link WhatsApp

Website : http://www.roketleisure.com/

Alamat:

PT695 Jalan Bakti, Bazar Dua Tingkat, Tapak Kereta Sewa Machang, 18500 Machang. Kelantan

  • Add Your Comment

shares