Melancong ke Korea Selatan – 7 Perkara anda perlu tahu perancangan ke Korea

Tujuh perkara yang perlu anda pertimbangkan ketika melancong ke Korea Selatan

Saujana alam yang indah, fesyen hipster, muzik pop, tarian, budaya timur dan drama romantis sememangnya menjadi perkara ikonik yang menarik ramai penduduk tempatan mahupun masyarakat barat untuk lebih meneroka kehidupan di Korea Selatan. Sudah tentu ramai yang sudah merancang untuk melancong ke korea.

Melancong ke Korea Selatan

Sejak gelombang Halyu melanda Malaysia, semakin ramai rakyat Malaysia yang bercita-cita untuk ke negara yang terkenal dengan selebriti kpop idaman ramai itu. Dengan lambakan promosi tawaran tiket penerbangan yang murah, sudah pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk melancong ke Korea Selatan.

Anda juga merancang untuk ke sana? Teruskan membaca kerana kali ini kami akan berkongsi tips dan persediaan untuk kesana

1. Buat persediaan mengikut musim

musim bunga korea

Umum mengetahui, Korea Selatan mempunyai empat musim, iaitu musim bunga (Mac- Mei), musim panas (Jun- September), musim luruh (September- November) dan musim sejuk ( November- Mac).



Walaupun suhu pada musim bunga dan musim luruh tidak sesejuk musim salju, namun membawa bersama sweater atau jaket boleh membantu kerana suhunya boleh mencecah sehingga ke bawah 15℃. Pada musim sejuk, anda harus memakai beberapa pakaian dan aksesori yang dikhaskan untuk musim sejuk seperti long john, heat packs, winter jacket, skaf. Jangan lupa untuk membawa bersama losyen dan lip balm kerana kulit akan menjadi kering dan menggelupas dalam cuaca yang sejuk dan kering.

pakaian musim sejuk

*Tips: Pakaian khas untuk musim sejuk agak mahal di negara yang tidak mempunyai musim sejuk seperti di Malaysia. Sebagai alternatif, anda boleh membeli separuh keperluan pakaian anda di Korea atau anda boleh membeli di kedai-kedai bundle tempatan untuk menjimatkan kos.

2. Rancang perjalanan anda

Jika anda merancang untuk melawat sekitar Seoul tanpa pemandu pelancong, bergerak dengan pengangkutan awam seperti keretapi bawah tanah(subway) dan bas adalah mod kenderaan paling mudah untuk anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

seoul subway

Anda boleh menggunakan kad Tmoney dan Cashbee (kalau di Malaysia, Tmoney ni macam kad rapidKL atau kad Touch n Go). Kad ni anda boleh beli di kedai serbaneka seperti GS25, CU dan 7-Eleven; dan anda boleh menambah nilai kad ini di stesen-stesen subway.

T Money Travel Card

Photo Kredit: sejongdish.com

Bagaimana mengetahui laluan-laluan keretapi dan bas? Anda boleh memuat turun aplikasi di telefon pintar anda. Dengan teknologi sekarang, segalanya di hujung jari. Namun, adalah penting untuk anda mengenalpasti pengangkutan awam ke kawasan-kawasan yang tidak menerima penggunaan kad Tmoney ini.



Anda juga boleh menggunakan menggunakan khidmat pemandu pelancong untuk ke kawasan yang tidak dapat diakses menggunakan pengangkutan awam. Anda dinasihatkan untuk menyediakan itinerary lengkap untuk bukan sahaja memudahkan perjalanan anda, malah dapat mengelakkan kos yang tidak perlu seperti tersalah laluan keretapi dan terpaksa menaiki teksi!

*Tips: Tambah nilai dengan amaun yang sedikit kerana baki kad sebanyak 500 won tidak akan dipulangkan dan proses pemulangan semula baki melebihi 50,000 won dalam kad adalah rumit dan mengambil masa.

*Jika anda terpaksa/memilih untuk menaiki teksi, pilih teksi oren/silver. Elakkan teksi hitam yang mahal.

3. Mencari makanan halal di Korea Selatan

Sebagai seorang muslim, mencari makanan halal di negara yang rata-rata penduduknya adalah bukan Islam merupakan satu cabaran. Bagi yang tidak menggemari atau tidak mahu mencuba makanan asli penduduk Korea Selatan, hal ini tidak menjadi masalah. Anda boleh sahaja membawa bekalan makanan daripada Malaysia.

nasi goreng kimchi korea

Tetapi, bagi penggemar makan Korea, sudah tentu anda tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba pelbagai makanan asli Korea. Ketika menempah penginapan, anda boleh memilih penginapan yang menyediakan makanan halal.

bibimbap halal korea

Sesetengah tempat penginapan mengasingkan penggunaan peralatan dapur muslim dan bukan muslim. Contohnya, BoA Guesthouse di Seodaemun-gu menyediakan Dosirak (lunch box). Mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan jika anda menginap di tempat lain. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan makanan yang terjamin halal boleh didapati di Itaewon.

korea barbeque halal

Terbayang-bayang Korean BBQ tetapi sukar mencari tempat BBQ yang menyediakan daging halal? Anda boleh berkunjung ke restoran Yang Good BBQ di Yeoksam. Dengan sos manis dan pedas, sudah pasti membuatkan anda terliur untuk berkunjung ke sini.

4. Kekangan bahasa

Kebanyakan rakyat Korea kurang fasih berbahasa Inggeris, jadi apa salahnya kalau anda belajar serba sedikit bahasa Korea. Selain menjadikan urusan anda bertambah lancar, anda juga boleh tawar menawar ketika membeli belah sekaligus menjimatkan kos trip anda.

orang korea

Tiada masa untuk mempelajari bahasa Korea? Usah risau, dalam zaman serba canggih ini, anda hanya perlu memuat turun aplikasi penterjemahan bahasa di Playstore. Rakyat Korea juga lebih mesra jika anda tahu bertutur dalam bahasa mereka. Pengalaman yang bakal anda lalui juga pasti berbeza. Anyong haseyo!!

5. Penggunaan internet percuma

Tidak lengkap rasanya kalau bercuti tanpa bergambar. Berkongsi gambar di media sosial seperti Facebook dan Instagram pula sudah menjadi kebiasaan untuk berkongsi perasaan keterujaan anda tatkala merasai pengalaman baru di negara luar. Di Seoul, anda boleh mengakses internet percuma di kebanyakan kawasan awam. Kawasan berikut adalah antara kawasan tumpuan pelancong yang mempunyai akses wifi percuma.

6. Panduan kawasan membeli belah

Bagi kebanyakan kaum wanita, agenda membeli belah pasti tidak ketinggalan dalam senarai aktiviti ketika melancong ke sana. Seoul mempunyai banyak tempat membeli belah. Tidak pasti mahu tuju ke mana? Anda boleh rujuk senarai tempat berikut.

  • Produk kosmetik dan penjagaan kulit – Myeondong, Lotte Department Store, Ewha’s Women University Shopping Street
  • Pakaian, aksesori, beg dan cenderamata – Namdaemun Market (Sini tempat membeli belah yang tepat jika anda mensasarkan item-item murah dan gemar tawar menawar), Ewha’s Women University Shopping Street
  • Borong dan barang runcit – Dongdaemun (Dongdaemun adalah antara tempat membeli belah terbesar dengan 26 pasaraya dan hamper 30,000 kedai. Memang syurga untuk kaki shopping!)
  • Cenderamata dan hasil seni tradisional korea – Samcheongdong, Insadong, Pasar Gwanjang)

Dongdaemun korea selatan

7. Budaya/kebiasaan rakyat korea

Terdapat beberapa amalan rakyat korea yang menyamai amalan di Malaysia. Antaranya adalah anda boleh menjerit kepada pelayan restoran, “yogiyo = disini” ketika mahu memesan makanan. Ianya sama seperti “anney” ketika kita mahu memesan makanan di kedai mamak. Ia tidak dianggap kurang sopan.



Namun begitu, kebanyakan restoran mempunyai butang servis seperti di restoran Sushi King Malaysia. Anda hanya menekan butang tersebut untuk mendapat layanan yang sepatutnya.

korea

Di beberapa kawasan juga anda mungkin terpaksa bersesak-sesak dengan orang lain. Jadi jangan ambil hati jika ada penduduk tempatan Korea yang terlanggar atau tersiku badan anda.

Bagi yang berkeluarga, ada anak kecil pun boleh melancong ke Korea !

Semoga perkongsian ini membantu melengkapkan rancangan percutian untuk melancong ke Korea anda.

Anyong kaseyo!

  • pakar percutian visitor
4.7
Sending
User Review
5 (1 vote)
    1. iqbal 23/01/2018

    Add Your Comment

shares