Kereta Sewa Port Dickson

Sharing is caring!

MYEZGO.COM – Kereta Sewa Port Dickson

Salah satu destinasi yang menjadi tumpuan pelancong tempatan terutama sekali warga kota untuk percutian singkat adalah Port Dickson. Port Dickson menjadi tumpuan warga Kota dari Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Selangor kerana lokasinya yang agak dekat dengan Ibukota. Salah satu perkara penting untuk merancang percutian singkat adalah sama seperti merancang percutian biasa seperti tempat makan best, penginapan dan paling penting adalah pengangkutan. Untuk perkongsian kali ini kami adalah mengenai kereta sewa Port Dickson yang murah dan sesuai untuk percutian anda ke Port Dickson.

Port Dickson – Destinasi Percutian Singkat Warga Kota

Port Dickson merupakan sebuah Pekan kecil yang terletak di Negeri Sembilan dan lokasinya yang agak strategik di tepi pantai dan jaraknya yang agak dekat dengan Ibukota Kuala Lumpur aalah destinasi paling sesuai untuk pelancong tempatan untuk bercuti di hujung minggu. Selain itu, Port Dickson juga menjadi tumpuan pelancong dari luar negara seperti Australia dan China kerana pantainya yang cantik dan terdapat banyak aktiviti pantai yang boleh dilakukan di sini seperti berkhemah, menaiki banana  boat, bermandi manda di pantai, jetski, jungle trekking dan juga memancing.

pd ostrich show farm

Lokasi yang menjadi tumpuan yang wajib singgah bila berkunjung ke Port Dickson adalah seperti Rumah Api Tanjung Tuan, Pantai Teluk Kemang, Blue Lagoon(pantai Tanjung Biru), Pulau Burung, Hutan Rekreasi Tanjung Tuan (Sesuai bagi peminat Alam dan junggle trekking), PD Turtle Glory Beach Resort, Rumah Terbalik Port Dickson, Alive 3d Gallery, PD Ostrich Show Farm dan macam-macam lagi. Tetapi, tempat yang wajib singgah bila ke Port Dickson adalah di Muzium-muzium yang terdapat di PD ini seperti Muzium Tentera Darat Port Dickson dan Kota dan Muzium Lukut.Port Dickson Hotel dan Homestay

Untuk penginapan tidak perlu risau kerana di sini terdapat banyak hotel dan homestay di Port Dickson yang selesa. Kedai-kedai makan sedap di Port Dickson juga banyak boleh rujuk artikel kami sebelum ini Tempat Makan Best di Port Dickson. Tetapi kedai makan yang wajib anda singgah sekiranya sudah sampai di Port Dickson adalah Cowboy Place Nasi Kukus. Ayam panggang dia memang terbaik dan boleh buat kecur air liur.

Kereta Sewa Murah di Port Dickson dan  SerembanKereta Sewa Port Dickson

Terdapat pelbagai cara untuk datang ke Port Dickson antaranya adalah dengan Bas, Kapal Terbang(KLIA tidak jauh dari Port Dickson), KTM Komuter (Turun di Stesen Seremban) dan juga memandu sendiri. Selain memandu kenderaan sendiri dan tiada kenderaan untuk melawat tempat – tempat menarik yang best di Port Dickson ini, semestinya memerlukan perkhidmatan kereta sewa. Oleh itu, kami mencadangkan agar anda mencuba Perkhidmatan Kereta Sewa Pandu Sendiri dari Myezgo Travel and Tours yang merupakan syarikat Kereta Sewa Terbesar di Port Dickson dan Seremban Negeri Sembilan.Kereta Sewa Seremban

Syarikat Kereta Sewa Port Dickson Myezgo diasaskan dan diuruskan oleh En Iqbal, seorang yang peramah dengan pelanggannya. Syarikat ini menawarkan pelbagai jenis kereta dengan harga yang amat berpatutan sesuai dengan bajet anda dan yang paling penting kereta sewa yang ditawarkan sentiasa dijaga kualiti dari segi kebersihan dan maintenance yang mana semua kereta adalah dijamin selamat, bersih dan wangi bagi menjamin keselesaan pelanggan semasa menggunakan perkhidmatan kereta sewa.Kereta Sewa Murah Port Dickson

Selain itu, MYEZGO juga mempunyai dua lagi cawangan di Lukut dan juga seremban kerana ingin memenuhi permintaan pelanggan yang minta untuk penghantaran ke Lokasi di Seremban seperti KTM dan Stesen bas dan juga Airport Lapangan Terbang KLIA serta hotel-hotel yang berdekatan di PD. Jadi, anda tidak perlu risau tentang urusan untuk ke pejabat mereka kerana khidmat penghantaran yang disediakan amat memudahkan.

Kenapa Kereta Sewa Port Dickson MYEZGOKereta Sewa Di Port Dickson

Rata- rata pelanggan yang pernah menggunakan khidmat MYEZGO Kereta Sewa di Port Dickson ini rata-rata sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Respon positif dari pelanggan boleh di lihat Laman Facebook rasmi mereka. Antara kelebihan kereta sewa Myezgo adalah:

  • Kereta yang baru sahaja – Rata-rata kereta adalah dari tahun 2016 dan keatas.
  • Semua kereta mempunyai insurans dan dilindungi jika berlaku kemalangan.
  • Khidmat towing seluruh sememnanjung Malaysia jika berlaku kecemasan atau breakdown, hanya hubungi no hotline mereka di 014 400 5050
  • Dibasuh terlebih dahulu supaya bersih, wangi dan selesa sebelum disewakan.
  • Semua kereta diselenggara Aircond mengikut jadual, jadi anda memandu dengan keadaan nyaman dan selesa dengan semua kereta ada tinted
  • 24 jam bantuan kecemasan akan diberikan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini
  • Pengembalian deposit sekiranya telah memulangkan kembali kereta yang disewa (jika tidak ada masalah)
  • Mempunya staff-staf yang berdedikasi, jujur, amanah dan ramah
  • Yang paling penting adalah harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

Senarai Kereta dan Harga Kereta Sewa

Kereta Sewa Mazda 2 Seremban PD

Mazda 2 menjadi kegilaan pelanggan setia Kereta Sewa PD – MYEZGO

Myezgo menawarkan pelbagai jenis kenderaan untuk disewa sesuai dengan keperluan dan kehendak pelanggan. Kenderaan yang ada terdiri dari semua jenis kategori iaitu kereta kecil kompak, kereta sedan, kereta untuk keluarga MPV, Van untuk muatan ramai dan juga kereta-kereta mewah seperti Toyota Alpard, Vellfire, BMW dan juga Mercedes. Senarai kereta yang ada untuk disewa dari kereta sewa port dickson boleh dilihat dibawah ini.

Kereta Jenis Kompak dan Sedan

Kereta jenis kompak dan sedan merupakan kereta yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia dan juga permintaan tinggi dari pelanggan MYEZGO seperti kereta Perodua Myvi dan Perodua Axia. Ianya amat sesuai untuk perjalanan pendak dan yang paling penting kenderaan jenis ini amat menjimatkan petrol. Bagi kelas sedan, kereta sewa di Port Dickson ini menawarkan kereta jenis Mazda 2, Perdoua Bezza dan juga Proton saga dan ianya sesuai bagi yang memerlukan bonet untuk mengisi beg dan barang -barang.

Model KeretaHarian
(RM)
Minggu
(RM)
Bulan
(RM)
 Produa Viva (A)1106001500
 Produa Axia (A)1206501800
 Proton Saga FLX (A)1407001900
 Produa Myvi (A)1307001900
 Produa Myvi SE 1.5 (A)1508002000
 Produa Bezza Advance (A)1508002000
 Mazda 2 (A)20011002700

Kereta Jenis MPV

Selain kereta jenis kompak dan sedan, Kereta Sewa Port Dickson menawarkan jenis kereta MPV untuk disewa. Kereta jenis ini amat sesuai untuk keluarga kerana ianya mempunyai 7 tempat duduk dan agak selesa untuk family.

Model KeretaHarian
(RM)
Minggu
(RM)
Bulan
(RM)
 Produa Alza (A)18011002500
 Toyota Innova (A)35025005000
 Exora CFE Bold (A)25013003000

Kenderaan Sewa Jenis Van

Di MYEZGo kereta sewa murah Port Dickson, terdapat juga jenis kenderaan sewa seperti van yang mempunyai tempat duduk yang ramai dan luas untuk 10 seater, 12 seater dan juga 14 seater. Bagi yang ingin merasai keselesaan dengan muatan ramai, lebih baik menyewa kereta jenis Hyundai Starex yang berfungsi seperti Van tetapi memberikan keselesaan untuk penumpang dan juga pemandu.

Model KeretaHarian
(RM)
Minggu
(RM)
Bulan
(RM)
 Hyundai Starex Royale (A)55028007000
 Nissan Urvan (M)35025005000
 Toyota Hiace (M)35025005000

Kereta Mewah VVIP

Pelanggan yang inginkan kereta kereta mewah juga boleh menyewa dan mengambil perkhidmatan dari kereta sewa di Port Dickson ini. Myezgo menawarkan pelbagai jenis kereta mewah untuk disewa termasuk dari model BMW, MErcedes dan Model mewah yang popular seperti Toyota Vellfire dan Toyota Alphard. Untuk sesetengah model tidak dapat disenaraikan kerana harga adalah daripada En. Iqbal sendiri dan boleh dirunding mengikut keperluan.

Model KeretaHarian
(RM)
Minggu
(RM)
Bulan
(RM)
 Toyota Alphard(A) – Standard60030008000
 Toyota Vellfire (A)70035009000

Kereta Sewa Mewah Port Dickson Seremban

Tempah Kereta Sewa Murah Port Dickson Sekarang

Oleh itu, apa tunggu lagi. Bagi yang tercari-cari kereta sewa di area Seremban dan Port Dickson boleh terus menghubungi En Iqbal di talian 0144005050.

Untuk alamat penuh dan tempahan boleh rujuk alamat dibawah:

Alamat Port Dickson

MYEZGO Travel and Tours Sdn Bhd

NO.7-1 ,Jalan Remis 2,Medan Remis, Batu 5 SiRusa
Port Dickson

Alamat Seremban

NO.909 Jalan S2 F23,

Garden Homes Seremban 2,

70300 Seremban

Negeri Sembilan

Phone: +6014-4005050
Email: sales@myezgo.com

Untuk Sebarang Tempahan boleh Hubungi:

En. Iqbal | Perkhidmatan Kereta Sewa Port Dickson

Telefon / WhatsApp :  014 400 5050 | Link WhatsApp

Laman web:  www.myezgo.com

Kereta Sewa Myezgo.com

Sharing is caring!

  • Add Your Comment

shares