fbpx

Kereta Sewa Pandu Sendiri Kelantan Serendah RM50 di Kota Bharu

Bayangkan situasi ini, anda di beri tugasan untuk pergi ke Kelantan dan membuat artikel mengenai tempat-tempat yang menarik. Anda diberikan bajet untuk menyewa kenderaan di sana selama beberapa hari untuk menyiapkan tugasan. Persoalannya, kenderaan apakah dan syarikat kereta sewa pandu sendiri Kelantan manakah yang akan di sewa?

Kereta Sewa Pandu Sendiri Kelantan

Oleh hal demikian, artikel ini sedikit sebanyak akan membantu anda membuat pilihan dengan memberikan beberapa panduan penting dan apa yang perlu anda tahu sebelum menyewa kereta sewa pandu sendiri lebih-lebih lagi di Kelantan.

5 Pekara Yang Perlu Dititikberatkan Sebelum Menyewa Kereta Sewa Pandu Sendiri Kelantan

vellfire Kereta Sewa Pandu Sendiri Kelantan

Sebagai bakal penyewa, perkara pertama yang perlu dititikberatkan adalah Keselamatan. Kenderaan yang diselenggara secara berkala memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan tiada masalah. Contoh selengaraan adalah seperti memastikan tayar kenderaan berbunga dan tidak botak, tekanan angin di dalam tayar mencukupi dan minyak hitam telah ditukar atau sekurang-kurangnya tidak diatas takat bahaya.

Kenderaan yang diselenggara akan memastikan perjalanan anda selamat, tidak membahayakan dan anda tenang memandu tanpa perlu memikirkan masalah yang mungkin akan timbul dan merosakkan segala perancangan anda.

myvi kereta Sewa Kelantan

Seterusnya adalah Kerbersihan. Kenderaan yang bersih dalam dan luaran semasa diterima adalah tanda-tanda syarikat berkenaan sangat teliti dan mengambil berat akan imej mereka dan juga akan kesihatan anda. Lebih-lebih lagi kebersihan didalam kereta dari segi bau dan rupa. Sebagai contoh, apakah tanggapan pertama anda apabila memasuki kenderaan yang diletakkan wangian berbanding dengan kenderaan yang dalamanya berbau seperti asap rokok? Kenderaan yang manakah yang akan anda pilih?

Pastinya anda akan menjauhkan diri dari kenderaan berbau kerana bau yang kurang enak dapat menimbulkan rasa pening dan loya seterusnya mengganggu konsentrasi pemanduan. Lagipun, residu rokok boleh membahayakan kesihatan jika anda seorang penghidap penyakit asma.

Kereta Sewa Kota Bharu Airport Kelantan

Pekara seterusnya yang perlu anda titik beratkan adalah Penghantaran. Walaupun ia dinamakan sebagai kereta sewa pandu sendiri, adalah lebih mudah jika syarikat kereta sewa pandu sendiri Kelantan dapat menghantar kenderaan tersebut ke mana-mana lokasi yang anda berada. Lebih-lebih lagi jika anda tiba di airport Kelantan. Bagaimana untuk ambil kenderaan tersebut jika anda tidak ada kenderaan untuk ke syarikat berkenaan?

Bajet, Keperluan, Bilangan Penumpang, antara faktor utama pemilihan kenderaan yang sesuai. Oleh hal demikian, syarikat kereta sewa pandu sendiri Kelantan yang menawarkan pelbagai pilihan menjadi perkara yang perlu diambil perhatian. Syarikat tersebut haruslah mampu menyediakan kenderaan berdasarkan keperluan pelanggan, tidak kira kenderaan kompak, van mewah mahupun van persiaran.

Harga Kereta Sewa Kota Bharu Airport KelantanPada masa yang sama, kadar sewa yang dikenakan adalah berpatutan dengan jenis kenderaan, fungsi dan tempoh sewaan. Lebih-lebih perlu diketahui apakah terdapat tawaran harga istimewa jika menyewa lebih dari tiga hari, tujuh mahupun sebulan. Secara logiknya, semakin lama tempoh sewaan, semakin banyak wang yang dapat dijimatkan.

Mungkin nampak remeh, tapi khidmat pelanggan 24jam tujuh hari seminggu adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian. Walaupun kenderaan telah diselenggara dengan baik dan secara berkala, tetapi kejadian yang tidak diingini boleh berlaku seperti yang dinyatakan oleh Murphy’s Law, “Sesuatu kejadian yang mungkin berlaku, boleh berlaku dan akan berlaku”. Oleh hal demikian, khidmat pelanggan amat penting dan dapat dihubungi pada bila-bila masa jika berlaku sebarang masalah yang berkaitan dengan kenderaan yang disewa.

khidmat pelanggan Kereta Sewa Kota Bharu Airport KelantanBukan setakat itu sahaja, khidmat pelanggan juga penting apabila anda hendak lanjutkan tempoh sewaan atau menukar kenderaan. Contohnya anda mahu guna kenderaan yang boleh membawa peralatan yang banyak, tapi kenderaan yang anda tempah pada awalnya tidak sesuai untuk mengangkut, maka anda boleh hubungi khidmat pelanggan untuk menukar kenderaan yang sesuai.

Apakah Syarikat Kereta Sewa Pandu Sendiri Kelantan Yang Dicadangkan?

Go Rocket Travel & Tours

Setelah meneliti banyak syarikat perkhidmatan kereta sewa Kelantan, Go Rocket Travel & Tours mengambil berat kelima-lima perkara yang dititikberatkan.

Go Rocket memastikan kenderaan yang disewa telah diselengara dan diperiksa selepas setiap penggunaan. Syarikat in amat mementingkan keselamatan pengguna kerana mereka sedar akan kepentingan keselamatan jalan raya.

Oleh hal demikian anda boleh letakkan kepercayaan anda terhadap kenderaan yang anda sewa dari syarikat ini.

Syarikat Kereta Sewa Pandu Sendiri Kelantan

Syarikat kereta sewa pandu sendiri Kelantan ini bukan sahaja memastikan kenderaan dalam keadaan yang telah diselenggara, malah kenderaan yang disewakan bersih dari luar dan dalam.

Menurut mereka, setiap kereta yang telah disewakan dan dikembalikan, akan dibersihkan dari segala kekotoran luaran dan dalaman supaya pelanggan seterusnya yang menggunakkannya, berasa senang dan gembira menerima kenderaan yang bersih. Pada masa yang sama, pelanggan akan memandu dengan penuh keselesaan dan ketenangan.

Kereta Sewa Pandu Sendiri KelantanGo Rocket Travel & Tours Sdn Bhd menyediakan 12 jenis kereta sewa pandu sendiri Kelantan fungsi-fungsi yang spesifik dan setiap kenderaan disediakan dengan transmisi manual atau automatik. Setiap kenderaan yang disediakan boleh disewa secara harian, mingguan atau bulanan pada kadar sewa yang berpatutan.

Bermula dengan RM50 sehari, Kadar sewa yang murah dan berpatutan dengan jenis kenderaan, anda akan menerima kenderaan yang selesa, selamat dan lancar supaya anda boleh tenang menikmati perjalanan.

Kereta Sewa Kota Bharu Murah

13 jenis kereta yang disewakan oleh Go Rocket yang boleh anda pilih mengikut kategori adalah seperti berikut:

Kenderaan Bajet:

  1. Viva
  2. Axia
  3. Myvi
  4. Bezza
  5. Saga

Kenderaan MPV

  1. Alza
  2. Avanza
  3. Exora

Kenderaan Mewah

  1. Golf
  2. Vellfire
  3. Starex

Kenderaan Utiliti Van

  1. Nissan Urvan
  2. Hiace
  3. Spectron

Anda boleh rujuk harga lengkap dengan melayari laman sesawang utama, di www.keretasewamacang.com.

Sepanjang tempoh sewaan, anda diiringi KHIDMAT PELANGGAN 24/7. Sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini dalam tempoh penyewaan, anda boleh menghubungi pusat pelanggan Go Rocket di talian +6016-7508833 pada bila-bila masa. Termasuk juga perkhidmatan menunda kenderaan 24 jam.

Testimoni Pelanggan Yang Telah Menggunakan Kereta Sewa Pandu Sendiri Kelantan, Go Rocket Traval & Tours

Kata orang, percaya kepada orang yang dah guna. Dibawah adalah testimoni-testimoni pelanggan yang telah menggunakan khidmat kereta sewa pandu sendiri Go Rocket. Rata-ratanya memberikan 5 bintang dan juga mengatakan perkhidmatan yang diberikan, terbaik. Ini buktinya syarikat ini adalah syarikat kereta sewa pandu sendiri yang anda mahukan perkhidmatan mereka.

testimoni kereta sewa kelantan

testimoni 2 kereta sewa kelantan

testimoni 3 kereta sewa kelantan

testimoni 4 kereta sewa kelantan

Tempah Perkhidmatan Kereta Sewa Pandu Sendiri Kelantan SEKARANG !

kereta sewa kelantanPejabat urusan Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd terletak di Machang, Kelantan, di hadapan Pasar Besar Machang, atas stesen teksi dan kereta sewa, bersebelahan stesen bas SKMK.

Hubungi Go Rocket untuk keselamatan, kebersihan, khidmat pelanggan dan keselesaan perjalanan kunjungan anda di Kelantan.

Alamat:

Go Rocket Travel and Tours sdn bhd

PT695 Jalan Bakti,

Bazar Dua Tingkat, Tapak Kereta Sewa Machang

18500 Machang. Kelantan

Tel: 016 7508833

Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan kereta sewa murah dari Go Rocket, boleh juga layari laman web www.keretasewamachang.com atau laman web www.roketholidays.com

shares