fbpx

Kereta Sewa Machang

Tempah Kereta Sewa Machang, Kelantan dengan murah dalam keadaan baru? Yes! Murah dan baru! Anda jangan ingat kalau kereta sewa jer mesti kena kereta lama yang kurang baik kondisinya malah tidak dijaga dengan baik. Orang kata, asal boleh gerak hingga sampai ke destinasi pun dah okay. Sebenarnya, tidak semua syarikat yang menguruskan perkhidmatan kereta sewa ini akan berbuat begitu.

Bila kereta masih di dalam keadaan baik, bersih dan dijaga maintenance sudah semestinya anda boleh berjalan-jalan dengan sepuas-puas hati. Jangan risau, orang lain bukannya tahu pun yang itu adalah kereta sewa.

Kereta Sewa MachangHakikatnya terdapat masih banyak lagi syarikat kereta sewa pandu sendiri yang menyediakan kereta-kereta yang terbaik di dalam kondisi yang sangat memuaskan bahkan masih di dalam keadaan baru hanya dengan kadar sewaan harga yang sangat murah.

Oleh itu, untuk artikel kali ini kami ingin mengesorkan anda sebuah Syarikat Kereta Sewa terbesar di Kelantan yang sememangnya terkenal dengan kereta-kereta baru yang dijaga sentiasa dalam keadaan bersih dan sesuai untuk perjalanan jauh dan juga dekat.

Perkhidmatan Kereta Sewa Machang Kelantan

Syarikat kereta sewa yang kami maksudkan adalah Syarikat Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd, iaitu syarikat bumiputra milik anak tempatan.

Syarikat Kereta Sewa Machang ini merupakan sebuah syarikat kereta sewa terbesar di Kelantan yang buat masa sekarang mempunyai dua cawangan iaitu di Machang dan Kota Bharu.

Kereta Sewa Machang MyviJika menggunakan perkhidmatan mereka, anda tidak perlu risau kerana pelbagai jenis kereta ada disediakan untuk disewa terdiri dari kereta kompak, Sedan, MPV, Van dan juga kereta mewah. Sebut sahaja tujuan dan keperluan anda, staff mereka akan mengesyorkan jenis kenderaan yang paling sesuai. Nak kereta import dari luar Negara pun boleh, mereka juga ada menawarkan kereta keluaran Import dari Jepun dan Eropah.

Anda masih ragu-ragu? Jom  kita tengok sebahagian koleksi kereta yang boleh di sewa tu bersama-sama melalui gambar-gambar di bawah.

Kereta Tempatan – Kereta Pilihan Popular Pelanggan

Antara kereta yang paling laris yang yang paling mendapat perhatian adalah kereta keluaran perodua. Jenis kereta yang semamangnya kerap disewa adalah Perodua Viva, Perodua Axia dan Perodua Myvi. Mungkin ianya menjadi pilihan utama kerana sifatnya yang praktikal dan bahan api yang jimat selain dari kadar sewaannya yang murah dan berbaloi-baloi.

Kereta Sewa Machang VivaPerodua Viva merupakan kereta jenis kompak yang seronok dan mudah dipandu serta amat jimat dari segi penggunaan petrol yang boleh membawa anda sejauh 26.1km hanya dengan pembakaran petrol per liter. Tidak hairanlah jika kereta Perodua Viva ini laku keras. Kereta Viva paling laku keras di kalangan pelanggan wanita kerana sifatnya yang comel tapi selesa.

Kereta Sewa Machang Kota Bharu AxiaAlternatif lain kepada Perodua Viva adalah Perodua Axia. Perodua Axia adalah yang paling laris diantara jenis-jenis kereta kompak. Jika Viva umpama ‘artis glamour’, Axia pula umpama ‘hakak cantik mengoda’ kerana bentuknya yang agak modern dan sporty.

Kereta Sewa Kota Bharu MyviMyvi pula menjadi plilihan utama oranga-orang muda yang gemarkan pemanduan kereta yang selesa dan berprestasi. Ada dalam dua model yang kereta sewa machang tawarkan iaitu 1.3 dan juga 1.5 dengan warna yang cantik dan anggun! Untuk model Perodua Myvi ramai memilih model 1.5 kerana bentuknya yang lebih sporty dan enjin yang lebih sedap.

Kereta Sewa Kelantan Myvi SEGabungan kuasa enjin yang agak besar dengan saiz badan yang agak kompak menjadikan Perodua Myvi agak lasak dan boleh meluncur dengan laju dan lancar di atas jalanraya. Kereta Perodua Myvi sama seperti kereta Viva yang sangat jimat dalam penggunaan petrol.

Kebiasaannya, perodua Myvi ini hanya memerlukan sebanyak RM60 hingga RM70 saja sekali perjalanan daripada Kelantan sehingga ke Perlis. Dasyat kan? Perjalanan ke sebarang destinasi selama 6 jam hanya memerlukan beberapa puluh ringgit jer. Giler jimat!! Lawa tapi jimat sapa tau mau beb.

Perodua Bezza Kereta Sewa MachangSebuah lagi kereta yang anda patut sewa adalah Perodua Bezza. Kereta dalam kategori Sedan ini agak kelas kerana mempunyai konsep famili travel dan amat sesuai untuk anda yang mahu bergerak dengan keluarga tetapi dalam budget yang agak terhad.

Kereta Sewa Perodua bezza di MachangBentuk aerodynamics hood di hadapan memberi flow kepada angin di hadapan sekaligus memberikan impak kepada pemanduan yang selesa.

Kereta Sewa MPV Pun Ada!

Anda mahu menyewa kereta untuk bercuti dengan ahli keluarga yang lebih ramai? Jangan risau. Di kereta sewa Selayang ini semuanya ada.

Tatkala ingin sambut hari lebaran dan kebetulan masa itu tiket kenderaan pengangkutan awam sudah licin, apa salahnya jika anda gunakan budget untuk balik kampung tu dengan menyewa mana-mana kereta daripada syarikat kereta sewa di Kelantan ini.

Kereta Sewa Machang Kelantan AlzaJika anda kurang berminat dengan kereta Viva, Myvi dan juga Bezza. Apa kata anda pilih kereta berkonsep MPV iaitu Proton Exora dan Perodua Alza.

MPV Sewa Machang Kelantan ExoraWalaupun MPV tapi minyaknya juga di tahap yang sangat minimal. Pendekata, anda boleh tiba ke destinasi di dalam rangkaan budget yang sangat menjimatkan tanpa perlu meninggalkan mana-mana ahli keluarga kerana ianya agak selesa dengan boleh memuatkan sehingga tujuh ke lapan orang penumpang.

Van Sewa dan MPV Starex – Sesuai Untuk Muatan Ramai dan Perjalanan Jauh

Van Sewa machang Kelantan Toyota HiaceSelain MPV dan kereta jenis kompak, Kereta Sewa Kelantan juga  menyediakan khidmat sewaan Van Toyota Hiace. Kapasiti penumpang untuk Toyota Hiace adalah 12 orang. Untuk model yang terbaru bermula tahun 2016, model Toyota Hiace ditawarkan dengan penumpang 10 “seater”. Enjin Toyota Hiace dijana dengan enjin “2.5 Liter Diesel” dan ditambah kuasa dengan sistem pengecas turbo menjadikan Toyota Hiace sebagai pilihan rata-rata pelanggan Go Rocket Travel.

Van Sewa machang Kelantan Nissan UrvanSyarikat Sewa Van di Kota Bharu Kelantan juga ada menyediakan Van Nissan urvan untuk disewa dengan kadar sewaan yang sama dengan Toyota Hiace. Kelebihan Nissan Urvan berbanding Toyota Hiace adalah kapasiti enjin yang lebih besar iaitu enjin diesel 3.0 dan jumlah penumpang yang lebih ramai. Bagi pelanggan yang mencari kapasiti penumpang untuk 12 seater dan 14 seater disarankan mencuba Nissan Urvan.

Starex Sewa KelantanHyundai Starex menawarkan lebih kemewahan dan ciri-ciri yang praktikal, menjadikannya sebuah MPV/Van yang sesuai untuk pelbagai aktiviti termasuk urusan mesyuarat dan perniagaan. Kerusi boleh pusing di tengah (Swivel) di barisan kedua merupakan pilihan tepat untuk urusan mesyuarat atau perbincangan perniagaan secara bersemuka.

Starex Sewa MachangBarisan ketiga pula merupakan kerusi sliding dan kerusi tengahnya boleh diturunkan menjadi perehat tangan (armrest) untuk lebih ruang dan keselesaan. Dengan pelbagai fungsi-fungsi yang sangat praktikal, dilengkapi dengan 11 tempat duduk Kereta Sewa Starex sangat sesuai untuk disewa untuk kegunaan perseorangan, keluarga ataupun korporat.

Koleksi Kereta Sewa Mewah dan Import Yang Mementingkan gaya

TOYOTA VELLFIRE merupakan edisi ‘sporty’minivan mewah yang dinaiktaraf dari Toyota Alphard dan dikeluarkan pada tahun 2006. Ia menjadi suatu kegilaan di Jepun bagi memiliki koleksi minivan mewah. Dilengkapi dengan 7 seater Pilot Seat, rata-rata pelanggan yang menyewa adalah dari golongan VIP untuk urusan mesyuarat atau perbincangan perniagaan secara bersemuka malah untuk kegunaan harian keluarga.

Kereta Sewa Machang vellfireIa menjadi lambang prestige seseorang individu yang memakainya. Kebanyakan tokoh utama di Malaysia memilikinya. Antaranya adalah golongan kenamaan, menteri kabinet dan juga golongan artisan.

Kereta Sewa Kota Bharu GolfVolkswagen Golf TSI juga ada ditawarkan di Kereta Sewa Kota Bharu. Volkswagen Golf Merupakan sebuah kereta Hatchback dengan enjin Turbo. Pemanduan yang selesa dan cemerlang menjadikan kereta ini pilihan pelanggan yang mahukan kereta dengan kuasa enjin yang mantap. Kereta import keluaran Jerman ini dilengkapi dengan sportrim asal 16 inci dan tinted jenama “LLUMAR.”

Kereta Sewa Nissan Almera KelantanRamai yang terkejut bila tengok kereta Nissan Almera ni. Lawa siot! Ini kalau bawa balik meronda kampung mau terbeliak biji mata bekas kekasih lama. Sudahlah body nya cantik terletak di tambah lagi dengan kelancaran pemanduan berserta dengan pelbagai aksesori dalaman yang sangat bagus dan terbaik.

Sekali pandu terus jatuh cinta rasanya ni. Tapi anda jangan risau kerana di Kereta Sewa Machang dan Kereta Sewa Kota Bharu ini sangatlah murah dan sangat berpatutan maka anda bolehlah menyewa mengikut jangka masa yang anda kehendaki. Kondisi kereta sememangnya sangat terbaik dan tip top.

Perkhidmatan Kereta Sewa Machang, Kelantan Memang Tiptop –  Hubungi Sekarang!

Antara servis – servis yang disediakan oleh Kereta Sewa Machang, Kelantan termasuklah;

  • Model kereta yang diberikan servis terbaik dari kereta ekonomi hingga kereta mewah serta MPV, dan juga model – model kereta yang popular.
  • Tempat pick – up dan drop – off yang strategik
  • Khidmat penghantaran ke Airport Kota Bharu dan hotel-hotel di sekitar KB.
  • Servis limousine / Chauffeur /  Sewa dengan Pemandu
  • Pemajakan Kereta dan MPV Baharu
  • Sistem Navigation GPS dan Child Safety Seats
  • GPS Tracking System yang diimport
  • Cool Gel Seat System
  • Servis Dari Pintu Ke Pintu
  • Jaminan Kereta Bersih, Baru dan Mantap

kereta sewa kelantanGo Rocket Travel and Tours Sdn Bhd | Perkhidmatan Kereta Sewa Pandu Sendiri Kelantan
Hotline: Tekan untuk telefon (016-7508833) | Link WhatsApp

Lokasi Pejabat :

Kereta Sewa Machang
PT695 Jalan Bakti,
Bazar Dua Tingkat, Tapak Kereta Sewa Machang
18500 Machang
Kelantan

Kereta Sewa Kota Bharu
Lot 13030 Kg Bharu Kutan ( Belakang Kdai Tayar )
Jalan Pasir Pekan ke Pasir Mas, Pasir Pekan
16250 Wakaf Bharu Kelantan
Website: www.keretasewakb.com

Website: www.keretasewakelantan.co

 

  • Add Your Comment

shares