11 Kedai Western Best di Seremban Yang Wajib Anda Cuba

Negeri Sembilan seperti yang kita tahu makanan yang terkenal kat sini sememangnya masak lemak cili api. Pergi mana-mana kedai mesti ada disediakan masak lemak cili api ini kan. Bagi anda yang dah selalu makan makanan ni sudah tentu ingin cari kelainan makanan ye macam contoh nak cari kedai western best di Seremban ke.

Kedai Western Best di Seremban

Kat mana tempat makan Kedai Western Best di Seremban ye?? Ada ke tak ye. Sebenarnya ada je Kedai Western Best Di Seremban kat Seremban ni. Cuma kena pandai cari je. Manalah tahu ada yang plan nak datang ke bandar Seremban kan hujung-hujung minggu ni.

11 Kedai Western Best di Seremban Yang Kecur Air Liur

Kat bawah ni ada beberapa restoran western best di Seremban.

11. Polperro Steak House

Apa yang menariknya mengenai Polperro Steak House ni ya?? Yang menariknya ialah keadaan persekitarannya yang sangat meriah suasananya. Terdapat pelbagai jenis menu makanan western yang terdapat di sini.

Bagi penggemar western boleh lah mencubanya sendiri. Kalau anda lambat, alamatnya memang tak de la tempat untuk duduk. Kedudukannya yang begitu strategik yang berdekatan dengan Dataran Centrio dan Mydin Seremban 2.

Hidangan yang disediakan amat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Jangan lupa singgah ke sana.

Lokasi : Polperro Steak House Seremban 2 70300 Seremban Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 5.00 pm  – 12.00 am

No Tel : 06-601 3244

10. 3R Food Court

3R Foodcourt Rasah Seremban Kedai Western

Terletak di Jalan Rasah Negeri Sembilan. Kalau anda nak tahu pada waktu pagi tempat ini dijadikan tempat untuk membaiki kenderaan.

3R Food Court Kedai Western Best di Seremban

Tetapi pada waktu malam ia dijadikan tempat untuk makan. Menarik bukan. Kat sini banyk menu pilihan yang ditawarkan. Daripada masakan ala kampong sampai lah ke makanan western.



Tak rugi kalau anda berkunjung ke sini.  Macam-macam yang boleh anda pilih untuk menikmatinya. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan akan berpuas hati setelah menikmatinya.

Lokasi : Jalan Rasah 70300 Seremban Negri Sembilan

Waktu Operasi : 7.00 pm – 1.00 am

No Tel : 013-663 9073

9. Western Road Station

Malam ni nak dinner di mana ye?? Jom pekena makanan western dekat Western Road Station yang terletak di Taman Tasik Jaya ini. Ianya juga berdekatan dengan KFC dan R&K SATAY Taman Tasik Jaya.

Restoran Western Best di Seremban

Anda perlu datang awal kerana kedai ini sering mendapat sambutan yang hangat. Kalau lambat mesti kena tunggu lama untuk mendapatkan order. Harganya juga amat berpatutan sekali. Sekali cuba pasti nak lagi.

Lokasi : No 28 Jalan Bunga Raya Taman Tasik Jaya 70400 Seremban Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 5.30 pm – 12.00 am

No Tel : 011-1882  7736

8. 99 Kebab Lavender Height

99 Kebab Lavender Height

99 Kebab Lavender Height ni terletak dekat lavender height business square. Dekat sini banyak menu western yang anda boleh pilih. Harganya juga murah berbanding dengan tempat lain. Anda boleh memilih sama ada hendak duduk dibahagian luar atau bahagian dalam.

Bagi yang suka lepak dan mencari port untuk makan, bolehlah lepak makan di kedai ni. Yang menjadikannya terkenal adalah disebabkan sos nya dan servis yang amat baik seklai. Layanan yang diberikan memang tip top.

Lokasi : lavender height business square 70400 Seremban Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 5.00 pm – 11.00 pm

No Tel : 017 – 668 4649

7. Restoran Rimbun @ Anna & Afal Western

Restoran Rimbun @ Anna & Afal WesternPuas mencari tempat yang macam-macam menu ada. Apa kata anda singgah di sini Restoran Rimbun. Terdapat pelbagai menu yang disediakan dari masakan panas hingga masakan western.

Kedai Western Best di Seremban Rimbun @ Anna & Afal WesternIanya terletak di belakang Plaza Ampangan dan tempatnya sangat strategik. Anda boleh merasai masakan western yang terdapat di sini. Enak dan lazat sekali. Harganya juga murah dan sesuai dengan bajet anda.,

Lokasi : NO 77 Lorong Cempaka 1 Bandar Baru Ampangan 70400 Seremban Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 4.00 pm – 3.00 am

No Tel : 014 – 365 3117

6. Chilli Apple Fnb

Chilli Apple Fnb

Terletak di Jalan Telawi Seremban. Kedai ini baru sahaja dibuka tetapi telah menambat hati para pengunjung yang datang. Makanan western di sini sangat sedap dan harganya juga berpatutan.

Kedai Western Best di Seremban Chilli Apple Fnb

Terdapat juga menu lain yang anda boleh dapat di kedai ini. Cawangan pertamanya ini terletak berdekatan dengan Klinik Kassim. Tempat parkingnya juga senang sekiranya anda membawa keluarga ke sini.

Lokasi : Family Tom Yam Taman Telawi Seremban Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 11.00 am – 5.00 pm

No Tel : 016 – 444 0236

5. Aj Kitchen

Aj Kitchen Seremban

Aj Kitchen ni terletak di Rasah. Ianya juga berdekatan dengan Seremban 3 dan UITM Seremban 3. Menu kat sini bukan sahaja ada western tapi ada juga menu lain seperti nasi lemak dan sebgainya.



Kalau anda datang sini mungkin anda tak percaya dengan harga yang ditawarkan. Harga yang ditawarkan amatlah murah kerana keadaan persekitaran di kelilingi pelajar. Kalau tak percaya, anda boleh datang sendiri ke sini.

Lokasi : No 50 Jalan KU 5 Pusat Komersial Universiti 70300 Seremban Negeri Sembilan @ No325G, Jalan Bandar Senawang 17 70450 Seremban Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 6.00 pm – 11.00 pm (Seremban 3)(Tutup Hari Rabu)

3.00 pm  – 11.00 pm (Senawang)(Buka Setiap Hari)

No tel : 017 – 317 5800

4. Pine & Dine Restaurant and Café

Tak tau nak makan mana malam ni dan nak rasakan kelainan dalam  masakan western. Mari…mari siapa lagi belum pekena western fusion dari pine & dine..Nikmati juga diskaun 10% setiap hari dari jam 4.00ptg – 6.30ptg beserta percuma teh o ais untuk menu terpilih.

Pine & Dine Restaurant and Café

Terdapat banyak menu makanan western dekat sini. Anda boleh memilih menu makanan yang ingin dimakan dan harga yang ditawarkan juga amat berpatutan sekali.

Lokasi : NO 183-G Pusat Perniagaan Lavender Heights Jalan Lavender Heights 5 70450 Seremban Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 4.00 pm – 10.30 pm (tutup ISNIN)

No Tel : 012 – 210 0735

3. Star Western Corner Paroi

Kedai yang terletak di Stadium Tuanku Abdul Rahman paroi ini juga sememangnya terkenal dengna makanan westernnya. Ramai yang memuji kesedapan masakan di sini. Di sini juga terdapat banyak menu makanan western yang anda boleh pilih. Boleh rambang mata anda memilihnya.

Star Western Corner Paroi

Mana tidaknya harga yang ditawarkan memang tak masuk akal langsung. Murah gila harganya. Suasana yang terbuka juga akan menyelesakan para pengunjung sekiranya ke sini.



Hidangan makanannya juga tidak kurang banyaknya. Memang akan buat anda kekenyangan.

Lokasi : Gerai No 5 Stadium Tuanku Abdul Rahman 70400 Seremban Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 5.00 pm – 12.00am

No Tel :  013 – 351 5176

2. D’Rayyen Western Food

D’Rayyen Western Food

Bagi anda yang gemar kepada makanan western, anda bolehlah datang mencubanya di sini. D’Rayyen Western Food menawarkan pelbagai jenis makanan western yang sememangnya menepati citarasa anda dan keluarga.

D’Rayyen Western Food Seremban

Terdapat banyak menu pilihan makanan dengan harga yang sememangnya murah dan amat memuaskan hati anda sekeluarga. Keadaan persekitarannya juga amat selesa sekali.

Lokasi : NSK Trade City Seremban 2 70300 Seremban Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 12.00 pm -10.00 pm

No Tel ; 019 – 289 9002

1. Dapur Berasap

Dapur Berasap Western Seremban

Dapur Berasap juga sering menjadi buah mulut orang sekeliling kerana kesedapan makanan western yang dihidangkan. Ianya terletak di Senawang ini sering menjadi tempat lepak untuk anak muda di malam minggu.

Dapur Berasap

Harga yang ditawarkan di sini juga amat beraptutanan murah. Anda akan berasa terkejut dengan harga yang ditawarkan dengan saiz hidangannya. Kalau ditanya kat mana tempat makan best, banyak yang mengesyornya di sini. So, anda kena cubalah makanan western kat sini.

Lokasi : NO 6 Taman Komersial Senawang 70450 Senawang Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 6.00 pm – 12.00am

No Tel : 011 – 2197 5464

Jom Terjah 11 Kedai Western Best di Seremban

Diharapkan dengan perkongsian kedai western best di Seremban di atas dapat membantu anda seba sedikit jika berkunjung ke bandar Seremban Negeri Sembilan ini. Semoga memberi manfaat kepada semua.



Sekiranya anda ada cadangan atau tempat menarik dan tempat makan best, boleh tulis di ruangan komen di bawah atau emailkan terus ke writer@pakarpercutian.com

No Responses

Leave a Reply