10 Kedai Steamboat Di Selangor Yang Wajib Di Cuba

Kat mana ye nak cari kedai steamboat di Selangor yang sedap? Saya tahu ramai yang tercari-cari restoran steamboat di Selangor. Betul tak!

Steamboat merupakan salah satu makanan berkuah yang sentiasa menjadi permintaan tinggi dari para pelanggan yang sangat menggemari masakan ini. Steamboat adalah makanan berkuah yang isinya macam – macam seperti daging, sayuran, bakso dan banyak lagi. Tidak hairanlah jika ramai peniaga mula menjual steamboat kerana sedang menjadi trend terkini dan sangat menguntungkan buat peniaga.

10 Kedai Steamboat Di Selangor Yang Wajib Di Cuba

Jom kita survey kedai steamboat yang wajib di cuba di Selangor. Memang banyak lokasi steamboat yang menarik yang boleh dikunjungi oleh seisi keluarga di Selangor. Jadi kami nak kongsi 10 kedai steamboat di Selangor yang boleh dijadikan panduan untuk anda memuaskan nafsu makan anda.

10. Crew Planet Grill & Steamboat

Kedai Steamboat di Selangorcrew planet grill & steamboat ampangCrew Planet Grill & Steamboat Ampang merupakan salah satu lokasi yang sering menjadi tumpuan ramai orang untuk menikmati steamboat yang sungguh lazat di sini. Banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak restoran untuk pelanggan – pelanggannya antaranya ialah wifi percuma, tempat letak kereta yang lapang, surau yang bersih dan macam- macam lagi.



Makanan yang disediakan juga terbaik dan segar bugar. Restoran ini berkonsepkan keluarga dan santai dan terdapat lebih 60 jenis makanan steamboat dan grill. Restoran ini juga menyediakan menu tambahan iaitu pencuci mulut seperti aiskrim dan bubur kacang hijau.

crew planet grill & steamboat ampangCrew Planet ini juga menerima tempahan untuk syarikat korporat dan sebagainya. Bagi sesiapa yang ingin mencuba bolehlah ke alamat No 33A-1, Jalan AWF 1, Ampang, Selangor dan mula beroperasi dari jam 5 petang sehingga 12 malam.

9. Restoran Red Wok Bangi

Red Wok BangiSelain itu, Restoran Red Wok Bangi Sajikan Steamboat & Masakan Cina yang merupakan popular di Bangi.  Red steamboat ini menjadi tumpuan kerana harganya yang murah serta mempunyai lebih kurang 100 jenis makanan yang dipilih penggemar steamboat seperti ayam, daging, seafood dan pelbagai jenis bebola serta sayur – sayuran.

Kedai Steamboat di SelangorDi restoran ini terdapat 3 jenis kuah iaitu ayam, tom yam dan herba. Bagi penggemar steamboat yang tercari-cari kedai steamboat di Selangor, jangan lupa cari Restoran Red Wok di alamat Lot T 70550, Jalan Kajang Impian ½, Taman Kajang Impian, 43650, Bandar Baru Bangi dan restoran ini mula beroperasi dari 5 petang sehingga 2 malam.

8. Umang Umang BBQ Steamboat

Umang Umang BBQ SteamboatUmang Umang BBQ Steamboat, Kg. Bukit Kapar juga antara salah satu kedai steamboat yang menarik yang wajib dicuba oleh orang ramai. Kedai steamboat ini terletak di jalan besar di Jalan Sekolah,42200 Kampung Bukit Kapar, Selangor.

Kedai Steamboat Best Di Selangor Umang Umang BBQ SteamboatSteamboat di sini sentiasa menjadi tumpuan ramai kerana harganya jauh lebih murah dari kedai-kedai lain dan lokasi persekitarannya yang terbuka membuatkan pelanggan lebih selesa. Kedai ini juga menyediakan rempah – rempah dan sos seperti sos cili, kicap, mayonis, thousand island, serbuk lada sulah dan lain – lain.



Kedai ini juga menyediakan dua jenis sup iaitu sup ayam dan sup tom yam dan sudah semestinya tom yam menjadi pilihan orang ramai. Waktu operasi kedai ini ialah dari 6 petang hingga 11 malam.

7. Asap Steamboat & Grill

Asap Steamboat & GrillAsap Steamboat & Grill yang terletak dekat bandar dan restoran ini terbahagi kepada 4 ruang makan iaitu tingkat bawah kontena, skylite, tingkat atas berbumbung dan tingkat atas tanpa berbumbung. Pelbagai pilihan seafood yang banyak seperti ketam, sotong, udang, kupang dan sebagainya.

Kedai Makan Best Steamboat di Selangor Asap Steamboat & GrillTerdapat dua jenis sup yang korang boleh cuba di sini iaitu sup tom yam dan sup ayam. Selain itu terdapat juga pencuci mulut yang menjadi pilihan ramai orang seperti sweet corn, Pau, ABC, aiskrim dan banyak lagi.  Jadi jangan lepaskan peluang menikmati steamboat di Puchong Selangor ini.

6. Restoran Omak Ai! Steamboat & Grill

Restoran Omak Ai! Steamboat & GrillRestoran Omak Ai! Steamboat & Grill  yang terletak di Seri Kembangan juga merupakan salah satu lokasi yang sentiasa dikunjungi orang ramai kerana restoran ini menyediakan pakej makan bufet steamboat dan grill yang sangat berpatutan dan dijamin halal.

Kedai Steamboat Selangor Restoran Omak Ai! Steamboat & GrillPelbagai makanan steamboat dan seafood yang telah disediakan di setiap meja. Harga bufet adalah RM 25 untuk satu kepala dewasa dan RM 15 untuk kanak – kanak. Restoran ini beroperasi setiap hari selasa hingga ahad dan bermula dari jam 5 petang sehingga 12 malam.



Restoran ini juga berkonsepkan klasik di mana kita boleh mengimbau zaman kanak – kanak kita yang lalu. Jadi rugi sesiapa yang tidak mencuba steamboat di sini kerana kedai ini direka dengan konsep yang sangat unik di samping memberikan harga yang berpatutan untuk pelanggannya.

5. Ayu Steamboat & Grill

Ayu Steamboat & Grill

Sumber Gambar: Sinar Harian

Menyediakan 11 menu makanan yang merangkumi 52 jenis makanan laut, sayur – sayuran dengan serendah RM12.90, Ayu Steamboat & Grill tentunya menjadi pilihan ramai orang bagi menjimatkan perbelanjaan mereka sambil menikmati steamboat yang sedap di sini.

Restoran Steamboat Murah di SelangorHarga bufet yang ditawarkan juga sangat rendah dan yang paling special di restoran ini ialah Ayu Magic Sos untuk steamboat kerana ia adalah cetusan tagline restoran ini. Restoran ini beroperasi dari jam 6.30 petang sehingga 11.30 malam.

Bagi penggemar steamboat yang ingin makan steamboat tanpa perlu risau tentang harganya boleh lah mengunjungi restoran ini di Jalan Nagasari C/36 Seksyen 36, Desa Latania, Shah Alam.

4. D’ Kayangan Steamboat BBQ

D’ Kayangan Steamboat BBQ

Sumber Gambar : Dikbee.com

D’ Kayangan Steamboat BBQ Bufet yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam Selangor merupakan antara restoran steamboat popular di Selangor dan menjadi destinasi makan yang disukai ramai orang. Restoran ini juga pernah muncul dalam rancangan Jalan – Jalan Cari Makan, Nasi Lemak Kopi O’ dan beberapa rancangan Tv lagi.

Kedai Steamboat Selangor

Sumber Gambar : travelsifu.com

Restoran ini berkonsepkan Bufet ‘all you can eat’ dan ia menggabungkan dua dalam satu iaitu steamboat dan grill. Terdapat pelbagai seafood segar yang disediakan di samping bebola, sayur – sayuran dan aneka mee  serta pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef.

Kedai Steamboat Shah Alam

Sumber Gambar : Dikbee.com

Restoran ini juga menyediakan kambing panggang. Surau juga disediakan bagi memudahkan para pelanggan menunaikan kewajipan mereka. Waktu operasinya dari hari isnin sehingga hari sabtu dari jam 5 petang sehingga 1 pagi.

3. Capsicum Steamboat

Capsicum Steamboat

Sumber Gambar : diarimcbride.blogspot.my

Capsicum Steamboat yang terletak di Shah Alam juga antara lokasi pilihan kerana menyediakan steamboat dengan dekorasi kedai yang santai dan sesuai untuk mereka yang ingin tenangkan fikiran mereka di samping menikmati steamboat yang sedap.

Kedai Steamboat Shah Alam Klang

Sumber Gambar : nurainijefry.blogspot.my

Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan berbaloi untuk peminat – peminat steamboat. Restoran ini juga menyediakan pencuci mulut seperti aiskrim untuk pelanggan yang tidak tahan dengan kepedasan sup tom yam disediakan.



Restoran ini terletak di Jalan Klinik, Kampung Bukit Naga, Shah Alam dan dibuka setiap hari kecuali hari isnin dan bermula dari jam 6 petang sehingga 12 tengah malam.

2. Captain Steamboat & Grill

Captain Steamboat & GrillCaptain Steamboat & Grill yang terletak di Kapar Klang Selangor sering menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada waktu malam. Restoran ini diterajui oleh orang Melayu dan sudah semestinya steamboat di sini halal.

Kedai Steamboat di Selangor Captain Steamboat & GrillHarga bagi orang dewasa ialah hanya RM 21.90 manakala bagi kanak – kanak pula ialah RM 9.90 sahaja. Terdapat banyak pilihan makanan seafood yang disediakan bagi penggemar makanan laut. Dan sudah semestinya kuah tom yam sentiasa menjadi pilihan ramai orang yang singgah di restoran ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai kelainan di restoran ini.

1. Island BBQ Steamboat

Island BBQ SteamboatSeterusnya ialah Island BBQ Steamboat yang terletak agak jauh sedikit dari bandar utama Shah Alam. Restoran ini lebih menggunakan konsep makan secara bufet dan sangat berbaloi kerana bayar sekali tapi boleh makan semua jenis makanan yang ada di sini.

Tempat Makan Steamboat Selangor Island BBQ Steamboat

Sumber Gambar: www.friedchillies.com

Suasana restoran ini juga berjaya menarik ramai pelanggan kerana restorannya ala – ala kampung di samping kemudahan parking dan surau yang disediakan.

Waktu operasi perniagaannya bermula dari jam 6 petang sehingga 12 pagi dan bagi yang ingin mencuba steamboat di sini bolehlah ke alamat Lot 3370 , Jalan Kemboja U5, Kampung Melayu Subang, Selangor.

Jom ramai-ramai kita serbu kedai Steamboat di Selangor Yang Best ini.

Akhir sekali, bagi peminat steamboat jangan lepaskan peluang untuk mencuba setiap kedai steamboat di Selangor yang disenaraikan kerana harganya yang murah dan tempatnya sangat menarik dengan pelbagai konsep yang unik. Anda juga boleh mencuba tempat – tempat steamboat lain di kawasan Selangor ini. Jangan lupa bawak lebih ahli keluarga atau rakan – rakan untuk sama – sama menikmati kelazatan steamboat di Selangor ini.

Leave a Reply