fbpx

6 Restoran Steamboat Best Di Kuala Lumpur Yang Patut Anda Cuba

Ada ke yang mencari Restoran Steamboat yang best di KL? Untuk entry kali ini kami berkongsi tempat makan steamboat best di Kuala Lumpur. Teruskan membaca untuk artikel penuh.

Steamboat Best di Kuala LumpurKuala Lumpur terkenal dengan gelaran bandar raya yang tidak pernah tidur kerana sentiasa menjadi tumpuan ramai orang kerana banyak tempat – tempat menarik yang boleh dikunjungi di samping merupakan tumpuan para wanita untuk mencuci mata mereka di pusat membeli belah di sini.

Restoran Steamboat Best Di Kuala Lumpur

Jadi sudah semestinya Kuala Lumpur juga kaya dengan pelbagai makanan dan salah satunya ialah steamboat.



Steamboat sentiasa menjadi tumpuan ramai kerana kelazatannya yang tidak terkata di tambah pula dengan sup tom yam yang sentiasa menjadi perhatian orang ramai apabila makan steamboat. Jadi mari kita survey beberapa kedai makan steamboat best di Kuala Lumpur ini.

Steamboat Sup Udang Pak John & BBQ

Steamboat Sup Udang Pak John & BBQ

Kredit Gambar: diarymama.com

Salah satu tempat makan steamboat yang menarik di bandar raya ini ialah Steamboat Sup Udang Pak John & BBQ. Restoran ini merupakan restoran steamboat halal yang menyediakan sup udang yang sungguh enak.Sup udang dan sup kari di sini merupakan satu tarikan utama yang menyebabkan ramai pelanggan datang berkunjung di sini.

Pak John & BBQ Steamboat Best di Kuala Lumpur

Kredit Gambar: diarymama.com

Antara menu yang disediakan di restoran ini ialah Mee Udang best Nilai, set hidangan ala carte Pak John Steamboat. Bagi yang mencari lokasi restoran ini bolehlah berkunjung di dalam Wangsa Walk Mall Wangsa Maju.

Restoran Tupai – Tupai

restoran tupai tupai kuala lumpur

Selain itu juga, anda boleh menikmati steamboat di Restoran Tupai – Tupai yang terletak berdekatan dengan Dewan Bahasa. Restoran ini menawarkan makanan steamboat, tradisional Melayu, western dan juga seafood.

Restoran Tupai – Tupai Steamboat best di KL

Jadi terdapat banyak pilihan yang boleh anda pilih di sini untuk memenuhi cita rasa anda. Restoran ini bukan saja dikenali dengan suasana kampungnya, tetapi juga terkenal dengan hidangan seperti ikan panggang, bubur lambuk dan gulai tempoyak.



Steamboat di sini juga sangat berpatutan harganya dan isi – isi steamboat juga segar bugar. Restoran ini juga menyediakan kemudahan buat para pelanggan iaitu dengan menyediakan surau untuk memudahkan pelanggan menunaikan solat. Lokasi restoran ini ialah di No 551 A & B Jalan Bukit Petaling, Off Jalan Istana Kuala Lumpur.

Johnny’s Restaurant

Johnny’s Restaurant Steamboat best di Kuala Lumpur

Nama Johnny’s Restaurant juga tidak asing bagi pelanggan yang biasa berjalan di kompleks membeli- belah di semua negeri. Walaupun ramai yang pada mulanya agak ragu – ragu untuk menjamu selera di sini kerana takut restoran ini tidak halal, tetapi hakikatnya restoran ini menyediakan steamboat yang halal.

Johnny’s Restaurant Kuala Lumpur

Kredit Gambar: mahamahu.com

Restoran ini sentiasa menjadi pilihan disebabkan mempunyai pelbagai pilihan, supnya pula didatangkan dengan dua pilihan iaitu sup tomyam ataupun sup biasa. Jadi sesiapa yang ingin menikmati juadah steamboat di sini bolehlah ke BB Plaza, Jalan Bukit Bintang.

Liki –Liki Restaurant

Liki Liki restoran steamboat kl

kredit gambar: novaleeza.blogspot.my

Liki –Liki Restaurant merupakan satu nama unik yang juga merupakan salah satu destinasi tumpuan ramai kerana menyediakan steamboat yang sedap sehingga menjilat jari.

Liki –Liki Restaurant Steamboat sedap di KL

Restoran ini terletak di No.47-0 Block F Platinum Walk Danau Kota Kuala Lumpur dan mula beroperasi dari jam 3 petang sehingga 12 malam. Jangan risau kerana restoran ini juga di jamin halal. Pelbagai menu yang disediakan bagi menarik perhatian pengunjung – pengunjung yang datang untuk menikmati juadah di sini.



Restoran ini dibuka setiap hari dan sudah semestinya steamboat menjadi kegilaan ramai. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan bersesuaian jika anda membawa ahli keluarga sekali untuk menjamu selera di sini.

Flamingo Steamboat

Flamingo Steamboat

Seterusnya tempat makan steamboat menarik di Kuala Lumpur ialah Flamingo Steamboat. Di sini terdapat banyak pilihan yang disediakan dengan harga yang berpatutan dan sering menjadi pilihan ramai orang kerana pelbagai juadah yang disediakan selain daripada steamboat.

flaming steamboat kl

Ada juga pencuci mulut dan masakan bergoreng disediakan di sini. Harganya secara bufet di sini RM26.90 bagi dewasa dan RM9.90 bagi kanak – kanak. Restoran ini terletak di Platinum Walk, Jalan Langkawi, Danau Kota, Setapak.

The Khan Mongolian Restaurant

The Khan Mongolian Restaurant

Sumber Gambar: speciality-weekendtreat.blogspot.my

Selain itu, The Khan Mongolian Restaurant yang terletak di belakang KL Festival City, Danau Kota. Pemilik restoran ini memang merupakan orang Mongolia dan jika anda singgah di kedai ini anda harus berbahasa english kerana mereka tidak faham bahasa Melayu, broken english pun boleh je.

The Khan Mongolian Restaurant Steamboat best di Kuala Lumpur

Manakala bagi harga di sini ialah RM32.80 bagi yang dewasa manakala RM16.80 bagi kanak – kanak. Anda boleh menjamu selera sehingga perut anda kenyang di sini. Makanan basah yang disediakan juga sangat fresh.



Restoran ini juga menyediakan pelbagai sup antaranya sup Mongolian dan sup tomyam.  Restoran ini mula beroperasi dari jam 5 petang sehingga 12 malam. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati steamboat yang segar – bugar di restoran ini.

Apa Lagi Jom Serbu Kedai Makan Steamboat Best di Kuala Lumpur Ini.

Sebenarnya untuk mencari kedai makan yang menjual steamboat memang banyak di Kuala Lumpur tetapi hanya terdapat beberapa kedai steamboat  yang halal di sini tak seperti kedai steamboat best di Selangor yang kami kongsikan sebelum ini.



Jadi sebelum anda menerjah masuk kedai steamboat pastikan anda periksa logo halal di setiap kedai yang dikunjungi. Jadi anda semua bolehlah cuba senarai kedai makan steamboat yang disenaraikan.

Menikmati steamboat di samping yang tersayang pasti menjanjikan satu pengalaman dan kenangan terindah buat anda. So jangan lupa ajak semua keluarga anda untuk turut merasai steamboat di semua restoran ini.

 

  • Add Your Comment

shares