fbpx

 10 Kedai Steamboat Best di Johor Bahru Paling Best

Bagi yang merancang untuk bercuti, salah satu lokasi pilihan adalah negeri Johor. Terdapat pelbagai jenis tarikan di Johor Darul Takzim, antaranya adalah Legoland dan juga kedudukannya yang berdekatan dengan Singapura menjadikannya salah satu destinasi pilihan. Bagi yang tak boleh melancong jika tiada makanan yang sedap, Johor Bahru merupakan negeri yang tidak ketinggalan dengan makanan yang sedap-sedap. Terdapat banyak restoran makanan best di Johor Bahru dan salah satu yang menajdi pilihan adalah kedai-kedai steamboat best di Johor Bahru yang terkenal.

Legoland Johor Bahru

Steamboat adalah sajian makanan yang berasal dari Negara China dimana pelbagai jenis makanan daripada sayur sehingga protein disediakan untuk dijamu beramai – ramai. Seperti yang semua tahu konsep steamboat adalah hidangan yang dimasak sendiri oleh pelanggan menggunakan kaedah rebus atau pun grill.

10 Kedai Steamboat Best di Johor Bahru

Jadi bagi anda yang menetap di kawasan berdekatan Johor Bahru atau melancong dan mencari restoran steamboat best di Johor Bahru, di sini kami senaraikan tempat makan yang berasaskan steamboat terbaik di Johor.

11. Kapten Steamboat & Grill Johor Bahru

Kapten Steamboat & Grill Johor Bahru

Kapten Steamboat & Grill ini terletak di Jalan Tun Abdul Razak (Susur 6) Johor Bahru. Harga buffetnya juga amat berpatutan sekali jika dibandingkan dengan tempat lain. Terdapat pelbagai pilihan menu buffet disediakan di sini.Anda boleh memilih apa sahaja yang hendak di makan. Makan sampai kenyang ya.

Kapten Steamboat & Grill Johor

Sebelum datang restoran steamboat best di Johor Bahru ini, anda hendaklah menelefon terlebih dahulu untuk menempah tempat. Kalau lambat alamatnya memang penuhlah tempat duduknya dan terpaksa menunggu lama.



Di sini juga terdapat sudut permainan kanak-kanak(mini playground), jadi para ibu bapa boleh menikmati hidangan steambot sambil memerhatikan anak-anak bermain di sudut permainan sana tu.

Alamat : Jalan Tun Abdul Razak ( Susur 6 ), 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Waktu Operasi :4.00 pm – 12.00 am (dibuka setiap hari kecuali ISNIN)

Harga : RM30 ( Dewasa) , RM15(Kanak-kanak) , RM 20 (Warga Emas)

Facebook : Kapten Steamboat & Grill

10. Meletop Steamboat & Grill Johor Bahru

Meletop Steamboat & Grill Johor Bahru

Bila search sahaja di google, berderet keluar kedai steamboat best di Johor. Heaven Steamboat & Grill, Kapten Steamboat & Grill, tapi Meletop juga jadi pilihan. Harganya amat murah dan servis yang ditawarkan juga amat berpuas hati.

Meletop Steamboat & Grill Johor

Tempat makannya yang agak terbuka dan santai boleh dijadikan port untuk lepak sekiranya berkunjung ke Johor Bahru. Steamboat yang ditawarkan kat sini semua fresh-fresh belaka. So, anda boleh pilih apa shaja untuk dimakan. Selain daripada steamboat, menu lain juga turut disediakan.

Alamat :    55 Jalan Perdana 4, Taman Sri Pulai Perdana 2, 81300 Johor Bahru.

Waktu Operasi : 6.00 pm – 12.00 am (dibuka setiap hari)

Harga : RM19.90 (Dewasa) , RM9.90 (Kanak-kanak), RM14.90 (Warga Emas)

Facebook : Meletop Steamboat & Grill

9. Johor Steamboat

Johor Steamboat

Johor Steamboat ni terletak di Taman Adda Heights, Johor Bahru dan tak susah nak cari restoran steamboat best di Johor Bahru ini sebab ianya terletak di tepi jalan utama dan di corner lot. Suasana sangat meriah walaupun pada waktu malam ditambah pula dengan pelbagai aktiviti. Harga kat sini sangat berpatutan dengan pilihan makanan yang banyak.

Johor Steamboat Johor

Terdapat banyak pilihan untuk grill ataupun steamboat dari fishball hinggalah kepada kambing dan ayam. Walaupun makanan kat sini banyak, tapi setiap pilihan makanan tu akan cepat habis sebab terlalu ramai orang. Walaupun cepat habis, petugas kat sini akan sentiasa refill dengan cepat dan pantas.

Johor Steamboat JB

Pilihan marinate untuk digrill kat sini boleh tahan sedap dan yang menjadi pilihan adalah burung puyuh black pepper. Pilihan untuk seafoodpun ada seperti ketam dan udang. Untuk steamboat pula, terdapat 2 pilihan kuah yang akan dihidangkan iaitu kuah tomyam dan sup.



Harga akan lebih murah sekiranya booking dalam kumpulan. Terdapat juga ruang bilik berhawa dingin di bahagian atas bagi yang inginkan suasana lebih selesa.

Alamat : No 2 Jalan Adda 3/3, Taman Adda Heights, Johor Bahru

Waktu Operasi : 5.00 pm – 12.00 am

Harga : RM25 (Dewasa) , RM10 (Kanak-kanak)

Facebook : Johor Steamboat

8. Otai Steamboat BBQ & Grill

Otai Steamboat BBQ & Grill yang terletak di Larkin Idaman. Ruang makan open-air menjadi taruhan dan kedudukan restoran yang amat sesuai kerana kurang sibuk dari jalan utama. Ini kerana suasana menjamu selera menjadi tenang dan aman.

Seperti biasa, kuah didatangkan dengan dua perisa, sup dan tomyam. Pemilihan makanan yang banyak dibahagikan ke 3 seksyen utama. Seksyen pertama terdapat sayur-sayuran seperti cendawan, brokoli, meatballs, fish ball dan fish cake. Seksyen kedua pula ialah bahagian daging, ayam dimarinated dengan rempah-rempah yang berlainan.

Terdapat juga udang dan ikan di seksyen ini. Seksyen ketiga pula menempatkan mee dari pelbagai jenis, sos serta sambal dan nasi goreng.

Alamat : No 17 Jalan Idaman 3, Larkin Idaman, 80350 Johor Bahru.

Waktu Operasi : 6.00 pm – 12.00 am

Harga : RM20 (Dewasa) , RM10 (Kanak-kanak)

Facebooak : Otai Steamboat BBQ & Grill

7. Bakar-bakar Steamboat Grill House

Bakar-bakar Steamboat Grill House

Bakar-bakar Steamboat Grill House terletak berdekatan dengan Plaza Angsana. Ianya juga berdekatan dengan Jakel. Anda boleh memilihn sama ada nak duduk dibahagian luar atau dalam kedai. Malah mereka juga turut mempunyai tingkat atas.

Bakar-bakar Steamboat Grill House JB

Suasana kedai yang sangat selesa dan mempunyai band yang menyanyikan lagu dbahgian luar kedai. Sup yang dihidangkan di sini rasanya pedas dan sedap. Anda juga boleh memilih sendiri apa yang hendak dimakan. Seafood yang terdapat di sini juga segar-segar.

Alamat : No 1, 1-01 Jalan Padi Emas, 1/5 Uda Business Centre, Bandar Bahru Uda, 81200     Johor Bahru

Waktu Operasi : 12 pm – 12 am

Harga : RM45 (Dewasa) , RM20 (Kanak-kanak)

Facebook : Bakar-bakar Steamboat Grill House

6. Medan Steamboat Luton Van Dataran

Mereka telah pun berpindah ke Bandar Baru Uda yang berhadapan dengan bangunan RHB Bank. Jadi kepada sesiapa yang menyukai makanan steamboat ini, anda boleh pergi ke Bandar Baru Uda untuk menikmatinya. Harganya juga amat murah berbanding di kedai steamboat yang lain.

Suasana tempat yang agak sempit tidak menghalang orang ramai untuk datang ke sini. Terdapat pelbagai jenis pilihan steamboat untuk anda nikmati. Anda juga boleh memilih kuahnya.

Antara menu kegemaran pengunjung sudah tentu makanan steamboat yang dihidangkan bersama kuah kacang dan sambal manakala yang lain seperti Mee Sup, Bakso, Rojak Petis, Tauhu/Char kue Bakar, Laksa Penang, Mee Rebus, Mee Goreng Kerang, Otak-Otak, Kacang Rebus Burger dan lain-lain lagi yang disediakan oleh berbelas-belas pengusaha Van Luton.

Lokasi : Medan Steamboat Luton Van Jalan Padi Emas 6/1 Bandar Baru uda Johor Bahru Johor

Waktu Operasi : 6.00 pm – 1.00 am

Harga : RM1.50 – RM 4.00 (bagi setiap cucuk)

Facebook : Medan Steamboat Luton Van Dataran

5. De’lanun Steamboat & Gril Tropika

De’lanun Steamboat & Gril Tropika Johor Bahru

Steamboat kat sini memang ada banyak pilihan untuk dipilih. Daging ada lebih daripada 5 jenis, ikan pun ada lebih daripada 5 jenis, ayam ada, hati ayam, pedal dan lain-lain lgi yang boleh anda pilih. Kalau aiskrim ada 5 perisa. Siap ada nasi minyak lagi, air kat sini pon ada banyak jenis.

De’lanun Steamboat & Gril Tropika

Memang tak payah pening kepala lagi kalau sampai kat sini untuk pilih makanannya. Harganya pula amatlah murah sekali bagi anda.

Yang paling special sekali kat restoran steamboat best di Johor Bahru ini ialah KAMBING GOLEK dan DAGING ARNAB. Anda boleh ambil sebanyak mana yang anda suka tapi jangan sampai membazir ya.

Lokasi  : No 81 Jalan Setia Tropika 1/8 Setia Tropika Johor Bahru Johor

Waktu Operasi : 4.00 pm – 12.00 pm (tutup hari Isnin)

Harga : RM24.00 (tiada had limit)

Facebook : De’lanun Steamboat & Grill Tropika

4. Seoul Garden Restaurant

Seoul Garden Restaurant

Seoul Garden Restaurant memang terkenal dengan keenakan steamboatnya. Bukan hanaya terkenal sebagai steamboat best di Johor Bahru, ianya juga terkenal di seluruh Malaysia. Kat sini terdapat banyak menu makanan untuk dipilih.

Seafoodnya juga segar-segar semuanya. Tak hairanlah jika ianya menajdi pilihan orang ramai tak kira dimana sahaja.

Seoul Garden Restaurant Johor Bahru

Di sini anda boleh makan sampai kenyang dan boleh memilih apa sahaja yang hendak dimakan. Seoul Garden ini terdapat di seluruh Malaysai.

Harganya juga tidaklah mahal pon. Ianya amat berpatutan sekali dan akan membuatkan anda berpuas hati. Disamping itu juga, di sini terdapat pelbagai hidangan makanan korea.

Lokasi : LG – 46,47&48 Lower Ground Floor KSL City Mall No 33 Jalan Seladang Taman Abad 80250 Johor Bahru

Waktu Operasi : 11.30 am – 11.30 pm

Harga : RM21.00 – RM40.00

Facebook : Seoul Garden Restaurant

 

3. BZ Steamboat Grill & Shellmix

BZ Steamboat Grill & Shellmix

Masih tercari-cari tempat menjamu selera yang dapat memenuhi citarasa anda sekeluarga? Sukakan kepelbagaian dalam pemilihan makanan? Ingin makan dan santai bersama keluarga yang mempunyai citarasa berlainan? BZ Steamboat, Grill & Shellmix semestinya pilihan yang tepat.

BZ Steamboat Grill & Shellmix Johor Bahru

Di sini ada menyediakan kepelbagaian pilihan dalam hidangan makanan. Hidangan dalam bentuk pakej dan ala carte juga tersedia. Bukan hanya steamboat dan shellmix, malahan western dan masakan panas juga  boleh dinikmati di BZ Steamboat, Grill & Shellmix.

Lokasi : No 7 Jalan Tembusu 1 Taman Rinting 81750 Masai Johor

Waktu Operasi: 6.00 pm – 1.00 am (Kecuali ISNIN)

Harga :

Facebok : BZ Steamboat Grill & Shellmix

2. Best BBQ & Steamboat

Best BBQ & Steamboat

Ianya terletak di Taman Gaya, Johor Bahru. Anda pasti akan berpuas hati bila tema “ALL YOU CAN EAT”. Kalau datang Johor cubalah makan di sini.  Pilihan ayam, ikan, udang sotong dan daging lembu, yang telah atau belum marinated juga boleh anda pilih. Ruang makan yang disediakan juga amat luas dan selesa sekali.



Terdapat pelbagai jenis pilihan sos untuk anda. Plihan seafoodnya juga segar-segar semuanya. Ada juga pelbagai jenis pilihan bebola iakn, udang, sotong, ketam dan daging.

Apa yang bestnya dekat sini anda boleh ambil apa saja untuk dimakan tetapi denda akan dikenakan sekiranya makanan yang diambil tadi tidak habis dimakan. Cas denda yang dikenakan adalah sebanyak RM5.00.

Lokasi : No 31 Jalan Sasa 5 81800 Ulu Tiram Johor

Waktu Operasi : 5.00 pm – 12.00 am

Harga : RM30.00 (Dewasa), RM15(Kanak-kanak), Rm10(Warga Emas)

Facebook : Best BBQ & Steamboat

1. Lagi Boom Steamboat & Grill

Lagi Boom Steamboat & Grill Johor

Nikmati steamboat dengan harga serendah RM19.90 di Lagi Boom Steamboat & Grill yang baru sahaja dibuka di Kip Home Mart Masai, Pasir Gudang yang menyediakan juga menu lain seperti Nasi Lemak Ayam Berempah, Nasi Beriani, Bubur dan Soto.

Terdapat pelbagai jenis seafood, ayam berempah, daging berempah, aneka sos, sambal, aneka sayur-sayuran, dan lain-lain lagi. Pencuci Mulut juga disediakan seperti Ais Krim Batang, Air Batu Campur (ABC) berserta dengan perisa mengikut tekak masing-masing. Anda boleh membuat sendiri dan memilih sendiri perisa untuk diletakkan pada ABC anda.

Lagi Boom Steamboat & Grill JB

Satu meja biasa nya boleh memuatkan antara 5 hingga 6 orang pada satu masa. Lagi Boom Steamboat & Grill mempunyai ruang Indoor dan Outdoor dengan bilangan 50 meja semua sekali dan mampu memuatkan sehingga 200 orang dalam satu masa. Pelanggan boleh membuat pilihan sama ada ingin menggunakan Dapur Elektrik atau Gas.



Lagi Boom Steamboat beralamat di Lot LS043 Masai Night Market di mana sebelum ini dikenali dengan nama Kiphome Mart, Taman Bukit Dahlia Masai, Pasir Gudang, Johor atau boleh juga Waze kan ke “”Courts KIP Home Mart”. Berada berhadapan dengan Petronas Taman Bukit Dahlia dan berdekatan dengan RATU Karaoke.

Lokasi : Lot LS043 Masai Night Market (Sebelum ini dikenali Kiphome Mart), Taman Bukit Dahlia Masai, Pasir Gudang, Johor

Waktu Operasi : 5.00 pm – 1.00 am

Harga : RM19.90 (Dewasa), RM9.90 (Kanak-kanak berumur 7-12 Tahun)

Facebook : Lagi Boom Steamboat & Grill

Kedai Steamboat Best di Johor Bahru

Steamboat Best di Johor Bahru Yang Terbaik Untuk Dinikmati Seisi Keluarga

Memang seronokkan bila dapat berkumpul beramai-ramai bersama dengan ahli keluarga atau rakan-rakan, lebih-lebih lagi bila dah lama tak jumpa berborak dan bersantai sambil makan hidangan yang lazat. Jadi alang-alang dah sampai JB anda boleh bercerita dan berborak panjang sambil masak makanan steamboat best di Johor Bahru ini.


Cari Penginapan Murah dan Berpatutan di Johor Bahru

Bagi anda yang mencari penginapan murah di Johor Bahru, Johor kami cadangkan agar menginap di hotel murah yang selesa di Johor Bahru dengan fasiliti yang menarik yang pernah kami kongsikan sebelum ini. Boleh rujuk artikel perkongsian kami yang sebelum ini —> Hotel Murah Di Johor

  • Add Your Comment

shares