17 Lokasi Tersorok Kawasan Air Terjun Yang Menarik Di Sekitar Selangor Dan Kuala Lumpur

Setelah penat bekerja dan mengerah keringat untuk mencari rezeki. Apa salahnya sekali sekala kita pergi menenangkan fikiran sambil membawa orang tersayang ke tempat-tempat yang tenang dan damai seperti kawasan air terjun di sekitar Selangor bagi merehatkan minda.

Kawasan Air Terjun di Sekitar SelangorBagi warga kota yang inginkan suasana yang semula jadi dan tidak jauh dari kota, terdapat banyak tempat yang boleh dilawati di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Air terjun adalah tempat yang sesuai untuk dilawati bagi menenagkan fikiran disamping melihat kehijauaan hutan, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Pasti si kecil seronok bila dapat mandi manda dan ibu bapa juga gembira melihat keseronokkan si kecil betul tak. Berikut adalah kawasan air terjun yang boleh anda lawati di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Jom Kita Tengok 17 Lokasi Kawasan Air Terjun Di Sekitar Selangor dan KL

17. Santuari Ikan Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu

Disini terdapat air terjun yang tinggi dan cantik, airnya juga jernih dan bersih memang sesuai sangat untuk bermandi manda. Tarikan utama di sini adalah pusat pemulihan ikan kelah sebab itu nama tempat ini Santuari Ikan Sungai Chiling, tidak perlu susah-susah pergi ke Pahang atau sabah untuk melihat ikan kelah.

Tempat ini diselia oleh Jabatan Perikanan Negeri, oleh itu ada beberapa peraturan dan larangan yang telah ditetapkan.

Saya sertakan peraturan dan larangan yang telah ditetapkan bagi memudahkan anda semua membuat persiapan antaranya ialah

  • Bayaran masuk RM1 bagi setiap orang
  • Hanya dibuka jam 8 pagi hingga 6 petang pada hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja (isnin – khamis tutup).
  • Hanya dibenarkan memasak atau BBQ di kawasan tapak perkhemahan sahaja
  • Selepas jam 3 petang tidak dibenarkan mendaki ke lokasi air terjun.
  • Deposit RM10 bagi setiap tapak untuk perkhemahan.
  • Deposit RM3 bagi setiap bag plastik dan botol air (deposit akan dipulangkan selepas menunjukkan barang-barang tersebut ketika hendak pulang)
  • Dilarang sama sekali menangkap dan membawa pulang ikan kelah kerana ia adalah spesis yang dilindungi.
  • Tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan ( kenderaan perlu di letakkan di tepi jalan besar dan perlu berjalan kaki kira-kira 40 minit)
  • Barangan berharga adalah tanggungjawab sendiri

Antara kemudahan yang disediakan ialah :

  • Tandas
  • Tempat mandi
  • Surau
  • Pondok rehat

16. Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat

Air Terjun Sungai Gabai

Air terjun yang tinggi dan kawasan mandi yang tidak terlalu banyk batu-batuan sangat sesuai untuk bermandi manda di sini. Anda juga boleh memasak dan BBQ di sini, pekan yang dekat juga mudah untuk beli barangan memasak.

Masjid juga dekat bagi anda yang inginkan keselesaan untuk solat atau berehat setelah penat berendam.

15. Air Terjun Sungai Tekala, Hulu Langat

Air Terjun Sungai TekalaBagi yang mempunyai anak yang masih kecil, sungai tekala memang sesuai untuk anda. Kerana disini arus yang tidak deras dan mempunyai kolam tadahan bagi memudahkan pengunjung untuk berendam.



Ada sedikit bayaran dikenakan, tetapi sangat murahdan berbaloi, hanya seringgit untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak. Antara kemudahan yng disediakan ialah surau dan tandas.

Tempat letak kereta didalam adalah terhad, tetapi tidak perlu risau sebab anda boleh meletakkan kenderaan di luar juga.

14. Air Terjun Kanching, Rawang

Air Terjun KanchingKawasan di sini sangat sesuai untuk dibuat aktiviti berkumpulan kerana terdapat kawasan lapang yang boleh digunakan untuk membuat sebarang aktiviti.

Air terjun yang tinggi dan kawasan mandi yang kurang berbatu juga sesuai untuk berenang. Juga disediakan tempat persalinan pakaian, teratak dan tandas.yang menariknya terdapat 7 peringkat tempat mandi, tetapi kemudahan yang disediakan adalah di tingkat bwh sahaja.



Terdapat juga binatang eksotik di sini tetapi untuk mengambil gambar anda dikenakan bayaran.

13. Air Terjun Sungai Pisang, Gombak

Air Terjun Sungai PisangBagi yang sukakan aktiviti lasak atau jungle tracking, sungai pisang adalah memang sesuai untuk anda kerana untuk kesana bukan semudah air terjun lain yang boleh bawa kenderaan sampai ke tempat mandi. Untuk ke tempat air terjun sungai pisang anda perlu berjalan meredah hutan dan sungai.

Tidak ada kemudahan disediakan dan jalan yang perlu ditempuh juga agak sedikit mencabar. Anda disarankan untuk memakai kasut sepanjang perjalanan dan sangat tidak sesuai untuk membawa sikecil bersama.

Selain itu bag kalis air juga sangatlah penting kerana laluan air yang akan anda tempuh menyukarkan anda untuk membawa barangan anda tanpa terkena air.

12. Sungai Inki Kalumpang, Hulu Selangor

Sungai Inki KalumpangDi sini anda kena pandai pilih tempat sebab ada kawasan yang banyak batu dan ada yang kurang berbatu. Untuk mandi disini kenalah pilih kawasan yang kurang berbatu, jadi anda perlulah datang awal sebelum penuh.

Untuk memasak memang tidak ada masalah, kawasan disekitar sungai dibenarkan memasak cuma jagalah kebersihan alam sekitar kita. Ada terdapat jambatan gantung menyeberangi sungai untuk pejalan kaki sahaja, sesuai untuk mengambil gambar yang cantik sebagai kenangan.

11. Lata Makau, Kuala Kubu Bharu

Bagi yang suka berjalan kaki sambil melihat keindahan alam, anda wajib pergi ke sini sebab terdapat banyak pemandangan indah yang akan anda lihat.

Antaranya ialah air terjun berkembar, pasti anda pelikkan macam mana bentuk air terjun ini, jadi anda kenalah datang dan lihat sendiri.

10. Air Terjun Semangkuk, Hulu Selangor

Air Terjun SemangkukBagi yang pergi ke bukit Fraser atau Empangan Kuala Kubu Bharu, anda boleh singgah ke sini bermandi manda sambil melihat air terjun.

Kawasan ini agak kecil tetapi anda boleh singgah untuk bermandi manda bersama keluarga kerana sudah dekat (sambil menyelam minum air) betul tak.

9. Hutan Lipur Sungai Kedondong, Hulu Selangor

Hutan Lipur Sungai Kedondong

Sumber Google: http://atukblogger.blogspot.my/

Siapa yang suka dengan air yang dalam, anda pasti seronok bila datang ke sini. Air yang dalam dan dikelilingi batu yang besar sangat seronok bila dapat mandi bersama rakan-rakan untuk membuat terjunan sambil melakukan aksi-aksi menarik.



Lebih kurang 10km dari sini terdapat kolam air panas yang anda boleh singgah setelah  kesejukkan akibat lama berendam di sini.

8. Air Terjun Sungai Sendat, Hulu Selangor

Air Terjun Sungai Sendat

Sumber Google: http://rondacuti.blogspot.my/

Di sini anda boleh berkhemah dengan selesa kerana tapak untuk perkhemahan telah disediakan. Air terjun disini mempunyai 3 tingkat, bagi yang sukakan air yang dalam, anda boleh ke tingkat tiga. Bagi yang mempunyai anak kecil, anda boleh mandi di tingkat kedua kerana airnya yang cetek.

Di tingkat satu mempunyai kolam yang luas. Anda juga boleh menggelongsor dari tingkat dua ke tingkat satu kerana terdapat batuan yang rata, pasti seronok jika dapat bermain gelongsor di kawasan air terjun.

7. Air Terjun Serendah, Rawang

Air Terjun Serendah

Sumber Google: http://duitdarionline.blogspot.my/2014/02/air-terjun-serendah-di-rawang-selangor.html

Nama je air terjun serendah tapi air terjun di sini tidak lah rendah. Sangat seronok jika dapat duduk dibawah air terjun, rasa seperti kepala dan bahu diurut-urut.

Sangat sesuai jika datang bersama keluarga sebab kawasan mandi disini luas dan kurang berbatu.

6. Hutan Lipur Sungai Congkak, Hulu Langat

Hutan Lipur Sungai CongkakBagi yang sukakan privasi, di kawasan ini terdapat resort yang bersebelahan dengan Sungai Congkak, sangat sesuai jika anda ingin bermalam disini dengan bunyi air sungai yang mengalir dapat membawa anda ke alam mimpi yang indah.

Hutan lipur sungai congkak semamngnya salah satu tarikan kawasan air terjun di sekitar Selangor yang menjadi lokasi pilihan dan dikenali ramai.

5. Air Terjun Perdik, Hulu Langat

Air Terjun Perdik

Sumber Google: http://pheewiitmonalisa.blogspot.my/2014/10/mencari-cinta.html

Sesuai untuk melakukan aktiviti team building kerana suasana disini lebih kepada jungle trekking dan perkhemahan.

Anda juga boleh melakukan aktiviti pendakian ke bukit Chenuang yang tingginya 850 meter dari paras laut.

4. Air Terjun Batu Asah, Hulu Langat

Air Terjun Batu Asah

Sumber Google: http://sini.com.my/

Masih ramai lagi tak tahu belakang Zoo Negara terdapat air terjun yang cantik, siap ada tali dan gelongsor lagi. Nama lain tempat ni adalah air terjun Kemensah sebab air terjun ni terletak di kampung Kemensah.

Anda juga boleh bermalam di chalet yang terdapat disini.

3. Sungai Lapoh Village

Sungai Lapoh VillageChalet di sini banyak dan murah, sangat sesuai untuk di jadikan destinasi pilihan untuk hari keluarga.

Kemudahan yang terdapat di sini juga lengkap dan suasana yang tenang seperti satu perkampungan yang damai. Bagi yang hendak merasai suasana kampung yang mendamaikan, anda boleh menikmatinya di sini.

2. Taman Rimba Komenwel, Selayang

Taman Rimba Komenwel

Sumber Gambar: http://miszerizawa.blogspot.my/2011/03/one-utamai-citytaman-rimba-komanwel.html

Di sini anda berpeluang merasai pelbagai aktiviti lain yang menarik selain mandi air terjun. Anda boleh menunggang kuda, bermain paint ball, flying fox, abseiling, berakit, jungle trekking dan berbasikal di trek mountainbike (basikal perlu dibawa sendiri).



Memang satu pengalaman yang menyeronokkan jika dapat meluangkan masa ke kawasan air terjun di sekitar Selangor ini.

1. Hutan Lipur Bukit Lagong

Hutan Lipur Bukit LagongMungkin anda fobia dan takut dengan monyet bila berkelah di beberapa tempat. Di sini anda tidak perlu risau, setakat ini tidak ada gangguan monyet yang berlaku. Memang terbukti menjadi lokasi pilihan kawasan air terjun di sekitar selangor dan Kl fisebabkan faktor ini.

Jadi anda boleh berkelah dan mandi manda tanpa risau akan kehadiran monyet yang mengganggu anda di sini.

Jadi bagi anda yang inginkan percutian yang menarik tetapi tidak ada masa yang lama untuk bercuti atau tidak mempunyai bajet yang banyak, anda bolehlah merancang percutian anda ke kawasan-kawasan yang menarik di sekitar anda, khususnya bagi warga sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, anda boleh pergi ke lokasi tempat peranginan kawasan air terjun di sekitar Selangor dan KL yang telah dinyatakan di atas.

Leave a Reply