fbpx

15 Hotel Murah Di Seremban

Merancang percutian itu merupakan satu perkara yang penting sebelum memulakan perjalanan supaya dapat meng elak dari masalah. Jadi sebelum anda bercuti pastikan anda sudah bersiap sedia dari segi kewangan, lokasi percutian dan yang paling penting tempat untuk bermalam. Saya pasti ramai orang yang memilih hotel dijadikan pilihan utama untuk bermalam sewaktu percutian kerana lebih selesa dan mudah untuk kemana-mana tempat percutian anda. Bagi anda yang memilih Negeri Sembilan sebagai destinasi percutian anda, anda tidak perlu risau kerana di sini terdapat beberapa hotel murah di Seremban yang boleh anda bermalam.

Hotel Murah di Seremban

Saya tahu mesti ramai orang yang ingin mencari hotel yang menawarkan harga yang murah kerana ingin menjimatkan bajet perbelanjaan sewaktu bercuti. Yelah jika kita boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah kenapa perlu bayar lebih. Betul tak?

15 Hotel Murah di Seremban Bajet Bawah RM100 & RM200

Mari kita lihat hotel – hotel yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan.

15. Sutera Hotel

Sutera Hotel Seremban

Hotel ini terletak berdekatan dengan Shopping Mall terkemuka di negeri ini iaitu Terminal One Seremban dan Wisma Negeri. Hotel ini sememangnya menjadi tumpuan ramai pelancong kerana ianya terletak di tempat di tengah-tengah bandar Seremban dan sudah semestinya terdapat banyak kedai makan, tempat membeli-belah dan sebagainya.

Bilik Sutera Hotel SerembanAntara fasiliti yang disediakan di hotel ini ialah bilik berhawa dingin yang dilengkapi dengan kemudahan TV, pengering rambut, kemudahan dobi dan banyak lagi. Bilik yang disedikan di sini ialah bilik keluarga yang mana boleh menampung seramai 3 orang manakala bagi bilik ‘Standard Double atau “Twin” hanya boleh menampung 2 orang sahaja.



Harga untuk satu malam bagi bilik keluarga ialah RM180 dan RM100 bagi bilik “standard double”.

Lokasi : No 77 & 78, Persiaran S2/B2, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan.

Harga : bermula dari RM 100 sebilik semalam

Tempahan online:

>Booking.com<

>Agoda<

14. Klana Resort Seremban

Klana Resort Seremban

Antara kemudahan utama yang disediakan oleh pihak hotel ialah penyaman udara bagi setiap bilik, kolam renang, lif, restoran dan wifi. Hotel Klana Resort Seremban ini terletak berhampiran dengan Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Pall Mall, Pasar Besar Seremban dan Seremban Komuter.

Bilik Klana Resort Seremban

Klana Resort ini juga sentiasa menjadi perhatian para pelancong tidak kiralah yang datang untuk bercuti atau untuk bekerja. Hotel ini menyediakan bilik “superior Double” atau Twin room yang mana hanya RM187 termasuk cukai bagi satu malam dan untuk Delixe Double atau Twin Room pula hanya RM204 sahaja.

Lokasi : PT 4388, Jalan Penghulu Cantik, Taman Tasik Seremban, Seremban, Negeri Sembilan

Harga : bermula dari RM187 sebilik semalam

Tempahan online:

>Booking.com<

>Agoda<

13. Smart Hotel

Smart Hotel Seremban

Hotel yang terletak di Kemayan Square ini merupakan salah satu hotel murah di Seremban yang menawarkan harga yang murah bagi pelancong yang ingin mencari hotel bajet untuk anda bermalam.

Bilik Smart Hotel SerembanAntara kemudahan utama yang disediakan ialah kemudahan WIFI percuma. Jika anda ingin bershopping anda tidak perlu risau kerana hotel ini terletak berhampiran dengan Pall Mall Seremban. Bilik yang disediakan di sini ialah bilik bersaiz “Queen” yang boleh menempatkan seramai 2 orang dan harga yang ditawarkan ialah bermula dari RM76.57 sahaja.

Lokasi : 14, Jalan Toman 2, Kemayan Square, Seremban, Negeri Sembilan

Harga : bermula dari RM 76.57 sebilik semalam.

Tempahan online:

>Booking.com<

>Agoda<

12. Time Hotel Seremban

Time Hotel Seremban

Anda juga boleh memeriksa Time Hotel kerana hotel ini juga menawarkan harga yang berpatutan dan yang paling penting menyediakan beberapa kemudahan utama di sini antaranya ialah kemudahan WIFI percuma, tempat letak kereta percuma dan perkhidmatan kaunter tetamu 24 jam.

Bilik time Hotel Seremban

Hotel murah di Seremban ini terletak di Taman Labu dan berdekatan dengan KPJ Seremban Specialist Hospital. Terdapat dua jenis bilik yang ditawarkan di hotel ini iaitu “Superior Room” yang mana menyediakan 1 katil ratu dan hanya untuk 2 orang tetamu sahaja.



Satu lagi bilik ialah “Deluxe Room” yang juga menempatkan 2 orang dan jika anda memilih bilik ini, anda akan mendapat lebih kelebihan jika memilih bilik ini.

Lokasi : 2400, Taman Labu Utama, Jalan Sungai Ujong, Seremban, Negeri Sembilan.

Harga : bermula dari RM70.05 sebilik semalam

Tempahan online:

>Booking.com<

>Agoda<

11. Lotus Hotel Seremban

Hotel Lotus Seremban

Hotel ini bertaraf 3 bintang yang menawarkan harga yang murah dan boleh dikatakan hotel bajet untuk para pelancong. Hotel murah di Seremban ini terletak di kawasan yang strategik iaitu berhampiran dengan Pall Mall dan Pasar Besar Seremban.

Lotus Hotel Seremban

Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah WIFI percuma dan penyaman udara. Terdapat 3 pilihan bilik yang boleh anda pilih untuk bermalam iaitu “Deluxe Twin Room”, “Deluxe Double Room”, dan “Deluxe Triple Room”. Harga bagi setiap bilik adalah berbeza kerana kemudahan yang ditawarkan adalah berbeza-beza.

Lokasi : No. 1, Jalan Toman 2, Kemayan Square, Seremban, Negeri Sembilan

Harga : bermula dari RM69.66 sebilik semalam.

Tempahan online:

>Booking.com<

10. Sri Senawang Hotel

Sri Senawang Hotel

Hotel ini terletak di Jalan Orkid dan terletak 6.34km dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan 3.85km dari Sungai Gadut Stesen Komuter. Bagi anda yang mempunyai urusan kerja yang berdekatan dengan Senawang, anda boleh jadikan hotel ini sebagai pilihan anda untuk bermalam.

Bilik Sri Senawang Hotel

Antara kemudahan utama yang disediakan di hotel ini ialah WIFI, penyaman udara dan tempat letak kereta percuma. Terdapat dua jenis bilik yang disediakan di hotel ini iaitu “Standard Twin Room” dan “Superior Twin Room”. Kedua-dua bilik ini hanya boleh menempatkan 2 orang sahaja tetamu.

Lokasi : No.86, Jalan Orkid 2, Taman Senawang Indah, Senawang, Seremban.

Harga : bermula dari RM 75.07 sebilik semalam.

Tempahan online:

>Booking.com<

>Agoda<

9. Hotel Rasah Seremban

Hotel rasah Seremban

Terletak berhampiran dengan Pall Mall dan Stesen Kereta api Seremban, hotel ini juga menjadi tumpuan pelancong kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan perkhidmatan yang disediakan. kemudahan yang disediakan di sini antaranya ialah percuma WIFI, tempat meletak kenderaan percuma dan penyaman udara.

Bilik Hotel Rasah Seremban

Di sini anda boleh membuat banyak pilihan untuk bermalam kerana terdapat beberapa jenis bilik yang disediakan di sini antaranya “Standard Single Room”, “Deluxe Queen Room”, Deluxe King Room”, “Deluxe Twin Room”, “Executive VIP room”, “Deluxe Triple room” dan “Family Quad Room”.

Jadi anda tidak perlu pening kepala untuk membuat pilihan kerana setiap bilik mempunyai keistimewaanya yang tersendiri mengikut keperluan anda.

Lokasi : Jalan Rasah, Bukit Rasah, Seremban, Negeri Sembilan

Harga :bermula dari RM76 sebilik semalam.

Tempahan online:

>Booking.com<

>Agoda<

8. Hotel Lavender Senawang

Hotel Lavender Senawang

Hotel yang diwarnakan dengan warna seperti lavender iaitu warna putih dan ungu ini menjadi pilihan orang ramai kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Sudah tentu ramai orang yang datang bermalam di sini kerana lokasinya juga terletak di tempat yang strategik.

Bilik Hotel Lavender Senawang

Hotel 3 bintang ini juga menyediakan beberapa kemudahan utama seperti penyaman udara bagi setiap bilik, restoran dan percuma wifi untuk para tetamu. DI sini anda boleh tinggal di hotel ni sekurang-kurangnya selama 4 jam dari masa anda daftar masuk dan daftar keluar pada hari yang sama.

Lokasi : 136, Jalan Lavender Heights, 3, Pusat Perniagaan Lavender Height, Seremban

Harga : bermula dari RM49.85

Tempahan online:

>Booking.com<

>Agoda<

7. Sri Mutiara Hotel

Sri Mutiara Hotel Seremban

Hotel ini juga terletak di Jalan Toman Kemayan Square dan terletak berhampiran dengan pusat mwmbeli-belah iaitu Pall Mall. Hotel ini juga sama seperti hotel-hotel yang  lain iaitu menyediakan WIFI percuma untuk menarik lebih ramai orang untuk bermalam di sini.

Bilik Sri Mutiara Hotel Seremban

Hanya terdapat 1 jenis bilik yang disediakan di hotel ini iaitu triple room yang mana boleh menampung 3 orang tetamu untuk satu bilik. Terdapat 1 katil bersaiz “queen dan 1 katil bersaiz “single” dan bilik ini menyediakan penyaman udara dan cerek elektrik.

Lokasi : 134, Jalan Toman 6, Kemayan Square, Seremban

Harga : bermula dari RM117.10 sebilik semalam.

Tempahan online:

>Booking.com<

>Agoda<

6. Uptown Hotel Seremban

Uptown Hotel Seremba

Hotel ini terletak di Seremban 2 dan terletak berdekatan dengan “Sehat Health Care Centre” yang mana juga merupakan di antara hotel murah yang terdapat di Seremban ini. Hotel ini menawarkan 4 jenis bilik yang boleh anda pilih untuk bermalam sewaktu bercuti.

Bilik Uptown Hotel Seremban

Antara bilik yang disediakan ialah “Deluxe Twin Room”, “Deluxe King Room”, “Superior Triple Room dan “Deluxe Triple Room”. Anda boleh pilih bilik yang bersesuaian dengan kehendak anda. Harga bagi setiap bilik adalah berbeza mengikut kemudahan yang disediakan.

Lokasi : Jalan S2 B10, Seremban 2, Seremban 2, Seremban.

Harga : bermula dari RM 111.63 sebilik semalam.

Tempahan online:

>Booking.com<

>Agoda<

5. Hotel Seri Malaysia Seremban

Hotel Seri Malaysia Seremban

Hotel ini merupakan antara hotel yang terkenal di negeri ini yang juga menjadi tumpuan orang ramai khususnya mereka yang ingin mengadakan majlis tertentu di sini. Hotel ini juga menyediakan beberapa fasiliti utama iaitu kemudahan WIFI percuma, restoran, penyaman udara dan sebagainya.

Bilik Hotel Seri Malaysia Seremban

Hotel ini menyediakan 3 jenis bilik untuk para tetamunya antaranya ialah “Superior Queen Room”, “Superior Twin Room” dan “Family Room”. Hotel ini terletak berhampiran dengan stesen komuter Seremban.

Lokasi : Jalan Sungai Ujong, Seremban, Negeri Sembilan.

Harga : bermula dari RM 139.50 sebilik semalam

Tempahan online:

>Booking.com<

>Agoda<

4. Seremban International Inn

Seremban International Inn

Terletak di Jalan Tunku Hassan, hotel murah di Seremban ini menawarkan harga terendah dengan RM 55 sebilik bagi satu malam. Hotel ini menawarkan 3 jenis bilik iaitu “Standard Double Room”, “Standard Quadruple Room”, dan “Standard Family Room”. Bagi anda yang dapat bercuti bersama keluarga anda boleh pilih pakej bilik iaitu “Standard Family Room”.

Lokasi : Jalan Tunku Hassan, Seremban, Negeri Sembilan

Harga : bermula dari RM55 sebilik semalam.

Tempahan online:

>Agoda<

3. Hotel Goldenview Nilai

Hotel Golden View Nilai

Jarak Seremban dan Nilai tidak la begitu jauh. Jika anda berhajat untuk menginap Hotel di nilai boleh memcuba Hotel Goldenview. Hotel ini merupakan antara hotel yang menawarkan harga yang murah daripada bandingan fasiliti yang disediakan.

Bilik Hotel Goldenview Nilai

Hotel ini terletak berhampiran dengan USIM dan Nilai 3 dan menjadi tumpuan orang ramai kerana terletak di tengah-tengah diantara Seremban dan Kuala Lumpur. Bilik yang disediakan di sini ialah “Superior Queen Room”, “Superior Twin Room”, dan “Deluxe Family Room”. Antara kemudahan yang tersedia di sini ialah restoran, penyaman udara dan tempat letak kereta percuma.

Lokasi : Lot PT 12952, Jalan BBN 1/7D, Putra Nilai, Mukim Labu, Nilai, Seremban

Harga : bermula dari RM90.59 sebilik semalam

Tempahan online:

>Agoda<

2. The Aston Hotel

The Aston Hotel Nilai

Anda juga boleh pilih hotel ini untuk dijadikan sebagai tempat untuk menginap sewaktu bercuti bersama keluarga. Harga sebilik di hotel ini juga berpatutan walaupun agak tinggi berbanding hotel-hotel yang lain tetapi perkhidmatan yang ditawarkan sangat berbaloi.

Bilik The Aston Hotel Nilai

Antara kemudahan utama yang disediakan ialah WIFI, restoran, dan perkhidmatan kaunter tetamu 24 jam. Terdapat beberapa jenis bilik yang disediakan di sini dan anda boleh memilih mengikut bajet anda.

Lokasi : PT 7182, Jalan BBN 1/2E, Putra Nilai, Seremban

Harga : bermula dari RM110 sebilik semalam.

Tempahan online:

>Booking.com<

>Agoda<

1. Hype Motorsports Hotel

Hype Motorsport Nilai

Mempunyai nama yang unik menjadikan hotel ini terkenal di kalangan para pengunjung terutamanya mereka yang minat sukan permotoran.

Bilik Hype Motorsport Nilai

Hotel murah di Seremban ini tidak jauh dari Sepang dan sudah semestinya menjadi pilihan kerana terletak di tempat yang strategik iaitu berdekatan dengan pusat membeli belah terkenal di Negeri Sembilan iaitu Nilai 3. Terdapat 4 jenis bilik yang disediakan di hotel ini antaranya ialah “Standard Twin”, “Standard King”, “Superior Hollywood Twin” dan “Superior Twin”.

Lokasi : Lot 31582, Mukim Labu Nilai, Nilai, Seremban

Harga : bermula dari RM133.65 sebilik semalam.

Tempahan online:

>Booking.com<

>Agoda<

Bagi anda yang ingin bercuti ke negeri yang penuh beradat ini, anda tidak perlu risau lagi untuk mencari hotel-hotel yang menawarkan harga yang murah. Sebenarnya banyak lagi hotel yang murah boleh anda temui di Seremban ini, Cuma rajin tak rajin nak mencarinya.

Jom Bercuti Ke Negeri Sembilan Dan Tempah Hotel Murah di Seremban

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara membuat tempahan dan kemudahan bagi setiap bilik di hotel murah di Seremban ini, anda bolehlah ke laman rasmi hotel tersebut atau laman-laman yang lain seperti Agoda atau Booking.com. Selamat mencuba!

  • Add Your Comment

shares