6 Hotel Murah di Langkawi | Bajet RM100 dan RM200

Pulau Langkawi adalah salah satu kawasan yang diberi status bebas cukai pada tahun 1997 dan merupakan pulau peranginan yang menjadi tumpuan ramai orang kerana keindahan pulaunya yang berjaya menarik pengunjung – pengunjung dari dalam mahupun luar negara untuk menghabiskan waktu cuti mereka di sini. Sebelum ke Langkawi, saya sendiri pun tidak pasti hotel murah di Langkawi yang mana paling selesa dan berbaloi dengan harga yang dibayar.

Pakej Ke Pulau Langkawi Cable Car

Cable Car di Gunung Mat Cincang Langkawi

Senarai 6 Hotel Murah di Langkawi dengan Bajet dari Rm100 dan Rm200Pakej Ke Pulau Langkawi Pulau Pulau

Banyak tempat yang boleh dilawati di Langkawi antaranya kereta kabel Langkawi, Skybridge, Pantai Tanjung Rhu, Air Terjun Telaga Tujuh dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah jika pelancong yang datang akan bermalam di Langkawi kerana tidak mahu melepaskan peluang meneroka keindahan tempat – tempat di pulau ini.



Para pelancong pasti akan mencari hotel – hotel yang berdekatan dengan Pulau Langkawi untuk menginap. Sudah semestinya hotel yang menjadi pilihan pengunjung ialah hotel yang harganya berpatutan dan murah bagi menjimatkan kos percutian mereka.

Hotel Murah Di Langkawi Hotel Easy CrystalHotel Easy Crystal

Terdapat beberapa hotel murah yang sentiasa menjadi tumpuan ramai pelancong di Langkawi antaranya ialah hotel Easy Crystal yang terletak berhampiran dengan pekan Pantai Cenang. Hotel ini menyediakan perkhidmatan parking percuma, servis photocopy dan menyimpan bagasi pelancong.

Selain itu terdapat juga beberapa kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel kepada para tetamu antaranya ialah Wifi percuma, televisyen, pengering rambut dan penyaman udara. Hotel ini juga berdekatan dengan Cenang Mall dan Langkawi Underwater World.

Harga bagi satu malam penginapan ialah RM 140. Bagi pelancong yang ingin bermalam di hotel ini bolehlah ke hotel Easy Crystal ini di Tanjung Mali, Jalan Pantai Cenang.

The Villa Hotel Murah di LangkawiThe Villa Langkawi

Seterusnya ialah The Villa Langkawi yang terletak di alamat Lot 993, Pantai Tengah, Mukim Kedawang. Hotel ini juga merupakan salah satu hotel yang sentiasa menjadi bualan ramai pengunjung kerana hotel ini tidak jauh dari lapangan terbang Langkawi iaitu hanya mengambil masa 10 minit sahaja.

Hotel ini juga berdekatan dengan Underwater World, Alun – alun spa dan sebagainya.



Hotel ini menyediakan banyak fasiliti penginapan antaranya ialah Wifi percuma di semua bilik, kolam renang, taman, kedai runcit, penyaman udara, televisyen dan sebagainya. Dengan harga yang berpatutan iaitu RM188 bagi satu malam semua kemudahan ini sangat berbaloi untuk pelancong yang datang menginap di hotel ini.

Oyo Room Hotel Murah di Langkawi Kuah Night MarketOYO Rooms Kuah Night Market

OYO Rooms Kuah Night Market juga merupakan hotel murah di Langkawi yang sentiasa menjadi pilihan para pengunjung yang ingin mencari hotel bagi penginapan mereka.

Hotel yang terletak di Plot No. 1, 07000 Kuah ini sentiasa menjadi tumpuan ramai kerana harga yang ditawarkan sangat murah iaitu RM84 dengan menyediakan kemudahan Wifi yang percuma dalam setiap bilik di samping bilik yang berhawa dingin serta televisyen dan Astro di dalam setiap bilik. OYO Rooms Kuah ini terletak berdekatan dengan Langkawi Kristal dan Sungai Kilim.

Eagle Bay Hotel Murah di LangkawiEagle Bay Hotel

Para pelancong juga boleh menginap di Eagle Bay Hotel kerana hotel ini juga memberikan banyak kemudahan fasiliti yang terbaik kepada para tetamu mereka. Hotel ini terletak di 33 Persiaran Putera, Kuah dan menerima bayaran untuk satu malam dengan harga serendah RM87 sahaja.

Walaupun harga yang ditawarkan sangat murah tetapi banyak kemudahan yang disediakan untuk pelancong antaranya ialah bilik sejuk berhawa dingin yang dilengkapi dengan televisyen, cerek elektrik, kolam renang dan sarapan percuma.

Terdapat banyak tarikan yang popular di Bandar Kuah ini iaitu seperti Dataran Lang, Taman CHOGM dan Masjid Al-Hana yang terletak berdekatan dengan hotel ini.

Jadi sangat berbaloi jika pelancong menginap di hotel ini kerana selain daripada harga yang sangat murah, kemudahan yang disediakan juga sangat bagus dan berdekatan dengan tempat – tempat yang menarik di Langkawi.

Baron hotel LangkawiLangkawi Baron Hotel

Selain itu juga, Langkawi Baron Hotel juga merupakan salah satu hotel yang berjaya menarik tumpuan ramai pelancong dari dalam mahupun luar negara untuk bermalam di sini. Hotel ini terletak berhadapan dengan pasar malam popular di Pekan Kuah.

Ruang bilik yang disediakan juga sangat selesa kerana ia lengkap dengan penyaman udara, cerek elektrik, Wifi percuma dan bilik air persendirian. Hotel ini juga tidak jauh dari lokasi kereta kabel Langkawi dan Pantai Cenang.

Harga bagi satu malam di hotel ini ialah serendah RM90 sahaja. Hotel ini terletak di No.2 Jalan Lencongan Putera 3, Mukim Kuah, 07000 Kuah.

Citin Hotel LangkawiCitin Hotel Langkawi

Dengan harga bilik serendah RM102 tidak hairanlah kenapa hotel ini sangat popular dengan pelancong. Bagi pelancong yang bercuti di Langkawi untuk membeli – belah bolehlah menginap di hotel ini kerana hotel ini berdekatan dengan kompleks membeli belah duty free di Pekan Kuah.



Bilik berwarna – warni serba moden dengan kelengkapan Wifi percuma, bilik mandi peribadi dan televisyen merupakan antara fasiliti yang disediakan oleh pihak hotel buat para pelancong. Jarak hotel ini dari Lapangan Terbang Langkawi juga tidak jauh iaitu hanya memerlukan 30 minit sahaja.

Jadi banyak kelebihan yang pelancong dapat jika bermalam di Langkawi Baron Hotel ini.

Pakej Ke Pulau Langkawi PantaiApa lagi !! Jom Ke Bercuti ke Langkawi dan Tempah Hotel Murah di Langkawi

Hotel-hotel yang menawarkan harga yang murah ini juga mempunyai banyak kemudahan dan fasiliti yang pasti akan memberi kepuasan buat para pelancong yang menginap di Langkawi. Selain dari dapat menjimatkan perbelanjaan pelancong, hotel murah di Langkawi ini juga memberikan kelainan yang berbeza dan memudahkan pergerakan para pelancong yang ingin melawat tempat – tempat yang menarik di Langkawi.



Dengan adanya hotel – hotel bajet di kawasan pelancongan seperti Langkawi ini sangat diperlukan bagi pelancong yang ingin melancong dengan kos yang rendah dan berpatutan.

  • Add Your Comment

shares