10 Hotel Murah Di Ipoh Dengan Fasiliti Lengkap

Hotel murah di Ipoh Perak ini jumlahnya cukup banyak. Terdapat lebih daripada 100 buah hotel yang boleh anda lihat, bermula dari hotel tak ada bintang sehingga hotel bertaraf lima bintang. Harga yang ditawarkan juga bervariasi.

10 Hotel Murah Di Ipoh Dengan Fasiliti Lengkap

Hotel Murah di Ipoh

Demi menjimatkan masa dan perbelanjaan anda ketika berada di bandar Ipoh ini, berikut adalah senarai hotel murah di Ipoh dengan tawaran harga serendah RM15.

10. Checkedinn Hotel

Checkedinn Hotel Ipoh

Hotel ini sangat unik, walaupun kecil tetapi selesa kerana susunan dan warna dinding yang mereka gayakan membuatkan ruang yang kecil ini menjadi luas.

Bilik Checkedinn Hotel Ipoh

Hotel ini berdekatan dengan pusat membeli belah AEON Ipoh stesen 18, stesen kereta api dan juga lapangan terbang Ipoh. Harga untuk satu malam adalah RM49.

Kemudahan yang disediakan

  • TV bersaluran satelit
  • Penyaman udara
  • Wi-Fi percuma
  • Tempat letak kenderaan
  • Peralatan mandian
  • Pancuran mandian
  • Pengering rambut
  • Ruang penyimpanan bagasi
  • Khidmat lapangan terbang (caj tambahan)
  • Dobi (caj tambahan)
  • Khidamat penghantaran makanan ke bilik(caj tambahan)
  • Bilik merokok

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

9. Chokodok Reggae House

Chokodok Reggae House Ipoh

 

Apa yang menarik dengan hotel ini ialah hiasan dalaman dan juga luarannya. Berkonsepkan Reggae yang penuh dengan warna warni sebab itulah nama hotel ni Chokodok Reggae House. Sangat sesuai bagi backpacker dan juga berkeluarga.

Bilik Chokodok Reggae House Ipoh

Bagi backpacker anda boleh menginap di bilik kongsi yang mempunyai 3 katil bertingkat boleh  memuatkan 6 orang pada satu malam, bayaran yang dikenakan adalah serendan RM15 seorang untuk satu malam.



Bagi yang inginkan privacy anda boleh menginap di bilik yang mereka ada, hanya RM40 sahaja untuk satu malam (2 orang dewasa).

Kemudahan yang disediakan

  • Wi-Fi percuma
  • Bilik tidak merokok
  • Restoran

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

8. 1981 Guest House

1981 Guest House

Photo Kredit: rebeccasaw.com

Dengan bentuk bangunan yang klasik dan kawasan yang tidak terlalu sibuk seakan akan membawa anda seperti berada di tahun 80-an. Ciri yang mereka bawakan ini sangat menarik kerana dari luar ia Nampak seakan klasik tetapi hiasan dalamannya bercirikan moden.

Bilik 1981 Guest House

Photo Kredit: rebeccasaw.com

Jadi gabungan idea ini menjadikan hotel ini lebih menarik bagi anda untuk menginap di sini, dengan harga yang sangat berpatutan hanya bermula dari RM22.40 untuk katil single dan  RM44.80 untuk katil double.

Kemudahan yang disediakan

  • TV bersaluran satelit di ruang tamu
  • Dobi
  • Seterika
  • Ruang menyimpan bagasi
  • Almari
  • Penyaman udara
  • Restotan
  • Basikal (caj tambahan)
  • Bilik permainan

Tempah Melalui Agoda

7. T Hotel Ipoh

T Hotel Ipoh

Hotel ini sesuai bagi mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Bilik yang disediakan besar dan selesa, banyak jenis bilik yang boleh anda  pilih pada harga bermula dari RM60.

Bilik T Hotel Ipoh

Dengan kelengkapan yang disediakan seakan-akan menginap di hotel yang bertaraf 3 bintang. Katil yang empuk, cahaya kuning yang memenuhi bilik dan kekemasan susunan bilik membuatkan anda berpuas hati dengan layanan yang diberikan.

Kemudahan yang disediakan

  • TV bersaluran satelit
  • Penyaman udara
  • Wi-Fi percuma
  • Khidmat lapangan terbang (caj tambahan)
  • Tuala
  • Set mandian
  • Pancuran air panas
  • Set meja solek
  • Almari
  • Set bancuhan air

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

6. 1 Day Car Hotel Station

1 Day Car Hotel Station Ipoh

Hotel ini sangat sesuai bagi anda yang ingin membawa ahli keluarga datang bercuti ke Ipoh. Hotel ini menawarkan bilik yang sangat selesa dan kelihatan agak mewah dengan susun atur perabotnya. Ianya juga menawarkan pelbagai jenis bilik iaitu classic quadruple room, deluxe double room, single room, superior double room, standard room and double or twin room.

Bilik 1 Day Car Hotel Station Ipoh

Harganya bermula daripada RM63 sahaja dengan kemudahan yang lengkap dan berdekatan dengan bandar yang jaraknya hanyalah 3.1km. Hotel ini berdekatan dengan AEON mall Kinta City dan banyak lagi.

Kemudahan yang disediakan ialah

  • Wi-Fi percuma
  • Parking percuma
  • TV bersaluran satelit
  • Set mandian
  • Tuala
  • Penyaman udara
  • Set meja solek
  • Set bancuhan air

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

5. Hollywood Hotel

Hollywood Hotel Ipoh

Hotel murah di Ipoh yang mewah ini berdekatan dengan AEON Mall Kinta City yang jaraknya hanya 400meter. Apabila anda masuk sahaj ke hotel ini anda akan merasa suasana yang romantic dan feeling-feeling berada di Hollywood gitu. Hehehehe… Susun atur perabotnya juga menarik sekali.

Bilik Hollywood Hotel

Daripada luar memang unik bentuk bangunannya dan mewah. Mesti anda akan ingat ianya hotel yang mahalkan.



Sebenarnya harganya tak lah mahal mana. Harga yang ditawarkannya adalah bermula dari RM79.20.

Kemudahan yang disediakan

  • TV bersaluran satelit
  • Pemanas air
  • Wi-Fi percuma
  • Penyaman udara
  • Tuala
  • Set mandian

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

4. Zen Rooms Basic Near MAPS Ipoh

Zen Rooms Basic Near MAPS Ipoh

Terletak di bandar Ipoh dan berdekatan dengan AEON Mall Klebang dan AEON Mall Kinta City yang jaraknya hanya 8km serta 10km daripada Lost World of Tambun.

Bilik Zen Rooms Basic Near MAPS Ipoh

Dengan kelengkapan yang disediakan membuatkan anda rasa selesa dan ingin menginap lagi di sini jika berkunjung lagi ke bandar Ipoh ini. Susun atur yang kemas dan membuatkan bilik kelihatan agak luas. Harganya hotel murah di Ipoh ini bermula daripada RM90 sahaja.

Kemudahan yang disediakan

  • Tv bersaluran satelit
  • Tuala
  • Wi-Fi percuma
  • Penyaman udara
  • Meja solekan
  • Set mandian

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

3. The Regency Garden Hotel

The Regency Garden Hotel Ipoh

Apa yang menarik mengenai hotel ini ialah ia berdekatan dengan lapangan terbang Sultan Azlan Shah. Memberikan anda penginapan yang cukup selesa, lengkap dan tempatnya yang strategic yang berdekatan dengan Kinta City Shopping Mall.

Bilik The Regency Garden Hotel Ipoh

Harga juga tidaklah semahal mana dan amat berpatutan dengan servis yang disediakannya. Bagi anda yang datang dari ajuh tak perlulah risau denagn tempat makan kerana hotel ini dikelilingi dengan tempat makan yang menarik dan banyak menu pilihan.

Harga untuk semalam bagi yang menginap di hotel ini Cuma bermula dari RM93 sahaja.

Kemudahan yang disediakan

  • TV bersaluran satelit
  • Penyaman udara
  • Tuala
  • Meja solekan
  • Set bancuhan air
  • Set mandian
  • Wi-Fi percuma
  • Gym
  • Pengering rambut
  • Pemancur air panas
  • Seterika

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

2. Ritz Garden Hotel

Ritz Garden Hotel Ipoh

Daripada luar sememangnya nampak mewah hotel ni. Belum masuk dalamnya lagi kan. Mesti anda terkejut apabial masuk ke dalamnya. Bilik dihotel ini memang dijaga rapi oleh pekerjanya dan susun atur perabotnya menjadikan bilik-bilik disini keliahtan elegan dan kemas. Tentu anda akan merasa selesa sekiranya menginap di sini.

Bilik Ritz Garden Hotel Ipoh

Harganya hanyalah bermula dari RM95 untuk semalam. Hotel ini juga berdekatan denagn tempat-tempat makan yang sememangnya halal iaitu Ipoh’s Signature Chicken Rice Shop dan Noodle Restaurant.

Kemudahan yang disediakan

  • Wi-Fi percuma
  • TV bersaluran satelit
  • Alat pemanas air
  • Tuala
  • Meja solekan
  • Pengering rambut
  • Gym
  • Pemancur air panas
  • Set mandian
  • Minibar
  • Penyaman udara

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

1. Mornington Hotel Soon Choon Hotel

Mornington Hotel Soon Choon Hotel Ipoh

Apa yang menarik ya pasal hotel ni?? Melihat daripada luarannya Nampak macam baisa sahaj. Tetapi apabila anda melangkah masuk ke bilik-bilik yang disediakannya akan membuatkan anda teruja dan akan datang ke sini lagi jika anda berkunjung ke bandar Ipoh ini. Hotel ini memberikan suasana yang tenang dan romantik. Biliknya juga kelihatan kemas.

Bilik Mornington Hotel Soon Choon Hotel Ipoh

Harganya bermula daripada RM118 sahaja untuk semalaman.

Kemudahan yang disediakan

  • TV bersaluran satelit
  • Penyaman udara
  • Pemanas air
  • Peti sejuk
  • Tuala
  • Set mandian
  • Pemancur air panas
  • Perkhidmatan servis mengemas bilik PERCUMA setiap hari
  • Wi-Fi percuma

Tempah Melalui Booking.com

Tempah Melalui Agoda

Cheap Hotel in Ipoh

Jom Tempah Hotel Murah Di Ipoh Dengan Harga Murah

Kesemua senarai di atas anda boleh dapati dengan menempah melalui laman web Booking.com kerana jika anda menempah secara terus melalui hotel berkemungkinan anda tidak akan dapat pada harga yang disebutkan.

Leave a Reply