11  Hotel Murah Di Bukit Bintang Bawah RM100 & RM200 Yang Selesa

Bukit bintang merupakan tempat yang sering menjadi tumpuan ramai orang dan sebenarnya Bukit Bintang ini juga terkenal dengan namanya Bintang Walk atau Starhill Gallery. Bagi sesiapa yang minat untuk membeli belah, inilah tempat yang paling sesuai untuk anda mencuci mata kerana Bukit Bintang ini terkenal dengan kompleks membeli belah di antaranya ialah  Berjaya Times Square, Plaza Low Yat dan banyak lagi bangunan – bangunan di sini seperti hotel – hotel murah di Bukit Bintang.

Hotel Murah di Bukit Bintang

Senang cerita Bukit Bintang ini tempat orang ramai untuk melabur wang mereka dengan barangan – barangan yang dijual di sini. Selain itu Bukit Bintang ini juga berperanan sebagai pusat pelancongan kerana banyak tempat – tempat yang menarik yang boleh dikunjungi oleh orang ramai.



Antara tempat yang menarik di sini ialah Changkat Bukit Bintang, Central Market, Malaysia Heritage Walk, Bukit Nanas dan sebagainya. Jadi memang banyak keistimewaan apabila anda datang ke Bukit Bintang.

Hotel Murah Di Bukit Bintang Bawah RM100 & RM200 Yang Selesa

Tidak hairanlah kenapa tempat makan di Bukit Bintang sentiasa penuh dan menjadi pilihan ramai. Hotel – hotel murah juga turut menjadi pilihan ramai kerana mereka selalunya akan bermalam di sini sebabnya mereka nak berjalan ke semua tempat menarik di sini. Jadi mari kita senaraikan hotel – hotel murah dan selesa yang boleh ditemui di Bukit Bintang.

11. Hotel Alor Boutique Sdn Bhd

Hotel murah Alor Boutique Sdn Bhd

Antara hotel yang sering menjadi tumpuan ramai ialah Hotel Alor Boutique Sdn Bhd yang terletak di tengah kota Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Twin Towers.

otel Alor Boutique Sdn Bhd

Hotel ini menawarkan bilik – bilik yang bersih dan nyaman dengan kemudahan Wifi. Hotel ini juga terletak pada kedudukan strategik kerana ia terletak berdekatan dengan tempat –tempat menarik iaitu seperti KL Tower, Petaling Street, Berjaya Times Square dan banyak lagi.

Bilik Hotel murah Alor Boutique Sdn Bhd

Setiap bilik di sini dilengkapi dengan televisyen, fasiliti membuat the dan kopi, seterika, dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan iaitu RM88 bagi satu malam dan itu merupakan harga yang tidak masuk akal kerana banyak kemudahan yang disediakan dan yang paling penting hotel ini terletak di tengah – tengah bandar.

Jadi sesiapa yang ingin bermalam di sini, anda bolehlah ke laman utama hotel ini untuk booking terlebih dahulu sebabnya takut banyak bilik yang dah ditempah.

>Tempah Melalui Booking.com<

>Tempah Melalui Agoda<

10. Beltif Hotel

Beltif Hotel

Seterusnya ialah Beltif Hotel yang menawarkan harga bagi satu malam ialah RM 74 sahaja. Memang hotel ini menjadi tumpuan ramai terutamanya bagi mereka yang menginginkan hotel yang selesa dan yang paling penting mereka boleh kurangkan bajet mereka apabila berkunjung ke Bukit Bintang.

Bilik Beltif Hotel

Hotel ini juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti kemudahan Wifi percuma, layanan bilik 24 jam untuk memastikan pelanggan sentiasa dalam keadaan yang selesa dan yang paling menarik ialah bilik – biliknya di dekorasi dengan tema moden yang dilengkapi dengan karpet di bahagian lantainya.



Terdapat beberapa jenis bilik yang disediakan mengikut kehendak pelanggan sebabnya kadang kala ada yang berkunjung dengan rakan – rakan, ada pula yang datang dengan keluarga. Jadi anda sendiri tentukan bilik mana yang boleh memberi keselesaan pada anda sewaktu bercuti.

Bilik Hotel Murah Beltif Hotel

Antara biliknya ialah bilik deluxe, bilik keluarga deluxe, bilik standard double, bilik standard dan banyak lagi.

>Tempah Melalui Booking.com<

>Tempah Melalui Agoda<

9. Hotel Nova Bukit Bintang

Hotel Nova Bukit Bintang

Hotel Nova Bukit Bintang juga antara hotel murah yang selesa dan selalu dipenuhi dengan para pelancong yang datang melancong ke Bukit Bintang. Hotel ini hanya berjarak 300 meter dari Sungai Wang Plaza dan 600 meter dari Fahrenheit 88.

Bilik Hotel Nova Bukit Bintang

Hotel ini juga menawarkan harga yang murah dengan RM107 bagi satu malam. Banyak juga kemudahan yang disediakan buat para tetamunya antaranya ialah kemudahan parking dan ada restoran di dalam hotel ini bagi memudahkan para tetamu untuk menjamu selera di sini tanpa perlu keluar untuk mencari tempat makan.

>Tempah Melalui Booking.com<

>Tempah Melalui Agoda<

8. Apple Hotel Kuala Lumpur

Apple Hotel Kuala Lumpur

Selain itu juga, Apple Hotel Kuala Lumpur juga antara hotel budget yang menjadi pilihan ramai orang. Memang banyak kemudahan yang disediakan di hotel ini antaranya ialah percuma Wifi, sarapan disediakan buat anda dan yang paling bestnya ialah sarapan ini adalah percuma dan setiap bilik ada penyaman udara.

Apple Hotel Kuala LumpurHotel ini terletak di Jalan Alor, Bukit Bintang dan menawarkan satu pengalaman yang luar biasa dengan harga yang mampu milik. Jika anda ingin tempah bilik di sini anda bolehlah buat pilihan bilik secara online dan harga bagi satu malam bermula dari RM42 sahaja.

>Tempah Melalui Booking.com<

>Tempah Melalui Agoda<

7. Hotel Sempurna

Hotel Sempurna

Hotel Sempurna juga antara hotel yang sentiasa membuat promosi dan sudah semestinya harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi. Antara fasiliti yang disediakan di dalam bilik ialah televisyen, kemudahan Wifi percuma, peti sejuk mini, dan banyak lagi.

bilik Hotel Sempurna

Terdapat beberapa jenis bilik yang ditawarkan iaitu 6 bilik dan harganya berbeza bagi setiap bilik. Harga bagi bilik yang paling murah adalah bermula dari RM97 sahaja.

>Tempah Melalui Booking.com<

>Tempah Melalui Agoda<

6. Hotel Gold 3 Boutique Hotel

Bilik Hotel Gold 3 Boutique Hotel

Seterusnya, ialah Hotel Gold 3 Boutique Hotel yang berdekatan dengan Pavilion Shopping Mall, Petaling Street, KLCC dan Central Market.

Tandas Hotel Gold 3 Boutique Hotel

Hotel ini adalah pilihan tepat untuk anda melancong atau bercuti kerana ia menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan hotel ini juga sangat unik dengan dekorasi dalamannya diperbuat daripada kayu dan warna keemasan. Harga yang ditawarkan juga bermula dari RM128 bagi satu malam.

>Tempah Melalui Agoda<

5. The Marque Hotel

The Marque Hotel

Sumber Gambar: Wotif.com

The Marque Hotel merupakan hotel pusat bandar raya dan terletak berdekatan dengan Jalan Petaling. Antara kemudahan utama yang disediakan ialah 46 bilik tamu bebas asap rokok, penyaman udara, tempat simpanan bagasi, dan menyediakan perkhidmatan bilik.

Bilik The Marque Hotel

Hotel ini juga terletak berdekatan dengan tempat – tempat menarik di sini dan sangat mudah untuk pelanggan berkunjung ke seluruh kawasan ini. Harga yang diberikan ialah di antara RM90 hingga RM200 bagi satu malam.

>Tempah Melalui Booking.com<

4. Hotel Imperial Bukit Bintang

Hotel Imperial Bukit Bintang

Selain itu juga Hotel Imperial Bukit Bintang juga merupakan hotel yang paling digemari orang ramai untuk bermalam di sini. Hal ini kerana bilik yang disediakan buat para tetamu sangat cantik dan bersih.

Bilik Hotel Imperial Bukit Bintang

Terdapat 3 jenis bilik yang disediakan di sini iaitu standard deluxe, double deluxe dan double quarts. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan iaitu bermula dari RM 99 hingga RM 250 sahaja.

>Tempah Melalui Booking.com<

>Tempah Melalui Agoda<

3. Sky Hotel Bukit Bintang

Sky Hotel Bukit Bintang

Seterusnya ialah Sky Hotel Bukit Bintang yang mana ramai orang datang ke sini sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Hotel ini juga menjadi tarikan kerana dekat dengan pusat perbelanjaan Low Yat dan Sungai Wang.

Bilik Sky Hotel Bukit Bintang

Antara kemudahan utama yang disediakan ialah penyaman udara, tempat parking percuma, Wifi percuma dan banyak lagi. Harganya juga bersesuaian dengan fasiliti yang ditawarkan iaitu bermula dari RM142 bagi 1 malam.

>Tempah Melalui Agoda<

2. Hotel 99 Kuala Lumpur

Hotel 99 Kuala Lumpur

Hotel 99 Kuala Lumpur juga boleh dijadikan pilihan untuk anda yang mencari hotel budget. Hotel ini berjarak 5 minit dari Jalan Chinatown dan yang menariknya tentang hotel ini ialah mereka menerima pembayaran menggunakan Union Pay.



Staff – staff di hotel ini sangat ramah dan mereka fasih berbahasa Inggeris, Melayu dan Cina. Kemudahan yang disediakan juga sama seperti hotel –hotel lain iaitu mempunyai kemudahan televisyen, Wifi percuma dan pelbagai lagi. Harga yang ditawarkan pula bermula dari RM90 bagi satu malam.

>Tempah Melalui Booking.com<

>Tempah Melalui Agoda<

1 . Hotel Capitol Kuala Lumpur  dan Izumi Hotel Bukit Bintang

Hotel Capitol Kuala Lumpur

Bilik Hotel Capitol Kuala Lumpur

Hotel Capitol Kuala Lumpur  dan Izumi Hotel Bukit Bintang juga boleh dimasukkan ke dalam senarai hotel yang boleh di jadikan tempat bermalam apabila berada di Bukit Bintang.

Bilik Izumi Hotel Bukit Bintang

Bilik Izumi Hotel Bukit Bintang

Hotel – hotel murah di Bukit Bintang ini juga menawarkan harga yang berpatutan di samping mendapat pujian dari tetamu yang pernah bermalam di hotel – hotel ini.

>Tempah Hotel Capitol Booking.com<

>Tempah Izumi Hotel Bukit Bintang Booking.com<

>Tempah Melalui Hotel Capitol Agoda<

>Tempah Izumi Hotel Bukit Bintang Agoda<

Lagi Murah Sekiranya Tempah Hotel Murah di Bukit Bintang Secara Online

Jadi jika anda ingin menempah bilik di hotel – hotel murah di Bukit Bintang ini, anda bolehlah membuatnya secara online di laman rasmi hotel – hotel ini dan boleh bandingkan harga melalui laman web seperti Agoda atau Booking.com dahulu bagi mendapatkan harga terbaik..



Senarai hotel murah di bukit bintang yang kami senaraikan ini menawarkan harga yang murah dan harus diakui setiap hotel ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Masih ada banyak lagi hotel – hotel murah yang boleh anda temui di Bukit Bintang kerana di sini memang banyak hotel – hotel yang berjaya menjadi tumpuan ramai pengunjung. Akhir sekali,  anda yang tentukan mana yang terbaik buat anda dan keluarga anda.

Leave a Reply