fbpx

Homestay atau Hotel : Mana Yang Sesuai Untuk Percutian Keluarga

Mak! Abah! Cuti sekolah hampir tiba, apa rancangan kita ketika cuti sekolah ini? Anda mesti sudah biasa dengar dengan dialog ini pada setiap hujung tahun. Maknanya anda perlu merancang sebuah percutian bagi tidak menghampakan anak-anak anda. Ketika merancang percutian, perkara yang paling penting yang anda perlu fikirkan ialah di mana anda sekeluarga perlu menginap sepanjang percutian anda. Selalunya anda mempunyai dua pilihan iaitu sama ada tinggal di homestay atau hotel.

Homestay atau Hotel

Perbezaan yang paling ketara antara homestay atau hotel ialah homestay menyediakan sebuah rumah manakala hotel menyediakan sebuah bilik. Di sini merupakan panduan bagi memudahkan anda ketika pemilihan tempat penginapan yang sesuai untuk percutian anda sekeluarga. Terdapat beberapa kriteria yang ditekankan dalam penentuan tempat penginapan untuk percutian keluarga.

Homestay atau Hotel: Buntu Membuat Pilihan Untuk Percutian Bersama Famili

1. Harga

Harga hotel atau homestay

Harga untuk homestay adalah bergantung kepada jenis homestay tersebut sama ada ianya apartment, teres setingkat, teres 2 tingkat atau banglo. Sementara itu, harga untuk sebuah hotel dibezakan dengan saiz biliknya.



Jika hendak dibandingkan antara harga homestay dengan hotel berdasarkan saiznya, sememangnya homestay lebih murah dari hotel. Kalau anda berseorangan atau dalam kumpulan yang kecil lebih jimat kalau menginap di hotel tetapi kalau anda bercuti bersama keluarga yang besar adalah lebih sesuai jika menginap di homestay.

Harga homestay atau hotel

Selain itu, harga untuk homestay boleh diajak berbincang dengan tuan rumah supaya dapat harga yang berpatutan manakala harga hotel adalah tetap dan tidak boleh dirunding lagi.

2. Kapasiti atau Jumlah Tetamu yang Menginap

Seperti yang anda ketahui, homestay dapat menampung kapasiti yang banyak, lebih fleksibel dan jika hendak ditambah orang pun sangat dialukan dengan syarat masih ada ruang untuk tidur.

kapasiti tetamu dan keluarga

Selain itu, ada juga homestay yang menyediakan tilam dan bantal tambahan tanpa perlu membayar lebih. Manakala jika hotel, ada had tetamu yang boleh menginap untuk setiap bilik dan anda perlu menambah bayaran jika hendak menambah tilam dan bantal.

Tilam Extra Homestay

Sesuatu percutian akan bertambah seronok jika bercuti beramai-ramai, jadi homestay merupakan pilihan yang paling bijak kerana lebih ekonomikal kalau menginap beramai-ramai.

3. Lokasi

Lokasi Homestay

Bila anda belum pernah sampai di sesuatu tempat terutamanya tempat percutian, anda pasti tercari-cari di mana tempat yang hendak dituju. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau jika hendak mencari homestay kerana lokasi homestay bertaburan dan terletak di mana-mana termasuklah di pusat bandar, kawasan taman perumahan dan juga kawasan kampung.

Lokasi Hotel

Tetapi berbeza pula dengan hotel kerana lokasi hotel tertumpu kepada pusat-pusat bandar dan tempat-tempat peranginan. Jika anda hendak bercuti di kampung, mengunjungi majlis-majlis perkahwinan, dan menghantar anak ke Institut Pengajian Tinggi Awam pasti mengalami sedikit kesukaran untuk mencari hotel-hotel yang terdekat.

4. Tempat Letak Kereta atau Parking Kenderaan

Parking Homestay atau Hotel

Anda pasti ingin mencari sesuatu yang boleh memudahkan anda sekeluarga ketika bercuti termasuklah tempat letak kereta. Kalau anda sekeluarga tinggal di homestay, anda boleh meletakkan kereta anda di hadapan rumah sahaja. Anda tidak perlu berpeluh-peluh untuk jalan jauh-jauh sambil mengusung barang-barang dan mengendong anak-anak.

Parking Hotel atau homestay

Walau bagaimanapun, ini amatlah berbeza dengan hotel, kadang-kadang anda sukar mencari tempat letak kereta kerana berebut-rebut dengan pengunjung lain. Selain itu, kebanyakan hotel adalah bertingkat-tingkat dan anda sekeluarga perlu naik dan turun lif atau tangga ke tempat letak kereta yang mungkin jauh dari hotel anda.

5. Kemudahan

Dapur Homestay

Anda boleh berjimat-cermat jika anda boleh memasak sepanjang percutian anda. Bagi mencapai hasrat ini, anda perlu memilih homestay sebagai tempat penginapan anda sekeluarga. Ini kerana homestay menyediakan kemudahan seperti tempat memasak, alatan memasak, peti ais, cerek elektrik, meja makan dan pinggan mangkuk.

Peti Ais Homestay

Walaupun hotel ada juga tempat masak air dan peti ais tetapi hanya sesuai untuk membuat air-air “3 in 1” dan “maggi cup” sahaja. Terdapat juga kemudahan lain seperti mesin basuh di homestay dan ini amat sesuai jika anda ingin bercuti lama. Di hotel tiada mesin basuh tetapi ada kemudahan dobi tetapi akan dikenakan caj tambahan.

6. Mengeratkan silaturrahim

Waktu bersama Keluarga

Kadang-kadang anda mesti terlupa atau tidak sempat untuk meluangkan masa bersama anak-anak anda. Jadi, garaplah peluang yang anda ada ketika menginap di homestay kerana anda boleh bersama-sama anak anda untuk berborak-borak bersamanya.



Ini berbeza dengan hotel yang lebih kepada privacy dan anda mungkin terpaksa menempah dua buah bilik kerana tidak dapat menampung ramai orang. Ini menunjukkan hasrat anda untuk meluangkan masa bersama anak-anak anda tidak akan tercapai.

7. Meningkatkan ekonomi masyarakat tempatan

Selalunya tuan rumah yang menawarkan homestay ini adalah dari golongan masyarakat setempat. Mereka membeli rumah sebagai aset yang dijadikan homestay untuk menjana pendapatan sampingan.

Ekonomi Setempat

Jika anda menyewa homestay, secara tidak langsung anda boleh membantu meningkatkan pendapatan masyarakat setempat ini.

Hotel pula kebanyakannya dimiliki oleh syarikat-syarikat besar dan individu-individu yang sudah berjaya.

8. Tidak ada tempat yang lebih baik dari rumah

Semasa percutian anda sekeluarga, anda mesti mencari rumah kedua untuk anda sekeluarga menginap. Ini kerana tidak ada tempat yang selesa untuk didiami melainkan rumah. Dengan menetap di homestay, yakinlah anda tidak akan rasa jauh dari rumah sendiri.

Rumahku Syurgaku

Jika hendak dibandingkan dengan hotel, ada peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi sepanjang anda menginap di hotel. Anda akan tidak bebas dan merasa sedikit terbeban dengan peraturan dan syarat yang dikenakan.

Keselesaan Adalah Penting Untuk Kepuasan Percutian

Kesimpulannya, masing antara homestay atau hotel mempunyai kelebihan. Bergantung kepada anda untuk membuat pilihan tempat menginap semasa percutian tidak perlu sesuatu yang terlampau eksklusif kerana anda banyak menghabiskan masa di luar. Perkara yang paling penting ialah adakah anda sekeluarga selesa dan puas sepanjang percutian anda. Keselesaan dan kepuasan anda sekeluarga hanya dapat digambarkan jika anda memilih homestay sebagai penginapan anda.



Bagi yang mencari penginapan homestay atau hotel saya cadangkan untuk membaca review dan membuat tempahan dari laman Agoda atau Booking.

> Tempah Melalui booking.com <

> Tempah Melalui Agoda <

p/s: Untuk yang mencari penginapan homestay di Port Dickson, boleh cuba servis dari Encik Fikri. –> klik sini

shares