Festival Art Of Speed Malaysia 2018

Pameran kereta dan motosikal terbesar Festival Art Of Speed Malaysia bakal diadakan hujung minggu ini iaitu pada 28 Ogos – 29 ogos 2018. Bakal menampikan hasil custom dari seluruh pelusuk negara dan juga dari luar negara, Art of Speed 2018 secara rasminya akan berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS). Pelbagai aktiviti dan acara akan bermula dari jam 11pagi hingga 7.00 petang.

Festival Art Of Speed Malaysia 2018Ulang tahun Hotwheels ke 50 di Acara Art Of Speed Malaysia 2018

Salah satu keunikan acara art of speed untuk tahun 2018 ini adalah Hotwheels akan menyambut ulangtahun yang ke-50 di featival ini nanti. Pratonton khas RWB Porsche 911 bersaiz sebenar yang menjadi model ulang tahun yang ke 50 hotwheel ini akan dibawa bersama khas daripada Pengurus Reka Bentuk Global HotWheels iaitu Dmitriy Shakhmatov. Peluang yang tidak mungkin akan dilepaskan.

art of speed bike republic

Menangi motosikal custom dari Bike Republic dalam acara art of speed nanti foto kredit: www.bikesrepublic.com

Salah satu acara yang menarik perhatian untuk Festival Art Of Speed 2018 ini adalah 8 pembina khas (Custom) Malaysia dan Singapura bakal bertembung dalam acara Art of Speed Invitational Bike Build Off 2018. Antara pembina khas custom yang terlibat adalah Kenstomoto, Rusti Factory, Soul Garage dan sebagainya. Pemenang untuk acara ini bakal membawa pulang hadiah bernilai RM15000.

Kereta retro klasik oldskool art of speed malaysiaBagi meneruskan tradisi setiap tahun dan objektif utama untuk menginspirasikan komuniti tempatan, penganjur membawa masuk kenderaan-kenderaan vintaj dan ubah suai yang sangat mengkagumkan dari luar negara, seperti Nau Shima & Yuki Hitomi (Tokyo Indians MC), Shige Suganuma (Mooneyes) yang akan membawakan Harley-Davidson Sportster MQQN Digger Show Bike 1978 dan MQQN Bug Drag Race Car 1954.

Pa’Din Musa Bina Motosikal Streetcub

Salah satu syarikat atas talian yang terbesar di Malaysia dilantik sebagai Vendor Motosikal Rasmi iaitu mudah.my dan akan bekerjasama dengan Pa’Din Musa untuk membina sebuah motosikal streetcub yang akan diumumkan pada program ini nanti.

Custom Bike Art Of Speed Malaysia

Foto Kredit : paultan.org

Tidak ketinggalan, pelbagai acara-acara pertunjukan kereta klasik, retro dan juga oldskool bakal menanti para pengunjung dan yang paling best pengunjung boleh memandu uji motosikal rare daripada Indian Motorcycles dan Royal Enfield.

Jangan risau bila anda datang untuk festival sekiranya anda lapar kerana terdapat banyak khidmat foodtruck disediakan untuk para pengunjung menjamu selera ketika berkunjung ke program Art Of Speed Malaysia 2018 ini nanti.

Jom serbu program Art Of Speed 2018

Tiket masuk untuk pengunjung dewasa adalah berharga RM15 untuk tiket lorong pantas (fastlane) boleh didapati bermula jam 10.00pagi dengan harga RM30.00.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Festival Art Of Speed Malaysia 2018 ini boleh semak di website pelancongan negeri Selangor  di tourismselangor.my

  • Add Your Comment

shares