fbpx

Cara tempahan Rumah Peranginan Persekutuan

Tahun 2018 telah melabuhkan tirainya, tahniah untuk kakitangan kerajaan mendapat bonus. Tetapi, ada berita yang lebih baik untuk penjawat awam dan kakitangan kerajaan kerana tempahan rumah peranginan persekutuan (RRP) untuk tahun 2019 telah dibuka bagi yang merancang untuk bercuti bersama keluarga.

Sebenarnya tempahan tahun 2019 yang bermula Januari telah dibuka sejak awal November 2018 lagi.

 

Rumah Peranginan Persekutuan RPPTempahan rumah peranginan persekutuan adalah dibuka untuk semua rumah transit dan Rumah Peranginan Persekutuan (RRP) kepada kakitangan awam serta pesara kerajaan untuk keseluruhan RRP di Malaysia kecuali Rumah Peranginan Port Dickson yang sedang dalam proses peralihan pengurusan.

Artikel ini adalah untuk berkongsi cara tempahan rumah peranginan persekutuan secara online. Baca keseluruhan artikel untuk tatacara tempahan rumah peranginan persekutuan.

Apa itu Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)?

Bagi menghargai pengorbanan para pekerja kakitangan kerajaan yang telah banyak berkhidmat dengan pihak kerajaan dalam mana-mana kementerian. Pihak kerajaan telah lama memberikan kelebihan ini kepada semua kakitangan kerajaan tetapi masih ramai yang tidak tahu akan kewujudan dan kelebihan yang diberikan ini.

Rumah Peranginan Persekutuan PangkorBagaimanapun ada beberapa kriteria yang ditetapkan bagi mendapatkan perkhidmatan ini.

Siapa Yang Layak Memohon RPP dan Membuat Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan?

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Pesara Kerajaan (memiliki kad pesara)

Kategori RPP

Terdapat 2 kategori mengikut gred yang ditetapkan bagi perkhidmatan ini iaitu Premier dan Eksekutif.

  • Kategori Premier hanya untuk penjawat awam Gred 48 dan keatas.
  • Kategori Eksekutif dibuka untuk semua penjawat awam tidak mengira Gred.

Dimana lokasi RPP ?

 

Rumah Peranginan Persekutuan Pulau PinangBagi RPP Premier terdapat di dalam dan luar negara :

Dalam Negara

  1. Bukit Fraser
  2. Tabjung Tuan
  3. Cameron Highland
  4. Labuan
  5. Port Dickson
  6. Morib
  7. Tasik Kenyir
  8. Pulau Langkawi
  9. Pulau Pinang

Luar negara

  1. Singapura
  2. London

Bagi RPP Eksekutif hanya terdapat di dalam negara sahaja.

  • Bukit Fraser
  • Morib
  • Cameron Highland
  • Port Dickson
  • Pulau langkawi
  • Tasik Kenyir
  • Pulau Pinang

Cara Tempahan Rumah Peranginan PersekutuanApa Kelebihan Rumah Peranginan Persekutuan Berbanding Penginapan Lain ?

Kelebihan ini adalah diberikan hanya untuk penjawat awam, jadi bagi yang bukan penjawat awam mungkin boleh berkongsi atau menumpang kelebihan ini dari kenalan anda yang berkerja dengan sektor awam. Apa yang menariknya ya?? Banyak sebenarnya kelebihan yang bakal anda perolehi antaranya :

  • Murah

Pasti anda tak percaya dengan harga yang ditawarkan. Dengan kawasan yang menarik dan penginapan yang luas dan selesa, serta pelbagai kemudahan yang disediakan pasti membuatkan anda rasa rugi kalau tidak menggunakan perkhidmatan ini. Jadi anda boleh lihat

  • Besar dan Selesa

Memang sangat besar dan menarik unit penginapan RPP ni, sehinggakan anda boleh mengajak saudara mara datang sekali (lagi ramai lagi seronok betul tak). Anda boleh lihat jenis unit yang disediakan bagi setiap kawasan. RPP jenis Eksekutif boleh ditempah oleh golongan Eksekutif dan Premier.

Manakala RPP jenis Premier hanya boleh ditempah golongan golongan Premier tetapi setiap unit penginapannya mempunyai minimum gred.

  • Lokasi Menarik

Boleh dikatakan semua tempat RPP ini berada di lokasi yang menarik dan terkenal. Jadi memang seronok jika dapat melancong ke tempat yang menarik, dan ada pula penginapan yang murah betul tak.

Di bawah ini saya ada senaraikan kawasan yang terdapat RPP beserta unit dan harganya sekali bagi memudahkan anda untuk melihat dan membandingkan dengan penginapanlain.

Bagi RPP Eksekutif dan Premier

KAWASAN PERANGINANJENIS UNITKADAR SEWA
 

 

 

 

PORT DICKSON

Apartment 3 BilikRM 150.00
Apartment 2 BilikRM 100.00
Apartment 1 BilikRM 100.00
Apartment StudioRM 90.00
 

 

MORIB

Banglo 3 BilikRM 100.00
Rumah BerkembarRM 80.00
Dewan SerbagunaRM 100.00
 

 

 

 

 

 

TASIK KENYIR

Banglo 3 BilikRM 100.00
Banglo 2 BilikRM 80.00
Asrama 20 KatilRM 200.00 (asrama 1)

RM 350.00 (asrama 2)

Dewan SendikitRM 100.00
Dewan MasyuaratRM 80.00
Dewan MakanRM 50.00
 

 

 

 

 

 

CAMERON HIGHLAND

Apartment 2 BilikRM 100.00
Bilik BiasaRM 50.00
Bilik MesyuaratRM 80.00
Dewan SerbagunaRM 100.00
Dewan MakanRM 50.00
Asrama 30 KatilRM 200.00
 

PULAU LANGKAWI

Bilik DeluxeRM 100.00
Bilik StandardRM 80.00
 

 

BUKIT FRASER

 

 

 

Banglo 6 Bilik

RM 250.00

(1 unit banglo)

RM 60.00 (1 bilik besar)
RM 50.00 (1 bilik kecil)
 

 

 

PULAU PINANG

Dewan SerbagunaRM 100.00
Dewan MakanRM 50.00
Bilik MesyuaratRM 80.00
Bilik PerbincanganRM 50.00

Bagi RPP Premier

* Luar Waktu Kemuncak –selain dari waktu kemuncak

* Waktu Kemuncak – sabtu,ahad,cuti umum persekutuan dan cuti sekolah

 

KAWASAN PERANGINANJENIS UNITKADAR SEWAMASA
Luar Waktu KemuncakWaktu

Kemuncak

CAMERON HIGHLANDBanglo 4 BilikRM 200.00Jusa C ke atasJusa A ke atas
BUKIT  FRASER-THE  LODGEBanglo 3 BilikRM 200.00Jusa C ke atasJusa C ke atas
PORT DICKSON

(KM8, JALAN PANTAI)

Banglo VVIPRM 250.00Jusa C ke atasJusa C ke atas
PORT DICKSON- TANJUNG TUAN

(KM8, JALAN PANTAI)

Apartment 3 BilikRM 150.00Gred 41 Ke AtasGred 48 Ke Atas
LABUANBanglo 5 BilikRM 100.00Gred 41 Ke AtasGred 48 Ke Atas
SINGAPURABanglo 3 BilikRM 250.00Gred 41 Ke AtasGred 48 Ke Atas
 

 

 

 

 

 

 

LONDON

Apartment 5 Bilik (York House)RM 800.00Ketua Hakim, KSN, Menteri dan ke atasKetua Hakim, KSN, Menteri dan ke atas
Apartment 3 Bilik

(Hyde Park) No.25

RM 500.00Jusa C ke atasTurus ke atas
Apartment 3 Bilik

(Hyde Park) No.15

RM 400.00Jusa C ke atasJusa C ke atas
Apartment 2 Bilik

(Hyde Park) No.19 Dan 24

RM 300.00Jusa C ke atasJusa C ke atas
Rumah Teres 2 Bilik (RP Transit Sipson, Middlesex)RM 250.00Gred 48 Ke AtasGred 48 Ke Atas

Bagaimana Cara Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan dan Bila ?

Untuk menempah anda diwajibkan untuk mendaftar sebagai akaun pengguna bagi membuat sebarang tempahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh SBBPH. Untuk mendaftar anda perlu melayari laman web www.bph.gov.my

  1. klik pada bahagian pendaftaran pengguna dan isi segala maklumat yang diperlukan (pastikan email yang didaftarkan adalah betul dan aktif kerana kata laluan akan dihantar melalui email).
  2. Selepas berjaya mendaftar, anda akan menerima email penggesahan beserta kata laluan. Log masuk menggunkan ID anda dan kata laluan yang telah diberikan melalui email.
  3. Anda boleh menukar kata laluan selepas login.
  4. Kemudian anda perlu memasukkan nombor akaun bank bagi tujuan pemulangan lebihan bayaran dan menempah RPP.
  5. Anda akan diberikan pilihan berdasarkan gred jawatan.
  6. Dan anda perlu ikut da isi apa yang diperlukan sehingga selesai.

Peringatan : Tempahan hanya boleh dibuat pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan sahaja.

Itulah sahaja perkongsian kali ini untuk tatacara tempahan rumah peranginan persekutuan. Diharap agar membantu untuk membuat tempahan dan berjaya menempah. Selamat bercuti bagi yang berjaya mendapatkan slot tempahan rumah peranginan percutian. Sekiranya tidak dapat, banyak lagi lokasi penginapan lain yang boleh dicuba seperti hotel ataupun homestay.

Leave a Reply