fbpx

7 Teknik Cara Mendapatkan Tiket Kapal Terbang Murah

Sedar tidak sedar, ramai yang tidak mengetahui cara atau teknik untuk mendapatkan tiket kapal terbang murah. Sekiranya, kalau difikirkan memang tidak logik dengan harga yang ditawarkan.

Tiket Kapal Terbang MurahRamai yang ingin berjimat ketika melancong ke luar negara mahupun dalam negara sediri kan. Okay, jom ikuti tips dan trik yang kami selalu amalkan untuk mendapatkan harga tiket yang paling berbaloi – baloi.

1 Pemilihan Waktu Pembelian Tiket (Awal vs Akhir)

AirAsia Vs Mas

Terdapat jenis Airlines yang mana harga yang ditetapkan berdasarkan waktu pembelian. Ayat mudahnya, beli awal dapat harga yang murah, beli lambat pun dapat harga yang murah. Akan tetapi berlainan airlines itu sendiri. Di sini, untuk membeli tiket lambat tetapi dengan harga yang murah adalah Malaysia Airlines.

Airasia everybody can flyBerbanding dengan Air Asia, sekiranya anda membeli pada waktu akhir (sebulan sebelum) tiket penerbangan sudah tentu harga yang ditawarkan mahal. Jadi, untuk pengguna yang selalu menggunakan Air Asia, kebiasaanya mereka membeli atau tempah tiket awal.

Air Asia vs Malaysia Airlines
Air Asia = tempah awal (6-12 bulan)
Malaysia Airlines = tempah akhir (kurang dari 1 bulan)

2 Penggunaan Sky Scanner Untuk Tiket Kapal Terbang Murah

Tiket Murah Melalui SkyscannerDi sini, sistem tempahan kapal terbang di update pada setiap hari rabu pada jam 8.00 a.m sehingga 10.00 a.m. Tambahan lagi, membuat penempahan pada hari Selasa, Rabu atau Khamis lebih murah berbanding penerbangan pada hari Isnin, Jumaat, Sabtu atau Ahad.

Malahan, penempahan tiket penerbangan awal pagi dan lewat malam lebih murah berbanding pada masa-masa lain di dalam sehari. Di sini memerlukan keupayaan anda untuk membuat bandingan harga di setiap Airlines yang disediakan.

3 Media Sosial, Laman Sesawang Rasmi Operator Penerbangan

Sosial Media Facebook TwitterAnda perlu mengikuti segala jenis penerbangan yang ada, agar mendapat liputan atau promosi yang ditawarkan oleh pihak pengendali. Bagaimana ingin mengikuti perkembangan? Dengan cara mengikuti di media sosial & laman sesawang syarikat penerbangan seperti di Facebook, Twitter untuk maklumat terkini promosi yang diberikan.

Di sini, dengan pengiklanan yang dibuat, anda mampu membuat perancangan lebih awal dengan harga yang jauh lebih murah.

4 Pelanggan Tetap di Sesebuah Airlines

Pelanggan Setia Kapal TerbangKesetiaan kepada sesuatu syarikat penerbangan pastinya akan lebih menguntungkan. Sesetengah Airlines, ketika anda membeli tiket, anda akan dapat mata ganjaran atau ‘point’ atas pembelian yang dibuat.

Dengan mata ganjaran itu, anda boleh menebus atau mendapat keistimewaan penumpang dan lain-lain. Hal ini, pentingnya membuat banding tara diantara Airlines yang disediakan.

5 Membeli tiket ‘Satu Arah

Tiket Murah SehalaAnda boleh menempah promosi satu arah dan kemudiannya kita menempah pula tiket penerbangan balik. Kenapa tidak beli terus pergi dan balik? Di sini, memang mudah untuk membuat bayaran, akan tetapi harga yang ditetapkan akan menjadi mahal.

Sekiranya anda tidak mempunyai masalah tentang harga yang diberikan itu tidak menjadi masalah. Akan tetapi di sini, akan menjadi masalah bagi seseorang yang ingin berjimat atau mengurangkan kos.

Dengan cara membuat dua kali pembelian itu kadang kala harga yang dikenakan jauh lebih murah walaupun secara hakikatnya memang cara ini renyah dan menyusahkan tetapi atas usaha kita ini kita mungkin dapat menjimatkan kos tiket penerbangan.

6 Membuat Pembelian Pada Tengah Malam 12.00 a.m

Pembelian tiket kapal terbang murah lewat malamPastikan anda tahu masa yang sepatutnya atau tepat suatu Airlines tersebut membuat promosi. Kebiasaan waktu Airlines membuat promosi pada tengah malam iaitu lepas pukol 12.00 a.m.

Jadi, anda perlu bersengkang mata dalam beberapa minit untuk melihat promosi tersebut atau membuat tempahan tiket penerbangan. Malahan, terkebih dahulu anda mesti membuat survey terlebih dahulu di setiap Airlines, bagi membuat perbandingan harga, agar anda mendapat harga yang berpatutan dengan kehendak.

7 Transit vs Direct

Transit Vs Direct Flight mana lagi murahKebiasaan yang ingin membuat penerbangan ke luar negara mengambil masa 19 jam atau lebih, dan transit yang lama. Di sini, anda perlukan tindakan yang bijak dengan membuat survey diantara harga sekiranya transit dan harga sekiranya direct. Dalam konteks ini, akan terdapat perbezaan dari segi harga.

Oleh itu, andai anda ingin berjimat dan ingin memperolehi harga murah, anda perlu korbankan sesuatu untuk memperolehi tiket yang murah. Dengan korbankan apa? Korbankan masa anda sekitar 20 jam untuk harga tiket sekitar RM1200 berbanding 13 jam (direct flight) dengan harga RM 2900.

Selamat Memburu Tiket Kapal Terbang Murah

Itulah teknik-teknik membeli tiket kapal terbang murah yang boleh diamalkan, anda mungkin mempunyai cara tersendiri bagi mendapatkan harga tiket kapal terbang murah dan boleh dikongsikan diruangan komen di bawah. Mungkin teknik yang dikongsikan ini agak renyah dan remeh bagi sesetengah orang, tapi bagi kami ianya agak berbaloi sekiranya dapat menjimatkan wang yang banyak.

PS: Kalau takde kredit kad, boleh cuba dapatkan Kad Big Pay. Lagi better dari kredit kad kadar tukaran dan point. Silap-silap boleh dapat tiket flight free. Masukkan kod referral BTQM90X1LQ dengan mendaftar disini http://bigpay.link/referrals 

Leave a Reply