fbpx

Elakkan Ditipu. Cara Memilih Agen Pelancongan Terbaik

Kewujudan kes penipuan yang dilakukan oleh sindiket penipuan terutamanya berkaitan dengan agensi pelancongan yang songlap duit mangsa penipuan tanpa belas kasihan. Jumlah wang yang disonglap bukan jumlah yang kecil, tetapi angka yang amat besar. Oleh itu kami ingin kongsikan tips memilih agen pelancongan terbaik untuk panduan anda membeli pakej pelancongan.

Tiket Kapal Terbang MurahPihak kerajaan telah mengambil serius tentang hal ini dan telah membuat penambahbaikan terhadap bidang pelancongan untuk menangani kes-kes sebegini dari terus berleluasa dengan mewujudkan lessen-lesen bagi syarikat yang menguruskan pelancongan ini.

Cara Memilih Agen Pelancongan Terbaik bagi Mengelakkan Penipuan

Jadi sekarang adalah tugas kita sebagai pengguna untuk memastikan kita bukanlah tergolong dalam kalangan orang-orang yang ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, di sini kami senaraikan 11 tips panduan yang perlu di ambil perhatian untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan oleh sindiket tak berperikemanusiaan ini.

1. Jangan Mudah Percaya

Jangan Mudah Percaya memilih agen pelancongan terbaikAnda dinasihatkan supaya jangan mudah termakan dengan percaya dengan pakej yang ditawarkan oleh sesiapa pun walau pun mereka adalah adik beradik, kawan rapat atau pun individu yang berperwatakan ustaz atau ustazah. Sebelum itu, maaf. Di sini bukan mahu menjatuhkan taraf seorang ustaz.

Di sini dimaksudkan individu yang hanya menyamar dari segi pakaian dan perwatakan sebagai seorang agamawan hanya untuk menarik kepercayaan mangsa. Seeloknya selidik dahulu latar belakang kerja individu tersebut dan pastikan mereka adalah merupakan staff atau pekerja dari syarikat yang sah diperakukan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

Pastikan juga individu tersebut adalah pemegang surat pelantikan yang dikeluarkan oleh syarikat untuk menjual pakej dan pastikan juga tarikh tamat tempoh surat lantikan adalah masih aktif.

3. Periksa Nama Agensi

Periksa Nama AgensiPerkara ini adalah sangat penting. Pastikan semak nama sesebuah agensi tersebut sama ada mereka berdaftar atau tidak. Anda boleh layari website Kementerian pelancongan di alamat http://www.motac.gov.my/semakan/tobtab untuk menyemak nama agensi yang berkaitan. Dengan menaip nama syarikat terbabit, anda boleh menyemak nama, nombor lessen dan bidang syarikat tersebut.

Kementerian Pelancongan telah menyediakan 4 bidang iaitu inbond, outbond, ticketing dan umrah. Inbond adalah agensi hanya dibenarkan untuk menjual pakej dan perkhidmatan dalam negara sahaja. Outbond pula ialah agensi hanya dibenarkan menjual pakej dan perkhidmatan di luar negara sahaja.

Ada pun  ticketing pula adalah agensi hanya dibolehkan menjual “Ticketing” seperti tiket kapal terbang, bas dan taman tema sahaja. Manakala umrah pula agensi hanya dibenarkan untuk menjual pakej dan pekhidmatan berkaitan haji dan umrah. Namun jika sesebuah syarikat itu bidangnya IOTU, maka mereka boleh menjual mana-mana pakej atau perkhidmatan yang tesebut di atas.

Perlu diingat, bagi agensi dan agen pelancongan terbaik yang berdaftar jika mereka menjual pakej atau perkhidmatan selain atau luar bidang mereka, jangan berurusan dan batalkan hasrat anda kerana anda bakal menjadi mangsa penipuan. Ingat, beringat sebelum kena.

4. Lihat Status

Perkara lain yang perlu di teliti adalah status syarikat atau agensi pelancongan terbabit. Ini perkara paling mudah dan simple untuk mengenalpasti kesahihah syarikat pelancongan. Anda perlu pastikan bahawa agensi yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan adalah berstatus perkongsian iaitu Sdn. Bhd. dan bukan enterprise kerana salah satu syarat mendapatkan lesen pelancongan adalah syarikat sdn bhd.

5. Nama Penuh

Selain status, nama penuh syarikat juga perlu dilihat sebagai sesuatu yang penting. Syarikat pelancongan biasanya mempunyai nama penuh yang berakhir dengan “Travel & Tours Sdn. Bhd. di belakangnya. Sebagai contoh Go Rocket Travel & Tours Sdn. Bhd.

6. Lesen

Lesen Pelancongan Go Rocket Travel and Tours Sdn BhdSetiap syarikat berdaftar sebagai pengendalian pakej pelancongan dalam dan luar negara akan mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan berkaitan pelancongan tersebut. Bagi syarikat yang berdaftar sebagai pengendali pakej pelancongan dalam dan luar negara mereka dibekalkan dengan  lessen seperti KPK/LN:8610. Adapun lesen untuk umrah adalah Lesen Khusus Umrah (LKU:184).

7. Hubungi Pihak Syarikat Terbabit

Sekiranya individu yang menawarkan pakej pelancongan menyatakan sedang bekerja dan mempromosikan pakej dibawah syarikat mana-mana, seelok-eloknya, anda hubungi terus syarikat yang dinyatakan berkenaan bagi mengesahkan bahawa individu dan pakej yang terbabit benar atau tidak ada kaitan dengan syarikat tersebut.

8. Pembayaran melalui akaun yang betul

Pembayaran ke Akaun Yang BetulSekiranya anda ingin membuat sebarang pembayaran, pastikan bahawa anda membuat bayaran melalui akaun atas nama syarikat berkenaan. Elakkan daripada membuat bayaran melalui mana-mana akaun peribadi atau persatuan. Ini akan membuka peluang kepada hati-hati hitam yang mempunyai niat jahat untuk membawa lari wang anda. Ingat manusia boleh jadi gelap mata apabila melihat wang berjumlah besar.

9. Semak dengan teliti

Setiap syarikat atau agensi pasti memiliki akaun google yang tersendiri. Oleh itu, cara lain untuk memastikan memilih agen pelancongan terbaik dan anda tidak ditipu adalah dengan cara anda boleh menyemak dan memeriksa maklumat tentang syarikat agensi yang menawarkan pakej melalui akaun facebook, instagram, website ataupun actual pejabat mereka.

10. Lihat Review Pengguna

Anda juga boleh melihat tindak balas atau feedback atau review pelanggan lepas yang pernah menggunakan perkhidmatan syarikat di alam maya mereka untuk memastikan apakah wujud interaksi antara pelanggan dan syarikat. Selalunya pelanggan akan melontarkan komen-komen tentang situasi sebenar tentang syarikat berkenaan adakah baik atau buruk. Melalui komen pelanggan anda sudah dapat membaca siapa sebenarnya syarikat berkenaan.

11. Harga yang masuk akal

Perkara ini yang selalu dijadikan umpan oleh kaki kencing untuk mengumpan mangsa. Memang tabiat kebanyakan manusia mengejar yang murah terutamanya pakej umrah. Namun harus beringat, Kementerian Pelancongan telah menetapkan bahawa harga minima pakej umrah adalah RM4900.

Jangan hanya kerana harga yang murah, anda meletakkan rasional ketepi. Akhirnya tepuk dahi kerana umrah tak dapat duit pun melayang. Jangan ambil risiko dengan memilih pakej yang menawarkan harga dibawah harga pasaran.

—————————————————-

Inilah 10 tips untuk mengelak ditipu oleh manusia kejam dan memilih agen pelancongan terbaik. Pastikan kita berwaspada supaya perkara sebegini akan dapat dielakkan. Semoga bermanfaat dan tiada lagi kes-kes penipuan sehingga ada yang tersadai di airport.

Leave a Reply