Bercuti santai di Hatten Hotel Melaka – Hotel dengan Swimming pool di tengah Bandaraya

Merancang bercuti ke Melaka? Masih mencari tempat penginapan yang sesuai? Hatten Hotel Melaka adalah jawapannya? Teruskan membaca apa yang saya nak share. Kalau korang nak tahu,Melaka merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menjadi pilihan tak kira dari dalam dan luar negara. Ini kerana keunikan negeri Melaka yang kaya dengan sejarah tersendiri.

Heritage town in Malacca, Malaysia

Melaka Tapak Warisan Dunia

Disebabkan keunikan sejarah dan tarikan ini, Melaka telah diistiharkan Unesco sebagai Bandar warisan dunia pada tahun 2008 sama seperti Pulau Pinang. Sinonim dengan tarikan A famosa, terdapat banyak hotel-hotel menarik yang membuatkan pelancong sukar memilih hotel yang paling sesuai untuk bersantai.



Saya sendiri pernah menginap di Hotel Hatten Melaka sebelum ini dan amat berpuas hati dengan bilik yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan walaupun kami bukan datang untuk berbulan madu.

Hatten Hotel Melaka

Sumber: Booking.com

 

Hatten Hotel Melaka

Hatten Hotel Melaka yang terletak berhadapan dengan pusat membeli belah Mahkota Parade dan dataran pahlawan menjadikan saya dan isteri memilih untuk menginap di hotel ini yang mana kami membuat tempahan melalui booking.com dan harga promosi dari booking.com amat berbaloi. Kami membuat keputusan ini setelah melihat review-review positif di trivago dan juga tripadvisor.

Bagi yang tiada kenderaan, kedudukan strategik hotel ini di tengah-tengah bandar amat sesuai keran tidak sukar untuk anda mencari grabcar dan uber.

Hatten Hotel Melaka Swimming pool

Sumber Google : http://www.travelandlifestylediaries.com/

Tarikan Utama di Hatten Hotel Melaka

Apa yang menarik di Hatten Hotel Melaka ini adalah Swimming pool. Pada permulaan saya dan isteri tidak terfikir untuk ke swimming pool kerana kami hanya mencai tempat penginapan dan tujuan utama adalah untuk bersiar-siar di sekitar bandar Melaka. Disebabkan anak kecil kami Aisyah yang bosan kerana terlalu lama berada didalam kereta, isteri saya memaksa untuk turun ke kolam swimming pool yang berada di tingkat 15. Walaupun kolamnya agak kecil dan terlalu ramai orang, kami masih berpuas hati dengan fasiliti kolam yang ditawarkan.



Apa yang paling best di Hatten Hotel Melaka ini adalah saiz bilik yang agak besar. Bagi saya yang boleh dikatakan kerap menginap di hotel, saiz bilik yang ditawarkan adalah amat berbaloi dengan harga yang ditawarkan dan yang paling penting bila menginap di hotel adalah breakfast. Harga bilik untuk satu malam adalah lebih kurang RM1++ (maaf dah lupa harga sebenar) sudah termasuk dengan breakfast.

Fasiliti di Hotel yang Bertaraf 5 bintang

Fasisliti yang ditawarkan di Hatten Hotel ini adalah lebih kurang sama dengan hotel-hotel lain seumpanya. Antara fasiliti didalam bilik adalah seperti TV dengan senarai channel yang banyak serta di TV juga disiarkan tawaran-tawaran semasa hotel. Memang amat memudahkan kerana kebetulan selepas kami check in pada hari itu, kami juga merancang untuk makan malam dan kebetulan terdapat promosi dinner pada malam itu.

Melaka-River

Pemandangan dari bilik yang menampakan hampir keseluruhan bandaraya Melaka amat mengasyikkan. Kalau tak percaya anda boleh cuba menginap dan lihat sendiri terutamanya pada waktu malam dengan cahaya lampu serta rumah-rumah kayu yang masih terpelihara di sepanjang sungai Melaka.

Dari segi kemudahan lain, dekat sini standart lah juga macam hotel yang lain ada Spa, Reflexology, Dobi dan Restoran. Hmmm, memang sedap dan selesa sangat wei bila dapat buat reflexology. Ringan je badan ni sampai nak tertidur saya mereka urut selama sejam. Memang puas.

Jenis bilik dan harga Hatten Hotel Melaka

Bilik-bilik yang amat luas yang terdapat disini menjadikan keselesaan untuk menginap seperti berada dirumah sendiri tetapi penuh dengan Privacy. Bilik yang ditawarkan Hatten Hotel ini adalah seperti berikut :

Hatten Premier Suite

Hatten Premier Suite

Hatten Suite

Hatten Suite

Hatten Deluxe Suite

Deluxe Suite

Mengundurkan diri ke dalam dunia keselesaan dan ketenangan dengan bilik-bilik tetamu yang luas kami, yang diinspirasikan oleh kehangatan kehidupan rumah. Dilengkapi warna-warna hutan yang kaya dengan tekstur dan kelengkapan luxe, setiap bilik direka dengan estetika moden yang mempunyai dua televisyen LCD, akses internet percuma dan ruang tamu berasingan dengan bilik mandi bermarmar kontemporari kontemporari.   Terletak di sudut setiap tingkat adalah Hatten Suite satu bilik tidur dan dua bilik tidur Hatten Premier Suites. Merangkumi dari 74 meter persegi hingga 98 meter persegi ruang, tempat tinggal gaya mewah ini dipertingkatkan dengan kemudahan dapur, ruang tamu dan bilik tidur berasingan. Dengan penuh privasi dan perabot yang lengkap, pengalaman penginapan yang sempurna di Hatten Hotel.

Junir Suite

Jom Tempah Bilik di Hatten Melaka

Tempat Menarik di Melaka

Terdapat banyak tempat-tempat menarik di Melaka, kita boleh melakukan pelbagai aktiviti di Melaka selain melawat tempat-tempat bersejarah yang mana ramai rasa agak membosankan. Jikalau kita pelancong mungkin kita akan melawat dan pelajari mengenai sejarah Melaka seperti  Banda Hilir, Kota A’Famosa , Kota St. John , Gereja St. Christ dan sebagainya.

Akan tetapi anda juga digalakkan untuk pelajari tentang sejarah Melaka untuk menimba ilmu pengetahuan.

Dibawah adalah senarai Tempat Menarik di Melaka yang saya sarankan wajib dilawati sekiranya dah sampai Melaka.

  • Muzium Kapal Selam
  • Coconut Shake Original Klebang
  • Dataran 1 Malaysia, Klebang
  • Melaka Upside Down House
  • Australia Village atau Masbro Village

    Muzium kapal Selam melaka

    Muzium Kapal Selam Di Meaka

  • The Shore Sky Tower
  • The Pirate Adventure Melaka
  • Freeport A’Famosa Outlet Village
  • Bustel Klebang Melaka

Walau apa pun, terdapat banyak lagi hotel-hotel lain yang mempunyai fasiliti yang menarik. Tips untuk memilih hotel mudah sahaja anda google dan check di website seperti agoda dan booking.com. Disitu banyak review yang boleh dijadikan panduan.

976 Komen
4.8

Summary

976 Komen

Sending
User Review
0 (0 votes)
shares